Arghh…Aku Dikecewakan…

Aku kecewa.  Aku dikecewakan oleh mereka.  Aku diusik perasaan dengan perbuatan mereka.  Kenapa mereka buat begini pada aku?  Sedangkan selama ini telah banyak aku perbuatkan untuk mereka.  Semuanya kerana ALLAH.  Betul, kerana ALLAH.  Nasihatku, tegurku, marahku semua itu kerana ALLAH.  Aku kasihkan mereka semua kerana ALLAH.

Telah banyak masa, tenaga dan wang aku belanjakan bagi menyampaikan mesej-mesej ALLAH kepada mereka.  Semua itu bagi mendapatkan redha ALLAH.  Eh, kenapa aku berasa kecewa pula ni? 

Sepanjang perjalanan di atas motorsikalku, aku memikirkan hal itu.  Memikirkan kenapa rasa kecewa dengan perbuatan mereka menyinggahi hatiku?

Aku mula berfikir, barangkali aku belum 100% ikhlas kerana ALLAH.  Jika aku 100% ikhlas kerana ALLAH, kemungkinan aku takkan didatangi perasaan sebegini.  Barangkali kecewa takkan singgah ke hati ini.  Biarlah apa pun yang mereka perbuat kepadaku, perasaan kecewa takkan datang jika DIA Yang Maha Esa sentiasa dijadikan raja di hati ini…arghhh!

Ya, mungkin niat aku ada bercampur dengan hal-hal lain selain untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.  Mungkin itu…mungkin ini…

Aku berdo’a sepanjang perjalanan menuju ke rumah:

 

يا مقلب القلوب ، ثبت قلبي على دينك

“Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati,

tetapkanlah hatiku di atas agamaMU…”

 

Berulang-ulang kali kubaca.  Sehinggalah motorsikalku berhenti di destinasinya.  Mengharapkan ALLAH meluruskan hatiku agar kembali ke atas landasanNYA.  Kembali mengalihkan hati ini kepada Empunyanya. 

Hatiku semakin tenang.  Rasa kecewa pada mereka semakin kendur.  Lega rasanya.  Aman dan damai sedikit rasanya, alhamdulillah…moga DIA sentiasa menetapkan hatiku padaNYA, bukan pada makhluqNYA.

Mudah2an ia menjadi pengajaran dan peringatan buatku agar meletakkan kasih, sayang dan cinta semuanya untuk ALLAH.  Kerana kasih, sayang dan cintakan ALLAH, takkan mengundang kecewa…

Terima kasih wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih kerana menegurku…

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
13 NOVEMBER 2009

Advertisements

3 responses to “Arghh…Aku Dikecewakan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: