Setahun Berblog. Bermanfaatkah?

Hari ini, 20 JUN 2009 genap setahun-seminggu saya berblog di muzir.wordpress.com.  Alhamdulillah, walaupun blog ini tidak dikunjungi ramai, namun ia dapat memenuhi tujuan utama blog ini diwujudkan.  Pada tulisan pertama di blog ini, iaitu pada 14 JUN 2008 yang lalu saya telah menulis:

Saya tidaklah pandai menutur bicara atau menyusun kata seperti ramai penulis laman-laman di internet. Saya sekadar mahu menumpang kemudahan siber dalam mencatatkan beberapa perkara menarik di sepanjang kehidupan. 

Walaupun saya sedar bahawa tanpa catitan inipun, catitan kehidupan tetap akan dilakukan oleh 2 Malaikat yang setia. Sekurang2nya, catitan ini sekiranya bermanfaat diharap dapat dimanfaatkan oleh insan lain yang secara tidak sengaja melewati lembaran dhaif ini. Jika ya, maka akan bertambahlah catitan kebaikan yang bakal direkodkan oleh Malaikat pencatit kebaikan buat diri ini, amin. Mudah2an…(Mula Bicara, 14JUN2008)

Setidak-tidaknya, sedikit usaha ini ada manfaatnya buat sebahagian yang sudi berkunjung ke laman ini.  Jika tidak bermanfaat untuk orang lain, mudah-mudahan usaha ini tetap diberi ganjaran oleh Yang Maha Pemurah.  Kerana di dalam maksud satu hadith ada mengatakan bahawa apabila niatnya baik, ALLAH subhanahu wata’ala telah menyuruh malaikat untuk mencatit satu hasanah.  Jika diikuti niat baik itu dengan perbuatan, maka 10 hasanah akan diberi.  Mudah2an usaha ini dikira hasanah di sisi ALLAH, amin.  Apatah lagi jika kebaikan itu tersebar kepada orang lain, bestnya… 😀 .

Saya sebenarnya sangat cemburu dengan para guru dan ustadz yang sentiasa memberikan bakti dan ilmu kepada para pelajar.  Rasa cemburu itu sebenarnya telah tercetus sejak saya berumur belasan tahun lagi.  Kecemburuan itu semakin meluap-luap apabila melihatkan para guru dan ustadz yang saya kenali sentiasa mengambil peluang dan ruang untuk berbakti bukan sahaja di alam nyata, malah di alam siber.  Salahkah cemburu ini?  Tidak salah, malah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah berpesan bahawa kita tidak boleh cemburu kecuali kepada 2 orang iaitu yang pertama: kepada orang yang diberi ALLAH akan harta dan dia menggunakan harta itu di jalan ALLAH, dan yang kedua: kepada orang yang berilmu dan dia menggunakan ilmunya itu di atas jalan haq dan menyebarkannya. 

Ustadz Zaharuddin, Ustadz Hasrizal, Ustadz Zain-ys, Ustadz Tuan Hasan, Ustadz Kamin dan beberapa nama lain yang saya mungkin terlupa adalah pencetus kepada terbinanya blog ini.  Apa dia?  Cetusannya ialah berdakwah, berkongsi, berbakti melalui alam siber.  Jika mereka telah pun mempunyai sasaran dakwah (mad’u), malah masing-masing mempunyai pengikutnya.  Jadi besar sungguh manfaat yang mereka boleh sampaikan.  Tetapi saya, sekadar berkongsi ruang untuk mencontohi mereka.  Untuk turut menyahut seruan ALLAH, “fastabiqul khairot”.

Saya melihat bahagian statistik untuk mengetahui apakah tulisan di blog ini yang paling dikunjungi oleh para pengunjung.  Disertakan di bawah ini adalah senarai ‘postings’ yang dimaksudkan.  Top 30: 

Title Views  
Proton Exora: MPV Pertama Proton 1,945 More stats
ISLAM HADHARI SESAT!!! – SHEIKH DR WAHBA 1,066 More stats
AZHAN ATAN menyentuh hati kita semua 570 More stats
Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palesti 476 More stats
Shahmuzir? 458 More stats
Pautan Menarik 401 More stats
Avanza, Grand Livina dan Exora 364 More stats
Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu. 353 More stats
Kepedulian Kita Terhadap Palestin 340 More stats
TTDI Jaya, Shah Alam 328 More stats
Ke Mana RM9 Billion Duit Ummat ISLAM Mal 272 More stats
Ulangtahun SMAKL 20 Tahun 259 More stats
SMAKLIAN FORUM 255 More stats
CINTA dan IKUT Rasulullah sallAllahu ‘al 229 More stats
Kuliah: RAHSIA & BAHAYA GERAKAN ILL 227 More stats
PAS Menang Pilihanraya Kecil di Kuala Te 214 More stats
Koleksi Nyanyian Azhan Atan di Akademi N 206 More stats
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 205 More stats
OK ke ibu yang mengandung menyusukan ana 199 More stats
Saya tak boikot Petronas! 194 More stats
Telefon Berdering Ketika Solat 189 More stats
Qunut Nazilah 164 More stats
Kanak2 Selalu Meniru Orang Dewasa! 152 More stats
CELCOM 1+3 146 More stats
SEJARAH PENUBUHAN SMAKL 141 More stats
Berfutsal Dgn Kawan2 Lama 138 More stats
“Pakcik, ada seringgit?” 132 More stats
CARA MENDIDIK ANAK 129 More stats
Terkini: Hukum ASB dan ASN 126 More stats
PROTON EXORA Dilancarkan! 125 More stats

 

Tak lain yang saya harapkan, kecuali supaya ia bermanfaat buat diri ini.  Mudah-mudahan usaha yang kecil ini bisa menjadi antara sebab saya dijauhkan dari api neraka yang azabnya sangat pedih, amin.

Terima kasih buat yang sudi berkunjung.  Jika ada apa-apa mesej di dalam blog ini dirasakan bermanfaat, ambillah dan kongsilah dengan orang lain.  Dan saya sangat mengharapkan teguran dan kritikan membina daripada para pengunjung untuk saya mempertingkatkan diri saya untuk menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa.  Jika tulisan-tulisan saya ada kesalahan dari segi fakta, jika ada yang menyinggung perasaan dan jika ada yang melampaui batas; tegurlah saya.  Jangan biarkan ia berlalu tanpa teguran.  Kerana saya berhak untuk mendapat teguran dari kalian kerana ISLAM itu suburnya ia atas nasihat menasihati.

wAllahu Ta’ala A’lam.

(Sebelum wordpress, dulu saya ada berblog di sini…)

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
20 Jun 2009

Advertisements

One response to “Setahun Berblog. Bermanfaatkah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: