Jemput ke Takafulonline.net

Paparan web Takafulonline.net. Slik klik gambar!

Sedikit kata-kata pendahuluan dipetik dari laman web tersebut:

Segala puji-pujian milik ALLAH subhanahu wata’ala selayaknya. 

Selawat dan salam buat insan mulia, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga dan para sahabat baginda radhiALLAHu ‘anhum ajma’in.  Seterusnya, doa sejahtera saya panjatkan buat muslimin-muslimat sekalian.

Hadirnya laman web takafulonline.net ini bukanlah atas dasar suka-suka dan sekadar memenuhi trend menyampaikan maklumat di dunia internet.  Tapi, lebih dari itu.

2 matlamat utama terbitnya laman web ini, iaitu:

  • supaya terbit kesedaran di kalangan ummat ISLAM (terutamanya) dalam hal kepentingan mengurus risiko kewangan.  Kita agak ketinggalan dalam kesedaran terhadap kepentingan pengurusan risiko kewangan, atau dalam bahasa yang mudahnya: berinsurans.
  • supaya ummat ISLAM beralih ke sistem mu’amalah Islami yang bebas dari unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah Islamiyyah.  Hasilnya, kita bebas dari belenggu DOSA BESAR iaitu RIBA’ yang mana insyaALLAH akan mengeluarkan kita dari tergolong sebagai ahli-neraka (al-Baqarah ayat 275), berdosa & tiada barakah (al-Baqarah 276) dan ancaman perang dari ALLAH & RasulNYA (al-Baqarah 279).

Saudara-saudaraku semuslim,

Hiduplah dalam keadaan yang sentiasa diberkati ALLAH.  Carilah harta dan teruskan usaha kerana ia adalah suatu yang harus di dalam ISLAM.  Namun, berhati-hatilah agar kita tidak menjerumuskan diri ke dalam murka ALLAH. 

Tiada kebaikan dan keuntungan pada harta yang dimurkai ALLAH.  Bukan sahaja di dunia barakah tiada, malah sesalan tiada berkesudahan bakal menanti di negeri akhirat nanti!  Sungguh rugi…!

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Seorang anak Adam sebelum menggerakkan kakinya pada hari kiamat akan ditanya tentang lima perkara:

  • Tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya;
  • Tentang masa mudanya, apa yang telah dilakukannya;
  • Tentang hartanya, dari sumber mana dia peroleh dan
  • dalam hal apa dia membelanjakannya;
  • dan tentang ilmunya, mana yang dia amalkan.”
    (HR. Ahmad)

Jalanilah kehidupan yang sementara ini dengan cara yang diredhai ALLAH.  Akhir kata, mudah-mudahan usaha yang sedikit ini bakal memberi manfaat buat tuan/puan.  Dan semoga usaha ini ada ganjaran di sisiNYA, amin…

Ukhwah fillah,

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Perunding Takaful IKHLAS Sdn Bhd
019 – 382 6408


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: