Monthly Archives: October 2009

Mencari Bakal Suami & Teman Bermadu

Assalamu’alaikum…

Ada sedikit makluman yang ingin saya sampaikan kepada tuan/puan.  Saya rasa hasrat dan pertolongan yang diminta perlu saya sampaikan capaiannya kepada kawan2 saya.  Berikut adalah 2 hajat yang disampaikan oleh seorang ustadzah kepada saya kelmarin:

1.  Mencari Bakal Suami

  • Seorang ustadzah berumur 32 tahun sedang mencari bakal suami yang umurnya di bawah 40 tahun.
  • Beliau kini tinggal di Klang.
  • Orangnya kecil2 sahaja.
  • Mengajar subjek agama di sekolah rendah.
  • Belum berumahtangga disebabkan selama ini sangat menjaga pergaulan dan pemalu orangnya.
  • Bakal suami hendaklah mempunyai pekerjaan tetap.

2. Mencari Teman Bermadu Continue reading

Advertisements

Berhati-hati Guna Berita Ajaib/Aneh Untuk Tujuan Dakwah/Agama

Bercakap pasal benda-benda pelik dan aneh serta ajaib yang digembar-gemburkan oleh sebahagian masyarakat muslim di seluruh dunia, saya teringat tentang satu email yang pernah saya panjangkan ke kawan-kawan saya pada tahun 2005.

Kononnya, di Oman ada seorang gadis telah bertukar menjadi makhluq aneh disebabkan oleh kurang ajarnya dia kepada ibu dan al-Quran.

Berikut adalah inti email yang dihantar kepada saya pada 2005 yang saya petik dari arkib Harakahdaily yahoogroup: Continue reading


Sejadah Berdiri

Semalam (Jumaat 23 OKTOBER 2009), saya diberitahu bahawa berlaku fenomena sejadah berdiri di sebuah sekolah agama di Klang.  Saya mengerut dahi, memikiri ia barangkali diambil contoh dari beberapa peritiwa yang dilaporkan berlaku di Kelantan dan Kedah baru-baru ini.

2 orang muslimah menunjukkan gambar 2 sejadah ‘berdiri’ yang dirakamkan oleh mereka di surau sekolah tersebut.  Satu di hadapan dan satu lagi di belakang.  Terdapat rehal al-Quran di hadapan 2 sejadah yang ‘berdiri’ tu.

“Wah, ni siap ada sutrah ni.  Bagus ni.  Ikut sunnah.”  Saya bergurau.

“Hehe”  dua orang muslimah yang menunjukkan gambar itu kepada saya tersenyum.

“Sudah dirungkai sejadah-sejadah tu?”  Saya bertanya.

“Ya, sudah”  Mereka menjawab.

“Alhamdulillah, bagus.  Jangan dikongsi dengan sesiapa pun akan gambar tu.  Jangan di’publish’ di internet seperti di blog atau youtube.  Nanti ‘susah'”  Pesan saya, lalu menasihati mereka beberapa perkara yang berkaitan dengan peristiwa tersebut.

Ada 2 kemungkinan sahaja.  Continue reading


Gambar Perodua ‘MPV’

Minggu lepas di rumah terbuka, antara yang menjadi perbualan ialah Perodua MPV.  Ada yang belum lihat gambarnya.  Jadi hamba letakkan di blog ini untuk tatapan kalian.  Hamba terima dari seorang sahabat melalui email.

Perodua MPV 00

Menurut seorang pelanggan Takaful hamba yang bekerja di Perodua katanya harga dalam range RM53k – RM70k.  Tetapi, ketika di rumah terbuka hari tu, ramai yang kata range RM65k – RM75k.  Takpe, kita tunggu sama-sama pelancarannya ye 😉

Gambar-gambar:  Continue reading


Status Al-Ahkam.net & Youtube Channel Ust Zain

Sudah beberapa minggu hamba tak dapat buka laman kesayangan hamba, iaitu al-Ahkam.net (AAN)aanMembuka AAN adalah antara rutin yang biasa hamba buat tatkala berintenet.  Padanya terdapat banyak maklumat menarik yang dibincangkan oleh komuniti maya sekitar tajuk isu semasa yang ada kaitannya dengan ummat ISLAM.  Yang paling menarik pada AAN ialah kompilasi soal-jawab feqh yang menyentuh pelbagai tajuk dalam kehidupan seseorang muslim.  Mudah2an ALLAH merahmati insan di sebalik tabir dan juga pengasasnya iaitu Ust Zain-ys.

Bukan sahaja AAN, malah Youtube Channel yang diusahakan oleh Ust Zain-ys juga mengalami masalah.  Apabila dibuka Youtube Channel pro-alahkam dan maulanaasri, tertera pada skrin Youtube ‘…the account has been suspended’.

Hamba kecewa atas apa yang berlaku.  Atas apa yang berlaku, hamba cuba bertanyakan tentang apa yang terjadi kepada komuniti di Facebook.  Mereka tak tahu.  Hamba YM kepada Ust Zain, tiada respon (entah aktif lagi ke tak YM Ust?).  Ingin rasanya hamba pergi melawat Ust Zain di Bukit Mertajam, Pulang Pinang sana.  Namun, tiada kemampuan.  Entah apalah yang terjadi kepada beliau sorang2 di sana.  Namun, hamba berdoa agar ALLAH memudahkan segala urusan Ust Zain sekeluarga, amin.

Hari ini, alhamdulillah (segala pujian bagi ALLAH) di blog Ust Zain sudah ada jawapan tentang apa yang berlaku kepada AAN dan Youtube channel yang diusahakan oleh Ust Zain.  Sekurang-kurangnya dengan mengetahui maklumat tentangnya, dapat melegakan hati dan boleh keluar dari daerah tertanya-tanya.  Berikut adalah jawapan Hj Kamin tentang AAN Continue reading


%d bloggers like this: