Mikaeel (Michael) Jackson Meninggal Dunia

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun…

Semalam, 26 JUN 2009 (Jumaat), dunia hiburan antarabangsa telah kehilangan Raja Pop mereka.  Michael Jackson telah meninggal dunia pada umur beliau 50 tahun disebabkan oleh jantung beliau gagal berfungsi.  (Sumber berita)

Michael Jackson pada tahun 1984

Michael Jackson pada tahun 1984

Beliau baru sahaja memeluk ISLAM pada tahun lepas iaitu pada 22 NOV 2008 (baca di sini).  Bukankah itu suatu nikmat yang besar?  Alhamdulillah, walaupun sebenarnya saya mengharapkan insan semahsyur beliau dapat membantu ISLAM selepas memeluk ISLAM seperti yang dilakukan oleh rakannya Yusuf ISLAM (Cat Steven), namun saya tetap lega kerana ALLAH memberikannya hidayah. 

 

Pernah seorang wanita tua di Amerika Syarikat memeluk ISLAM disebabkan oleh beliau melihat pengebumian saudaranya yang merupakan seorang muslim.  Lantas beliau katakan kepada cucunya, “Kalau aku mati nanti, uruskan juga mayat aku macam itu…” Dia masuk ISLAM selepas itu, dan setahun kemudian beliau meninggal dunia. 

Dan kisah yang sama juga berlaku kepada seorang tokoh agama Kristian di Itali yang memeluk ISLAM disebabkan juga telah melihat sesi pengebumian seorang muslim.  Beliau lantas terbuka hati untuk memeluk ISLAM apabila melihat pengebumian yang sangat sederhana almarhum Fahd bin Abdul Aziz, iaitu raja Arab Saudi.  (Baca sini)

Mudah-mudahan kisah Michael Jackson memeluk ISLAM dan kematiannya memberikan suatu yang positif kepada dunia ISLAM dalam mencetus semangat ingin tahu masyarakat barat kepada ISLAM, terutama buat para peminat beliau.

Itulah hidayah.  Hidayah boleh datang dalam macam-macam bentuk dan bila-bila masa.  Hidayah ini milik ALLAH.  DIAlah Pemberi Hidayah.  Kita sebagai makhluq tak mampu mengubah manusia, tugas kita adalah sekadar menyampaikan.

Sebenarnya, Michael Jackson sedang dalam proses membuat konsert besar-besaran di London yang dijangka bermula Julai 2009.  Tiket telah habis dijual dalam masa yang sangat singkat, kerana konsert tersebut bakal menjadi ‘the greatest comeback’.  Tetapi perancangan rapi beliau gagal dengan kematian ini.  Kita, manusia hanya boleh merancang.  Tetapi perancangan kita tetap tidak dapat melangkaui pengetahuan tentang masa depan.  Gagal atau berjaya, ALLAH tentukan.

Mudah-mudahan berita kematian yang kita dengar saban hari bisa memberikan kita keinsafan.  Ia bagus untuk kita dengar, ambil tahu dan ziarah kematian kerana hati kita akan kembali mengingati ALLAH.  Kelekaan dan keasyikan kita terhadap kehidupan dunia akan digantikan dengan merenungi nasib kita di akhirat kelak tatkala kita mengingati mati.

“Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian.” (HR. Ad-Dailami)

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
27 Jun 2009


2 responses to “Mikaeel (Michael) Jackson Meninggal Dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: