Perempuan Berkalung Sorban: Komen Saya

Filem ini mengetuk ramai lelaki!

Bulan lepas di al-Ahkam.net, ada direkomenkan oleh Ust Zain akan satu filem yang bertajuk Perempuan Berkalong Sorban.  Disebabkan Ust Zain seakan merekomennya, maka saya pun menontonnya sampai habis melalui youtube.  Bukan untuk menikmatinya, sekadar ingin mengambil inti kandungan dan mesej filem tersebut.  Berikut adalah komen yang saya sempat muatkan di al-Ahkam.net:

  1. Cerita2 Islami kalau difilemkan, pasti akan melanggar juga batas2 Islam eg aurat, adegan lelaki-perempuan, adegan menjolok mata dan sebagainya.  Elok biar sahaja ia di dalam buku.  Ada pro dan kontra dari sudut menfilemkan kisah2 bercirikan Islam seperti filem ini.
  2. Walau bagaimanapun, saya tidak menentang usaha pembikinan filem untuk tujuan dakwah kepada orang awam.  Namun, adegannya mesti ditapis dan jauh dari perlanggaran syara’.  Orang filem tentu tidak setuju kerana adegan2 itulah yang melariskan filem mereka :(.
  3. Dari filem tersebut, didapati susah juga nak kawal perilaku Anisa ketika kecil.  Terlalu cepat bersuara dan kuat melawan.  Tak semestinya muslimah yang kuat sifat juangnya mempunyai perilaku seumpama lelaki semasa kecilnya.  Ciri2 kesantunan muslimah mesti sentiasa diajar sejak kecil.  Namun, saya tidak nafikan bahawa dengan sifat keras Anisa itulah sebenarnya yg telah membuatkan beliau dapat mengharungi ujian hidup yang sukar dan survive dengannya.
  4. Filem ini akan mengingatkan saya agar tidak memilih jodoh utk anak berdasarkan keperibadian rakan seperjuangan saya.  Kadang2 kita mungkin berfikir utk berbesankan dengan rakan2 yg terzahir bagus peribadinya.  Kita fikir bagus ayahnya, pasti juga bagus anaknya. Tetapi, itu belum tentu.  Dalam menjodohkan anak, mengenali lelaki yg bakal dijodohkan harus melalui proses yg tertentu.  Agar anak perempuan kita tidak ditimpa nasib malang seperti yang terjadi kepada Anisa yang telah dijodohkan oleh bapanya kepada anak rakannya yang alim.  Apapun, kita hanya berusaha, selebihnya diserahkan kepada ALLAH.  Kita berTawakkal kepadaNYA.
  5. Seharusnya dalam soal memilih jodoh untuk anak-anak, mereka mesti diberi peluang untuk bersuara.  Ibubapa tidak boleh bersikap keras dan mengamalkan ‘diktatorship’nya kerana ia bakal membawa kemusnahan emosi dan masa depan anak-anak kesayangan kita.  Filem ini ada menceritakan betapa terseksanya Anisa dek kerana kezaliman suaminya, yang dipilih dan tidak diberi peluang untuk Anisa bersuara.  Walhal Anisa sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri yang terdiri dari lelaki yang soleh.
  6. Di dalam filem ini juga telah dipamerkan sifat kebodohan lelaki yang menjadi suami kepada Anisa.  Walaupun berpendidikan agama, tetapi akhlaq terhadap isteri jauh sekali dari agama.  Macam binatang pun ada.  Jika kita telusuri kisah Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat yang terpilih dalam hal muamalah dengan perempuan, pasti kita akan temui bahawa mereka mereka berbuat baik dan memuliakan perempuan.  Sifat peramah dan santun Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam kepada perempuan sepatutnya iktibar  dan ikutan.  Malah isteri-isteri Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam memberitahu bahawa apabila Baginda pulang ke rumah, terus dibantu kerja-kerja di rumah.  Tidak seperti kita, kita selalu menyerahkan bulat-bulat kerja di rumah kepada isteri kita, malah berlaku kasar pula, astaghfirullah, jauh sungguh kita dari sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  (Kita yang saya maksudkan adalah lelaki-lelaki hari ini yang bersifat demikian, bukan semua lelaki macam tu)
  7. Suami Anisa selalu sebut tentang haqnya terhadap isterinya.  Disebut beberapa ayat dan nas tentang wajibnya perempuan mematuhi suaminya.  Ya, ia betul, tetapi jangan disalahgunakan untuk kepentingan sendiri!!!  Ayat yang paling banyak disebut lelaki apab ila membicarakan tentang soal kedudukan lelaki ialah ‘arrijalu qowwamuna ‘ala nnisa’.  Ia selalu dijadikan senjata oleh para lelaki dalam berdebat dengan perempuan dalam proses meletakkan lelaki lebih dari perempuan.  Sedangkan ayat itu sepatutnya menjadikan kita (lelaki) lebih trampil, participate, bersedia dan berkarisma utk melindungi haq wanita.  Ini kerana ALLAH telah mengiktiraf lelaki memang sepatutnya menjadi pelindung, pembimbing kepada wanita.  Masalahnya, ayat ini selalu dijadikan lelaki sebagai pendinding ego mereka.  Disalah tafsir oleh lelaki sebagai ‘lelaki adalah kaum yang lebih kuat/mulia/atas dari wanita’…malang sekali 😦
  8. Di dalam syara’, terdapat beberapa peruntukan untuk wanita sekiranya didera dan tidak dilayan dengan baik oleh suami.  Mereka boleh bebas dari ikatan perkahwinan sekiranya ini berlaku.  Jadi, para wanita janganlah membiarkan suami yang kasar terus mengkasari kalian.  Buatlah aduan dan insyaALLAH, akan ada pembelaan buat kalian.
  9. Suami kedua Anisa barangkali terbuka dan memahami akan kehendak Anisa kerana ilmunya. Suami keduanya juga belajar agama tetapi bukan belajar di pesantren.  Beliau belajar di Timur Tengah dan terdedah dengan hikmah.  Kelembutan dan rasa hormat kepada wanita lahir dari ilmu dan kefahaman yg mantap. Berbeza dengan suami yg pertama, kasar dan bebal. Tak habis2 mengungkit ilmu yg dipelajari dari kitab2 pesantren tentang haq suami terhadap isteri. Ilmu itu benar. Tetapi sayangnya, kejahilannya lebih terserlah.

Kesimpulan:
InsyaALLAH, jika kita faham dan dapat berinteraksi bagaimana sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bermuamalah dengan perempuan, layanannya dengan anak perempuan, cara berumahtangga dan serba serbi ruang lingkup kehidupan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, pasti masalah seperti yg ditonjolkan oleh filem itu dapat dielakkan.  Semoga kita dapat keluar dari paradigma yang merugikan, apatah lagi jika ia dikaitkan dengan agama, walhal agama tidak begitu sifatnya.

Akhir sekali ingin saya mengatakan bahawa ISLAM itu indah, tetapi keindahannya selalu dikotori dek ummat ISLAM sendiri lantaran dek kebodohan dan kejahilan.  Justeru, jadilah manusia yang berilmu dan berhikmah, supaya ISLAM tidak terfitnah dek perbuatan kita.

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
11 Jun 2009

Advertisements

7 responses to “Perempuan Berkalung Sorban: Komen Saya

  • shahmuzir

    Jika kalian telah menonton filem ini, tentu banyak sekali kepincangan masyarakat yang dapat disaksikan yang telah disampaikan melalui filem ini. Banyak sekali penambahbaikkan yang kita ummat ISLAM kena terapkan di dalam masyarakat tentang kefahaman mereka berkenaan ilmu agama.

    Salah faham dan kejahilan masyarakat telah membuatkan kaum wanita diperlakukan dengan begitu mudah sekali. Seakan2 mereka tidak punya hati dan perasaan. Seakan2 wanita itu kepunyaan lelaki untuk dipergunakan.

    Walhal, ISLAM telah meletakkan kedudukan wanita pada tempat yang istimewa. Saya galakkan kalian menontonnya dan bincang ‘adakah layanan ISLAM terhadap wanita adalah seperti yg digambarkan oleh filem itu?’

    Filem itu saya percaya bakal membuka minda para cendekiawan agama, penguatkuasa agama, para suami dan bapa, juga para wanita untuk memikiri:

    Kaum Wanita: Antara Ajaran ISLAM Sebenar vs Realiti Masyarakat Muslim.

    Fikir2kan…

    Like

  • norlelawati sukiman

    orang tua hanya berhak memberi nasihat n pandangan memilih jodoh untuk anak2nya.x boleh paksa.sbb kebanyakkan kes penceraian rumahtangga d sbbkan c tangan org tua.bila dah bercerai,hati rase puas terkontang kanting lah mereka yg bercerai ini menjalani hidup dunia ini sepi n sendiri.x mungkin mereka akan berkongsi masalah dgn orang tua.:-(

    Like

  • Zulkifli Salleh

    Jalan cerita mmg agak bagus. Jarang cerita/filem yg bercorak begini diterbitkan di Malaysia dan mungkin tak ada. Tetapi pd saya ada satu babak yg mmg tak perlu dipertontonkan. iaitu ketika suami isteri berada di dalam bilik di atas katil, perlukah babak itu di lakonkan dan dipertontonkan? Adakah elakon itu suami isteri? kalau suami isteri perlukah dipertontonkan sedemikian rupa sedangkan filem ini berkisar tentang agama, Babak berpelukan dan sebagainya hanya memincangkan filem ini. Saya menonton filem ini di youtube, jadi kurang pasti yg dipertontonkan di Malaysia sudah di tapis atau masih ada lagi babak itu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: