Monthly Archives: June 2009

Mikaeel (Michael) Jackson Meninggal Dunia

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun…

Semalam, 26 JUN 2009 (Jumaat), dunia hiburan antarabangsa telah kehilangan Raja Pop mereka.  Michael Jackson telah meninggal dunia pada umur beliau 50 tahun disebabkan oleh jantung beliau gagal berfungsi.  (Sumber berita)

Michael Jackson pada tahun 1984

Michael Jackson pada tahun 1984

Beliau baru sahaja memeluk ISLAM pada tahun lepas iaitu pada 22 NOV 2008 (baca di sini).  Bukankah itu suatu nikmat yang besar?  Alhamdulillah, walaupun sebenarnya saya mengharapkan insan semahsyur beliau dapat membantu ISLAM selepas memeluk ISLAM seperti yang dilakukan oleh rakannya Yusuf ISLAM (Cat Steven), namun saya tetap lega kerana ALLAH memberikannya hidayah.  Continue reading


Firqah Najiyah

Kata Syeikh al-ISLAM Ibn Taimiyyah (w. 728H):

“Ternyata, bahawa manusia paling berhak untuk menjadi FIRQAH NAJIYAH (Golongan Yang Selamat) ialah ahli hadith dan sunnah, yang bagi mereka tiada ikutan yang mereka bertaksub kepadanya melainkan kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam.  Mereka dapat membezakan antara hadith yang sahih dan yang ‘cacat’.”  (Ibn Taimiyyah, Majmu al-Fatawa, 2/216, cetakan Maktab al-Abikan, Riyadh)

Katanya lagi:

“Kami tidak maksudkan ahli hadith itu terbatas kepada mereka yang mendengar, menulis dan meriwayatkan hadith.  Yang kami maksudkan ialah mereka yang benar-benar menghafal, mengetahui, memahami zahir dan batin, juga mengikutnya zahir dan batin.  Demikian juga ahli al-Quran.  Paling kurang sifat mereka itu mencintai al-Quran dan al-Hadith.  Mengkajinya dan maknanya.  Beramal dengan segala kewajipan yang mereka ketahui daripadanya.  Maka fuqaha (ahli feqah) hadith lebih mengetahui tentang Rasul daripada fuqaha yang lain.  Kaum sufi ahli hadith lebih mengikut Rasul daripada sufi yang lain.  Para pemerintah ahli hadith lebih berpegang kepada siyasah nabawiyyah (sistem politik Nabi) daripada selain mereka.”  (Ibid, 2/320)

Kata-kata di atas adalah dipetik daripada buku Selangkah Ke Arah Memahami as-Sunnah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala menggolongkan kita semua di dalam kalangan Firqah Najiyah iaitu golongan yang selamat, amin…

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
24 Jun 2009


Lagi Gathering 3rd Batch SMAKLian

Semalam, 21 JUN 2009 ada gathering kat rumah Joe di Kg Pandan. 

Joe mintak tolong aku hebahkan pada kawan2 yang lain.  Aku setakat SMS je kat kawan2 yang aku sempat ingat.  Sebelum datang, Abi ada tanya aku jamuan apa?  Entah, aku pun tak tahu.  Rasa2nya, jamuan masuk rumah kot.  Sebab dulu Joe ada bagitau rumah dia buat renovation sikit, lepas tu dia nak pindah masuk lepas siap semua sekali.

Sampai kat sana, wife aku tengok belon, tengok hadiah, tengok goodies utk budak2, Continue reading


Fathi Yakan Pergi Bertemu Dengan Tuhannya

Jumaat lepas, saya telah dikejutkan dengan berita kematian Syeikh Fathi Yakan.  Terbaca di status Facebook Ustadz Hasrizal berkenaan berita tersebut.  Saya cuba memeriksa kesahihan berita tersebut di al-Ahkam.net, al-Fikrah.net dan lain-lain sumber di internet.  Ya, berita tersebut tersebar.  Tetapi sebahagian pihak telah menafikan kematian syeikh Fathi Yakan.  Beliau ketika itu belum meninggal dunia lagi, tetapi sangat nazak dan bergantung kepada alat bantuan hayat.

Disebabkan beritanya masih belum disahkan, maka saya menangguhkan untuk menulis tentangnya di blog.  Langsung terlupa.  Tiba-tiba semalam saya teringat untuk menulisnya apabila seorang rakan bertanya tentang tarikh kematian syeikh Fathi Yakan.

 

 

As-Syeikh Dr Fathi Yakan

As-Syeikh Dr Fathi Yakan

 

 

Syeikh Fathi Yakan Kembali Bertemu Tuhannya

Syeikh Fathi Yakan yang saya kenal namanya melalui buku ‘Madza Yakni Intima-i lil-ISLAM’ (Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM), iaitu buku yang sering digunakan oleh ahli gerakan ISLAM dalam sesi usrah telah bertemu dengan Tuhannya pada hari Sabtu 13 JUN 2009, jam 4.45 petang.  Beliau telah meninggal dunia di Hospital Hotel Dieu, Lubnan.  Beliau meninggal dunia pada umur beliau 76 tahun disebabkan oleh penyakit angin ahmar (stroke).  Inna lillahi wa inna ilaihi raji’unContinue reading


Setahun Berblog. Bermanfaatkah?

Hari ini, 20 JUN 2009 genap setahun-seminggu saya berblog di muzir.wordpress.com.  Alhamdulillah, walaupun blog ini tidak dikunjungi ramai, namun ia dapat memenuhi tujuan utama blog ini diwujudkan.  Pada tulisan pertama di blog ini, iaitu pada 14 JUN 2008 yang lalu saya telah menulis:

Saya tidaklah pandai menutur bicara atau menyusun kata seperti ramai penulis laman-laman di internet. Saya sekadar mahu menumpang kemudahan siber dalam mencatatkan beberapa perkara menarik di sepanjang kehidupan. 

Walaupun saya sedar bahawa tanpa catitan inipun, catitan kehidupan tetap akan dilakukan oleh 2 Malaikat yang setia. Sekurang2nya, catitan ini sekiranya bermanfaat diharap dapat dimanfaatkan oleh insan lain yang secara tidak sengaja melewati lembaran dhaif ini. Jika ya, maka akan bertambahlah catitan kebaikan yang bakal direkodkan oleh Malaikat pencatit kebaikan buat diri ini, amin. Mudah2an…(Mula Bicara, 14JUN2008)

Setidak-tidaknya, sedikit usaha ini ada manfaatnya buat sebahagian yang sudi berkunjung ke laman ini.  Jika tidak bermanfaat untuk orang lain, mudah-mudahan usaha ini tetap diberi ganjaran oleh Yang Maha Pemurah.  Kerana di dalam maksud satu hadith ada mengatakan bahawa apabila niatnya baik, ALLAH subhanahu wata’ala telah menyuruh malaikat untuk mencatit satu hasanah.  Jika diikuti niat baik itu dengan perbuatan, maka 10 hasanah akan diberi.  Mudah2an usaha ini dikira hasanah di sisi ALLAH, amin.  Apatah lagi jika kebaikan itu tersebar kepada orang lain, bestnya… 😀 .

Saya sebenarnya sangat cemburu dengan para guru dan ustadz yang sentiasa memberikan bakti dan ilmu kepada para pelajar.  Rasa cemburu itu sebenarnya telah tercetus sejak saya berumur belasan tahun lagi.  Kecemburuan itu semakin meluap-luap apabila melihatkan para guru dan ustadz yang saya kenali sentiasa mengambil peluang dan ruang untuk berbakti bukan sahaja di alam nyata, malah di alam siber.  Salahkah cemburu ini?  Tidak salah, malah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah berpesan bahawa kita tidak boleh cemburu kecuali kepada 2 orang iaitu yang pertama: kepada orang yang diberi ALLAH akan harta dan dia menggunakan harta itu di jalan ALLAH, dan yang kedua: kepada orang yang berilmu dan dia menggunakan ilmunya itu di atas jalan haq dan menyebarkannya. 

Ustadz Zaharuddin, Ustadz Hasrizal, Ustadz Zain-ys, Ustadz Tuan Hasan, Ustadz Kamin dan beberapa nama lain yang saya mungkin terlupa adalah pencetus kepada terbinanya blog ini.  Apa dia?  Cetusannya ialah berdakwah, berkongsi, berbakti melalui alam siber.  Jika mereka telah pun mempunyai sasaran dakwah (mad’u), malah masing-masing mempunyai pengikutnya.  Jadi besar sungguh manfaat yang mereka boleh sampaikan.  Tetapi saya, sekadar berkongsi ruang untuk mencontohi mereka.  Untuk turut menyahut seruan ALLAH, “fastabiqul khairot”.

Saya melihat bahagian statistik untuk mengetahui apakah tulisan di blog ini yang paling dikunjungi oleh para pengunjung.  Disertakan di bawah ini adalah senarai ‘postings’ yang dimaksudkan.  Top 30: Continue reading


Adakah Malaysia Negara ISLAM?

Adakah Malaysia negara ISLAM?  Banyak perdebatan di kalangan masyarakat umum tentangnya.  Sebahagian kita mengatakan “Malaysia bukan negara ISLAM”.  Sebahagian pula mengatakan, “Ya, Malaysia negara ISLAM”. 

Dalam kepelbagaian pendapat itu, pasti majoriti dari kalangan kita ummat ISLAM di Malaysia ingin melihat bahawa sistem Islami dapat dilaksanakan keseluruhannya di Malaysia.  Merangkumi sosial, politik, ekonomi, kewangan, perundangan dan lain-lain.

Apa yang kita lihat di Malaysia, suasananya masih belum mencapai apa yang digambarkan sebagai negara ISLAM.  Usahkan suasana Islami, malah masyarakat sering dalam ketakutan disebabkan oleh pelbagai kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi mutaakhir ini.  Fenomena ini sangat merisaukan kita.

Alangkah bagusnya jika hukum-hukum yang disyariatkan ALLAH subhanahu wata’ala di dalam al-Quran dapat dilaksanakan di negara kita.  Pastinya, kes-kes jenayah dapat dikurangkan jika tidak dapat disifarkan.  Pastinya, bakal penjenayah berasa gerun dengan hukuman-hukuman yang tersedia.  Dan pastinya juga nyawa, agama, akal, harta dan keturunan ummat manusia akan terbela.  Dan itulah tujuan hukum syariah.

Bagi merungkai samada Malaysia adalah negara ISLAM atau tidak, barangkali analogi berikut boleh diambil untuk memudahkan kita berfikir, insyaALLAH:  Continue reading


FACEBOOK, FRIENDSTER & MYSPACE HARAM?

Beberapa minggu yang lalu, kedengaran berita tentang Facebook iaitu FACEBOOK HARAMjaringan sosial yang semakin mendapat tempat di hati anak muda bahkan masyarakat umumnya akan difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).  Dan hari ini, apabila saya mencari semula tentangnya, rupa-rupanya berita tersebut hanyalah dibesar-besarkan oleh pihak media.

BANJARMASIN, KOMPAS.com – Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kalimantan Selatan (Kalsel), Prof H Asywadie Syukur Lc, berpendapat, keberadaan facebook (salah satu sarana komunikasi lewat dunia maya) bisa haram dan tidak.

Mantan Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Antasari Banjarmasin itu nampaknya berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat mengenai facebook yang belakangan ramai menjadi pembicaraan dari berbagai kalangan di Indonesia, demikian dilaporkan, Minggu (24/4).

“Kita tidak bisa memfatwakan facebook itu haram atau sebaliknya, kecuali melihat kontekstualnya,” kata alumnus Universitas Al Azhar Kairo Mesir itu.  Sumber

Alhamdulillah, saya kira ia suatu pendapat yang adil.  Kerana FACEBOOK atau yang seumpamanya iaitu Friendster, Myspace dan lain-lain hanyalah alat komunikasi yang digunakan oleh masyarakat untuk bersosial atau dengan bermacam-macam tujuan.  Ia bisa menjadi HARAM atau HARUS bergantung kepada niat dan cara kita menggunakannya.

Ibarat pisau, Continue reading


Pemandangan Dalaman Masjid al-Aqsa

Nabi kita, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Tidak ditekankan ziarah (kunjungan) ke masjid-masjid kecuali pada ketiga masjid, yaitu masjidil Haram (Mekah), masjidil Aqsha (Baitul Maqdis), dan masjidku ini (Madinah).” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Solat di dalam masjid suci Al Masjid Al Haram (Mekah) diganjari 100,000 solat, satu solat di Masjidku (Madînah) diganjari 1,000 dan satu solat di Al Masjid Al Aqsa (Palestin) diganjari 500 solat lebih dari masjid-masjid lain.” (HR Bukhari)

Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam sangat menyarankan kita untuk pergi ke tiga-tiga masjid ini.  Tiada tempat yang lebih diberkati selain ketiga-tiga tempat ini.  Justeru, hendaklah kita berazam di dalam hati untuk menziarahi tempat-tempat di atas bagi menyahut kata-kata Pesuruh ALLAH sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi tidak ada masalah bagi kita untuk menziarahinya, alhamdulillah.  Syukur kepada ALLAH kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk menziarahi kedua-dua tempat ini pada tahun 2006 yang lalu, alhamdulillah.

AlMasjidAlAqsaCloseUpViewMalangnya, Masjid al-Aqsa masih belum bebas dari cengkaman tentera Zionist.  Bukan sahaja pelawat dari luar negara Palestin sukar untuk melawatnya, malah rakyat tempatan juga menghadapi kesukaran untuk melawatnya, mereka perlu melalui beberapa sekatan.

Sebagai pengubat rindu, di sini ingin saya kongsikan gambar-gambar yang saya perolehi di http://www.visualdhikr.com/extra/aqsa_pano.php .  Di sana terdapat gambar dalaman Masjid al-Aqsa yang disambung-sambung menjadi pandangan 360 darjah.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya telah pisahkan kepada 4 keratan untuk memudahkan saya menyimpannya dan berkongsi dengan kalian.

aqsa 1

aqsa 2

aqsa 3

aqsa 4

Mudah-mudahan suatu hari nanti PALESTIN bebas dari cengkaman Zionist dan membolehkan kita ummat ISLAM melawatnya dengan bebas, amin…

(Tapi, sebelum itu kita kena menjadikan diri setiap kita TAQWA, kembali kepada al-Quran & as-Sunnah dan bersatu supaya ALLAH membantu kita dalam semua hal yang kita usahakan)

Baca KEPEDULIAN KITA TERHADAP PALESTIN

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
11 Jun 2009


Perempuan Berkalung Sorban: Komen Saya

Filem ini mengetuk ramai lelaki!

Bulan lepas di al-Ahkam.net, ada direkomenkan oleh Ust Zain akan satu filem yang bertajuk Perempuan Berkalong Sorban.  Disebabkan Ust Zain seakan merekomennya, maka saya pun menontonnya sampai habis melalui youtube.  Bukan untuk menikmatinya, sekadar ingin mengambil inti kandungan dan mesej filem tersebut.  Berikut adalah komen yang saya sempat muatkan di al-Ahkam.net:

  1. Cerita2 Islami kalau difilemkan, pasti akan melanggar juga batas2 Islam eg aurat, adegan lelaki-perempuan, adegan menjolok mata dan sebagainya.  Elok biar sahaja ia di dalam buku.  Ada pro dan kontra dari sudut menfilemkan kisah2 bercirikan Islam seperti filem ini.
  2. Walau bagaimanapun, saya tidak menentang usaha pembikinan filem untuk tujuan dakwah kepada orang awam.  Namun, adegannya mesti ditapis dan jauh dari perlanggaran syara’.  Orang filem tentu tidak setuju kerana adegan2 itulah yang melariskan filem mereka :(.
  3. Dari filem tersebut, didapati susah juga nak kawal perilaku Anisa ketika kecil.  Terlalu cepat bersuara dan kuat melawan.  Tak semestinya muslimah yang kuat sifat juangnya mempunyai perilaku seumpama lelaki semasa kecilnya.  Ciri2 kesantunan muslimah mesti sentiasa diajar sejak kecil.  Namun, saya tidak nafikan bahawa dengan sifat keras Anisa itulah sebenarnya yg telah membuatkan beliau dapat mengharungi ujian hidup yang sukar dan survive dengannya.
  4. Filem ini akan mengingatkan saya agar tidak memilih jodoh utk anak berdasarkan keperibadian rakan seperjuangan saya.  Kadang2 kita mungkin berfikir utk berbesankan dengan rakan2 yg terzahir bagus peribadinya.  Kita fikir bagus ayahnya, pasti juga bagus anaknya. Tetapi, itu belum tentu.  Dalam menjodohkan anak, mengenali lelaki yg bakal dijodohkan harus melalui proses yg tertentu.  Agar anak perempuan kita tidak ditimpa nasib malang seperti yang terjadi kepada Anisa yang telah dijodohkan oleh bapanya kepada anak rakannya yang alim.  Apapun, kita hanya berusaha, selebihnya diserahkan kepada ALLAH.  Kita berTawakkal kepadaNYA.
  5. Seharusnya dalam soal memilih jodoh untuk anak-anak, mereka mesti diberi peluang untuk bersuara.  Ibubapa tidak boleh bersikap keras dan mengamalkan ‘diktatorship’nya kerana ia bakal membawa kemusnahan emosi dan masa depan anak-anak kesayangan kita.  Filem ini ada menceritakan betapa terseksanya Anisa dek kerana kezaliman suaminya, yang dipilih dan tidak diberi peluang untuk Anisa bersuara.  Walhal Anisa sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri yang terdiri dari lelaki yang soleh.
  6. Di dalam filem ini juga telah dipamerkan sifat kebodohan lelaki yang menjadi suami kepada Anisa.  Walaupun berpendidikan agama, tetapi akhlaq terhadap isteri jauh sekali dari agama.  Macam binatang pun ada.  Jika kita telusuri kisah Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat yang terpilih dalam hal muamalah dengan perempuan, pasti kita akan temui bahawa mereka mereka berbuat baik dan memuliakan perempuan.  Sifat peramah dan santun Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam kepada perempuan sepatutnya iktibar  dan ikutan.  Malah isteri-isteri Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam memberitahu bahawa apabila Baginda pulang ke rumah, terus dibantu kerja-kerja di rumah.  Tidak seperti kita, kita selalu menyerahkan bulat-bulat kerja di rumah kepada isteri kita, malah berlaku kasar pula, astaghfirullah, jauh sungguh kita dari sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  (Kita yang saya maksudkan adalah lelaki-lelaki hari ini yang bersifat demikian, bukan semua lelaki macam tu)
  7. Suami Anisa selalu sebut tentang haqnya terhadap isterinya.  Disebut beberapa ayat dan nas tentang wajibnya perempuan mematuhi suaminya.  Ya, ia betul, tetapi jangan disalahgunakan untuk kepentingan sendiri!!!  Ayat yang paling banyak disebut lelaki apab ila membicarakan tentang soal kedudukan lelaki ialah ‘arrijalu qowwamuna ‘ala nnisa’.  Ia selalu dijadikan senjata oleh para lelaki dalam berdebat dengan perempuan dalam proses meletakkan lelaki lebih dari perempuan.  Sedangkan ayat itu sepatutnya menjadikan kita (lelaki) lebih trampil, participate, bersedia dan berkarisma utk melindungi haq wanita.  Ini kerana ALLAH telah mengiktiraf lelaki memang sepatutnya menjadi pelindung, pembimbing kepada wanita.  Masalahnya, ayat ini selalu dijadikan lelaki sebagai pendinding ego mereka.  Disalah tafsir oleh lelaki sebagai ‘lelaki adalah kaum yang lebih kuat/mulia/atas dari wanita’…malang sekali 😦
  8. Di dalam syara’, terdapat beberapa peruntukan untuk wanita sekiranya didera dan tidak dilayan dengan baik oleh suami.  Mereka boleh bebas dari ikatan perkahwinan sekiranya ini berlaku.  Jadi, para wanita janganlah membiarkan suami yang kasar terus mengkasari kalian.  Buatlah aduan dan insyaALLAH, akan ada pembelaan buat kalian.
  9. Suami kedua Anisa barangkali terbuka dan memahami akan kehendak Anisa kerana ilmunya. Suami keduanya juga belajar agama tetapi bukan belajar di pesantren.  Beliau belajar di Timur Tengah dan terdedah dengan hikmah.  Kelembutan dan rasa hormat kepada wanita lahir dari ilmu dan kefahaman yg mantap. Berbeza dengan suami yg pertama, kasar dan bebal. Tak habis2 mengungkit ilmu yg dipelajari dari kitab2 pesantren tentang haq suami terhadap isteri. Ilmu itu benar. Tetapi sayangnya, kejahilannya lebih terserlah.

Kesimpulan:
InsyaALLAH, jika kita faham dan dapat berinteraksi bagaimana sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bermuamalah dengan perempuan, layanannya dengan anak perempuan, cara berumahtangga dan serba serbi ruang lingkup kehidupan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, pasti masalah seperti yg ditonjolkan oleh filem itu dapat dielakkan.  Semoga kita dapat keluar dari paradigma yang merugikan, apatah lagi jika ia dikaitkan dengan agama, walhal agama tidak begitu sifatnya.

Akhir sekali ingin saya mengatakan bahawa ISLAM itu indah, tetapi keindahannya selalu dikotori dek ummat ISLAM sendiri lantaran dek kebodohan dan kejahilan.  Justeru, jadilah manusia yang berilmu dan berhikmah, supaya ISLAM tidak terfitnah dek perbuatan kita.

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
11 Jun 2009


Di Mana Letaknya Hati (al-Qalb)?

Assalamu ‘alaikum…

Beberapa hadith tentang ‘hati’:

Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah , beliau bersabda:  “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata,” Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.” (Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan)

Dari Abu Najih ’Irbadh bin Sariyah rodhiallohu ‘anhu dia berkata: “Rasulullah  pernah menasihati kami dengan nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan air mata. Kami bertanya, “Wahai Rasulullah saw, seperti ini adalah nasihat perpisahan, karena itu berilah kami nasihat”. Beliau saw bersabda, “Aku wasiatkan kepada kalian untuk tetap menjaga ketakwaan kepada Alloh ‘azza wa jalla, tunduk taat (kepada pemimpin) meskipun kalian dipimpin oleh seorang budak Habsyi. Karena orang-orang yang hidup sesudahku akan melihat berbagai perselisihan, hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnah Khulafaur Rasyidin yang diberi petunjuk (Alloh). Peganglah kuat-kuat sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah ajaran-ajaran yang baru (dalam agama) karena semua bid’ah adalah sesat.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi, ia berkata, “Hadits ini hasan shahih”)

An-Nu’man bin Basyir berkata:  “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Merujuk kpd beberapa hadith di atas, di manakah sebenarnya letaknya ‘hati’ (qalb) ?

Perlukah soalan2 tentang tempat letak ‘hati’ ini diselidiki?  Continue reading


%d bloggers like this: