Fathi Yakan Pergi Bertemu Dengan Tuhannya

Jumaat lepas, saya telah dikejutkan dengan berita kematian Syeikh Fathi Yakan.  Terbaca di status Facebook Ustadz Hasrizal berkenaan berita tersebut.  Saya cuba memeriksa kesahihan berita tersebut di al-Ahkam.net, al-Fikrah.net dan lain-lain sumber di internet.  Ya, berita tersebut tersebar.  Tetapi sebahagian pihak telah menafikan kematian syeikh Fathi Yakan.  Beliau ketika itu belum meninggal dunia lagi, tetapi sangat nazak dan bergantung kepada alat bantuan hayat.

Disebabkan beritanya masih belum disahkan, maka saya menangguhkan untuk menulis tentangnya di blog.  Langsung terlupa.  Tiba-tiba semalam saya teringat untuk menulisnya apabila seorang rakan bertanya tentang tarikh kematian syeikh Fathi Yakan.

 

 

As-Syeikh Dr Fathi Yakan

As-Syeikh Dr Fathi Yakan

 

 

Syeikh Fathi Yakan Kembali Bertemu Tuhannya

Syeikh Fathi Yakan yang saya kenal namanya melalui buku ‘Madza Yakni Intima-i lil-ISLAM’ (Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM), iaitu buku yang sering digunakan oleh ahli gerakan ISLAM dalam sesi usrah telah bertemu dengan Tuhannya pada hari Sabtu 13 JUN 2009, jam 4.45 petang.  Beliau telah meninggal dunia di Hospital Hotel Dieu, Lubnan.  Beliau meninggal dunia pada umur beliau 76 tahun disebabkan oleh penyakit angin ahmar (stroke).  Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un

Berikut saya petik beberapa ‘point’ dari blog akhi Salman

Akhbar al-Jazeera menyatakan:  Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di Lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.

Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:  Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang.  Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital Otel Deo (Timur Beirut) ke Tarablas di utara Lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:  Sebahagian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:  Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 Jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur Raml.

Dan berikut pula dari saya petik dari laman blog yang sama apabila mencari berita tentang pengebumian almarhum syeikh Fathi Yakan:

Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat asar kelmarin. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy’al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

“Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah.”

Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

“Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya.” (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu’abul Iman 1719)

Rujukan: Ikhwanonline dan Mukhtasar Jami’u Bayanil ilmi wa Fadlih oleh Ibnu Abdul Bar.

Apabila melihatkan bahawa ramai (seluruh dunia) yang rasa kehilangan tatkala seseorang ulama meninggal dunia, diri ini tertanya-tanya adakah kematian diri ini akan dirasai oleh orang ramai.  Pemergian para ulama ditangisi dan diterima berita tentangnya dengan sangat sedih kerana sumbangan mereka kepada ummat ISLAM sangat banyak.  Dan sumbangan itu telah menyentuh dan memberi kebaikan kepada banyak hati dan jiwa. 

Setiap kali berita kematian ulama menyinggahi diri, hati ini bagai diserang-serang dengan pelbagai persoalan mengajak diri agar bermuhasabah tentang “APAKAH SUMBANGAN DIRI INI KEPADA MANUSIA?”.  Tak dapat digambarkan dengan perkara akan kecewanya saya tidak dapat jadi seperti mereka.  Mudah2an sedikit sumbangan dan kebaikan yang kita laburkan di dunia ini bisa menjadi sebab dijauhkan kita dari api neraka.  Barangkali kita tak mampu jadi seperti mereka yang telah berkorban jiwa, harta dan semuanya untuk ummat.  Sekurang2nya tanamkanlah di dalam hati untuk jadi seperti mereka, dan lakukanlah setakat yang termampu.

wAllahu Ta’ala A’lam. 

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
21 Jun 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: