PROTON EXORA Dilancarkan!

Ruang dalaman - dipetik dari paultan.org

Ruang dalaman - dipetik dari paultan.org

WOW!  Melihatkan hasil yang telah dikeluarkan oleh Proton melalui website paultan.org telah melahirkan rasa bangga yang begitu mendalam di dalam diri saya.  Alhamdulillah, masyaALLAH.  Walaupun saya telah menantikan agak lama sampai terpaksa membatalkan hasrat menunggunya, lalu membeli MPV berjenama lain, namun kemunculannya pada 15/4/09 telah membuatkan saya berasa sangat bangga 😀 .

Memang ramai yang memandang rendah kepada kebolehan syarikat tempatan untuk menghasilkan sesuatu yang yang berkualiti tinggi.  Orang kata ‘kalau tiada angin, masa kan pokok tidak bergoyang’.  Pastinya pandangan orang ramai itu telah lahir dari pengalaman mereka sendiri.  Saya sebagai rakyat Malaysia yang setia dengan barangan Malaysia telah memberikan sokongan selama ini dengan membeli kenderaan tempatan Proton dan Perodua.  Memang benar, ada kekurangannya.  Tetapi sebagai insan yang tidak mempunyai ‘high expectation’, saya telah berpuas hati dengan kualiti kenderaan yang dihasilkan.

exora-sideKini, Proton Exora telah dilahirkan.  Ia membuka satu era baru dalam kejuruteraan pembuatan kenderaan negara kita.  Sebelum Exora, Persona sebenarnya telah memberikan impressi yang baik pada saya.  Mudah2an Exora dapat menambat hati rakyat Malaysia semula dalam terus memberikan sokongan padu kepada tema ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’.

Semalam saya sempat singgah ke Proton showroom di TTDI Jaya.  Pada pandangan saya, utk sebuah MPV berharga bawah RM80K, ia wajar mendapat pujian ramai.  Cuma, saya kurang suka dengan dashboard materialnya sahaja.  Yang lain, OK.  Yelah, nak semua hebat, ruang besar, enjin power, well finishing, tapi dalam masa yang sama nak murah.  Pening jugak para engineers Proton nak masukkan kesemua elemen tu ke dalam Exora.  Semoga Proton terus gemilang dan cemerlang 🙂 . 

Lawati website berikut:

1)  Ucapan Dato’ Syed Zainal sempena pelancaran Proton Exora.  Best ucapan beliau.  Beliau memberi penerangan ringkas dan bersahaja tentang ciri2 dan proses kelahiran Exora:

http://paultan.org/archives/2009/04/18/proton-exora-dato-syed-zainals-speech/

2)  Overall overview tentang Proton Exora.  Terdapat spesifikasi kenderaan, foto2 dan video berkaitan kenderaan yang dinanti ramai rakyat Malaysia, iaitu Proton Exora:

http://paultan.org/archives/2009/04/15/proton-exora-malaysias-first-mpv-from-rm69998/ 

Range of Proton Exora price:

  • Proton Exora 1.6L A/T M-Line Metallic – RM69,998.00
  • Proton Exora 1.6L A/T M-Line Solid – RM69,548.00
  • Proton Exora 1.6L A/T H-Line Metallic – RM75,998.00
  • Proton Exora 1.6L A/T H-Line Solid – RM75,548.00

     

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: