Beberapa minggu yang lalu, kedengaran berita tentang Facebook iaitu jaringan sosial yang semakin mendapat tempat di hati anak muda bahkan masyarakat umumnya akan difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Dan hari ini, apabila saya mencari semula tentangnya, rupa-rupanya berita tersebut hanyalah dibesar-besarkan oleh pihak media.
BANJARMASIN, KOMPAS.com – Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kalimantan Selatan (Kalsel), Prof H Asywadie Syukur Lc, berpendapat, keberadaan facebook (salah satu sarana komunikasi lewat dunia maya) bisa haram dan tidak.
Mantan Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Antasari Banjarmasin itu nampaknya berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat mengenai facebook yang belakangan ramai menjadi pembicaraan dari berbagai kalangan di Indonesia, demikian dilaporkan, Minggu (24/4).
“Kita tidak bisa memfatwakan facebook itu haram atau sebaliknya, kecuali melihat kontekstualnya,” kata alumnus Universitas Al Azhar Kairo Mesir itu. Sumber
Alhamdulillah, saya kira ia suatu pendapat yang adil. Kerana FACEBOOK atau yang seumpamanya iaitu Friendster, Myspace dan lain-lain hanyalah alat komunikasi yang digunakan oleh masyarakat untuk bersosial atau dengan bermacam-macam tujuan. Ia bisa menjadi HARAM atau HARUS bergantung kepada niat dan cara kita menggunakannya.
Ibarat pisau, jika pisau digunakan untuk memotong sayur, ikan, buah dan seumpamanya untuk disajikan makanan, tentunya penggunaan pisau itu dihukumkan sebagai mubah, iaitu dibolehkan.
Tetapi, jika pisau yang sama digunakan untuk membunuh jiwa manusia, maka penggunaannya adalah HARAM.
Contoh yang lain adalah kereta. Jika kereta digunakan untuk pergi ke tempat kerja, ke masjid, ke majlis-majlis ilmu, menghantar anak-anak ke sekolah atau digunakan untuk berjalan-jalan makan angin bersama keluarga, pastinya hukum menggunakannya adalah juga HARUS.
Sebaliknya, jika kereta yang sama digunakan untuk pergi ke disko, mengangkut penumpang pergi ke majlis-majlis yang haram atau menggunakannya untuk pergi merompak, maka penggunaannya boleh jatuh HARAM.
Pokoknya, sesuatu boleh menjadi HALAL atau HARAM bergantung kepada niatnya. Dan pastinya pula, niat yang baik sahaja tidak mencukupi. Cara juga mesti betul, iaitu tidak melanggari ketentuan syara’.
Justeru, kita sebagai muslim mesti mengawal diri dalam menggunakan internet. Kalau dahulunya, sebahagian kita ada yang menentang kewujudan internet kerana risau akan mudharat yang akan dibawanya ke dalam masyarakat. Tetapi kini, kita rasa bersyukur kerana internet jugalah antara jalan ISLAM semakin diterima masyarakat, khususnya masyarakat di sebelah barat. Segala fitnah dan propaganda jahat barat tentang ISLAM melalui media telah diperbaiki melalui maklumat-maklumat yang bebas diprolehi di internet. Siapakah yang telah memberi pemahaman tentang ISLAM ini kepada mereka? Pastilah oleh para muslim. Maka, beruntunglah mereka kerana memilih untuk menggunakan internet sebagai medan dakwah mereka.
Berbalik kepada FACEBOOK, FRIENDSTER, MYSPACE dan seumpamanya.
Kita tahu bahawa ia merupakan jaringan sosial yang efektif. Jika kita sekadar menggunakannya untuk tujuan berkenal-kenalan, maka itulah sahaja yang kita akan dapat. Tetapi, jika kita berfikir bahawa ia boleh dimanfaatkan lebih lagi, bukan sekadar berkenal-kenalan, maka kita bakal menjadi manusia yang beruntung.
Apa yang boleh kita perbuat apabila menyertai FACEBOOK, FRIENDSTER dan seumpamanya? Bagaimana boleh kita manfaatkannya dan menghindarkan diri dari terjatuh ke gaung HARAM FACEBOOK, FRIENDSTER dan MYSPACE?
-
Dakwah dan nasihat. Kita boleh menggunakan buletin, status atau apa-apa aplikasi yang bersesuaian untuk menyampaikan mesej agama kepada rakan-rakan dalam lingkungan jaringan sosial yang kita sertai. Secara tidak langsung, kita menjadi antara penyumbang kepada suasana yang sihat di dalamnya.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al-Asr: 1-3)
Dari Abu Ruqoyyah Tamiim bin Aus Ad-Daari radhiALLAHU’anhu, sesungguhnya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: ”Agama itu adalah nasihat”. Kami (sahabat) bertanya: ”Untuk siapa?” Beliau bersabda: ”Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin umat islam, dan untuk seluruh muslimin.” (HR.Muslim)
-
Berkongsi ilmu dan tips. Tidak kisahlah ilmu atau tips berkaitan apa pun asalkan bersesuaian . Contohnya tips belajar, mempertahankan diri, masakan, keselamatan jalanraya, kewangan dan lain-lain. Kita akan menjadikan masyarakat yang lebih produktif dan sejahtera apabila ramai mempunyai tahap keilmuan yang tinggi.
-
Berkongsi berita tentang apa yang berlaku sekeliling kita. Berita-berita yang kita sebarkan kepada rakan-rakan bakal menjadikan kita masyarakat yang prihatin. Sebagai ahli dalam komuniti muslim, kita sewajarnya mengambil tahu akan nasib yang berlaku terhadap saudara seagama kita di dalam dan luar negara. Selepas tahu, beritahu pada yang belum tahu.
-
Buat pengumuman majlis ilmu. Kadang-kadang kita memandang remeh akan pengumuman seperti itu. Tetapi percayalah, pasti ada di kalangan ahli FACEBOOK, FRIENDSTER dan MYSPACE yang sangat gembira dengan pengumuman itu. Mereka pergi asbab dari pengumuman yang telah kita buat. Walaupun kita tak pergi disebabkan bermacam-macam sebab, tetapi ganjaran ALLAH kerana kita menyebarkan pengumuman itu, sudah tertulis. Apatah lagi jika rakan-rakan kita pergi, lagilah bertambah ganjaran pahala (mudah-mudahan), alhamdulillah.
-
Bertegur sapa di kalangan ahli jaringan. Bertegur sapa dan bertanya khabar akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama insan. Ia akan mewujudkan mahabbah dan ukhuwwah yang kuat walaupun sekadar di alam siber. Tetapi awas, janganlah kita melampaui batas dalam bertegur sapa. Jagalah adab dan akhlaq. Lelaki dan perempuan harus ada rasa malu. Dan jaga-jagalah akan gambar yang kita muatnaikkan (upload), terutama gambar-gambar perempuan. Elakkan dari memuatnaik gambar-gambar yang boleh menimbulkan fitnah.
-
Dan banyak lagi…
Mudah-mudahan tulisan ini bisa dimanfaatkan oleh para pembaca yang menggunakan FACEBOOK, FRIENDSTER, MYSPACE dan seumpamanya. Bukannya apa, sayang sekali jika kita tidak memanfaatkannya semaksima mungkin sesuai dengan kehendak agama. Sedangkan ia boleh menjadi medan dakwah yang efektif kerana jaringan telah terbina. Maklumat senang disampaikan.
“Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Baqarah: 148)
Mari kita mengejar dan berlumba-lumba dalam membuat kebaikan. Dalam apa cara sekali pun, dengan kaedah apa sekali pun, ruang apa yang ada sekali pun, mari kita manfaatkan. Kerana akhirnya nanti ia bakal menjadi bekalan buat kita tatkala bertemu ALLAH Azza wa Jal.
wAllahu Ta’ala A’lam.
SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
12 Jun 2009
June 12th, 2009 at 4:34 AM
Facebook berasal dari Israel… kita guna bermakna kita solong yahudi..
LikeLike
June 12th, 2009 at 11:33 PM
bt0l hujah kat ats nie..
sy setuju sgt2..
insyaALLAH sy akn gunekn internet ni sebaek yg mungkin..
utk berdkwh dan mnyebarkn ilmu2 ALLAH..
insyaALLAH..
d0akan yer ;p
dlm berinternet ni kan ade baek n buruk..
s0,kite pilihlh jln yg baek2..
m0ge x terjerumus ke arh keburukn dan keharaman..
LikeLike
June 20th, 2009 at 6:47 PM
perbahasan yg menarik!
LikeLike
July 1st, 2009 at 5:36 PM
1 lagi khas utk kaum hawa yang letak picture dia byk2.. wlupun x open aurat tapi dah tentu menjadi tontonan umum dlm web.. agak2 harus ker?
LikeLike
September 7th, 2009 at 7:08 AM
Utk wanita, elakkan dari memaparkan gambar kalian di khalayak umum. Tak kiralah kalian membuka aurat atau tidak. Ia boleh menimbulkan fitnah dan dosa.
LikeLike
September 7th, 2009 at 7:37 AM
Tambahan kepada artikel di atas:
Jika menggunakan FACEBOOK, MYSPACE, FRIENDSTER dan seumpamanya, JANGAN :
– memaparkan gambar wanita yang boleh menimbulkan fitnah dan dosa.
– sebar berita tanpa diselidiki kesahihannya.
– sebar fitnah dan gosip
– lalai sampai terlupa waktu solat dan tanggungjawab harian.
– buang masa dengan menyertai kuiz dan ‘games’ yang tidak bermanfaat.
– mengorat
– puji diri sendiri
– provokasi
– dll yang boleh menjebakkan kita ke dalam kerugian dan dosa.
WAllahu Ta’ala A’lam.
LikeLike
April 27th, 2010 at 12:51 PM
[…] (2) Kalau nak ada akaun Facebook, jangan upload gambar & video. Simpan sahaja di dalam komputer sendiri untuk tontotan sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang boleh dipercayai. Dan berhati-hati tatkala menggunakan lama sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Baca sini: https://muzir.wordpress.com/2010/04/02/facebook-jangan-tak-jangan/ dan https://muzir.wordpress.com/2009/06/12/facebook-friendster-myspace-haram/ […]
LikeLike
December 23rd, 2010 at 12:32 PM
[…] https://muzir.wordpress.com/2009/06/12/facebook-friendster-myspace-haram/ […]
LikeLike