Status Al-Ahkam.net & Youtube Channel Ust Zain

Sudah beberapa minggu hamba tak dapat buka laman kesayangan hamba, iaitu al-Ahkam.net (AAN)aanMembuka AAN adalah antara rutin yang biasa hamba buat tatkala berintenet.  Padanya terdapat banyak maklumat menarik yang dibincangkan oleh komuniti maya sekitar tajuk isu semasa yang ada kaitannya dengan ummat ISLAM.  Yang paling menarik pada AAN ialah kompilasi soal-jawab feqh yang menyentuh pelbagai tajuk dalam kehidupan seseorang muslim.  Mudah2an ALLAH merahmati insan di sebalik tabir dan juga pengasasnya iaitu Ust Zain-ys.

Bukan sahaja AAN, malah Youtube Channel yang diusahakan oleh Ust Zain-ys juga mengalami masalah.  Apabila dibuka Youtube Channel pro-alahkam dan maulanaasri, tertera pada skrin Youtube ‘…the account has been suspended’.

Hamba kecewa atas apa yang berlaku.  Atas apa yang berlaku, hamba cuba bertanyakan tentang apa yang terjadi kepada komuniti di Facebook.  Mereka tak tahu.  Hamba YM kepada Ust Zain, tiada respon (entah aktif lagi ke tak YM Ust?).  Ingin rasanya hamba pergi melawat Ust Zain di Bukit Mertajam, Pulang Pinang sana.  Namun, tiada kemampuan.  Entah apalah yang terjadi kepada beliau sorang2 di sana.  Namun, hamba berdoa agar ALLAH memudahkan segala urusan Ust Zain sekeluarga, amin.

Hari ini, alhamdulillah (segala pujian bagi ALLAH) di blog Ust Zain sudah ada jawapan tentang apa yang berlaku kepada AAN dan Youtube channel yang diusahakan oleh Ust Zain.  Sekurang-kurangnya dengan mengetahui maklumat tentangnya, dapat melegakan hati dan boleh keluar dari daerah tertanya-tanya.  Berikut adalah jawapan Hj Kamin tentang AAN (sumber):

Assalamu’alaikum

Pihak al-Ahkam ingat memohon ma’af kerana laman web al-ahkam.net tidak
dapat di capai semenjak 14-September-2009 sehingga ke hari ini akibat
dari kerosakan yang terjadi kepada hardisk al-ahkam.

Disebabkan minggu ini merupakan cuti Eid al-Fitr, kerja-kerja
memperbaiki server akan dimulakan sebaik sahaja berakhirnya cuti Hari
Raya. Pihak al-ahkam.net sedang berusaha membawa keluar server tersebut
dari Pusat Data TMNET petang ini untuk kerja baik pulih.

In Sya Allah pihak kami akan memaklumkan kepada anda semua sebaik sahaja
server tersebut selesai diperbaiki. Do’akan agar Allah swt memberi
kemudahan kepada pihak kami agar server tersebut dapat dipulihkan dengan
kadar segera.

Sempena Eid al-Fitr, krew al-ahkam.net dan semua moderatornya ingin
mengucapkan Semalam Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, dengan berdo’a –
Taqabbala Allaah minna wa minkum.

Sekian, wassalam
kamin, bagi pihak al-ahkam.net

Dan berikut pula adalah jawapan Ust Zain berkenaan Youtube channel proal-ahkam dan maulanaasri (sumber):

Sebelum hariraya harddisk server al-ahkam.net mengalami kerosakan. Ini menyebabkan web ini tidak dapat diakses. Pulang dari bercuti hariraya akaun youtube proalahkam yang telah dikerjakan selama beberapa tahun telah ditamatkan oleh pihak youtube. Lebih malang lagi apabila akaun youtube atas nama maulanaasri yang diisi dengan kuliah2 maulana Asri turut dibabitkan sama oleh pihak youtube. Kerana akaun tersebut menggunakan didaftarkan di bawah e-mail zain2.ys@gmail.com.

Tak perlu diceritakan kesedihan dan kekecewaan yang saya hadapi, tentu anda yang sering mengikuti channel proalahkam dan channel maulanaasri dapat membayangkannya.

Puncanya? Dari program TV Hujah TV9 yang saya rakam dan upload. Kata youtube ia melanggar hakcipta sykt Grand Briliiant.

Hati-hati.. Jika anda secara sengaja atau tidak melanggar hakcipta, pihak youtube akan menghantar email menyatakan anda kemungkinan atau telah melanggar hakcipta blaa.. blaa… Anda diminta memadam video atau audio berkenaan.

Baiklah, katakanlah anda akur dan sentiasa akur dengan sesegera mungkin memadam video berkenaan.. Itu semua tidak menjamin untuk akaun youtube anda selamat sejahtera. Jika berulang lagi, dan anda akur lagi.. Akaun anda mungkin akan didelete oleh pihak youtube.

Pengajaran.. Ya ia memang pengajaran yang berguna. JANGAN upload program TV ke akaun youtube anda.. Atau akaun anda akan dipadam!

zain-ys

pondok penanti, B.Mertajam

Mudah-mudahan kesusahan yang yang dialami oleh ustadz Zain, dibalasi ALLAH Azza wa Jall dengan ganjaran yang besar.  Walaupun segala video ilmiah telah dipadam di Youtube, walaupun video-video ilmiah tidak lagi hamba dan yang lain-lain nikmati, mudah2an apa yang telah diperbuat dinilai ALLAH sebagai hasanah yang besar.  Malah, mudah2an hasanahnya berkekalan walaupun video2 di youtube telah dipadam.

Diharap dengan posting ini, dapatlah kiranya sahabat2 di luar sana yang turut mempunyai perasaan yang sama dengan hamba, faham dan mengerti akan situasi yang berlaku.


10 responses to “Status Al-Ahkam.net & Youtube Channel Ust Zain

  • anakMINANG04

    shah muzir…try hubung sifu zain…bg no akaun maybank…kot2 ada sumbangan dari pencinta2 AAN…

    Like

  • naji

    TQ Shah atas makluman, nampak di web uzar.

    AM04: Maybank a/c AAN:-
    562106217423 atas nama AL AHKAM NET

    Like

    • shahmuzir

      Naji, tkasih bagi info psl no akaun AAN.
      Hamba sekadar nak mengesahkan bahawa no Maybank di atas memang no akaun AAN sejak dulu lagi.

      Pesanan buat hamba dan kita semua, agar sama-sama kita menyumbang ke akaun tersebut, insyaALLAH 🙂

      Like

  • ajim

    moga Allah permudahkan urusan ustz zain dan rakan2 AAN..

    Like

  • Budane

    Mari kita ramai2 doakan kebangkitan semula AAN. RINDUNYAAAAAA!

    Like

  • shahmuzir

    Setiap hari cuba membuka, masih gagal. Hari ni masih sama jawapannya. 😦

    Mudah2an proses pemulihan AAN segera dapat diselesaikan, amin.

    Semoga insan2 ikhlas di sebalik AAN dipermudahkan ALLAH dan diberkati kehidupan mereka, amin.

    Like

  • shahmuzir

    Petang tadi ada terima email dari Ust Zain. Berikut mesejnya:

    =========
    salam untuk semua..
    1. al-ahkam.net telahpun pulih dan sudah ‘up’ serta sedia untuk
    dilayari.
    2. Anda boleh layari forum al-ahkam.net di: http://al-ahkam.net/forum09/
    3. Web utama di http://al-ahkam.net/home/ masih belum pulih..

    Kredit utk hj kamin dan ustaz kamarul atas usaha gigihnya.

    wslm
    =========

    Alhamdulillah 😀
    Kita do’akan mudah2an laman utamanya cepat sembuh, amin.

    Like

  • kamin

    Assalamu’alaikum,

    Alhamdulillah. Berkat do’ a dan sokongan anda semua, al-ahkam.net sudahpun online hampir 2 minggu. Harap ma’af kerana terdapat beberapa gangguan di sana dan sini, kerana masih ada lagi data didalam database tersebut rosak.

    Terim kasih banyak2 kerana masih bersama al-ahkam.net. Tanpa anda semua, siapalah al-ahkam.net

    Sekian, wassalam
    kamin

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh…

      Terima kasih Hj Kamin kerana sudi berkunjung dan memberi komen di dalam blog ini.

      Alhamdulillah, walaupun AAN belum pulih sepenuhnya, namun sekurang2nya sudah online semula.

      Bahagian SOAL JAWAB FEQH adalah kegemaran saya di AAN. Asalkan yang itu masih berfungsi, saya berasa lega. Kerana telah banyak mutiara ilmu yang saya perolehi di sana.

      Semoga ALLAH mengganjari kumpulan manusia yang berada di sebaliknya, amin. Dan mudah2an AAN segera sembuh kembali seperti dulu, amin 🙂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: