Monthly Archives: March 2010

Persepsi Non-Muslim Terhadap Sistem Kewangan Islami

Pada 13 MAC 2010 yang lepas, saya telah menghadiri Konvensyen Kewangan & Perbankan Islam 2010 bertempat di Dewan Seminar Masjid Shah Alam.  Ia dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Antara tokoh yang hadir bagi membentangkan beberapa tajuk dan isu berkaitan adalah:

  • Prof Madya Dr Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy (ISRA).
  • Prof Madya Dr Azman Mohd Noor, Pensyarah Department of Fiqh & Usul Fiqh, International Islamic University Malaysia
  • Prof Madya Dr Wajdi Dato’ Dusuki, Ketua Jabatan Penyelidikan International Shariah Research Academy (ISRA)
  • Dato’ Haji Mokhtar Shafie, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor & Pengerusi Penasihat Syariah Takaful IKHLAS Sdn Bhd
  • Ust Mohd Zamerey Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah Asian Finance Bank Berhad
  • Ust Zaharuddin Mohammad, Ahli Penasihat Syariah HSBC Amanah Takaful
  • Professor Bala Shanmugam, PhD FCPA Monash University Malaysia

Yang paling menarik minat saya sepanjang konvensyen tersebut ialah pada sesi pembentangan oleh Professor Bala Shanmugam dari Monash University Malaysia.  Beliau membentangkan tajuk Islamic Financial System:  A Research Perception Among Non Muslims in Malaysia.

Professor Bala Shanmugam

Pada awal pembentangan, beliau telah memulakannya dengan sejarah beberapa agama yang telah cuba menerapkan nilai agama mereka ke dalam sistem kewangan masyarakat.  Agama Kristian, Yahudi dan lain-lain agama telah gagal memasukkan nilai agama kepada sistem kewangan.  Mereka telah gagal walaupun telah mencuba beberapa kali.  Malah percubaan dan usaha tersebut sentiasa mendapat tentangan yang hebat dari kalangan masyarakat mereka.  Telah nyata bagi mereka bahawa agama dan sistem kewangan tidak boleh digandingkan.  Ia mesti diasingkan.

Namun menurut Professor Bala, Islam tidak menerima nasib yang sama seperti agama-agama lain yang cuba memasukkan nilai agama ke dalam sistem kewangan.  Islam telah dilihat berjaya dalam perkara ini.  Nilai-nilai Islam telah berjaya dimasukkan ke dalam sistem kewangan dan kini ia digelar Sistem Kewangan Islami.  Malah, ia telah berjaya menambat hati pelanggan-pelanggan yang bukan Islam, di samping sokongan dari ummat Islam sendiri.

  • Apa yang membuatkan ISLAM boleh berjaya? 
  • Adakah ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang tidak diperolehi di dalam agama lain?

Continue reading

Advertisements

Ciri-ciri RIYA’ dan Ubatnya

Orang yang RIYA’ mempunyai 3 ciri:

  • Dia menjadi pemalas apabila bersendirian
  • Dia menjadi rajin apabila di hadapan orang ramai
  • Dia akan menambah amalannya apabila dipuji, dan berkurangan amalannya apabila diejek.

Sheikh Ibnu Uthaimin rahimahullah berkata meninggalkan sesuatu amalan kerana takut orang kata RIYA’, itu juga RIYA’.

Muslimin-muslimat sekalian,

RIYA’ lebih ditakuti Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menimpa ummatnya berbanding fitnah Dajjal.  Dan RIYA’ dikategorikan sebagai dosa syirik khofiy (tersembunyi). 

Amalan-amalan insan akan sia-sia, malah akan dihinakan ALLAH Azza wa Jalla pada Hari Akhirat nanti jika amalan insan disertakan dengan RIYA’.  Malah antara faktor kehancuran ummat ini juga disebabkan oleh RIYA’, kerana manusia sibuk berbuat amalan dan kebajikan bukan kerana ALLAH, tapi kerana kepentingan diri sendiri.

Continue reading


7 Golongan Dinaungi ALLAH

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ

الإِمَامُ الْعَادِلُ

وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ

وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ

وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّى أَخَافُ اللَّهَ

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

 

Tujuh golongan yang akan ALLAH naungi pada hari dimana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu:

Continue reading


Takaful Ikhlas Terbaik Lagi!!!

Saya sebagai salah seorang ejen Takaful Ikhlas yang berbangga dengan kejayaan ini, alhamdulillah

Hari ni, saya mendapat berita melalui seorang teman di Facebook bahawa Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah diisytiharkan sebagai pemenang bagi Anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik bagi anugerah Berita Kewangan Islam 2009 untuk kali kedua, alhamdulillah.

Saya selalu juga ditanya, “Syarikat Takaful manakah yang terbaik?”  Dengan yakin saya akan menjawab, “Setakat yang saya tahu, Takaful Ikhlas Sdn Bhd adalah syarikat Takaful terbaik!” 

Jawapan ini bukanlah lahir hanya dari kerana saya merupakan ejen Takaful Ikhlas.  Tetapi ia lahir dari pengalaman saya yang berada di dalam industri Takaful ini selama 9 tahun.  Dan pengalaman selama hampir 5 tahun dengan Takaful Ikhlas Sdn Bhd.  Tempoh pengalaman ini telah memberi peluang kepada saya mengenali secara mendalam selok-belok industri Takaful dan persaingan di dalamnya.

Continue reading


Hiraukah Mereka Dengan Hati Guru?

Hari ini, 11 Mac 2010 keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2009 keluar.  Dan ramailah calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut datang ke sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing.  Debaran usah dicakap.  Usahkan pelajar itu sendiri, malah ibubapa, keluarga, guru-guru dan sekolah turut sama merasai debaran itu.

Saya melalui sebuah sekolah menengah ketika mengambil anak sulung dan anak kedua saya yang habis dari sekolah agama.  Saya melihat ramai datang ke sekolah menengah tersebut untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM.  Sayangnya, penampilan mereka agak keterlaluan.  Yang lelakinya ada yang berambut panjang, tercacak.  Yang perempuannya ada yang berpakaian tidak sesuai.

Continue reading


Saat Akhir Kewafatan Rasulullah SallAllahu ‘Alaihi Wasallam

Sebentar tadi, saya telah membuka kitab al-Rahiq al-Makhtum untuk memeriksa beberapa fakta tentang kewafatan junjungan mulia Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Ah, air mata ini selalu jatuh tatkala membaca dan mendengar kisah pemergian Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Terbit pula keinginan untuk menghasilkan video di youtube menceritakan kisah saat-saat akhir Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersama keluarga dan sahabat-sahabat sebelum kewafatannya.  Namun, alhamdulillah apabila membuka youtube, saya telah menjumpai video yang menarik yang telah dihasilkan oleh saudara Zikrifuad. 

Mudah-mudahan kalian dapat mengambil iktibar dan manfaat daripada video berikut, insyaALLAH:

Continue reading


Bahaya Fungsi Tagging di Facebook

Sejak saya menyertai Facebook, ada beberapa gambar yang telah di’tag’ oleh rakan-rakan saya.  Hasilnya, dapat saya melihat gambar-gambar lama yang tidak ada di dalam simpanan saya.  Seronok juga apabila mengenangkan kisah dan memori lama bersama rakan-rakan.  Bukan sahaja berpeluang melihat gambar, malah kami mula berbual hal-hal lama dan ini telah mewujudkan kemesraan di antara kami yang telah lama tidak berjumpa.

Di sebalik bagusnya fungsi Tagging ini, ada juga kelemahannya, malah boleh timbul mudharat yang besar daripadanya.  Di antaranya:

  1. Mendedahkan aib seseorang.
  2. Menjatuhkan maruah.
  3. Dan lain-lain…

Bagaimana pula?

Tagging di Facebook; ada baik & buruknya...

Kes 1 (kisah benar):

Di dalam network Facebook saya, pernah seseorang mengupload gambar seorang muslimah.  Continue reading


Parti Islam SeMalaysia (PAS) Tetap di Hati

Tak habis-habis kisah lompatnya para pemimpin Parti Keadilan Rakyat ke parti UMNO.  Masalah peribadi?  Dibeli maruah?  Hilang semangat perjuangan?  Saya tak tahu apakah sebabnya?

Senario ini memang dilihat tidak sihat, apatah lagi pada pandangan dan hati rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat.  Mereka yang lompat-lompat ini sebelum itu bukanlah sangat dipilih kerana kredibiliti atau terkenalnya mereka sebagai calon.  Mereka tidak dikenali.  Tetapi, lebih kepada harapan menggunung rakyat kepada PR, iaitu Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) yang dilihat mampu untuk menyeimbangkan keangkuhan Barisan Nasional.  Dan yang paling penting memperjuangkan suara rakyat yang selama ini dipandang sepi oleh kerajaan BN.

Pastinya senario ini mengecewakan hati-hati para pengundi, penyokong parti serta rakan seperjuangan mereka sebelum ini.

Berbanding Parti Islam SeMalaysia (PAS), senario lompat parti ini tidak berlaku di kalangan pimpinan mereka.  Mereka jarang menimbulkan masalah dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan.  Malah, PAS sentiasa meraikan sahabat di dalam PR dan sangat menghormati perjanjian  yang telah mereka meterai di dalam PR.  Mungkin ini lahir dari tarbiyyah dan kefahaman yang kuat yang diperolehi di dalam PAS.  Dan tentulah juga, atas keyakinan dan keimanan bahawa perjuangan ini akan menjadi bekalan tatkala bertemu dengan ALLAH nanti. Continue reading


%d bloggers like this: