Monthly Archives: January 2010

Layakkah Mereka Menggunakan Perkataan ALLAH?

Mutaakhir ini heboh dengan sekumpulan penganut Kristian yang menuntut hak untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi menggantikan perkataan God dalam akhbar Herald terjemahan Bahasa Melayu.  Tidak syak lagi bahawa perkara ini akan memberikan ruang kepada dakyah kristian ke dalam masyarakat Melayu apabila banyak akhbar-akhbar dan majalah-majalah berunsur Kristian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Adakah perkataan “ALLAH” digunakan hanya oleh pengikut Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam?

Perkataan ‘ALLAH’ telah digunakan sebelum Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam diutuskan lagi.  Ingat pada nama ayahanda Nabi?  Namanya Abdullah bukan?  Maknanya Hamba ALLAH.  Sedangkan Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam belum lagi dilahirkan.  Dan syariat ISLAM yang dibawa oleh junjungan mulia sallAllahu ‘alaihi wasallam belum ada lagi.

Perkataan ALLAH sudah sebati dengan masyarakat Arab dulu.  Mereka mewarisi perkataan ALLAH yang merujuk kepada Tuhan semesta alam melalui nabi-nabi yang terdahulu.  Ketika orang-orang Musyrik membuat perjanjian dengan Nabi mereka menggunakan nama ‘ALLAH’ dan ketika bersumpah sesama mereka, mereka mengucapkan nama ‘ALLAH’.  Bahkan nama Abdullah yang bermaksud Hamba Abdullah biasanya digunakan di kalangan orang Arab dan Yahudi ketika itu. Continue reading


Asam dicampur ARAK, dicop HALAL Malaysia?

Astaghfirullah, terkejut saya apabila memandang bahan yang digunakan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan asam.  Tertera perkataan “LIQUO.” pada peknya.  Liquor adalah arak.  Tetapi perkataan “Liquo.” tidak pula diketahui maksudnya.  Saya syak ia singkatan dari perkataan LIQUOR.

Yang peliknya, ada pengesahan HALAL oleh JAKIM pada pek tersebut!!!

Saya membelinya di stesen Petronas R&R Gambang, Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Barat pada 30/12/2009 jam 4 petang.  Sila lihat gambar:  Continue reading


Balik Kampung di Terengganu

Saya baru je balik dari Terengganu.  Alhamdulillah, dapat memenuhi permintaan isteri yang ingin pulang ke kampung.  Cuma 5 hari kami di sana.  Di Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu.  Lagipun, anak-anak saya pun memang rindu nak jumpa mak saudara mereka, Mak Su Yah yang berumur 10 tahun dan Pok Din mereka yang berumur 18 tahun.

Kami bertolak pada pagi Jumaat.  Perjalanan lancar sahaja, alhamdulillah.  Ada speed trap di bawah jejambat sebelum sampai ke R&R Temerloh.  Alhamdulillah, mujur tak bawa laju.  Memang kawasan situ biasa sangat ada speed trap.  So, dah boleh agak 😉 .  Kami berhenti rehat di R&R Temerloh untuk makan, minum dan membuang apa-apa yang patut dibuang. 

Seperti biasa, anak-anak dan isteri tidur di belakang.  Dan saya terpaksa memandu berseorangan tanpa suara gelak dan tangis anak2.  Saat inilah, diri diajak untuk merenung keindahan penciptaan ALLAH yang terbentang luas di hadapan mata.  Sayup tatkala melihat pemandangan di hadapan, kanan dan kiri.  Rasa kerdil melihatkan  langit biru yang tinggi dan luas.  Bukit yang berdiri gagah.  Awan yang berjalan perlahan.  Terasa diri tiada apa-apa.  Berjalan dan terus berjalan, menuju destinasi.  Kalau berhenti pun, hanya untuk singgah sahaja.  Begitulah tamsilan kehidupan ini.  Kehidupan di dunia ini bukanlah destinasi akhir kita, ia cuma persinggahan.  Tatkala bersendirian beginilah, air mata insan mudah bercucuran…rasa takut/risau mula menerjah…rasa harap semakin meninggi…rasa rindu kembali mekar…rasa cinta semakin menyubur.

"Rabbana ma kholaqta hadza batila..."

Kami singgah sebentar di Kemaman iaitu di rumah adik saya untuk bersolat Jumaat.  Selepas solat, kami meneruskan lagi perjalanan ke Marang.  Sekali lagi berhenti makan, kali ni di Hentian Sebelah Kemasik.  Kami sampai ke destinasi kami tepat jam 5.30 petang, alhamdulillah.

Jalan-jalan di Kuala Terengganu

Seperti biasa, kalau balik kampung di Terengganu rasa macam tak sah kalau tak pergi Pasar Payang.  Continue reading


%d bloggers like this: