Ziarah Ust Hassan Yasin, Bekas Pengetua SMAKL

Logo SMAKL

Tahun lepas (2008), memang saya kadang-kadang tertanya-tanya di manakah Ustadz Hassan bin Yasin kini?  Teringat sifat kebapaan yang ada pada beliau, senyum dan lembut beliau.  Ustadz Hassan adalah Pengetua pertama SM Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang ketika itu lokasi asalnya di Bandar Baru Wangsa Maju.  Kini, SMAKL dikenali dengan nama SMKAKL, iaitu SM Kebangsaan Agama Kuala Lumpur dan terletak di Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.  Saya tak sempat bersekolah di sekolah baru di tempat tersebut.

**Untuk membaca sejarah ringkas penubuhan SMAKL, KLIK SINI!

Alhamdulillah, berita tentangnya telah saya perolehi dari seorang ustadzah yang mengajar di sebuah sekolah aliran agama di Klang.  Beliau menceritakan serba sedikit perihal Ustadz Hassan setelah mengetahui bahawa saya merupakan bekas pelajar SMAKL.  Beliau memberikan nombor telefon Ustadz Hassan untuk dihubungi, malangnya nombor tersebut telah hilang dari simpanan.  Terpaksa tangguh dulu hasrat untuk berjumpa beliau.

Beberapa bulan kemudian, bekas-bekas pelajar batch-1 merancang untuk berjumpa ustadz Hassan.  Saya tak turut sertai lawatan mereka.  Namun, tahulah serba sedikit cerita dari mereka berkenaan ustadz Hassan, malah gambar beliau diletakkan di laman web AbgJef & Facebook.  Terubat sedikit rasa tertanya-tanya itu.

Kelmarin, 6 Disember 2009 saya telah diberi ALLAH subhanahu wata’ala akan kesempatan bertemu dengan Ustadz Hassan, alhamdulillah.  Saya mendapat maklumat melalui Facebook akan ada perancangan untuk mengadakan perjumpaan pada tarikh tersebut.  Cuma saya dan Abang Naufal sahaja yang hadir.  Abang Faisal masih dalam perjalanan ketika itu.  Saya tak boleh lama.  Selepas hampir 45 minit berbual dengan beliau, saya meminta izin untuk berangkat.  Ada hal dengan keluarga.

Ziarah Ustadz Hassan pada 6/12/09 di Klang

Rakan-rakan sekalian,

Ustadz Hassan sekarang ni sudah berumur 70 tahun.  Badannya sudah agak lemah.  Tak mampu lagi untuk berjalan ke sana-sini.  Mengikut apa yang diberitahu, beliau mengidap penyakit kencing manis yang memerlukan beliau selalu untuk hadir ke hospital.  Mujur hospital dekat sahaja.  Itupun, terpaksa dibawa oleh anak beliau, kerana Ust Hassan tak gagah lagi untuk memandu kenderaan.

Saya rasa semua kita pelajar-pelajar SMAKL sangat menghormati beliau.  Sifat kebapaan yang sangat terserlah ketika beliau menerajui SMAKL sangat mencuit hati remaja kita hampir 20 tahun dulu.  Kata-kata beliau yang lembut sentiasa menyejukkan hati dan telinga kita sebagai pelajar ketika itu.  Saya sudah berpeluang bertemu dengan ustadz Hassan, alhamdulillah.  Tidakkah kalian ada rasa ingin untuk berjumpa beliau?  Ambillah masa yang masih ada ini untuk berjumpa dan bertanya khabar akan beliau.

Buat sahabat-sahabat yang ingin mengunjungi beliau, rumah Ustadz Hassan terletak berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, dan bertentangan dengan masjid.  Rumah beliau sangat mudah untuk dicari, kerana ia terletak di sebelah jalan utama.  Ustadz Hassan boleh dihubungi di 019-3973170.

Sekian.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
8 Disember 2009

Advertisements

One response to “Ziarah Ust Hassan Yasin, Bekas Pengetua SMAKL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: