Balik Kampung di Terengganu

Saya baru je balik dari Terengganu.  Alhamdulillah, dapat memenuhi permintaan isteri yang ingin pulang ke kampung.  Cuma 5 hari kami di sana.  Di Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu.  Lagipun, anak-anak saya pun memang rindu nak jumpa mak saudara mereka, Mak Su Yah yang berumur 10 tahun dan Pok Din mereka yang berumur 18 tahun.

Kami bertolak pada pagi Jumaat.  Perjalanan lancar sahaja, alhamdulillah.  Ada speed trap di bawah jejambat sebelum sampai ke R&R Temerloh.  Alhamdulillah, mujur tak bawa laju.  Memang kawasan situ biasa sangat ada speed trap.  So, dah boleh agak 😉 .  Kami berhenti rehat di R&R Temerloh untuk makan, minum dan membuang apa-apa yang patut dibuang. 

Seperti biasa, anak-anak dan isteri tidur di belakang.  Dan saya terpaksa memandu berseorangan tanpa suara gelak dan tangis anak2.  Saat inilah, diri diajak untuk merenung keindahan penciptaan ALLAH yang terbentang luas di hadapan mata.  Sayup tatkala melihat pemandangan di hadapan, kanan dan kiri.  Rasa kerdil melihatkan  langit biru yang tinggi dan luas.  Bukit yang berdiri gagah.  Awan yang berjalan perlahan.  Terasa diri tiada apa-apa.  Berjalan dan terus berjalan, menuju destinasi.  Kalau berhenti pun, hanya untuk singgah sahaja.  Begitulah tamsilan kehidupan ini.  Kehidupan di dunia ini bukanlah destinasi akhir kita, ia cuma persinggahan.  Tatkala bersendirian beginilah, air mata insan mudah bercucuran…rasa takut/risau mula menerjah…rasa harap semakin meninggi…rasa rindu kembali mekar…rasa cinta semakin menyubur.

"Rabbana ma kholaqta hadza batila..."

Kami singgah sebentar di Kemaman iaitu di rumah adik saya untuk bersolat Jumaat.  Selepas solat, kami meneruskan lagi perjalanan ke Marang.  Sekali lagi berhenti makan, kali ni di Hentian Sebelah Kemasik.  Kami sampai ke destinasi kami tepat jam 5.30 petang, alhamdulillah.

Jalan-jalan di Kuala Terengganu

Seperti biasa, kalau balik kampung di Terengganu rasa macam tak sah kalau tak pergi Pasar Payang.  Isteri saya kata ada orang pesan belikan kain batik.  Dah alang-alang sampai di Pasar Payang, sampaikanlah hajat orang tu kan.  ISLAM pun memang menggalakkan kita menyampaikan hajat seseorang kan?  Walaupun ia bukan hajat yang besar, mudah2an ia dapat menggembirakan seseorang…

Suasana dalaman tingkat 1 Pasar Payang, Kuala Terengganu

Selain Pasar Payang, tempat yang kami memang tak miss ialah Pantai Batu Burok.  Tempat ni saja je lepak-lepak.  Ambik angin orang kata.  Dalam pada itu, sempat jugalah saya mengajak anak saya yang sulung, Nabilah berfikir tentang apa yang terbentang di hadapan matanya itu adalah salah satu tanda kebesaran Tuhan.  Kat situ, kami makan, minum dan main layang-layang.

Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

 

 Taman Tamadun ISLAM & Masjid Kristal

Kadar Yuran Masuk

Keesokkannya kami melawat Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.  Ini adalah  kali kedua kami melawatnya.  Pada lawatan kami yang pertama, Taman Tamadun Islam masih belum siap sepenuhnya lagi.  Dan tiada yuran masuk dikenakan untuk memasukinya.

Kali ni kena bayar.  Kena tunjuk Mykad untuk dapatkan kadar yuran masuk Warganegara Malaysia.  Kalau tidak, mahal sikit kerana akan dicaj mengikut kadar Bukan Warganegara. 

Di dalamnya ada disewakan basikal, tram dan buggy untuk digunakan.  Namun, kami memilih untuk berjalan kaki sahaja di dalamnya.  Kawasannya taklah sebesar mana.  Namun, disebabkan oleh melayan anak-anak dan mendukung Jannah, jadi letih juga rasanya berjalan-jalan di dalamnya.  Kami berhenti makan.  Di dalamnya ada kafe.  Tapi, sayangnya makanan di dalam sana tak berpadanan dengan harga yang dikenakan.  Elok makan di luar je.

Terdapat 21 monumen menarik yang didirikan di dalam kawasan tersebut.  Pembinaannya dikecilkan mengikut skala tertentu.  Rekabentuk dan ukiran telah dilakukan supaya ia menepati monumen sebenar yang terdapat di tempat asal.  Antara monumen2 tersebut adalah Masjid Negara (Malaysia), Masjid Kudus Minar (Indonesia), Pattani Central Mosque (Thailand), Masjid SUltan Omar Ali Saifuddin (Brunei), Taj Mahal (India), Masjid Badshahi (Pakistan), Kubbah as-Sakhrah (Palestin), Great Mosque of Samarra (Iraq), Abu Nasr Parsa (Afghanistan), Masjid al-Haram (Mekah), Aleppo Citadel (Syria) dan lain-lain lagi. 

Beberapa gambar yang sempat dirakam...

Alhamdulillah, di Kuala Terengganu juga sempat kami singgah ke Mydin Mall untuk beli peralatan sekolah untuk anak-anak.  Hari Khamis, kami balik semula ke Shah Alam 🙂 .

Sekian…

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
1 Januari 2010


5 responses to “Balik Kampung di Terengganu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: