Muslimah dan Tudung Labuh

Seorang lelaki muslim yang bagus imannya akan terpaut hatinya kepada wanita muslim yang bagus imannya juga.  Begitu juga sebaliknya.  Ini adalah fitrah manusia.  Saling tertarik apabila mereka mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang hampir sama.

Manusia tidak dapat menilai kebaikan seseorang manusia lain melainkan setelah mengenali di antara satu sama lain.  Jadi, perkara pertama yang menjadi ukuran seseorang pastinya melalui penampilannya.  Melalui penampilannya, seseorang dapat diukur secara zahir bagaimana peribadinya.  Samada seseorang itu baik, rajin, pandai, kelakar, garang, malas dan sebagainya masih belum pasti.  First impression comes first.

Awal-awal Bertudung Labuh

aurat1

Sila klik gambar!

Wanita yang bertudung labuh atau dipanggil juga bertudung bulat memberi impressi (tanggapan pertama) bahawa dia wanita yang bagus agamanya.  Ia cuma impressi sahaja.  Belum tentu dia solehah atau tidak.  Dan kebiasaannya wanita yang memakai tudung labuh ini berlatar belakangkan sekolah agama.  Kerana mereka diwajibkan untuk memakai tudung labuh.

 

 Ada sebahagian pelajar-pelajar agama ini, di sekolah mereka bertudung labuh.  Tetapi apabila berada di luar sekolah mereka tidak lagi mengenakan pada diri mereka tudung labuh.  Ada yang memakai tudung biasa sahaja.  Tudung tiga segi, malahan skaf pun ada.  Ada juga yang tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi bilangan mereka sedikit sahaja.

Sekolah agama memberikan tarbiyyah.  Ia membentuk anak-anak didiknya agar berada di landasan yang betul.  Bagi pelajar muslimah di sekolah-sekolah agama, mereka diajar untuk menerapkan pakaian muslimah yang sejati pada diri mereka.  Ini bertujuan untuk merealisasikan tuntutan ISLAM dalam berpakaian khas untuk wanita beriman.

ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman dalam al-Quran berkaitan etika berpakaian wanita beriman yang maksudnya:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…”  (Surah ke-24 an-Nur, ayat 31)

Pelajar-pelajar sekolah agama ini dikehendaki memakai uniform sekolah dan bertudung labuh, baju kurung yang longgar (tidak ketat), jenis kain yang tidak nipis dan berstoking panjang.  Bukan itu sahaja, malahan hal batasan ikhtilat (percampuran lelaki & perempuan) turut diajar kepada mereka.  Lelaki dan perempuan dipisahkan tatkala makan di kantin, tangga khas lelaki-perempuan, aktiviti kurikulum & ko-kurikulum kebanyakannya dipisahkan antara lelaki-perempuan dan sebaginya.  Ini semua untuk dijadikan bekalan ilmu buat mereka serta mengamalkannya.

Bukan semua yang gembira dengan peraturan ini.  Mereka terpaksa.  Tetapi, memang begitulah proses pentarbiyyahan perlu dilakukan.  Tanpa peraturan, mereka tidak akan patuh dengan kod pakaian yang ‘menyusahkan’ itu.  Mereka pastinya mahu bebas dan bersantai-santai dalam berpakaian.  Peraturan untuk berpakaian Islami ini adalah untuk kebaikan mereka sebenarnya.  Kebaikan yang diukur dari kaca mata agama.

 tudung

Sejuk mata tatkala terpandang...

Tahun demi tahun dalam keterpaksaan, lama-kelamaan mereka berasa selesa dengan bertudung labuh.  Malahan ada yang jatuh cinta dengan cara berpakaian tudung labuh pula.  Mereka membawa cara berpakaian yang penuh kesederhanaan ini ke luar sekolah.  Hatta, sehingga habis sekolah.  Sampai ke universiti, sampai ke alam pekerjaan. 

Tetapi bilangan mereka yang tetap dengan tudung labuh tidak ramai disebabkan oleh beberapa faktor.  Antara faktor-faktornya ialah kesesuaian pekerjaan (nature of work), trend, fesyen, akibat keluarga dan sebagainya.  Yang paling penting ialah mereka MENUTUP AURAT dengan SEMPURNA.  Samada bertudung labuh atau tidak, bukanlah menjadi ukuran utama.  Kerana syariat hanya menyuruh mereka menutup aurat.  Asal sahaja sudah menepati syariat, nah silakan…

 

Pandangan Masyarakat Terhadap Wanita Bertudung Labuh

Pentingkah pandangan masyarakat jika sesuatu yang diperbuat itu betul?  Pentingkah untuk kita ambil pusing dengan kata-kata orang lain, jika apa yang kita amalkan menepati tuntutan syar’iyyah?  Tak perlu, bukan?  Saya sengaja melontarkan persoalan itu untuk sama-sama kita fikirkan.  Agar kita tetap dengan pendirian kita jika apa yang kita buat itu betul, walaupun barangkali ada yang berkata itu dan ini. 

Ada sebahagian dalam masyarakat memandang wanita yang bertudung labuh ini ketinggalan zaman, kolot, tak moden, tak ikut trend dan sebagainya.  Namun, ada sebahagiannya juga memandang hormat, tinggi, segan dan mulia kepada mereka ini.

Hampir 100% pandangan yang saya temui mempunyai pandangan yang kedua, iaitu memandang tinggi dan hormat kepada wanita yang bertudung labuh.  Malahan sebahagian yang tidak bertudung labuh ada yang menanam hasrat untuk bertudung labuh, tetapi segan dan malu disebabkan tidak pernah berpakaian seperti itu.  Mahu, tetapi malu.

Saya secara peribadi ingin berterus-terang bahawa saya selalu didatangi perasaan yang damai tatkala terpandang wanita yang bertudung labuh.  Apabila ternampak mereka dari jauh, rasa sejuk hati ini.  Saya rasa ramai lelaki yang mempunyai perasaan seperti ini.  Tetapi, kalau mat-mat rock, mat-mat punk, mat-mat rempit, mat-mat disko dan seumpama dengannya, saya rasa mereka takdelah perasaan macam ni.  Eh, entah-entah pun ada perasaan yang sama…?  Agaknya mereka pun rasa tersentuh, rasa beragama…

Perasaan yang datang apabila terlihat wanita bertudung labuh bukanlah perasaan ingin melakukan yang ‘bukan-bukan’.  Sebagaimana apabila seseorang lelaki nampak perempuan seksi, apa yang terlintas di dalam hatinya pastilah sesuatu yang berkaitan dengan seks.  Syahwat segera bernyala-nyala tatkala melihat wanita yang ‘buka-buka’.

Tetapi apabila ternampak wanita bertudung labuh, perasaan damai datang.  Rasa ingin membimbing, membela dan mendidik wanita itu segera hadir.  Malah datang juga perasaan beragama pada diri.  Juga rasa ingin berkeluarga, keluarga yang soleh.

Ini bukan kesimpulan yang saya buat bagi diri saya sahaja.  Malahan pernah saya dan kawan-kawan membicarakan hal ini suatu ketika dahulu.  Di forum-forum Islami di internet juga tidak lepas membicarakan perkara yang sama.  Ya, wanita bertudung labuh lambang wanita yang hidup beragama.

Isteri saya sendiri bertudung labuh.  Sejak beliau di bangku sekolah, di universiti sehinggalah kini bekerja dan berumahtangga.  Saya suka isteri saya bertudung labuh.  Rasa damai dan tenang apabila saya berjalan di tengah ramai sambil saya memimpin tangan isteri.  Rasa cinta dan rasa hidup beragama sentiasa mekar sehingga kini.  Mudah2an beliau terus dengan bertudung labuhnya.  Kerana mata dan hati ini sejuk apabila melihat beliau berpakaian begitu.

 

Kesimpulan

Tulisan ini bukan ditulis tanpa tujuan.  Tulisan ini diharap dapat memberi motivasi kepada diri muslimah remaja yang berkira-kira ingin membuang tudung labuh dari tubuhnya.  Sebahagian mereka rasa ketinggalan zaman.  Rasa ‘takde orang nak’ orang yang bertudung labuh ini.  Rasa terpinggir dengan berpakaian tudung labuh ini.

Percayalah, cara berpakaian sedikit sebanyak boleh mengawal diri dari kita melampaui batas.  Dengan bertudung labuh, pasti akan ada setitik penyedar. Kita ingat siapa kita.  Kita tak mahu diri terfitnah.  Kita tak mahu agama terfitnah. 

Janganlah dibuang tudung labuh itu dari tubuh kalian.  Kalian nampak ayu dan sopan bertudung labuh.  Kalian menimbulkan rasa ingin beragama di kalangan sebahagian manusia.  Samada lelaki atau wanita, rasa beragama tiba-tiba datang tatkala kalian muncul.  Yang paling penting ialah berpakaian seperti itu jika betul niatnya dan caranya, kalian akan diredhai ALLAH.

Akhir sekali, ingatlah!  Bahawa beramallah kerana ALLAH.  Ikhlas kerana ALLAH.  Ikut cara ALLAH.  Bermatlamatkan ALLAH.  Bukan disebabkan hal lain.  Mudah2an kita semua digolongkan di dalam golongan solihin, amin…

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
14 NOVEMBER 2009


63 responses to “Muslimah dan Tudung Labuh

  • islamic forever

    em…sy kalau di luar kwsn skola pn sy memakai tudung tiga segi tetapi bersaiz labuh la..harapn nak pkai tudung bulat di luar memang da ada..hehe..mak pn nk join skali…em tp ustaz…dlm proses nk beli tudung br..mak n family pn bz wt mse ni..so lum de mse lg..sy akn mmprcptkn utk pkai tudung labuh..insya’allah…

    Like

  • wana93

    erm..
    nice artikel..
    sy p0n masih bl0m istiqamah lg memakai tudung labuh yg bulat..
    selalu pakai tudung labuh 60 inci jer..
    tgh nk biasakn diri dgn keadaan sekeliling..
    bt0l tu..
    yg paling penting ialah menutup aurat dgn smpurna..
    dan ikhlas.. :)

    Like

    • shahmuzir

      Tak kisahlah tudung macam mana pun, asalkan menutup aurat menepati tuntutan syara’. Bukan sahaja pakaian, pembawaan diri juga kena jaga.

      Secara peribadi saya sangat suka semua wanita bertudung labuh. Itu sekadar individual preference.

      Like

  • abi syam

    memang tepat skali kata ustaz…pakaian yg demikian ada rasa ‘redup’ pd sape2 yg memandang…sy jugak akan terasa spt itu…suka melihat (bkn suka pandang dgn keinginan sex) perempuan camtu.alangkah baiknya jika wanita2 berpakaian camni…

    Like

    • shahmuzir

      Abi Syam, betul tu. Redup penampilan mereka kadang2 mengingatkan kita akan agama…

      Semoga ramai lagi para muslimah yang akan bertudung labuh dan berpakaian yang menepati syar’iyyah Islamiyyah, amin.

      Like

  • sazana ahmad

    salam ustaz
    sy dlu pkai tdg 3 segi. Bila kahwin suami suruh sy pakai yang labuh. saya taati. Tp setelah beliau dpt kerja bagus mula ada affair nga isteri org. macam2 dihina sy kat pompuan tu. katanya malu nga penampilan saya. sejak itu saya kembali asal nga tdg 3 segi hgga kini. tp hati sy x pernah tenteram w/pun telah maafkan tindakannya itu.

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah…
      Tahniah buat puan kerana menutup aurat. Takpe tudung 3 segi pun, asalkan ia menutupi badan sehingga ke paras dada.

      1. Taatilah ALLAH & ikutlah Rasul sallAllahu ‘alaihi wasallam.
      2. Patuhilah suami selagi dia tidak menyuruh perkara yang mungkar. Lemah lembutlah dengannya.
      3. Perbuatlah segala amalan kebaikan kerana ALLAH, bukan kerana manusia.
      4. Letakkan segala harapan dan cinta pada ALLAH. InsyaALLAH, walau suami atau lain2 insan menyakitkan jiwa, hati kita akan mudah reda dan tenang. [Baca sini]
      5. Berbual-lah dengan suami puan tentang agama dan kehidupan beragama. Barangkali dia sudah leka dan lalai dari landasan yang sebenar. Usahalah, hasilnya serahkan pada ALLAH. InsyaALLAH, usaha puan itu takkan sia2. Ia merupakan dakwah yang akan diberi ganjaran oleh ALLAH.
      6. Berdo’alah agar ALLAH memberikan hidayah dan taufiq kepada puan dan suami puan sekeluarga

      Mudah2an ALLAH memberikan kita semua hidayah & taufiqNYA, amin…

      Like

  • Miss N

    salam ustaz..
    saya pon ad perasaan cam ustaz..rase damai je bile tgk perempuan pakai tudung labuh(even sy pon p’puan)…
    sy bukan ex-student skolah agama tapi sy cukup suke dengar ceramah2 agama..dr situlah rase diri ini ditarbiyahkan……

    memule dulu,mmg saya fikir,hny dak2 aliran agame je yg salu tutup aurat bersungguh nih but now sy fikir balik-bukan dak sekolah agama je yg nk masuk syurga….so,sume wanita harus tutup aurat kan?

    insyaAllah,i’ll do slowly…being Muslimah sejati..Pray for me ya Ustaz

    Like

  • maisarah

    salam, ustaz.

    syukran atas peringatan yang diberikan. Moga-moga usaha yang dibuat tetap berkekalan. walaupun bukan ramai yang berpandangan positif terhadap wanita bertudung labuh, harap dengan usha yang ustaz buat ini sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah…
      Mcm saya tulis di atas, kita TAK PERLU tanggapan orang lain apabila kita berbuat sesuatu yg baik, apatah lagi ia selari dgn agama. Yang PALING PENTING ialah TANGGAPAN ALLAH.

      Jika Maisarah bertudung labuh, teruskan…teruskan. Jika kita bereskan urusan kita dengan ALLAH dengan membuat apa yg disuruh, tinggal apa yg dilarang, insyaALLAH DIA akan bereskan urusan kita dgn makhluqnya…

      Like

  • zul hafiz....

    wah ….bangga saya tengok gambar pelajar puteri sam sultan hisamuudin di atas…..

    Like

  • Muslimah dan Tudung Labuh « Dewan Pemuda PAS Sarawak

    […] dan Tudung Labuh Posted on February 26, 2010 by pemudasarawak Dipetik dari : http://muzir. wordpress. com/2009/ 11/14/muslimah- dan-tudung- labuh/ […]

    Like

  • tiya

    sy plajr sebuah sk sbp….sy rse brsyukur sgt…
    sbb di sne,nilai2 pmakaian mnutup aurat amat dititikbrtkn
    tpi sy ada 1 masalah…
    sy prnh rse trpinggir dgn akak2 senior dsbbkn cre pmakaian sy…sy brtudung labuh….

    Like

    • shahmuzir

      Tiya,
      Usah rasa terpinggir dengan sesuatu yang baik. Kekalkan pegangan, kuatkan jati diri. Nilai agama adalah nilai yang paling tinggi dalam kehidupan seseorang yang tidak boleh kita lepaskan. Antara kawan dan agama, jangan dibuang agama!

      Namun, saya percaya. Takdelah sampai benci mereka kepada Tiya. Mungkin perasaan Tiya sahaja. Perasaan rendah diri Tiya, mungkin. Kawanlah dengan mereka sebaik-baiknya. Tunjukilah akhlaq mulia seorang muslimah pada mereka. Nescaya mereka akan hormat dan segan dengan Tiya dan lain-lain wanita bertudung labuh.

      Tujuan tulisan di atas adalah bagi memberi motivasi kepada semua muslimah yang kekal bertudung labuh. Ia adalah pengalaman saya dan isteri saya. Malah, lihat sahaja komen2 di atas bagaimana hormatnya mereka kepada muslimah yang istiqamah dengan tudung labuh.

      Apapun, ultimatenya REDHA ALLAH! . Be strong ok :)

      Like

  • Abdul Adzim

    Assalamu’alaikum, memang tenang hati ni kalau perempuan di sekeliling menutup aurat dengan sempurna….tak mencuri tumpuan..ni kadang2 tu, tau2 mata dah terlihat yang x dibenarkan…astaghfirullah. moga kita semua sentiasa dalam Rahmat Allah, amiin….

    Like

  • justicel

    saya bukannye bersekolah agama…saya keliru tentang batasan perhubungan lelaki dan wanita. Saya lihat perhubungan lelaki dan wanita hampir sama sekali tidak boleh.. jadi ini mencetuskan rasa ingin tahu, adakah dalam islam, persahabatan lelaki dan perempuan diharamkan? Bagaimana hendak mencari isteri tanpa melalui bait muslim dan ibu bapa? jika kita sudah berminat dengan sesorang wanita, adakah kita perlu terus meminangnye? tpi tidahkan tindakan itu agak terburu2??

    Maafkan saya atas kejahilan saya dalam agama Islam..

    Like

    • shahmuzir

      1. ISLAM menutup segala pintu yang boleh menjurus kepada kemaksiatan & kerosakan. Urusan harian dengan berlawanan jantina diharuskan, tetapi mempunyai batasan.

      2. Memang fitrah lelaki minat pada perempuan, juga sebaliknya. Disebabkan fitrah inilah, maka disuruh agar lelaki & perempuan menundukkan pandangan dan membataskan pergaulan, kerana jika tidak pasti rosak hati mereka, dan mudah dipandu nafsu & syaitan.

      3. Jika sudah berminat dengan seseorang dan tiba masanya untuk berumahtangga, nah silakan untuk merisik. Tanya latar belakangnya dan berkenalan menurut batasan syara’. Fitrah lelaki terhadap perempuan (dan sebaliknya) dapat dilaksanakan melalui jalan pernikahan. Dan dengannya individu itu dan masyarakat akan lebih sejahtera dan diberkati, insyaALLAH.

      WAllahu A’lam :)

      Like

  • raudhatul

    assalamualaikum..
    sy nk kongsi.., dlu sy bersekolah agama, mmg diterapkan utk pkai tdung labuh.tp kat luar memang sy pkai tdg tiga segi biasa tp masih melepasi paras dada. kmudian lpas form 3 sy dtawarkan ke sbp..sy masih jga memakai tdg labuh tp “disebabkan ayh suruh”. dan sekarang sy menuntut,ayh ckp,ayh dah tarbiah kakak, terpulang lah. sya rsa sronok sbb x “kena” pkai tdung labuh lg.tp lpas 2 bulan sy pkai tdg biasa, sy rsa rndu utk bertudung labuh kmbali..rndu sgt..
    semoga Allah memberkati usaha sy..

    Like

  • ain

    Salam ustaz…..
    maaf sy mahu bertanye..
    sy seorg yang bertudung tiga segi & menutup dada….
    ape hukumnya ustaz sekiranya suami berkeinginan sy memakai tudung yg lg labuh tetapi sy belum lg bersedia….
    insyaallah sy akan berubah ke arah itu tapi sy mahu berubah kerana Allah taala bukan kerana suami sy….ape pandangan ustaz mengenai masalah sy ini..sy takut sy mendapat dosa kerana tidak taat pd suami sedangkan sy menutup aurat & sy seorang yg bertudung menutup dada…

    Like

  • shahmuzir

    wa’alaikumussalam.
    ISLAM suruh tutup aurat dengan sempurna. Jika puan sudah mengamalkannya, baguslah. Jika suami puan menggalakkan puan pakai tudung yang lebih labuh, saya kira itu adalah nasihat yang bagus utk diikuti kerana ia bakal menggembirakan suami dan melindungi puan dari pandangan nakal lelaki lain. InsyaALLAH, ia diterima sebagai salah satu kebaikan di sisi ALLAH…

    Isteri saya bertudung bulat dan labuh. Ia menerbitkan perasaan yang istimewa saya terhadap isteri saya. Istimewa…

    Mungkin perasaan itu juga bakal ada pada suami puan jika puan bertudung labuh. Cubalah…Apa lagi yang seorang isteri cari selain dari redho ALLAH & RasulNYA, jika bukan redho dan kasih sayang suami.

    Apapun, berbincanglah dengan suami. Hargailah nasihatnya. Jika puan sudah bertudung dan tepati yang apa yang diajar agama, ia sudah memadai sebenarnya. WAllahu A’lam…

    Like

  • ain

    Salam ustaz..
    Terima kasih atas nasihat ustaz…
    Semoga Allah sahaja yang dapat membalas..
    Saya doakan semoga ustaz sekeluarga berbahagia hingga ke syurga Allah..
    Amin….

    Like

  • husna

    assalamualaikum..sy nk kngsi skit mslh sy..hrp dpt bantu sy.sy bukan pelajar sklh agama tapi sy nak sgt pakai tudung labuh@pakai stokin(niat nak tutup aurat)..tapi si fulan ni kata,,masih terlalu awal,(umur saya 17)si fulan kata selagi usia masih muda,janganlah nak terlalu alim..kdg2 sy tgok muslimah yg pakai tudung labuh,,cemburu rsnya..sy pun nak pakai tudung labuh jg.. harap dpt bantu sy terima kasih,,!wasalam..

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Husna, tidak ada istilah terlalu awal untuk kita berbuat baik kerana ALLAH. Kejarlah semua amal kebaikan dan jangan tangguh2.

      Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda yang maksudnya, “kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara” Antaranya masa muda sebelum masa tua. Dan masa hidup sebelum datang masa mati.

      Sementara kita masih muda dan belum mati ni, rebutlah…rebutlah. Jangan dihiraukan kata2 orang yang mengusik dan memadam kebaikan.

      Buat pengetahuan Husna, ramai orang sudah mulakan bertudung labuh dan lain2 amalan agama lebih awal dari umur 17 tahun. Mereka tak bertangguh kerana melihat kebaikan dan ganjaran ALLAH yang banyak.

      Mulalah sekarang. Kalau Husna tangguh, dirisaukan nanti Husna tak buat pun akhirnya. Perkara ini dah jadi pada ramai orang dan mereka menyesal.

      Justeru, mulakan sekarang, ok…

      Like

  • Norsyahidda

    Assalamuaikum ustaz,

    betul kata ustaz, “Percayalah, cara berpakaian sedikit sebanyak boleh mengawal diri dari kita melampaui batas. Dengan bertudung labuh, pasti akan ada setitik penyedar. ” rasa malu terbit di hati saya bila saya yg bertudung labuh berkelakuan yg tidak sopan . tudung labuh ni juga menjadi salah satu peringatan agar saya tak melakukan sesuatu kemungkaran . saya dapat rasakan itu . Alhamdulillah .

    terima kasih atas entry yg ustaz postkan ini.
    semoga saya dan muslimat yg lain dapat terus beristiqamah memakai tudung labuh . Semoga usaha ini diberkati Allah SWT.

    teruskan usaha ustaz dalam usaha mentarbiyyah ini .
    semoga Allah SWT meredhai usaha ustaz.

    Assalamualaikum .

    Like

  • sam

    assalmmualaikum ustaz.. sye ni pkai tdg biase.. sye nk brubah nk pkai tdg lbuh.. tp x nk la prubahab terlalu drastik.. so ap yg sye prlu buat dahulu… wasalam.. syukran ustaz.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Kalau nak perubahan secara mendadak pun apa salahnya. Boleh. Ramai muslimah2 yang saya lihat buat begitu. Alhamdulillah, mereka mendapat kebaikan yang banyak apabila mereka beriltizam menjadi muslimah yang lebih baik di sisi ALLAH.

      Jika nak berubah sedikit demi sedikit pun OK jugak. Pakai tudung macam biasa pun boleh. Asalkan tutup bahagian dada dengan sempurna dan tudungnya tidak nipis. Selain itu, faktor kawan juga amat penting. Berkawanlah dengan kawan2 yang sukakan agama dan yang amalkan agama. Nescaya kebaikan daripada mereka akan tertempias pada diri.

      Mudah2an ALLAH memberikan hidayah dan taufiq buat kita semua utk menjadi hambaNYA yang lebih baik, amin.

      Like

  • nadhirah

    ASSALAMUALAIKUM USTAZ..
    SY PELAJAR SKLH BIASA TP SY PKAI TDG LABUH N SY BEUM LG ISTIQOMAH…SAYA BARU JE START PKAI..MSA BULAN 10 THN LPS…MSA MULA2 PAKAI DULU, FAMILY BESAR SAYA MACAM TAK SUKA JE…DORANG SUKE PERLI SY.. SAYA TAKOT NANTI SAYA NIH TAK KUAT..SAYA TAK NAK LA KALAU PAKAI KEJAP AJE,,THEN, BUANG IDENTITI TU…

    Like

  • siti soleha ahmad

    Assalamualaikum Ustaz,,

    Alamdulillah,Saya dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.Apakah caranya yang terbaik untuk saya menasihati anak-anak agar terbuka pintu hati mereka untuk bertudung .Saya sendiri memakai tudung labuh.Sudah puas saya memberi nasihat tapi tak berhasil.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Pujilah ALLAH atas kurniaan 5 orang anak perempuan buat Puan. Ia merupakan medan dakwah buat Puan.

      1. Utk anak-anak yang berumur 7tahun hingga 14tahun, Puan masih boleh menggunakan pendekatan peraturan. Bermakna Puan boleh mengenakan sedikit paksaan buat mereka. Dalam konteks tarbiyyah, kita boleh berkeras dalam usaha membentuk mereka. Ini kerana mereka masih boleh dibentuk dan jika kita terlalu memberi kebebasan pada waktu ini, maka mereka akan hanyut kerana kematangan belum ada pada mereka utk mengenal mana yg baik dan buruk utk kehidupan mereka.

      2. Jika anak2 Puan sudah pun berumur 14tahun hingga 21tahun, maka Puan eloklah menggunakan kaedah KAWAN. Puan kena berkawan dengan mereka dan tak boleh dah paksa-paksa lagi. Sebab dalam jiwa mereka sudah ada sedikit nilai pemberontakan jika dipaksa-paksa. Puan elok bawa mereka ke masjid atau sekolah2 Islami atau menunjukkan gambar2 wanita yg bertudung dan sebagainya utk menaikkan minat mereka.

      Puan jangan terlalu berlembut dalam hal perlanggaran agama. Kita sebagai ibubapa mesti tegas, namun hikmah. Umpama bermain layang-layang, ada kalanya kita lepas dan layan, ada kalanya kita tarik dan kawal apabila mereka agak di luar kawalan agama.

      Mereka anak2 kita. ALLAH kata, “peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari Api Neraka”. Nak atau tidak kita mesti pastikan mereka hidup di atas landasan agama.

      Saya doakan agar Puan terus bermujahadah dengan dakwah terhadap anak2 Puan. Setiap kata dan nasihat Puan kepada mereka, insyaALLAH dikira hasanah di sisi ALLAH.

      Setakat itu dahulu…ALLAHU A`LAM.

      Like

  • islam selamanya

    assalamualaikum w.b.t

    artikel yang sangat menyentuh hati. saya merupakan bekas pelajar sekolah agama. saya akui, saya bukanlah dalam kalangan mereka yang bertudung labuh. secara jujurnya, saya teringin kembali ke alam persekolahan dahulu, di mana saya sentiasa bertudung labuh apabila ke sekolah dan pergaulan terjaga. saya cuba untuk berubah menjadi seperti dahulu namun saya tak kuat. terlalu memikirkan apa yang akan orang katakan, takut juga ada rakan yang tersalah anggap. pandangan ustaz?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh…

      ALLAHU AKBAR! Inilah antara tujuan tulisan ini dibuat. Supaya para Muslimah yang pernah bertudung labuh dulu agar kembali mengenakan pakaian yang syar`i ini. Saya secara peribadi agak terkilan apabila mengetahui ramai di kalangan para Muslimah dari aliran agama tidak lagi bertudung labuh. Mungkin persekitaran telah mempengaruhi mereka. Saya tahu mereka rindu untuk kembali hidup dalam bi’ah solehah sebagaimana dulu.

      Namun, selagi kalian menutup aurat dengan cara yang benar menurut ISLAM, maka ia masih tidak melampaui batas agama insyaALLAH. Mungkin boleh baca di sini:

      Busana Muslimah: Betul VS Salah

      Buatlah apa2 yang baik untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. Jangan fikirkan apa kata orang. Kata2 orang tidak dapat membantu kita mendapat nasib yang baik di akhirat sana. Bertudung labuhlah kerana ALLAH. Cari dan kejarlah kasih sayang dan perhatian ALLAH. Jika hati kita sudah penuh dengan cinta kepada ALLAH, insyaALLAH kata2 manusia sudah tidak mempunyai apa2 lagi. Pandanglah ke hadapan saudari. Dan pandangan itu mestilah sehingga menembusi sampai ke Syurga. Masa depan yang kita semua mahukan ialah masuk ke dalam Syurga dan redha ALLAH. Jangan tunggu lagi. Fastabiqul khairat, berlumba2lah berbuat kebaikan. Mulakan sekarang!

      Semoga ALLAH mempermudahkan keazaman saudari dan menetapkan saudari dan lain2 Muslimah di atas jalan agamaNYA, amin…

      Like

  • Shatir Shatira

    Assalamualaikum wbt ustaz…saye nak tanya sesuatu.. sy adalah bakal pelatih jururawat ..saya juga seorg yg nertudung labuh..nti apabila memakai pakaian jururawat tudung wajib di dalam baju.. hukum menutup aurat bg kaum hawa adalah melabuhkan tudung nya sehingga ke paras dada.. apakah hukum nya jika keadaan seperti ini berlaku
    ?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh…

      Mula sekali, saya ingin mengucapkan tahniah buat saudari kerana telah istiqamah bertudung labuh sebagaimana yang disebut di atas, alhamdulillah. Secara terus terangnya, saya sebenarnya berasa kesal dengan pakaian yang dipaksakan oleh pihak hospital untuk dipakai oleh para jururawat. Mengikut pengalaman dan amatan saya, pakaian yang dipaksa pakai kepada para jururawat oleh pentadbir hospital adalah pakaian yang tidak menepati syara` kerana menampakkan bentuk tubuh. Dan ini boleh menerbitkan dosa. Semoga ALLAH mengampunkan dosa para jururawat kita, amin.

      Berusahalah untuk melonggarkan pakaian seragam itu agar ia tidak mengikut bentuk tubuh. Labuhkanlah baju sehingga menutup paling minima bahagian peha kalian. Dan berhati-hatilah ketika berhadapan dengan kakitangan dan pesakit lelaki, kerana tubuh kalian boleh menjadi tatapan lelaki yang menyebabkan mereka turut berdosa. Dan berusahalah untuk tidak terlalu bergerak di hadapan lelaki, sebaliknya pilih untuk bekerja di hadapan wanita, jika boleh.

      Semoga ALLAH memelihara saudari dan lain2 para jururawat dengan hidayah dan taufiq serta kekal istiqamah di atas agama dengan cara berpakaian Muslimah sejati. Apabila tidak terlibat dengan pekerjaan, pakailah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan tutuplah tubuh saudari dengan tudung yang labuh sebagaimana yang saudari biasa pakai.

      Semoga ALLAH mengampunkan dosa kita semua, amin…

      Like

  • Shatir Shatira

    syukran jazilan ya akhi…insyaALLAh ana akan trus istiqamah dlm pemakaian ana yg sekarang…

    Like

  • Arfa' Armani

    Saya juga suka tengok wanita yang bertudung labuh yang dipadankan dengan pakaian yang longgar tak kiralah sama ada baju kurung ataupun jubah. Bertambah manis dan sejuk mata memandang apabila warna pilihan pada pakaian tersebut dari jenis yang suram dan tidak ‘striking’. Tergambarlah kejernihan dan kesucian hati si pemakainya yang benar2 menjunjung perintah Allah. Alhamdulilah.

    Like

  • syuhada

    Assalamualaikum..
    ustaz, sy seorang yang memakai tudung labuh. Namun, setelah ibu bapa sy meninggalkan dunia..ketika sy berumur 12 thn..sy menetap dengan ibu dan bapa saudara sy..Setelah sy sudah baligh(13 thn)..sy telah dipaksa oleh ibu dan bapa saudara sy untuk memakai purdah. Sedangkan sy tidak bersedia..bagaimana ustaz?mereka jg melarang sy bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..sedangkan sy menyimpan impian untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi..sy buntu dan kerana sy jg menghormati mereka sebagai penjaga sy.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Saya tidak berani utk berikan nasihat yang tepat kepada saudari kerana saya tidak mengetahui latar belakang saudari dan keluarga saudari. Namun sbg panduan umum, berikut ini nasihat saya:

      1) Tahniah krn bertudung labuh krn itu adalah pakaian Muslimah yang solehah. Mudah2an ALLAH pelihara saudari, amin.
      2) Selagi tidak disuruh perkara2 yg haram, saudari patut patuh dengan suruhan ibubapa saudara itu kerana merekalah penjaga saudari kini.
      3) Purdah tidak wajib. Yang wajib ialah menutup aurat. Tetapi janganlah berkeras dengan ibubapa saudara itu. Ia mungkin berpandangan ia utk kebaikan saudari. Namun, disebabkan ia tidak wajib, saudari perlulah menerangkan dengan kasih-sayang dan hikmah kpd mereka akan kedudukan hukum purdah itu.
      4) Menuntut ilmu utk perempuan diberikan hak oleh Islam. Pujuklah mereka. Mungkin disebabkan faktor kewangan, maka mereka tidak bersungguh2 dlm bab ini.

      Seterusnya, utk kebaikan awak mintalah ustadzah yang faham keadaan awak utk menasihati awak lebih dekat dan tepat. Dan mungkin ustadzah itu boleh approach ibubapa saudara itu utk berikan kefahaman, insyaALLAH.

      Mudah2an ALLAH pelihara awak dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

      Like

  • Anitamohamad

    Asslm.. ustaz nak tanya.. apa hukum menjahit pakaian fesyen… contoh ikut badan n kain belah?… wslm…

    Like

  • suhairi

    Demi Allah..cinta saya terbit pada isteri krn dia bertudung bulat dahulunya.diatas kelalaian saya dia tlh berubah b’tudung 3 segi.stlh beberapa thn saya seolah2 bru tersedar dan meminta isteri saya bertudung blt semula tapi isteri saya blm bersedia lg katanya..harap blh beri saya panduan agar isteri saya bertudung blt kembali..krn saya dpt rasakan smkin hari cinta saya sdkt luntur dgn gaya pemakaian tudungnya..

    Like

    • Shahmuzir

      1. Katakan padanya bahawa tuan sukakan si isteri bertudung bulat.
      2. Wujudkan kenangan lalu bahawa dengan dia bertudung bulatlah, maka tuan telah terjatuh hati dengannya. Betapa ayu dan damainya tatkala melihat dia ketika itu bertudung labuh.
      3. Belikan dia tudung labuh.
      4. Buka album lama dan lihat sama2 dengan isteri dan puji gambar dia yang bertudung labuh.
      5. Katakan padanya bahawa dengan bertudung labuh, hati tuan akan berasa lebih tenang ketika berjalan di luar. Tidak berasa resah kerana mata lelaki2 yang nakal. Kerana tubuh dan maruah dia lebih terjaga.
      6. Panjang artikel di atas atau artikel2 seumpama di atas kepadanya untuk dia baca, supaya terbit keinginan dan kekuatan untuk dia kembali bertudung labuh.
      7. Beri motivasi kepadanya selalu kerana motivasi dari suami adalah motivasi paling bernilai pada hati isteri.

      Itulah antara nasihat saya kepada tuan. Harapnya ada manfaat.

      Cuma, saya ingin nasihatkan suatu yang lebih penting iaitu agar jagalah hubungan suami dan isteri itu dengan sungguh2. Jangan kerana hal ini membuatkan tuan semakin luntur hati kepadanya. Dia adalah isteri tuan. Dia adalah ibu kepada anak2 tuan. Dia telah banyak berkorban dan memberi kepada tuan. Sayangilah dia. Bimbingilah dia. Dan doakan selalu agar hubungan suami isteri tuan sejahteri dan diberkati ALLAH. Ingat, Syaitan sentiasa mencari peluang untuk merobohnya…!

      Like

      • suhairi

        Alhamdulillah.,terima kasih diatas nasihat ustaz..memang syaitan akan senantiasa utk merosakkan umat islam dlm apa jua cara.walaupun perit insya Allah saya pegang nasihat ustaz.

        Like

  • Anitamohamad

    Slm ustaz… terima kasih bagi jawapan… tp bagaimana pula dngn custmr non muslim?untuk pngtahuan ustaz .. bru akhr thun lepas saya pakai tudung labuh…… begini di awal perkhwinan suami mnyuruh saya pki tudng labuh… saya patuh walau setiap kali saya pakai.. hati memberontak.. saya x nak pakai… dlm 2 thun.. saya brterus terang pada suami… saya x ikhlas memakainya.. jadi saya pki tudung bawal biasa tu…. ( tapi ttp ttup dada)… saya kata nk pkai ikhlas kerana ALLAH…bukan ikut kata suami atau ikut orang…dan saya berdoa pada Allah andai satu hari Allah gerakn hati saya… saya akn pkai,, malah niqab sekalipun…akhr thun lpas.. hati saya sngt syahdu tiba 2 trgerak untuk pkai tudung labuh… Alhmdllah Allah masih bagi peluang tuk saya memperbaiki aurat saya…. saya berniaga dan mempunyai kedai sendri… skrng dlm proses tuk pakai niqab… saya x kisah apa orang nk kata.. saya nk mendapat redha Allah.. bukan redha dan pandangan manusia… sekarang saya x ambil lg tmphn ikut badan… Tp ALHMDULILLAH… org yg hantar buat baju kurung dan jubah lagi bnyak…saya yakin walau berpenampilan begini… rezeki ALLAH YANG BAGI…..

    Like

  • ummu Humairah

    Salah satu sbb saya memilih islam…kerana hati ini begitu terpikat dgn wanita berjubah dan bertudung labuh ketika dibangku sekolah, seawal usia 12 tahun…hampir semua wanita muslimah yg saya kenali atau saya jumpa bila mengenakan pakaian yg saya sebutkan hati saya sangat tertarik utk memilih menjadi seperti itu…saya melihat seolah2 terpancar cahaya kebaikkan dan kesederhanaan dalam diri mereka…pada penilaian saya, pastilah mereka ini org yg baik akhlaknya walaupun setelah dikenali ada juga membuat silap tetapi sekurang-kurangnya mereka berusaha utk mengelak sesuatu yg mengundang aib yg lebih besar…dan saya berpegang, setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan yg penting setiap kali kita sedar dari melakukan kesilapan kita terus sujud memohon ampun kepadaNya, bukan bangga atau redha dgn dosa yg diperbuat…alhamdulillah, berkat hidayah yg Allah beri hanya kerana wanita yg bertudung labuh dan berjubah saya sudah pun memilih islam sebagai agama yg saya anuti selama 14 tahun ini dan insyaAllah sehingga ke akhir hayat saya…dan saya sendiri memilih utk berpakaian sedemiakian dan sekarang ini, hati begitu terpanggil utk memilih memakai niqab tetapi suami belum lagi mengizinkan…InsyaAllah, suatu hari nanti pasti ada…mungkin ada hikmahnya….

    Like

    • Shahmuzir

      Syariat Islam bukan sahaja mensejahterakan manusia, malah yang belum-Islam pun tertarik dengan keindahannya.

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman puan yang telah tertarik hati dengan Islam kerana melihat wanita2 bertudung labuh. Ia suatu perkongsian yang memotivasikan wanita2 yang bertudung labuh dan juga buat Muslimin yang mendokongnya…

      Like

  • adila_alim

    Alhamdulillah ustaz artikel yang menarik, lain pula pandangan saya mengenai tudung labuh ni, bukan sahaja memang indah dan tenteram dipandang tapi juga sangat praktikal bila ingin menunaikan solat jadi tidak perlu membawa telekung ke mana-mana. Sungguh banyak manfaatnya.

    Like

  • Nurul

    assalam..tersentuh hati saya masa baca entry ni..ustaz saya kan bukan budak skolah agama pon..tp saya teringin nk pakai tudung labuh..tp kdg2 sy takot kalo2 kwn2 ejek nnt..dh penah try tp xleh jugak..kdg2 kecewa dgn dri sndri yg lebih pentingkn pndangan manusia dr pndangan allah..xtau cemana nk buang prasaan tkot kena ejek tuh :((

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam…

      Selasa lepas saya ternampak seorang pelajar perempuan keluar dari sebuah sekolah biasa di Kota Damansara. Bukan sekolah agama. Ia sekolah kebangsaan. Saya terkejut apabila melihat gadis itu memakai tudung labuh sedangkan sekolah itu bukan sekolah agama. Apabila saya melepasi gadis itu, saya ternampak lagi 2 atau 3 orang lagi pakai tudung labuh juga. Saya teruja dan dalam hati saya mendoakan kebaikan buat mereka.

      Nurul, tudung labuh ini bukan pakaian wanita berlatarbelakangkan sekolah agama sahaja. Ia pakaian Muslimah. Kuatkan hati dan jangan pedulikan kata orang. Teruskan hasrat murni itu. InsyaALLAH, ALLAH jaga awak nanti. Nanti dah lama2, awak akan biasa dan kawan2 yang melihat juga akan terasa biasa. Nak mula tu memang susah. Tapi once dah mula, insyaALLAH lancar selepas itu…

      Like

  • Dakwah Bil-Hal Si Muslimah Bertudung Labuh « Kerana DIA…

    […] dalam tulisan bertajuk Muslimah & Tudung Labuh, ada seorang Muslimah yang memberi komen bahawa pemakaian sebahagian muslimah yang bertudung labuh […]

    Like

  • nana

    saye dulu x bertudung labuh sbb sklh biase.tapi bile naik tngktn 4 saye dh mule pakai tdng labuh.banyak dugaan.sedare sume ckp x yah la nak alim sngt.tapi sye buat x tahu je….dan skrng saye dlm proses mnjadi yg trbaik.

    Like

  • najwasalleh0807

    Reblogged this on najwasalleh0807 and commented:
    Sentiasa memohon pada Allah agar terus dikekalkan dalam taufiq dan hidayat Nya untuk terus memelihara syiar agama yang satu ini. Aamiin.

    Like

  • Aishah

    Betul tu sy sokong

    Like

Leave a comment