Persepsi Non-Muslim Terhadap Sistem Kewangan Islami

Pada 13 MAC 2010 yang lepas, saya telah menghadiri Konvensyen Kewangan & Perbankan Islam 2010 bertempat di Dewan Seminar Masjid Shah Alam.  Ia dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Antara tokoh yang hadir bagi membentangkan beberapa tajuk dan isu berkaitan adalah:

  • Prof Madya Dr Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy (ISRA).
  • Prof Madya Dr Azman Mohd Noor, Pensyarah Department of Fiqh & Usul Fiqh, International Islamic University Malaysia
  • Prof Madya Dr Wajdi Dato’ Dusuki, Ketua Jabatan Penyelidikan International Shariah Research Academy (ISRA)
  • Dato’ Haji Mokhtar Shafie, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor & Pengerusi Penasihat Syariah Takaful IKHLAS Sdn Bhd
  • Ust Mohd Zamerey Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah Asian Finance Bank Berhad
  • Ust Zaharuddin Mohammad, Ahli Penasihat Syariah HSBC Amanah Takaful
  • Professor Bala Shanmugam, PhD FCPA Monash University Malaysia

Yang paling menarik minat saya sepanjang konvensyen tersebut ialah pada sesi pembentangan oleh Professor Bala Shanmugam dari Monash University Malaysia.  Beliau membentangkan tajuk Islamic Financial System:  A Research Perception Among Non Muslims in Malaysia.

Professor Bala Shanmugam

Pada awal pembentangan, beliau telah memulakannya dengan sejarah beberapa agama yang telah cuba menerapkan nilai agama mereka ke dalam sistem kewangan masyarakat.  Agama Kristian, Yahudi dan lain-lain agama telah gagal memasukkan nilai agama kepada sistem kewangan.  Mereka telah gagal walaupun telah mencuba beberapa kali.  Malah percubaan dan usaha tersebut sentiasa mendapat tentangan yang hebat dari kalangan masyarakat mereka.  Telah nyata bagi mereka bahawa agama dan sistem kewangan tidak boleh digandingkan.  Ia mesti diasingkan.

Namun menurut Professor Bala, Islam tidak menerima nasib yang sama seperti agama-agama lain yang cuba memasukkan nilai agama ke dalam sistem kewangan.  Islam telah dilihat berjaya dalam perkara ini.  Nilai-nilai Islam telah berjaya dimasukkan ke dalam sistem kewangan dan kini ia digelar Sistem Kewangan Islami.  Malah, ia telah berjaya menambat hati pelanggan-pelanggan yang bukan Islam, di samping sokongan dari ummat Islam sendiri.

  • Apa yang membuatkan ISLAM boleh berjaya? 
  • Adakah ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang tidak diperolehi di dalam agama lain?

Persoalan di atas telah berjaya dirungkai oleh Professor Bala yang merupakan pensyarah sistem kewangan dan ahli ekonomi terkenal negara dan di peringkat antarabangsa.  Satu kajian telah dibuat dan berikut beliau telah ringkaskan di dalam pembentangan beliau di dalam konvensyen tersebut:

Function

Islamic Bank

Conventional Bank

Functions & Operations Based on Shariah Based Principles Based on Man made profit motivated Principles
Risk Ownership It promotes equity participation & trading . Pre-determined returns are assured.
Risk capital is the capital that is rewarded for its participation in a productive process to the extent of the value that its participation creates, whether positive or negative and which was unknown at the time of capital deployment. On the contrary, loan capital dictates its price of participation in the shape of a pre-determined rate and irrespective of the outcome of its application, to obtain higher return even if market forces work against such increase.
Zakat (Religious Tax) One of the service-oriented functions to be a Zakat Collection Centre No Zakat Collection
Penalty No provision to charge any extra money Charge additional money (Penalty +  Compound Interest)
Social Welfare More importance to the public interest to ensure growth with equity More often, Bank’s own interest becomes more prominent
Economic Development Greater emphasis on viability of the project related to economic development Greater emphasis on client’s credit worthiness
Fixed Repayment Selling Price is fixed Varies due to compounding interest element
Relationship Buyer / Seller or Lessor / Lessee or Investor / Entrepreneur Debtor / Creditor
Customers’ Muslims & Non-Muslims Not permissible for Muslims due to interest element involved
Corporate Governance Shariah Supervisory Board + Bank Negara Malaysia Bank Negara Malaysia

Jika diamati satu per satu ciri-ciri yang disenaraikan di atas, maka dapatlah kita katakan bahawa sistem kewangan Islami jauh lebih baik dari sistem kewangan konvensional.

Dalam pembentangan tersebut, beliau telah mengatakan bahawa faktor agama bukanlah sebab untuk masyarakat memilih sesuatu sistem kewangan.  Ia lebih kepada ciri-ciri dan kelebihan sistem tersebut.  Menurut beliau, ramai non-muslim telah memilih sistem kewangan Islami berbanding Muslim sendiri.  Di Maybank, dilaporkan sebanyak 70% pelanggan cina adalah pelanggan kepada sistem perbankan Islami bank tersebut.  Ini memberi isyarat bahawa sistem kewangan Islami mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik dari sistem kewangan konvensional, sehinggakan non-muslim lebih tertarik untuk menjadi pelanggan kepada sistem kewangan Islami.

Beliau telah juga menjalankan kajiselidik (survey) terhadap faktor penentu dan keutamaan bagi seseorang memilih institusi kewangan.  Dari situ, beliau meringkaskan bahawa:

–  Religiosity is not the most important criteria for financial selection

–  Rate of return is most important criteria for both Muslims and non-Muslims.

–  But religiosity is higher up the scale of priorities  when it comes to Muslim investors

Berdasarkan statistik tadi, ini menunjukkan bahawa sistem kewangan Islami mempunyai sebab yang kukuh untuk dipilih oleh orang bukan Islam.  Mereka bukan masuk ke sistem kewangan Islami disebabkan oleh faktor agama, sebaliknya disebabkan oleh pelbagai faktor penarik.  Justeru, bagi kita Muslim, kita mempunyai lebih banyak sebab untuk memilih sistem kewangan Islami.  Bukan sahaja kerana keuntungan, yang paling penting ialah ia tuntutan agama.

Di akhir pembentangan, beliau menyatakan tiada sebab kenapa masyarakat tidak memilih sistem kewangan Islami.  Telah terbukti dari segi kelebihannya dan disebabkan itulah sistem kewangan Islami telah berjaya mengharungi segala onak dan badai.  Ahir sekali beliau menyimpulkan:

–  Any venture must be economically viable if it is to sustain

–  Islamic Finance has passed this test

Pembentangan beliau telah membuka mata dan hati kesemua peserta yang hadir tentang kedudukan sistem kewangan Islami menurut persepsi non-muslim.  Apatah lagi ia telah dilakukan kajian secara spesifik oleh seorang yang dipercayai dan dihormati akan ilmunya dalam bidang kewangan bukan sahaja di peringkat negara, malah antarabangsa.

Bagi saya, perkongsian Professor Bala tidaklah menambah keyakinan saya untuk terus menyokong sistem kewangan Islami.  Kerana saya dan ramai peserta yang hadir pada hari tersebut sememangnya sentiasa menyokong sistem kewangan Islami sejak ia belum diwujudkan lagi.  Lantaran takut dengan RIBA, maka sistem kewangan Islami sememangnya menjadi dahan untuk kami bertaut agar tidak jatuh ke dalam gaung DOSA BESAR RIBA.

Tahniah buat beliau yang telah berjaya membawa tajuk yang diberikan oleh penganjur dengan baik sekali.  Jauh di hati kecil saya, saya mendoakan agar beliau diberikan ALLAH akan hidayah dan taufiq dan sempat untuk memeluk ISLAM, amin…

Nah, apa lagi mahu dibuktikan wahai Muslim?  Jika murka ALLAH terhadap manusia yang menyertai sistem RIBA tidak kalian peduli.  Jika sentimen menyokong sistem yang membantu ummat Islam (melalui zakat) tidak kalian endahkan.  Jika sistem kewangan Islami yang diperakui kelebihannnya oleh masyarakat non-muslim, malah pakar kewangan non-muslim tidak menarik hati kalian.  Apa lagi?  Apa lagi sebab yang kalian mahu agar segera tinggalkan sistem kewangan konvensional dan sertai sistem kewangan Islami?

Buat Muslim yang telah berhijrah dan memilih sistem kewangan Islami samada Perbankan Islami, Pembiayaan Islami, Takaful, ar-Rahnu, pelaburan Islami atau lain-lain instrumen kewangan; saya ucapkan tahniah.  Semoga ALLAH subhanahu wata’ala mengurniakan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan kalian sekeluarga.    

Bagi Muslim yang sihat imannya, cukup hanya dengan amaran ALLAH tentang larangan terlibat dengan RIBA, nescaya dia akan tinggalkan sistem kewangan konvensional, dan masuk ke dalam sistem kewangan Islami.

>> Baca RIBA dan Hukumannya

Semoga ALLAH memelihara kita semua dari dosa dan memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin…

WAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR

www.muzir.wordpress.com

31 MAC 2010

Advertisements

5 responses to “Persepsi Non-Muslim Terhadap Sistem Kewangan Islami

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: