Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH Subhanahu wa Ta`ala yang telah mengutuskan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang dengannya dapatlah kita mengecapi nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Moga ALLAH Ta`ala melimpahkan solawat dan salam ke atas Baginda dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para Sahabat Baginda.
Di sini saya cuba ringkaskan beberapa maklumat berkenaan kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita. Rujukan adalah dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.
Mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua, insyaALLAH.
Abdullah dan Aminah
- `Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin `Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, `Abdullah.
- Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.
- `Abd al-Muttalib telah mengutus anaknya iaitu `Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.
- `Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di. Ketika itu `Abdullah berusia 25 tahun.
Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam
- Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah.
- Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi`ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.
- Apabila `Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, beliau terus ke Ka`bah lalu berdo`a dan bersyukur. Lantas diberi nama MUHAMMAD, iaitu suatu nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu.
- Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.
- Baginda dilahir dan dibesarkan sebagai anak yatim kerana telah kematian ayah sejak belum dilahirkan lagi.
Hidup Dalam Keluarga Bani Sa`ad (sehingga umur 4-5 tahun)
- Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat. Ia bertujuan supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.
- `Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad itu untuk dipelihara oleh Bani Sa`ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa`diyyah.
- Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu `alaihi wasallam oleh Jibril.
Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)
-
Selepas peristiwa pembelahan dada tersebut, Halimah berasa risau akan keselamatan anak susuannya itu, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.
-
Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh `Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita).
-
Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan.
-
Dalam perjalanan pulang ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).
-
Anak kecil bernama Muhammad itu terpaksa menjalani kehidupan sebagai anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)
-
`Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama iaitu kematian anaknya `Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya.
-
Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
-
Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah umurnya 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya `Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah.
-
`Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar cucunya Muhammad sallAllahu `alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.
Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)
-
Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.
-
Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.
-
Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah:
-
Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau.
-
Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira. Setelah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.” Bahira menasihatkan agar anak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Lalu Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.
-
Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu-sekutu mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.
-
Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing.
-
Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam. Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Khadijah yang ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.
-
Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Ka’bah dan Isu Tahkim.
-
Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Bermula pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu `alaihi wasallam mulai menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar dari masyarakat. Bapa saudaranya iaitu Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia pada tahun ke-10 dakwah Nabi.
-
Allahu Ta`ala A`lam.
Saya sarankan tuan/puan untuk mendapatkan kitab al-Rahiq al-Makhtum karangan sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri untuk bacaan lanjut dan lebih terperinci. Mudah-mudahan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, insan yang telah banyak berjasa kepada kita akan semakin subur dan diikuti dengan semangat untuk menyambung perjuangan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan mengamalkan segala sunnah-sunnah Baginda.
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
18 Februari 2010
www.muzir.wordpress.com
=====
Boleh sambung bacaan di sini: https://muzir.wordpress.com/2011/02/13/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-1/
February 28th, 2010 at 9:38 AM
salam…
syukran
LikeLike
March 4th, 2010 at 11:25 AM
Alhamdulillah & terimakasih atas usaha meringkaskan riwayat sirah rasulullah dari kitab rahiqul makhtum. Saya sendiri sedang membaca kitab ini, supaya dapat menghayati perjuangan Baginda utk umatnya.
Saya mengesyorkan supaya dapatlah tuan meringkaskan juga sirah Nabi s.a.w selepas perlantikan menjadi rasul, utk manfaat muslimin muslimat di nagara kita.
Insya Allah, pasti besar ganjaran kebaikannya, sekiranya artikel tuan nanti dimanfaatkan seisi keluarga, generasi demi generasi 😉
LikeLike
March 4th, 2010 at 12:07 PM
Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya untuk ALLAH. Tahniah buat tuan yang sedang menelaah kitab al-Rahiq al-Makhtum itu. Sama2lah kita ambil manfaat dan iktibar dari kisah junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.
Tentang kisah Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam selepas menjadi Rasul, ya saya memang berhasrat meringkaskannya untuk dimanfaatkan oleh diri saya sendiri dan lain2. InsyaALLAH, siap nanti saya akan terbitkannya di blog ini. Ringkasan sebegini memudahkan kita untuk refresh dan ingat kronologinya. Tentulah tak sama dengan membacanya sendiri di kitab atau mendengar ceramah dari para ustadz yang berilmu.
LikeLike
February 13th, 2011 at 7:24 PM
[…] Sambungan dari: https://muzir.wordpress.com/2010/02/18/ringkasan-kisah-muhammad-sebelum-jadi-nabi/ […]
LikeLike
February 1st, 2012 at 9:57 AM
Salam, Tuan mohon copy…..ilmu yang berguna utk kita semua..
LikeLike
February 5th, 2012 at 9:49 AM
saya mohon utk copy..utk diletakkan dlm blog saya..
LikeLike
February 5th, 2012 at 4:47 PM
Boleh. Silakan 🙂
LikeLike
February 10th, 2012 at 9:32 AM
Salaam.. Tuan menulis :
“Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam
Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.
Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.”
Tetapi kita menyambut kelahiran Nabi s.a.w pada 12 Rabi’ul Awwal..
Yang mana betol nie?
LikeLike
February 10th, 2012 at 11:31 AM
wa`alaikumussalam…
Tarikh kelahiran Nabi sallAllahu `alaihi wasalam telah khilaf di kalangan para ahli sejarah kerana tiada riwayat yang jitu tentang tarikh kelahiran Nabi. Ini kerana para sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in dan salafussoleh tidak meraikan Maulid Nabi sebagaimana masyarakat kita.
Tarikh 9 Rabi`ul Awwal itu adalah tarikh yang dipilih oleh Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri, penulis ar-Rahiq al-Makhtum dan ia disokong oleh lain2 para ulama yang mengkaji sirah. Tarikh 12 Rabi`ul Awwal ialah tarikh kewafatan Baginda sallAllahu `alaihi wasallam.
ALLAHU A`LAM.
LikeLike
April 5th, 2012 at 8:49 PM
terbaik best gila. heheeee
LikeLike
April 11th, 2012 at 2:37 PM
betul….betul………brtul…….
LikeLike
April 26th, 2012 at 11:29 AM
alhamdulillah.. senang nak faham.. thanks
LikeLike
September 26th, 2012 at 8:24 PM
semoga allah melimpahkan rahmat kepada kamu..
LikeLike
January 23rd, 2013 at 11:02 AM
salam ,nak copy yah 🙂
LikeLike
May 4th, 2013 at 2:52 PM
aku ingin mengikuti jejakx nabi
LikeLike
January 11th, 2014 at 11:33 PM
Dapatkan kisah penuh Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam dari kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum: https://muzir.wordpress.com/2013/10/02/dapatkan-kitab-terjemahan-ar-rahiq-al-makhtum-dari-saya/
LikeLike
January 23rd, 2014 at 9:55 PM
sgt berguna..smoga Allah membalasnya..
LikeLike
January 23rd, 2014 at 10:01 PM
senang baca, senang ingat..syukran..
LikeLike
January 26th, 2015 at 3:16 PM
terima kasih kerana berkongsi
LikeLike
December 30th, 2015 at 10:10 AM
La ilaha illa Allah Muhammadar Rasulullah
LikeLike
March 4th, 2016 at 8:59 AM
saya sayang rasulillah
LikeLiked by 1 person
June 16th, 2016 at 11:56 AM
Alhamdulillah
ada 1 yg patut kita fikirkan
walaupun kita ikut contoh mereka 100% tetap tidak boleh menandingi mereka kerana bangsa mereka telah beroleh makanan dr syurga yg tiada tolok banding nya khasiat vitaminnya iaitu
Maan dan salwa ketika dgn nabi musa
buah2an syurga mariam waktu dipelihara nabi zakaria
LikeLike
February 8th, 2019 at 10:43 PM
Bilakah tarikh kewafatan Baginda?
LikeLike