Monthly Archives: July 2009

Seminggu di Gold Coast

Sebahagian foto yang diambil sepanjang seminggu di Gold Coast, Australia.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
28 Julai 2009

Advertisements

Meningkatkan Kesantunan di Jalanraya

Apabila kita memandu kenderaan, kita tidak dapat berkomunikasi dengan pemandu-pemandu lain di atas jalan raya seperti mana kita berkomunikasi dengan orang lain pada waktu biasa.

Pada waktu biasa, kita kadang2 memberikan senyuman kepada orang yang sedang berbicara dengan kita, kita mengucapkan terima kasih, kita meminta izin, kita bersalam-salaman, kita tunduk hormat, kita minta/beri laluan dan sebagainya.  Itu menandakan kita adalah seorang yang penyantun dan baik akhlaqnya.  Kesantunan yang tinggi dan akhlaq yang mulia memang sudah diajar oleh ibubapa kita, malah menjadi budaya kita masyarakat Malaysia.  Apatah lagi kita sebagai muslim, banyak telah kita pelajari dari akhlaq Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Sayangnya, kesantunan kita di atas jalanraya jarang kelihatan.  Malah, kadang-kadang amat terserlah kebiadaban dan kurangnya akhlaq sebahagian kita tatkala menggunakan jalanraya.  Masing-masing amat pentingkan diri sendiri.  Hilang kesantunan dan budi pekerti mulia.  Sedangkan kita sebenarnya boleh mengekalkan kesantunan di atas jalanraya, walaupun kita tidak dapat berbicara secara lisan atau bertembung mata dengan pemandu-pemandu lain.  Bagaimana? Continue reading


Gambar Kenangan di SMAKL & MRSM Muar

Sedikit gambar kenangan ketika di SMAKL (1990-1992) dan MRSM Muar (1993-1994) yang sempat di’scan’:

  • 4 gambar di atas:  SMAKL
  • 4 gambar di bawah:  MRSM Muar

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
6 Julai 2009


Mikaeel (Michael) Jackson Mewasiatkan Agar Dikebumikan Secara ISLAM

Mikaeel (Michael) Jackson akan dikebumikan mengikut cara pengebumian seorang muslim.  Ini berdasarkan kehendak beliau yang telah didapati di dalam wasiat terakhirnya.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
4 Julai 2009


%d bloggers like this: