Hiraukah Mereka Dengan Hati Guru?

Hari ini, 11 Mac 2010 keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2009 keluar.  Dan ramailah calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut datang ke sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing.  Debaran usah dicakap.  Usahkan pelajar itu sendiri, malah ibubapa, keluarga, guru-guru dan sekolah turut sama merasai debaran itu.

Saya melalui sebuah sekolah menengah ketika mengambil anak sulung dan anak kedua saya yang habis dari sekolah agama.  Saya melihat ramai datang ke sekolah menengah tersebut untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM.  Sayangnya, penampilan mereka agak keterlaluan.  Yang lelakinya ada yang berambut panjang, tercacak.  Yang perempuannya ada yang berpakaian tidak sesuai.

Saya terbayangkan perasaan dan hati guru-guru yang berada di sekolah tersebut.  Di sekolah dahulu, pasti teguran dan pesanan telah diberi oleh para guru, ustadz dan ustadzah tentang etika berpakaian dan berpenampilan.  Pakaian dan penampilan adalah perkara pertama yang terzahir pada seseorang.  First impression terhadap seseorang ternilai pada pakaian dan penampilan seseorang.

Mungkin di dalam hati para pelajar ini ada yang berkata, “ah, aku bukan budak sekolah lagi, aku takde kena mengena lagi dengan sekolah ini.  Suka hati akulah…”

Saya yang bukan seorang guru, bukan seorang insan yang pernah mendidik mereka dan mentarbiyyah mereka, bukan juga insan yang pernah mengambil berat tentang diri mereka, bukan juga insan yang pernah rapat dengan mereka pun berasa kecewa dengan cara berpakaian dan penampilan mereka.  Apatah lagi guru mereka.  Pasti mereka berasa kecewa dan terkilan.  Pasti mereka tertanya-tanya di dalam diri, “entah di mana silapnya…”

Atau mungkin juga ada sebilangan guru yang tak kisah.  Entah, mungkin saya terlebih-lebih…tak tahulah.

Mudah-mudahan para remaja ini diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH, amin…

Shahmuzir Nordzahir

www.muzir.wordpress.com

11 MAC 2010 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: