Monthly Archives: February 2010

Sunnah Yang Dianjurkan Pada Hari Jumaat

Tulisan berikut saya perolehi dari emel yang diforwardkan oleh seseorang yang bernama en Ridzuan.  Manfaatkanlah:

******************

Sunnah yg dianjurkan pada hari Jumaat 

Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari dan hari yang mulia.  Digalakkan umat islam mengisi dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.  Tetapi malangnya sebahagian umat ini seakan meremehkan perkara – perkara yang disunnahkan dilakukan pada hari jumaat.  Sikap malas sebahagian umat ini banyak pula kesalahan dilakukan dan sunnah pula diabaikan. Disini saya akan sertakan beberapa sunnah yang sepatutnya dilakukan:

1.    Disunnahkan bagi imam membaca dua surat as-Sajdah dan al-Insan secara sempurna pada solat fajar (subuh) di hari Jumaat, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, dan jangan memendekkan ketika membaca kedua surah ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh sebagian imam.

Continue reading

Advertisements

Ringkasan Kisah Muhammad SAW Sejak Kelahiran Hingga Dilantik Nabi

Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini.

InsyaALLAH, di sini saya cuba ringkaskan beberapa maklumat berkenaan kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita.  Saya petik dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.

Mudah-mudah2an bermanfaat buat kita semua, insyaALLAH.

Abdullah dan Aminah

  • ‘Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin ‘Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, ‘Abdullah.
  • Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan.  Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.
  • ‘Abd al-Muttalib telah mengutus ‘Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.
  • ‘Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di.  Ketika itu, ‘Abdullah berusia 25 tahun.

Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam

  • Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.
  • Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.
  • Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan: Continue reading

Kisah Benar Cinta Monyet

(Saya petik dari kiriman seorang kenalan di Facebook)

Romi dan Juli (kedua-duanya bukan nama sebenar) berasal dari dua kedudukan yang berbeza. Romi membesar di pasar bersama keluarganya yang besar. Sementara Juli pula membesar di kuil bersama seluruh keluarga besarnya.

Setiap keluarga besar mereka mempunyai ketua dan mereka saling tidak menyenangi di antara satu sama lain. Kawasan kuil menjadi kawasan larangan bagi kabilah Pasar. sementara kawasan pasar menjadi kawasan larangan bagi kabilah Kuil.

Mereka yang melanggar peraturan dan memasuki kawasan lawan, mereka akan diserang beramai-ramai bagaikan kawanan mafia menyerang musuhnya. Dan akan sekali lagi dihukum di kawasan sendiri, kerana tidak patuh kepada undang-undang kabilah.

Begitulah sikap kefanatikan mereka terhadap kelompok masing-masing. Dua dunia yang saling bertentangan walaupun hakikatnya mereka sama.

Namun tidak bagi Rumi dan Juli. Pertemuan pertama mereka tanpa disengajakan itu telah membuahkan bibit cinta di antara mereka. Hanya dengan sedikit usaha dari keikhlasan Rumi, cintanya berbalas. Mereka sekarang sering bertemu secara sembunyi. Kisah cinta mereka sering berlayarkan kawasan-kawasan selain pasar dan kuil.   Continue reading


Video al-Ghuraba’

Alhamdulillah, di dalam video di atas saya telah memuatkan 2 hadith yang insyaALLAH dapat memberikan motivasi dan kekuatan dalaman kepada muslim dalam menempuh godaan duniawi.  Kekuatan dalam menghadapi dilema antara mengejar keuntungan dunia atau keuntungan akhirat. 

Ayuh, teruskanlah perjuangan dan istiqamahlah.  Walaupun jika kalian terpaksa bersendirian atau berasa asing, teruskan…teruskan.  Kerana, kebahagiaan dan keberuntungan bakal menanti kita yang kekal dengan ISLAM.

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: 

“Sesungguhnya bermula datangnya ISLAM dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing seperti permulaannya.  Namun berbahagialah orang-orang yang asing itu.

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:

“Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan orang asing (aneh) itu?” 

Lalu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab:

“Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.”  (HR. Muslim) 

 


Valentine’s Day – Mereka Untung Atas Kerosakan Kita

Ramai sudah maklum bahawa Valentine’s Day HARAM disambut oleh ummat ISLAM.  Ia bukan sahaja mempunyai kesan negatif tersebarnya aktiviti maksiat, malah ia jelas mempunyai elemen tasyabbuh kepada perbuatan orang-orang kafir dan juga mempunyai nilai-nilai agama bukan Islam.

Buat yang belum tahu, mungkin boleh baca artikel berikut:

Tetapi, kenapa Valentine’s Day masih tidak dapat dibuang dari sebahagian rakyat Malaysia yang beragama ISLAM?  Malah, di negara lain juga?  Kenapa ia masih berlegar di dalam masyarakat muslim, walhal banyak sudah penerangan dan teguran telah dibuat?

Mungkin ini sebabnya:

  1. Media samada TV, radio, suratkhabar, majalah, internet dan seumpamanya mendapat keuntungan dari Valentine’s Day ini.  Bagaimana?  TV contohnya mensensasikan Valentine’s Day melalui penayangan filem-filem atau drama-drama cinta.  Mereka tahu filem/drama berteraskan cinta dan romantik akan meningkatkan rating mereka.  Kerana ia memang sentiasa mendapat perhatian masyarakat, terutama remaja.  Dan tentunya mereka akan dikerumuni tempahan iklan dari syarikat-syarikat korporat yang ingin mengiklan barangan dan perkhidmatan mereka.  Di sini, media akan mendapat keuntungan yang besar hasil dari iklan-iklan tersebut.  Tidak hairanlah kenapa media begitu ghairah mensensasikan Valentine’s Day.

  2. Peniaga terutama penjual kad dan bunga akan mendapat durian runtuh sempena Valentine’s Day ini.  Justeru, mereka mesti mempromosikan Valentine’s Day supaya masyarakat diujakan dengan semangat cinta dan romantik.  Pelbagai produk ditawarkan kepada pelanggan bagi merealisasikan rasa cinta dan kasih sesama pasangan yang bercinta.  Maka, tidak peliklah kenapa Valentine’s Day menjadi lubuk emas kepada peniaga terutama penjual kad, bunga dan cenderahati. Continue reading


%d bloggers like this: