Monthly Archives: August 2009

Soal Jawab PUASA dan PERMASALAHANNYA

Alhamdulillah, saya telah dapat banyak manfaat ilmu dari laman web al-Ahkam.net.  Setiap kali ada kemusykilan feqh, selain saya membuka buku2 feqh yang ada di rumah, selalunya akan disusuli dengan lawatan ke laman web al-Ahkam.net. 

Sesuai dengan slogannya ‘Siber Feqh Anda’, laman web tersebut telah memudahkan ramai insan yang berkemusykilan membuat pertanyaan secara online.  Dengan hanya beberapa klik, kemusykilan kita dalam hal ibadah dan lain2 hal berkaitan agama dapat dirungkaikan.

Tetapi disebabkan ‘database’ soal jawab di al-Ahkam.net telah disusun rapi mengikut kategori, pelawat digalakkan untuk menggunakan fungsi ‘search’ dahulu, supaya soalan yang diajukan bukanlah soalan ulangan.

Sempena RAMADHAN yang sedang kita lalui ini, tentu banyak persoalan feqh PUASA kadang2 menyinggahi ke kotak fikiran kita.  Jika kita tidak bertanya, kadang2 soalan2 itu datang dari kawan2 dan ahli keluarga.  Bagi memudahkan kalian untuk mengetahui dengan lebih jelas persoalan feqh PUASA, sila ke laman web al-Ahkam.net berikut (klik di bawah):

PUASA DAN PERMASALAHANNYA 

 

Terdapat sebanyak 201 soal-jawab berkaitan puasa.  Jika kalian berminat untuk mengetahui tentang persoalan feqh berkaitan lain-lain tajuk, silalah explore laman web tersebut.  Nescaya kalian akan mendapati banyak manfaat yang boleh diperolehi.  Semoga ia bermanfaat buat kalian, insyaALLAH. 

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
30 Ogos 2009

Advertisements

Puteriku Sayang

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah benda (perhiasan) dan sebaik-baik benda (perhiasan) adalah (isteri) yang solehah.” (HR. Muslim)

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
26 Ogos 2009


Bukan Mak Limah Rupanya…

Pagi tadi sedang bersiap-siap nak hantar anak-anak ke rumah penjaga, isteri saya tiba-tiba bertanyakan sesuatu.

“Abang ingat tak ustadzah yang mengajar Husna kat PASTI tu?”  Tegur isteri saya.

“Yang mana satu?”  Saya meminta penjelasan.

“Alaa, yang duduk dekat dengan rumah kita tu.”  Jelas isteri saya.

“Oh, yang tu.  Kenapa Yang?”  Saya bertanya kepadanya.

Pelik tiba-tiba isteri saya bertanya mengenai hal itu.  Seolah-olah ada sesuatu yang agak misteri.

“Kan kita pernah tanya Husna siapa namanya kan?”  Isteri saya mengingatkan saya tentang nama guru Husna.

“Yelah. Kan Husna kata nama ustadzah tu Mak Limah kan.  Kenapa?”  Saya bertanya sambil menantikan respon isteri saya dengan penuh minat.

“Abang nak tau tak, rupa2nya nama dia bukan Mak Limah.  Linie ingat nama dia betul2 Mak Limah.  Sebab itulah yang Husna beritahu kita selama ni.”  Isteri saya bercerita.

“Habis tu siapa nama dia?”  Saya bertanya dengan separa suspen.

“Nama dia Maziah (bukan nama sebenar).  Yang Husna panggil dia Mak Limah tu sebenarnya mu’allimah.  Kan mu’allimah dalam bahasa Arab kan cikgu.  Mati-mati kita ingat selama ni nama dia Mak Limah.”  Isteri saya menjelaskan sambil mukanya merah tertawa.

“Laa…macam tu ke…hahaha!”  Saya turut tertawa.  Kuat juga saya tertawa.

Itulah anak-anak…hmm, sangat innocent! 😀 😀

Selama setahun kami terima nama ustadzah itu sebagai Mak Limah.  Asalnya, memang tak percaya.  Apabila ditanya nama sebenar ustadzah tu, Husna kata dia tak tahu.  Dia panggil Mak Limah sebab semua orang panggil ustadzah tu Mak Limah.  Apabila berurusan di PASTI contohnya membayar yuran, report card dan sebagainya, kami berurusan dengan ustadzah yang lain, jarang berurusan dengan ustadzah ‘Mak Limah’.  Aduhai!  Lucu gila!

😀

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
25 Ogos 2009


Jangan Terpedaya Tawaran Pinjaman Nak Raya!

Beberapa hari lagi Ramadhan bakal datang membawa pelbagai berita gembira bagi orang yang mendambakan ganjaran ALLAH subhanahu wata’ala.  Di dalamnya, pahala berganda-ganda dijanjikan ALLAH kepada kita semua.

Namun, dalam keghairahan sebahagian manusia menunggu kedatangan Ramadhan, ada juga sebahagian kita yang sudah berasa ghairah dengan HARI RAYA!  Sudah dirancang baju apa nak pakai, temanya warna apa, perabot baru sudah dijeling, langsir baru sudah dikira-kira, kuih dan biskut raya sudah bersepah dengan sample2nya dan berbagai-bagai lagi.  Dahsyat bukan!

Dengan keghairahan seumpama ini, datanglah manusia-manusia yang ingin mengambil kesempatan menawarkan peluang pinjaman.  Pamplet2 pinjaman dari ALONG, koperasi dan bank2 mula beredar di sana sini.  Saya sangat risau dengan situasi ini.  Kebanyakan kita ummat ISLAM sering menjadi mangsa atas tindakan kita sendiri.  Tamak, jahil dan terburu-buru telah menjerumuskan kita ke lembah kemusnahan.

Disebabkan nak beraya sakan, disebabkan taknak mengalah dengan orang lain, disebabkan nak tunjuk kehebatan masing-masing, disebabkan takut orang kata… Continue reading


Influenza A(H1N1): Apa Perlu Kita Buat?

Influenza A(H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada rakyat negara ini apabila hari demi hari ada sahaja kes kematian dilaporkan.  Jumlah yang positif H1N1 semakin bertambah menandakan wabak ini semakin berleluasa di kalangan rakyat negara kita.  Perkara ini amat membimbangkan.

Pada hari ini (17 Ogos 2009), jumlah kematian yang telah dilaporkan adalah 2 orang.  Menjadikan jumlah kematian yang dilaporkan adalah 64 orang setakat ini.

Dipetik dari:  http://h1n1.moh.gov.my/

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 17 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes Kematian : 2
Jumlah Kematian : 64

Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan  post-delivery (1).   

Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan.

Justeru, apa yang harus kita buat? 


Mudahnya Untuk Mendapat Ganjaran ALLAH

Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa mempunyai pilihan samada untuk berbuat kebaikan atau keburukan. 

Seseorang yang melakukan solat, puasa, zakat, menggembirakan ibubapanya, menuntut ilmu, menyebarkan  seruan ALLAH dan RasulNya, menyampaikan hajat saudaranya, membuang halangan di jalanan dan lain-lain amalan mulia, sudah pasti itu semua termasuk dalam perkara-perkara yang terpuji dan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan ganjaran pahala.

Sebaliknya, seseorang yang tidak solat, menderhakai ibubapanya, tidak amanah, menyakiti hati jiran dan rakan, mengumpat, menfitnah dan bermacam lagi perbuatan tidak bermoral lain, sudah tentu akan      mengundang kemurkaan ALLAH dan berdosa. Continue reading


Peruntuh Masjid Babri Peluk Islam

Masjid Babri dirobohkan pada 6 Disember 1992

(Susunan SITI AINIZA KAMSARI)

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh. Continue reading


6 Adab Menuntut Ilmu

Seorang dari tabi’ut tabiin, Abdullah ibnu Mubarak rahimahullahu ta’ala telah menyatakan bahawa terdapat 6 adab dalam menuntut ilmu, iaitu:

  1. Niat yang baik.  Ikhlaskan niat kerana ALLAH Ta’ala.
  2. Pendengaran yang baik. 
  3. Fahamkan ilmu yang didengar.  Jangan biarkan diri dalam kemusykilan.  Bertanya jika tidak faham.
  4. Ingat.
  5. Beramal dengan ilmu yang diperolehi.
  6. Menyampaikan.

(Disalin dari apa yang disampaikan oleh Ustadz Yazid Abdul Qadir Jawas dalam seminar Iman Orang Asing di Universiti Malaya, 1 Ogos 2009)

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
4 Ogos 2009


%d bloggers like this: