‘Eidulfitri 1430H-2009M

Hari ni dah masuk 6 hari kita telah meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.  Walaupun ‘Eidulfitri wajar disambut dengan penuh kegembiraan, namun bagi diri hamba ada bercampur sedikit perasaan kecewa kerana gagal memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan yang lalu.  Mudah-mudahan diberi kesempatan kepada kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, amin.

Sambutan Hari Raya

Dari sudut kemeriahan, kami sekeluarga merayakan ‘Eidulfitri macam tahun-tahun sebelumnya, biasa-biasa sahaja.  Cuma tahun ni, hamba terlupa nak beli baju baru untuk diri hamba.  Untuk anak-anak dan isteri, alhamdulillah, mereka semua dapat berbaju baru.  Mereka gembira, hamba pun turut gembira.  Raya ke-4, hamba singgah di Pasar Payang beli baju batik sehelai…alhamdulillah dapat juga baju baru 😉

Menumpang gembira

Sekadar menumpang gembira mereka...

Mungkin yang istimewanya pada ‘Eidulfitri kali ini ialah kami menyambutnya dengan kehadiran puteri baru kami, Nurul Hidayatul Jannah yang berusia 4 bulan pada sambutan hari raya.  Kalau tahun lepas 5 orang ahli keluarga, tahun ni pula dengan 6 ahli keluarga.  Sibuk dan penat bertambah.  Gembira dan suka juga bertambah. 

Dan lagi satu, hamba rasa tahun ni yang specialnya berbanding tahun-tahun sebelum ini ialah pengumuman MTD Prime memberikan laluan percuma sempena Hari Raya ‘Eidulfitri 1430/2009.  Tarikh 18 dan 24 September 2009 telah hamba sematkan dalam memori untuk diambil peluang balik ke kampung isteri di Marang, Terengganu.  Kerana pada tarikh tersebut, MTD Prime memberikan laluan percuma dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Tol Percuma

17 September 2009, tepat jam 10.30pm hamba sekeluarga telah bertolak dari rumah di Shah Alam.  Lalu di Shell & Petronas Gombak, rupa2nya telah ada banyak kenderaan standby untuk menunggu jam 12 tengah malam.  Hamba cepat-cepat pandu kereta tak mahu tunggu, sebab kalau tunggu tentu beratur panjang di tol plaza Gombak.  Jadi, terlepaslah tol percuma di tol Gombak dan tol Bentong sebab lalu di kedua-dua tol plaza tersebut sebelum jam 12 tengah malam.

Bersama sebahagian yang sempat bergambar

Bersama sebahagian yang sempat bergambar

Hamba sampai di tol plaza Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) jam 11.30 malam.  Disebabkan LPT adalah closed system highway, maka bayaran tolnya dibayar sewaktu hendak keluar dari lebuhraya.  Hamba sentuh kad T&G dan teruskan perjalanan seperti biasa.  Sepanjang perjalanan, lebuhraya lengang dan tenang.  Anak-anak pun nyenyak je tidur. 

Sampai di tol plaza Jabor, Terengganu hamba sentuh kad Touch & Go …dan alhamdulillah, hamba tersenyum riang kerana tidak dikenakan apa-apa bayaran, yahoooo!  Perjalanan diteruskan ke Marang dan dipermudahkan olehNYA dengan suasana yang lengang.

Sampai di rumah keluarga isteri di Pengkalan Berangan, Marang tepat jam 4.30 pagi.  Berehat dan terus sahur…

Balik dari Terengganu juga, hamba telah membuat keputusan untuk balik pada tarikh 23/9/09.  Hamba bertolak jam 630ptg dari Marang dan berhenti di rumah tok hamba di Kemaman untuk bersolat Maghrib dan Isyak, jamak ta’khir jam 830pm.  Selepas minum dan berehat sebentar, tepat pukul 915pm kami bertolak dari Kemaman ke LPT. 

Alhamdulillah, kami sampai ke tol plaza Karak tepat jam 12.05 tengah malam 24/9/09 dan membolehkan kami keluar dari LPT tanpa perlu membayar apa-apa bayaran tol.  Seronok!  Diikuti tol plaza Bentong dan Gombak pun percuma juga.  Jimat RM50 pergi balik!

Bersama keluarga tercinta.  Mereka sentiasa dalam doa hamba.

Bersama isteri dan zuriat tercinta. "Berkatilah kami, ya ALLAH"

Pengalaman ini merupakan pengalaman pertama hamba menggunakan LPT dan Karak Highway secara percuma.  Entah berpuluh kali sudah hamba menggunakan highway tersebut, baru ni first time diberi percuma.  Fuh, dia punya perasaan gembira tu, semacam rasa!

Tup-tup datang menerjah ke fikiran hamba, ALLAH subhanahu wata’ala selama ini memberikan kita pelbagai nikmat secara percuma, banyakkah kita bersyukur?!…

Apapun, tahniah buat MTD Prime atas keprihatinan mereka terhadap pengguna Karak dan LPT.  Di samping menyelerakkan bilangan kenderaan agar tidak tertumpu pada waktu siang, tindakan MTD Prime sebenarnya amat dihargai oleh sebilangan rakyat Malaysia yang tidak dapat bonus tahun ini.  Dalam mereka berniaga dan mengaut keuntungan melalui sistem konsesi ini, mereka tetap mengutamakan rakyat dan dalam masa yang sama tidak melupakan pencapaian dan kualiti perkhidmatan mereka.

Terima kasih daun keladi buat MTD Prime.  Diharap syarikat konsesi lebuhraya yang lain dapat mencontohi mereka.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
25 September 2009

Advertisements

6 responses to “‘Eidulfitri 1430H-2009M

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: