Takaful Ikhlas Terbaik Lagi!!!

Saya sebagai salah seorang ejen Takaful Ikhlas yang berbangga dengan kejayaan ini, alhamdulillah

Hari ni, saya mendapat berita melalui seorang teman di Facebook bahawa Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah diisytiharkan sebagai pemenang bagi Anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik bagi anugerah Berita Kewangan Islam 2009 untuk kali kedua, alhamdulillah.

Saya selalu juga ditanya, “Syarikat Takaful manakah yang terbaik?”  Dengan yakin saya akan menjawab, “Setakat yang saya tahu, Takaful Ikhlas Sdn Bhd adalah syarikat Takaful terbaik!” 

Jawapan ini bukanlah lahir hanya dari kerana saya merupakan ejen Takaful Ikhlas.  Tetapi ia lahir dari pengalaman saya yang berada di dalam industri Takaful ini selama 9 tahun.  Dan pengalaman selama hampir 5 tahun dengan Takaful Ikhlas Sdn Bhd.  Tempoh pengalaman ini telah memberi peluang kepada saya mengenali secara mendalam selok-belok industri Takaful dan persaingan di dalamnya.

Apatah lagi pengalaman mengerjakan umrah dengan Executive Vice President Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Haji Wan Mohd. Fadzlullah Wan Abdullah pada 2007 yang lalu telah memberikan peluang kepada saya mengenali siapakah insan di sebalik pengurusan tertinggi Takaful Ikhlas Sdn Bhd.  Alhamdulillah, beliau sangat komited dengan pematuhan syariah.  Ini terbukti dari peribadi beliau sendiri setakat pemerhatian saya.

Bukan itu sahaja, malah ditambah lagi dengan anugerah demi anugerah yang telah dimenangi oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd sejak kebelakangan ini membuktikan ia adalah syarikat Takaful yang terbaik.  Ia terbukti.  Bukan sekadar cakap.  Bukan sekadar mengaku sendiri.  Tetapi, diakui oleh pihak luar samada dalam negara ataupun luar negara.

Berikut antara anugerah yang telah dimenangi Takaful Ikhlas Sdn Bhd, termasuk yang terkini: 

  • 11 Mac 2010 :  Takaful Ikhlas Sdn Bhd won Best Takaful/ Retakaful Provider 2008 (Islamic Finance News Awards 2009)
  • 23 Februari 2010 : Takaful Ikhlas Sdn Bhd won Best Takaful Provider (Euromoney Islamic Finance Awards 2010 in London)
  • 13 Januari 2010 :  Takaful Ikhlas Sdn Bhd won in Corporate Branding — Best Brands in Services — Islamic Protection Services (Brandlaureate SMEs Chapter Awards 2009)
  • 13 Januari 2010:  Takaful Ikhlas Sdn Bhd won Best Brands in Product Branding — Best Brands in Services-Healthcare Insurance (Brandlaureate SMEs Chapter Awards 2009)
  • 16 Februari 2009 :  Takaful Ikhlas Sdn Bhd won Best Takaful/ Retakaful Provider 2008 (Islamic Finance News Awards 2008)
  • 9 Januari 2009 :  Takaful Ikhlas Sdn Bhd won Best Brands in Product Branding, Consumer – Healthcare Insurance (Brandlaureate SMEs Chapter Awards 2008)
  • 25 November 2008 :  IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) won Most Innovative Takaful Product (Kuala Lumpur Islamic Financial Forum 2008 – KLIFF 2008)

Berikut adalah laporan bagi berita di atas (sumber Utusan Online):

Takaful Ikhlas menang anugerah Berita Kewangan Islam

11/03/2010 5:42pm

KUALA LUMPUR 11 Mac – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) memenangi Anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik bagi anugerah Berita Kewangan Islam 2009 untuk kali kedua.

“Kejayaan Takaful Ikhlas memenangi anugerah ini buat tahun kedua berturut-turut jelas membuktikan betapa pentingnya kerjasama sepasukan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Kejayaan ini juga adalah mandat yang diberikan kepada seluruh warga kerja Takaful Ikhlas yang berdedikasi untuk bekerja lebih keras dalam usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional, sejajar dengan komitmen kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berdasarkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” katanya.

Anugerah ini adalah hasil daripada undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam.

Anugerah Undian Berita Kewangan Islam 2009 yang diadakan buat kali kelima ini merupakan anugerah yang tulus, sahih dan kompetitif di dalam industri kewangan Islam.

Takaful Ikhlas, mula beroperasi pada Julai 2003, merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd., di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Bhd melalui Skim Amanah Saham Bumiputera. – Bernama

Hubungi saya jika tuan/puan berminat menyertai pelan-pelan Takaful dari syarikat Takaful yang terbaik!  – 019-3826408

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR

www.muzir.wordpress.comwww.takafulonline.net

12 MAC 2010

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: