Influenza A(H1N1): Apa Perlu Kita Buat?

Influenza A(H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada rakyat negara ini apabila hari demi hari ada sahaja kes kematian dilaporkan.  Jumlah yang positif H1N1 semakin bertambah menandakan wabak ini semakin berleluasa di kalangan rakyat negara kita.  Perkara ini amat membimbangkan.

Pada hari ini (17 Ogos 2009), jumlah kematian yang telah dilaporkan adalah 2 orang.  Menjadikan jumlah kematian yang dilaporkan adalah 64 orang setakat ini.

Dipetik dari:  http://h1n1.moh.gov.my/

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 17 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes Kematian : 2
Jumlah Kematian : 64

Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan  post-delivery (1).   

Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan.

Justeru, apa yang harus kita buat? 

  • Pertama sekali, hendaklah kita beriman bahawa semua ini adalah qada’ dan qadar ALLAH subhanahu wata’ala.  Ia merupakan ketentuan yang pasti berlaku dan ia berlaku dengan pengetahuan dan izin ALLAH.  ALLAH subhanahu wata’ala berfirman:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الأرْضِ وَلا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Maksudnya:  “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”  Surah al-Hadid, ayat 22.

  • Sabar dan redha.  Serta menganggap segala musibah yang berlaku adalah merupakan ujian dan jalan penghapus dosa bagi orang yang bersabar.

Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Bukhari)

Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah). (HR. Bukhari)

  • Berdoa agar dilindungi ALLAH dari kejahatan dan keburukan H1N1 ini.  Contoh do’a yang diajar oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam meminta dijauhkan keburukan dan kejahatan ialah:
Maksudnya: "Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, sesuatu pun tidak memberi mudharat, baik di bumi atau di langit.  DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Maksudnya: "Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, sesuatu pun tidak memberi mudharat, baik di bumi atau di langit. DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Maksudnya:  "Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan makhluq yang DIA ciptakan"

Maksudnya: "Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan makhluq yang DIA ciptakan"

Maksudnya:  "Ya ALLAH, sihatkanlah tubuh badanku.  Ya ALLAH, sihatkanlah pendengaranku.  Ya ALLAH, sihatkanlah penglihatanku."

Maksudnya: "Ya ALLAH, sihatkanlah tubuh badanku. Ya ALLAH, sihatkanlah pendengaranku. Ya ALLAH, sihatkanlah penglihatanku."

  • Sentiasa menjaga kebersihan dan melakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Antaranya:
    • Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersih.
    • Kerap cuci tangan.
    • Gunakan penutup muka dan hidung.
    • Tangguhkan lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak.
    • Ambil vitamin
    • Minum banyak air
    • Patuhi semua arahan dari pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
  • Jika mengalami gejala Influenza A (H1N1), segeralah bertemu dengan doktor.  Antara gejalanya adalah demam, dan diiringi oleh salah satu tanda-tanda berikut:
    • Batuk
    • Sakit tekak
    • Sukar bernafas
    • Sakit dada
    • Sakit kepala

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan dalam kita menghadapi bahaya wabak Influenza A (H1N1) ini.  Mudah-mudahan dengan iman yang teguh di hati, sabar, doa dan ikhtiar untuk menjauhinya dapat menjadikan kita manusia yang redha dan selamat di dunia dan di akhirat.

WAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
17 Ogos 2009


One response to “Influenza A(H1N1): Apa Perlu Kita Buat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: