Parti Islam SeMalaysia (PAS) Tetap di Hati

Tak habis-habis kisah lompatnya para pemimpin Parti Keadilan Rakyat ke parti UMNO.  Masalah peribadi?  Dibeli maruah?  Hilang semangat perjuangan?  Saya tak tahu apakah sebabnya?

Senario ini memang dilihat tidak sihat, apatah lagi pada pandangan dan hati rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat.  Mereka yang lompat-lompat ini sebelum itu bukanlah sangat dipilih kerana kredibiliti atau terkenalnya mereka sebagai calon.  Mereka tidak dikenali.  Tetapi, lebih kepada harapan menggunung rakyat kepada PR, iaitu Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) yang dilihat mampu untuk menyeimbangkan keangkuhan Barisan Nasional.  Dan yang paling penting memperjuangkan suara rakyat yang selama ini dipandang sepi oleh kerajaan BN.

Pastinya senario ini mengecewakan hati-hati para pengundi, penyokong parti serta rakan seperjuangan mereka sebelum ini.

Berbanding Parti Islam SeMalaysia (PAS), senario lompat parti ini tidak berlaku di kalangan pimpinan mereka.  Mereka jarang menimbulkan masalah dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan.  Malah, PAS sentiasa meraikan sahabat di dalam PR dan sangat menghormati perjanjian  yang telah mereka meterai di dalam PR.  Mungkin ini lahir dari tarbiyyah dan kefahaman yang kuat yang diperolehi di dalam PAS.  Dan tentulah juga, atas keyakinan dan keimanan bahawa perjuangan ini akan menjadi bekalan tatkala bertemu dengan ALLAH nanti.

PAS berpakat demi perjuangan ISLAM dan kebaikan masyarakat

PAS pernah berpakat dengan UMNO.  Pernah berpakat dengan Semangat 46.  Pernah berpakat dengan DAP dan Parti Keadilan.  Dan kini berpakat sekali lagi membentuk Pakatan Rakyat, iaitu gabungan PAS, PKR dan DAP.  Ada kisah pahit manis di sebalik setiap pakatan itu.  Ada kekecewaan dan kegagalan yang menimpa.

Sebagai parti yang berlandaskan ISLAM, PAS sentiasa menjaga perjanjian dengan rakan pakatan.  Kerana dalam ISLAM, perjanjian sangat penting.  Tidak mungkin PAS melanggar perjanjian-perjanjian pakatan yang telah dibuat selagi tidak bercanggah dengan syar’iyyah Islamiyyah.

Tidaklah pakatan-pakatan ini dibuat melainkan hanya dengan niat ingin memperjuangkan ISLAM.  Ingin memperjuangkan nilai-nilai yang ada di dalam ISLAM iaitu keadilan, kesejahteraan, kemakmuran dan kebaikan dalam semua aspek kehidupan.  Kerana apabila ISLAM terbina, pastinya masyarakat samada yang beragama ISLAM ataupun bukan beragama ISLAM akan dapat menikmati kebaikan yang mencurah-curah dan akan dapat menghindar dari bermacam-macam gejala sosial, ekonomi, politik dan jenayah.

PAS istiqamah sejak ditubuhkan

Sejak ditubuhkan pada tahun 1951, PAS tidak pernah berhenti memperjuangkan isu-isu ummat ISLAM.  Perjuangan PAS adalah kesinambungan dari perjuangan pejuang-pejuang Tanah Melayu yang berintipatikan ISLAM.

Sejak mengenali PAS di bangku universiti, saya sangat kagum dengan pengorbanan yang terpaksa mereka tempuhi semata-mata untuk memperjuangkan ISLAM.  Mereka berjuang bukan untuk memenuhkan harta untuk diri sendiri, bukan untuk mengejar pangkat…tak seperti ahli parti politik lain.  Walaupun serba kekurangan dan malah diberi tekanan, mereka tetap dengan perjuangan kerana keimanan yang utuh pada hari akhirat.

Saya bukanlah arif tentang hal politik di Malaysia.  Sekadar memerhati.  Kerana dalam berpolitik memerlukan strategi dan helah.  Kepala saya tidak mampu untuk mengikuti satu demi satu cerita di sebaliknya.  Cepat letih dan berserabut tatkala mengambil tahu cerita terperinci tentang politik.  Biarlah hal berpolitik tersebut diserahkan kepada orang yang mampu memikulnya.

Bagi saya, cukup dengan saya mengambil tahu perjalanan ringkas dan permukaannya sahaja.  Dan sejak dahulu hingga sekarang, jarang sekali saya berasa kecewa dengan PAS.  PAS pada pengamatan saya adalah parti yang jelas dengan perjuangannya.  PAS sanggup buat apa sahaja asalkan kalimah ALLAH tertegak utuh di bumi ini dan supaya kebaikan dapat ditegakkan.

Pendapat dan pandangan PAS terhadap sesuatu isu jarang sekali jauh dari pendapat dan pandangan saya.  Saya serasi dengan PAS.  Walaupun saya bukan seorang yang aktif dan terlibat secara langsung dengan PAS, namun PAS tetap di hati.

Ia di hati bukan kerana namanya PAS, bukan kerana labelnya label ISLAM.  Tetapi telah jelas sejak dahulu sampai sekarang, perjuangannya kerana ALLAH, kerana ISLAM.

Sekadar Nasihat Saya

Saya bukanlah orang yang layak untuk memberikan nasihat.  Namun, sebagai seorang muslim memang tanggungjawab kita untuk saling tegur-menegur.

  1. Para pimpinan PAS hendaklah sentiasa mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah.  Dan mentarbiyyah ahli-ahlinya dengan ajaran ISLAM yang benar.  Tarbiyyah ISLAM adalah merupakan perkara asas dan pokok yang mesti dikukuhkan di dalam setiap jiwa ahli2nya.  Saya rasa inilah yang telah menjadi aset utama dan resepi asas kejayaan dan istiqamahnya PAS hingga hari ini.

  2. Pimpinan, pendokong dan penyokong PAS hendaklah sedar bahawa kekuatan PAS bukanlah pada pandainya berpolitik dan banyaknya kerusi dalam Parlimen dan DUN.  Tetapi ia kuat kerana berlandaskan ISLAM.  Jadi semua warga PAS mesti selalu bercakap tentang ISLAM yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.  Banyakkan cerita tentang kebaikan ISLAM.

  3. Warga PAS mesti menumpukan usaha menanamkan keyakinan masyarakat Malaysia kepada ISLAM.   Usah terikut-ikut dengan rentak kawan atau lawan dalam memburuk-burukkan peribadi dan parti lawan.  Kerana sokongan yang diperolehi hasil dari benci tidak bertahan lama.  Binalah sokongan itu berasaskan keyakinan yang jitu.  Apabila masyarakat telah terbina di dalam diri mereka akan keyakinan terhadap ISLAM, mereka nakkan ISLAM, insyaALLAH secara automatik sokongan dan dokongan akan datang kepada pihak yang memperjuangkan ISLAM.

  4. Buat ahli masyarakat yang tidak bergerak di dalam PAS, saya menyeru agar kalian cuba sedaya mungkin untuk berbaik sangka dengan PAS.  Media cetak dan elektronik yang kadang-kala memaparkan pelbagai kisah keburukan PAS telah dengan sengaja dipergunakan oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan kredibiliti PAS.  Janganlah terima berita tersebut bulat-bulat.  Sekurang-kurangnya, jangan percaya 100%.  Yang paling baik ialah double-check dengan media PAS.

  5. Buat ahli masyarakat yang tidak bergerak di dalam PAS, disarankan juga agar kalian menegur apa-apa yang buruk dan kelemahan yang kalian nampak di dalam PAS.  InsyaALLAH, teguran kalian akan memberikan kesan yang baik.  Dari segi politik Malaysia, PAS adalah satu-satunya parti politik yang kita boleh harapkan untuk berjuang dari pihak kita, ummat ISLAM.

  6. Buat rakan pakatan PR, saya menyeru agar kalian bersungguh-sungguh bekerjasama dengan PAS.  PAS adalah parti yang kalian boleh harapkan.  PAS adalah parti yang kalian boleh letakkan kepercayaan.  Janganlah dirosakkan kepercayaan dan hormat yang telah PAS letakkan pada kalian.  Nilai agama yang ada pada pimpinan PAS akan memberikan kalian extra-mileage dalam perjuangan membina Malaysia yang sejahtera.

  7. Buat rakan-rakan seagama di dalam UMNO, saya faham bahawa sebahagian kalian mempunyai agenda perjuangan yang bagus.  Tidak dinafikan ada yang ingin berjuang untuk rakyat, berjuang kerana agama, berjuang kerana bangsa dan betul-betul ikhlas dengannya.  Justeru, saya sarankan agar kalian tidak mewujudkan permusuhan dengan PAS.  Apa yang baik dari PAS, sokonglah.  Dan jika ada yang tidak baik dalam PAS, tegurlah dengan semangat ukhwah.  Dan di dalam doa kalian, doalah agar kita semua ummat ISLAM dapat berukhuwwah dengan ukhuwwah Islamiyyah.

  8. Dan buat rakan2 seagama di dalam UMNO juga, berhentilah dari membuat fitnah dan tipu terhadap PAS.  Berhentilah dari menghasut dan memutar-belitkan fakta dan cerita demi keuntungan kalian.  Sungguh, kita semua akan dikumpulkan pada hari akhirat.  Masing-masing akan dihitung.  Dan akan ditempatkan berdasarkan amalan masing-masing semasa hayat di kandung badan.

Saya ingin ulangi semula bahawa sokongan saya terhadap PAS bukanlah kerana partinya parti berlabelkan ISLAM, bukanlah kerana namanya Parti Islam, bukanlah kerana taksub dengan pemimpinnya, tetapi saya nampak apa yang telah PAS perbuat selama ini terhadap ISLAM.  PAS memperjuangkan ISLAM.  Jika PAS tidak lagi memperjuangkan ISLAM, tiadalah sokongan diri ini lagi pada PAS!

WAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

5 responses to “Parti Islam SeMalaysia (PAS) Tetap di Hati

  • daud

    Apa benda yang PAS buat untuk meningkatkan syiar islam. Habukpun tak ada. Pandai kutuk kerajaan , cakap banyak. Ceramah sana ceramah sini. Kutuk pemimpin negara. Itu yang pandai. Input tak tapi asyik demonstrasi saja pandai. Tak hormat undang-undang negara. Bila timbul berita orang islam buat hal sperti buang anak, dadah , zina, maksiat sana sini, PAS orang pertama mengutuk dasar kerajaan. Tapi PAs sendiri tak buat apa benda pun untuk membantu membendung orang islam terjebak dalam maksiat. Saya langsung tak sokong PAS.

    Like

    • shahmuzir

      Takpe. Itu pendapat anda. Saya hormat…

      Sokongan saya pada PAS, bukan untuk menidakkan kebaikan UMNO & BN. Walaupun UMNO & BN ada berbuat kebaikan, namun kecenderungan saya terhadap PAS adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mengenali PAS membuatkan saya jatuh cinta. Mungkin maklumat & pendedahan yang diperolehi saudara Daud tak sama seperti saya. Mungkin saudara Daud hanya memperolehi berita2 buruk sahaja tentang PAS. Saya tak dapat berbuat apa2 tentang itu. Cuma saya berharap agar saudara Daud lebih terbuka dan banyak membelek pelbagai sumber. Dengan itu, kita akan menjadi manusia yang lebih bijak bercakap dan berfikir serta membuat keputusan.

      Apapun, bukan PAS atau UMNO/BN yang kita perlu sandarkan sokongan dan kepercayaaan kita. Kepada ALLAH dan Rasulullah lah tempat kita letakkan sokongan padu kita. Al-wala’ dan al-bara’ mesti dipasakkan atas asas yang benar dan pasti.

      PAS atau UMNO/BN atau yang lain2 hanyalah wadah. Buat masa ini, PAS tetap di hati atas sebab2 yang telah saya senaraikan pada tulisan di atas 🙂

      ISLAM Didahulukan, Kemaslahatan Ummah Diutamakan 🙂

      Like

  • syakirah..

    stuju…

    Like

  • faizal mahamud

    Muzir, kagum dgn keberanian saudara. Apa sangat nak dicari redha manusia selagi agama kita tidak dimuliakan. Selagi bulan tidak dibelah dua, satu diletak di tangan kiri dan satu diletak di tangan kanan, maka kerja pertahankan islam melalui harakah islamiyah ini pasti berhenti tidak. Selagi busuk perut unta belum dihumban di kepala, apa sangatlah disedih dgn tusukan pedih kata2 manusia. Sepedih-pedih ucapan, pedih lagi ucapan abu jahal, tajam menusuk kalbu rasulullah, mematah semangat dakwah. Biar kita sesal di dunia kerana susahnya bekerja dlm harakah islamiyah daripada kita susah di depan Allah kelak. Buang masa, umur kita dah mengintai 35, esok lusa akan dipanggilNya. usah dicari redha manusia, tagihlah redha pencipta kita. Anyway muzir, sirru ala berakatillah dlm perjuangan ini. semoga kita bertemuNya dgn rasa puasnya membuat kerja2 Islam semasa hayat di dunia ini. takkan sama org yg menggadai masa, jiwa raga, duit gaji, dsbnya di jalan Allah dgn orang yg hanya melihat dan berpeluk tubuh.

    Like

  • kanser payudara

    Buat masa nie memang saya sokong pas.
    Tak ada satu parti pong yg ada keinginan utk menegakkan negara atau negeri yg betul2 ikut ajaran islam….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: