Sejak saya menyertai Facebook, ada beberapa gambar yang telah di’tag’ oleh rakan-rakan saya. Hasilnya, dapat saya melihat gambar-gambar lama yang tidak ada di dalam simpanan saya. Seronok juga apabila mengenangkan kisah dan memori lama bersama rakan-rakan. Bukan sahaja berpeluang melihat gambar, malah kami mula berbual hal-hal lama dan ini telah mewujudkan kemesraan di antara kami yang telah lama tidak berjumpa.
Di sebalik bagusnya fungsi Tagging ini, ada juga kelemahannya, malah boleh timbul mudharat yang besar daripadanya. Di antaranya:
-
Mendedahkan aib seseorang.
-
Menjatuhkan maruah.
-
Dan lain-lain…
Bagaimana pula?
Kes 1 (kisah benar):
Di dalam network Facebook saya, pernah seseorang mengupload gambar seorang muslimah. Saya kenal muslimah tersebut. Malangnya, gambar tersebut telah diupload oleh ahli keluarganya dalam keadaan beliau tidak menutup aurat. Gambar tersebut diambil di dalam rumah ketika bersama adik-beradik beliau. Dan semakin malang, apabila diupload dan ditagnya pula. Jadi, habislah tersebar gambar tersebut di kalangan network Facebook, gambar beliau dalam keadaan yang tidak menutup aurat.
Pengajaran:
-
Jangan upload gambar ahli keluarga dan rakan-rakan perempuan.
-
Jangan upload gambar perempuan yang tidak tutup aurat.
-
Berhati-hati dan berfikir beberapa kali sebelum tag seseorang.
Kes 2 (rekaan):
Seseorang telah ditag gambarnya ketika remaja di sekolah. Kini, beliau adalah seorang yang dihormati dan berpangkat besar. Bukan sahaja gambar beliau telah ditag dalam keadaan yang memalukan, malah di bahagian komen habis dibuka rahsia dan cerita-cerita lama sehingga dibaca oleh pekerja bawahannya, rakan-rakan sekerjanya dan ahli keluarga. Dia rasa sangat malu.
Pengajaran:
-
Jangan upload gambar yang mengaibkan
-
Jangan tag gambar yang mengaibkan.
-
Fikir banyak kali sebelum memberi komen, walau dengan niat ingin bergurau.
Justeru, saya cuma ingin berpesan pada diri saya dan orang lain agar kita berhati-hati. Facebook memang boleh memanfaatkan kita jika kita menggunakannya dengan betul. Tetapi, ia juga boleh memudharatkan diri kita sendiri dan orang lain sekiranya tidak menggunakannya dengan betul.
Ingat, setiap perlakuan kita akan dihitung oleh ALLAH. Samada kecil atau besar. Semuanya akan dipertanggungjawabkan. jadi, berhatilah!
Hal ini juga telah ditulis oleh Ust Abu Umair dengan baik dan beliau telah mengulasnya dari sudut pandangan syariah terhadap ‘tagging’ ini. Baca di sini.
WAllahu Ta’ala A’lam…
SHAHMUZIR NORDZAHIR
March 5th, 2010 at 4:24 PM
Akhie shahmuzir,
Penjelasan yang sangat menarik dari akhie. Terutama disertakan dengan ilustrasi yang sangat menarik. Moga Allah memberkati usaha untuk mengislahkan apa-apa yang tidak betul dalam masyarakat.
LikeLike
March 5th, 2010 at 11:20 PM
Terima kasih ust Abu Umair kerana sudi berkunjung ke sini. Ana berbesar hati. Jika ada apa2 yang perlu ditegur, tegurlah ye 🙂
LikeLike
March 5th, 2010 at 8:10 PM
astaghfirullah..
syukran ustaz sebab reminder..
LikeLike
March 5th, 2010 at 11:22 PM
Wana93 kongsilah peringatan ini dengan kawan2 muslimah yg lain ye. Agar mereka berhati-hati…
LikeLike
March 7th, 2010 at 9:52 AM
salam ya akhie shahmuzir..
saya memang sokong pendapat akhie..
tapt bagaimana caranya untuk kita menasihatkan kawan2 kita agar mereka menjaga adab ketika menge’tag’ gambar.
walaupun mereka adalah kawan karib saya sendiri, tapi saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka..
saya cuma membenci perbuatan ini di dalam hati sahaja.
dan saya tahu sesungguhnya ini adalah selemah-lemah iman..
LikeLike
March 7th, 2010 at 12:15 PM
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Kalau boleh jangan hanya membenci dengan hati sahaja. Cubalah tegur kawan tu dengan hikmah. Antaranya dengan menforwardkan tulisan ini kepada mereka.
InsyaALLAH, apabila mereka membaca, mereka mungkin akan sedar dan mula membuat usaha untuk berubah. Hidayah dan taufiq ALLAH yang beri, kita cuma menyampaikan sahaja…
LikeLike
March 9th, 2010 at 9:09 PM
sykrn ats perkongsian ustaz…
LikeLike
March 19th, 2010 at 9:42 AM
Assalamualaikum ustaz, izin kan saya copy paste artikel ini dengan disertakan link untuk dimasukkan dalam blog@etc..
LikeLike
March 19th, 2010 at 8:47 PM
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Saya amat alu2kan jika Nur Hanani atau sesiapa sahaja yang sudi untuk memanfaatkan apa2 yang ada di dlm blog ini. Nak copy&paste silakan…
LikeLike
March 19th, 2010 at 3:51 PM
Jazakallahu khaiyr…
Peringatan yg cukup bermanfaat di saat keghairahan ramai org menggunakan Facebook….!
LikeLike
March 19th, 2010 at 8:51 PM
Betul tu. Kita mudah asyik dan lupa. Sebab itu kita kena saling ingat mengingati sesama kita…
Facebook tu kalau betul caranya, boleh sangat2 kita manfaatkan untuk mengislahkan masyarakat…
LikeLike
April 20th, 2010 at 9:02 AM
assalamualaikum. ana mempunyai akaun fb sebelum ini, sperti yg ustaz ade tulis “Facebook tu kalau betul caranya, boleh sangat2 kita manfaatkan untuk mengislahkan masyarakat…” dahulu ana secara x lgsung jdkan medan utk sampaikn dkwah @ peringatan, insyaAllah. tapi baru2 ini ana tlh memadam akaun fb atas sebab2 tertentu, dan foto tagging adalah slh 1 drpdnya memndangkn gmbr2 yg d’tag oleh org lain kita x bleh nk private kn. jadi, ana ingin bertanya, adakah boleh dianggap ana sudah tidak dpt menyebarkn kebaikn apabila dlete fb, memandangkn fb merupakn ‘kegilaan’ masa kini. jazakallah.
LikeLike
April 20th, 2010 at 11:13 AM
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Anayilz, ya FB mmg boleh digunakan utk kebaikan, tapi ramai yg leka kerana FB ni laman sosial yang menarik functionnya.
Kebaikan masih boleh disebarkan melalui apa cara pun walau tanpa FB. Jika Anayilz minat sebar dakwah melalui IT, mungkin berblog adalah cara sesuai, kerana kita boleh sepenuhnya mengawalnya. Dan kalau esok2 kita dah meninggal dunia, blog kita masih boleh memberi khidmat, insyaALLAH…
LikeLike
April 23rd, 2010 at 5:24 AM
syukran atas pencerahan..^_^
LikeLike
April 21st, 2010 at 12:03 PM
x penah terfikir lak benda mcm ni bleh blaku..
trima kseh ustz….
LikeLike
April 27th, 2010 at 7:01 AM
buruk facebook mmg banyak
peringatan yang bagus
erkk, gambar yang sudah ditag boleh untag semula, kalau ada yang menjatuhkan maruah, kita boleh untag gambar tersebut
😉
LikeLike
April 27th, 2010 at 12:51 PM
[…] Comments joegrimjow on Bahaya Fungsi Tagging di …shahmuzir on Defect di Impiana, Alam B…shahmuzir on Muslimah dan […]
LikeLike
April 28th, 2010 at 5:52 PM
syukran ustz coz bg pnrgn yg jls tntg kbrkn menge’tag’ ni…sy pon tgh hdpi mslh 2 skrg….hrp2 sy dpt brkongsi artikle ustz ni dgn mslimh2 yg len……
LikeLike
April 30th, 2010 at 12:59 AM
salam shah,
ana minta izin masukkan yg ni dalam web darulkautsar.net.
Zamri – http://www.darulkautsar.net
LikeLike
April 30th, 2010 at 2:59 AM
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Silakan sheikh Zamri :). Jika ada manfaat, sebarkanlah.
Mudah2an ia dikira hasanah di sisi ALLAH, amin…
LikeLike
May 23rd, 2010 at 5:23 PM
syukran sbb info ni… semoga kita semua dapat manfaat…
LikeLike
June 7th, 2010 at 6:45 AM
assalamualaikum.. bahaya jugak yer tag mengetag orang nie…kene berhati..jangan sampai nasik sudah menjadi bubur
LikeLike
August 29th, 2010 at 3:16 AM
Syukran ya ustaz atas peringatan itu..
InsyaQJJI akan dimanfaatkan sgla maklumat..
LikeLike
November 9th, 2010 at 8:46 PM
tapi susah betul nak sedarkn rakan2..kita bagitau pun diorg macam tak kisah..macam best je kene bakar api neraka sampai hangus dan bertukar ganti kulit sampai beribu-ribu tahun…Allah…beri hamba kekuatan untuk menyedarkan diri sendiri dn rakan2..
LikeLike
November 14th, 2010 at 3:19 PM
ermmm ,,, btul 2 .. sy pnah g2 ..
LikeLike
December 23rd, 2010 at 12:31 PM
[…] https://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/ […]
LikeLike
December 24th, 2010 at 10:51 AM
syukran ila ustaz kerana memberi peringatan kpd kami.ila ustaz,ana telah copy paste maklumat ini pada blog ana,jadi ana harap ustaz memberi keizinan pada ana.
LikeLike
December 24th, 2010 at 5:42 PM
Boleh…amat dialu2kan utk share 🙂
LikeLike
March 10th, 2011 at 10:03 PM
assalamu’alaikum wbt.
terima kasih ya ustaz atas pengisian ini, mohon share ya 😉
syukran
LikeLike
May 30th, 2011 at 11:36 PM
[…] Dan; https://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/#more-1555 dan http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/ […]
LikeLike
July 4th, 2011 at 9:33 PM
Alhamdullillah…syukran ya ustaz krn sntiasa mengingatkan….sbb 2 sy x ske jika ada yg tag gmbr sy di dlm fb sy….biarlah gmbr itu jd kngn di dlm kemera shja…mohon share ustaz…..
LikeLike
August 20th, 2013 at 4:58 PM
[…] Dan; https://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/#more-1555 […]
LikeLike
September 6th, 2013 at 12:07 PM
Facebook sekarang juga di index oleh pihak google. Ini memudahkan seseorang yang berniat buruk untuk mencari maklumat seseorang.
LikeLike