Monthly Archives: December 2009

Empati Buat ‘Customer Service Staff’

Customer Service adalah suatu jabatan di dalam sesuatu institusi atau syarikat yang ditugaskan untuk memastikan kepuasan pelanggan sentiasa dititik beratkan.  Kita akan menghubungi Customer Service jika terdapat apa-apa yang tidak memuaskan hati kita.

Sering kali apabila ketidakpuashatian terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan menjengah diri, Customer Servicelah yang kita hubungi.  Dan kadang-kadang emosi ammarah yang marah kita bawa sekali tatkala menghubungi mereka. 

Bayangkan setiap hari mereka terpaksa menjawab beratus-ratus panggilan daripada pelanggan.  Dan sudah pasti beratus-ratus jugalah jenis ragam pelanggan yang terpaksa mereka hadapi.  Mereka dimarah.  Mereka disindir.  Malah, ada juga yang dikeji.  Kasihan kepada mereka.  Kesilapan yang dibuat oleh jabatan lain,  kesalahan yang dibuat oleh orang lain,  terpaksa mereka yang hadapinya. Continue reading

Advertisements

Anjuran Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)

Di samping amalan-amalan fardhu, terdapat juga banyak amalan sunat yang disyariatkan kepada ummat ISLAM untuk melakukannya.  Amalan sunat sangat dianjurkan buat kita bagi yang ingin menambah amalan soleh buat bekalan bertemu ALLAH Azza wa JallA.  Dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, mudah-mudahan ia bisa menaikkan status dan darjat seseorang di sisi Tuhannya.  Seterusnya bakal memberikan natijah yang baik buatnya di Hari Akhirat nanti. 

Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari `Asyura.  Hari `Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.

Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)

`A’isyah radhiAllahu `anha telah berkata: 

“Pada Hari `Asyura, orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam berpuasa dengannya.  Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di Madinah, Baginda sallAllahu `alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia (puasa Hari `Asyura), dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya.”

(HR al-Bukhari & Muslim) Continue reading


Beberapa Input Penting Dari DYQ Pada Pertemuan Dgn PAS Pusat

Berikut saya petik beberapa perkara yang dapat dimanfaatkan oleh kita sebagai ummat ISLAM di Malaysia hasil perbincangan Al-‘Allamah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) baru-baru ini.  Catitan berikut saya petik dari sumber yg saya nyatakan di bawah:

************

“Gerakan Islam seperti PAS adalah Penerus Perjuangan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam”

Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Sheikh Dr Yusof Qaradhawi kepada pimpinan PAS sewaktu Tokoh Maal Hijrah 1431H itu mengunjungi pejabat PAS Pusat untuk pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS Pusat.

Banyak lagi pandangan beliau tentang perjuangan Islam di Malaysia, ikuti tulisan sahabat saya Exco Pemuda PAS Pusat, Sdra Abdullah Hj Karim yang turut sama dalam pertemuan tersebut:

“Assalamualaikum, Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :

  1. DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Continue reading


TAWARAN Dari Takafulonline.net Sempena Tahun Baru!

Assalamu’alaikum…
Bersempena Tahun Baru Hijrah 1431H dan beberapa hari lagi akan masuk tahun baru 2010M, Takafulonline.net dengan sukacitanya ingin memaklumkan tawaran:
  • DISKAUN 30% bagi caruman bulan pertama Takaful
  • Hadiah GOODIE BAG

Pelan-pelan Takaful yang terlibat di dalam promosi ini adalah:

  1. IKHLAS SAVINGS TAKAFUL
    www.takafulonline.net/ist.php
  2. IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC
    www.takafulonline.net/ietc.php
  3. IKHLAS WANITA TAKAFUL
    www.takafulonline.net/iwt.php

Tempoh promosi ini sah sehingga 31 JANUARI 2010.

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya atau taip sahaja di dalam borang online yang disediakan di dalam link2 di atas.

Sekian, terima kasih.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
019-3826408
5 Muharram 1431H
22 Disember 2009M

(Promosi ini bukan ditawarkan oleh syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd, tetapi ia adalah inisiatif saya sendiri yang merupakan Financial Advisor yang berdaftar dengan syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd)


Tayangan Dokumentari Muhammad Asad: Pandangan Saya

Poster Program

Kelmarin 12/12/09, saya sempat pergi ke tayangan dokumentari tentang Muhammad Asad di Securities Commision, Mont Kiara, KL.  Tayangan bermula pada jam 8.30 malam.  Tayangan tamat lebih kurang jam 10 malam.  Ia dianjurkan secara bersama oleh Islamic Renaissance Front dan Islamic Book Trust.  Ramai yang hadir adalah terdiri daripada golongan profesional dan elit.  Ini cumalah andaian saya berdasarkan penampilan dan gaya cakap mereka sebelum tayangan itu dimulakan.

Alhamdulillah, saya telah dapat serba sedikit gambaran apa yang dilalui oleh Muhammad Asad & perjuangannya.  Sila rujuk bahagian komen posting ini jika ingin membaca secara ringkas berkenaan Muhammad Asad.

Berikut saya ringkaskan pandangan saya hasil daripada tayangan tersebut: Continue reading


Ust Hassan Meninggal Dunia

10/12/09

“Muzir, kau tahu tak Ustadz Hassan dah meninggal dunia 3.30 petang tadi?  Tadi aku ada baca tulisan kau pasal ziarah Ust Hassan, tiba-tiba lepas tu aku dapat berita kematian Ust Hassan daripada Fauzi”

Berita tersebut disampaikan kepada saya oleh Aziz melalui panggilan telefon pada jam 6.50 petang.  Sejurus kemudian, Abang Naufal pula menelefon memberitahu hal yang sama.  Saya terkejut kerana baru sahaja minggu lepas saya dan abang Naufal menemui beliau di rumahnya di Klang.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Berita tersebut mula disebarkan oleh bekas-bekas pelajar SMAKL melalui SMS, email dan Facebook.  Ramai yang mengetahui tentang berita tersebut, telah hadir pada malam 10/12/09 di rumah al-marhum Ust Hassan di Klang.  Namun, bukan semua yang dapat berita tersebut berkesempatan hadir pada malam tersebut, termasuklah saya.  Saya beritahu Abang Naufal, bahawa saya akan pergi keesokan harinya, iaitu hari di mana akan dilakukan mandi, solat jenazah dan pengebumian, insyaALLAH

11/12/09

Hari ini, 11/12/09 saya hadir seawal jam 8.30 pagi.  Continue reading


Dr Johari Mat Menerangkan Polemik Aqidah yang Berlaku di Malaysia

Penemuramah: 

“Doktor masih lagi anggota panel akidah JAKIM, dalam persoalan aqidah di Malaysia ini, ada pihak yang menyatakan di Malaysia aqidah Asya’irah mainstream yakni yang utama, jadi ada pihak yang berkata jangan mengganggu fahaman aqidah Asya’irah ini.  Sehingga ada pihak yang menganggap bahawa aqidah Asya’irah ini sahajalah aqidah yang terbaik dan sebagainya.  Dan satu pihak yang lain pulak, ada pihak yang membangkitkan aqidah Asya’irah ini seolah-olah sampai ke tahap sesat.  Jadi, pro dan kon?  Dan cara terbaik dalam menangani isu ini?”

Ikuti jawapan Dr Johari Mat dengan sabar dan terbuka hati, mudah-mudahan kita semua dapat mengambil manfaat yang banyak daripada beliau yang merupakan seorang pakar dalam bab aqidah di Malaysia ini:

Video 1/3

Video 2/3 Continue reading


Ziarah Ust Hassan Yasin, Bekas Pengetua SMAKL

Logo SMAKL

Tahun lepas (2008), memang saya kadang-kadang tertanya-tanya di manakah Ustadz Hassan bin Yasin kini?  Teringat sifat kebapaan yang ada pada beliau, senyum dan lembut beliau.  Ustadz Hassan adalah Pengetua pertama SM Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang ketika itu lokasi asalnya di Bandar Baru Wangsa Maju.  Kini, SMAKL dikenali dengan nama SMKAKL, iaitu SM Kebangsaan Agama Kuala Lumpur dan terletak di Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.  Saya tak sempat bersekolah di sekolah baru di tempat tersebut.

**Untuk membaca sejarah ringkas penubuhan SMAKL, KLIK SINI!

Alhamdulillah, berita tentangnya telah saya perolehi dari seorang ustadzah yang mengajar di sebuah sekolah aliran agama di Klang.  Beliau menceritakan serba sedikit perihal Ustadz Hassan setelah mengetahui bahawa saya merupakan bekas pelajar SMAKL.  Beliau memberikan nombor telefon Ustadz Hassan untuk dihubungi, malangnya nombor tersebut telah hilang dari simpanan.  Terpaksa tangguh dulu hasrat untuk berjumpa beliau.

Beberapa bulan kemudian, bekas-bekas pelajar batch-1 merancang untuk berjumpa ustadz Hassan.  Continue reading


Jangan melampau membenci Wahabi, nanti memakan diri

Istilah Wahabi sering diungkapkan sejak akhir-akhir ini.  Pelbagai tanggapan diberikan.  Sebahagiannya benar, sebahagiannya pula hanya tuduhan melulu semata-mata.  Sebagai seorang muslim yang bijak, kita tidak boleh menerima tuduhan seumpama ini tanpa menyelidik dan memeriksa terlebih dahulu.

Berikut adalah nasihat Maulana Asri (Darul Kautsar) berkenaan tuduhan negatif kepada golongan Wahabi.

Jangan kita terlalu boros mengeluarkan kata-kata nista kepada muslim yang lain, sedangkan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara itu terlampau sedikit.  Walaupun saya bukan Wahabi, Continue reading


Jemput ke Takafulonline.net

Paparan web Takafulonline.net. Slik klik gambar!

Sedikit kata-kata pendahuluan dipetik dari laman web tersebut:

Segala puji-pujian milik ALLAH subhanahu wata’ala selayaknya. 

Selawat dan salam buat insan mulia, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga dan para sahabat baginda radhiALLAHu ‘anhum ajma’in.  Seterusnya, doa sejahtera saya panjatkan buat muslimin-muslimat sekalian.

Hadirnya laman web takafulonline.net ini bukanlah atas dasar suka-suka dan sekadar memenuhi trend menyampaikan maklumat di dunia internet.  Tapi, lebih dari itu.

2 matlamat utama terbitnya laman web ini, iaitu: Continue reading


%d bloggers like this: