Bukan Mak Limah Rupanya…

Pagi tadi sedang bersiap-siap nak hantar anak-anak ke rumah penjaga, isteri saya tiba-tiba bertanyakan sesuatu.

“Abang ingat tak ustadzah yang mengajar Husna kat PASTI tu?”  Tegur isteri saya.

“Yang mana satu?”  Saya meminta penjelasan.

“Alaa, yang duduk dekat dengan rumah kita tu.”  Jelas isteri saya.

“Oh, yang tu.  Kenapa Yang?”  Saya bertanya kepadanya.

Pelik tiba-tiba isteri saya bertanya mengenai hal itu.  Seolah-olah ada sesuatu yang agak misteri.

“Kan kita pernah tanya Husna siapa namanya kan?”  Isteri saya mengingatkan saya tentang nama guru Husna.

“Yelah. Kan Husna kata nama ustadzah tu Mak Limah kan.  Kenapa?”  Saya bertanya sambil menantikan respon isteri saya dengan penuh minat.

“Abang nak tau tak, rupa2nya nama dia bukan Mak Limah.  Linie ingat nama dia betul2 Mak Limah.  Sebab itulah yang Husna beritahu kita selama ni.”  Isteri saya bercerita.

“Habis tu siapa nama dia?”  Saya bertanya dengan separa suspen.

“Nama dia Maziah (bukan nama sebenar).  Yang Husna panggil dia Mak Limah tu sebenarnya mu’allimah.  Kan mu’allimah dalam bahasa Arab kan cikgu.  Mati-mati kita ingat selama ni nama dia Mak Limah.”  Isteri saya menjelaskan sambil mukanya merah tertawa.

“Laa…macam tu ke…hahaha!”  Saya turut tertawa.  Kuat juga saya tertawa.

Itulah anak-anak…hmm, sangat innocent! 😀 😀

Selama setahun kami terima nama ustadzah itu sebagai Mak Limah.  Asalnya, memang tak percaya.  Apabila ditanya nama sebenar ustadzah tu, Husna kata dia tak tahu.  Dia panggil Mak Limah sebab semua orang panggil ustadzah tu Mak Limah.  Apabila berurusan di PASTI contohnya membayar yuran, report card dan sebagainya, kami berurusan dengan ustadzah yang lain, jarang berurusan dengan ustadzah ‘Mak Limah’.  Aduhai!  Lucu gila!

😀

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
25 Ogos 2009


4 responses to “Bukan Mak Limah Rupanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: