Monthly Archives: April 2010

‘Privacy Settings’ di Facebook (Supaya Muslimah Terjaga Kehormatannya)

Saya mempunyai beberapa kenalan di kalangan remaja muslimah di Facebook.  Mereka saya kenal kerana saya pernah terlibat dalam usaha pentarbiyyahan di sebuah ‘madrasah ad-diniyyah’ di Selangor. 

Penampilan mereka tatkala dahulu barangkali berbeza dengan penampilan mereka sekarang.  Ada yang masih kekal dalam keadaan dulu dan berhasil tarbiyyahannya, alhamdulillah.  Dan ada juga yang kurang.  Namun, saya percaya asas dan akar agama mereka sudah ada, cuma perlu disuburkan agar terus kekal istiqamah dan dapat menghasilkan buah agama yang bagus kualitinya.

Di Facebook, bermacam-macam aksi kenakalan mereka terdedah apabila mereka mengupload foto-foto malah video-video tentang diri mereka dan rakan-rakan.  Saya tahu tujuan mereka adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan muslimah mereka.  Mungkin mereka lupa atau tidak tahu bahawa apabila mereka mengupload ke Facebook, bukan sahaja rakan-rakan mereka boleh menontonnya, malah orang lain juga akan didorong sama melihatnya.  Continue reading

Advertisements

Syarat Dalam Pergaulan

Soalan:
Saya pernah mendengar terdapat hukum atau adab tertentu yang ditetapkan untuk berhubung antara lelaki dan perempuan. Adakah situasi ini dibenarkan antaranya bertanya khabar keluarganya, perubatan, jual-beli, berkenalan untuk mengahwininya dan berdakwah kepada ISLAM?

Jawapan:
Adab atau syarat yang tertentu telah ditetapkan dalam ISLAM untuk berhubung dengan wanita ajnabi dalam al-Quran:

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.” – Surah al-Ahzab, 33 : 53

“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” – Surah al-Ahzab, 33 : 32

Ibnu Kathir rh berkata: Continue reading


Belalah Nasib Anak Yatim, Jangan Biarkan Mereka

Bismillah walhamdulillah…

Sudah bertahun saya dan tuan/puan menempuhi kehidupan berkeluarga.  Mempunyai pekerjaan, rumah, kereta, simpanan di bank, harta dan kasih sayang dari insan tersayang samada dari isteri, suami, anak-anak ataupun ibubapa.  Segala pujian bagi ALLAH atas segala nikmat itu.

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan tuan/puan sekalian agar merenung akan nasib anak-anak yatim yang sudah kematian insan yang sepatutnya menjaga mereka.  Mereka telah hilang kasih sayang ibu dan bapa.  Insan yang sepatutnya menjadi tempat untuk mereka berteduh atau bergantung nasib telah pergi buat selama-lamanya.  Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang penuh kasih sayang dan perhatian seperti anak-anak kita.

Bukan sahaja kehausan kasih dan sayang, malah nasib dan masa depan mereka seakan gelap tanpa masyarakat mahu membantu mereka.  Mereka tinggal di rumah anak-anak yatim beramai-ramai.  Ditinggalkan di sana.  Mereka menangis di sudut-sudut bilik.  Mereka tertanya-tanya adakah masih ada cahaya untuk mereka pada esok hari?  Namun, tiada siapa yang peduli.  Sesiapa yang pernah menjadi anak yatim, dia tahulah apa rasanya… sukar untuk disusun dalam ayat dan kata-kata. Continue reading


Defect di Impiana, Alam Budiman

Entry kali ini khas saya buat utk rakan2 jiran yang bakal tinggal di AB yang mengikuti forum perbincangan pasal Impiana. 

Di bawah adalah foto2 defect yang saya, isteri & anak2 dapati pada 17 April 2010.  En Azraf sudah pun mencatit kesemua yang dijumpai.  Saya pula telah menandanya dengan masking tap & marker pen supaya pekerja2 yang diamanahkan utk membuat pembaikan, tahu di mana lokasinya secara tepat.  InsyaALLAH, mereka akan cuba membaikinya dalam masa sebulan ni.  Kena tunggu lagilah nampaknya… 😦

Menurut en Azraf, Defect Liability Period (DLP) adalah selama 18 bulan.  Dalam tempoh itu, SHL akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kecacatan yang timbul disebabkan oleh kerja2 semasa pembinaan.  Nanti kalau dah masuk pindah, dan ada kecacatan yg dijumpai, laporkan sahaja pada mereka, mereka akan baiki…insyaALLAH.

Sila klik pada gambar utk besarkan.  (Maaf, kualiti gambar tak memuaskan kerana menggunakan kamera pada handphone) Continue reading


Berhati-hati Apabila di Stesen Minyak (dan di mana2 juga)

  1. 2 bulan lalu, saya ada menerima berita tentang seorang wanita yang hampir-hampir dilakukan sesuatu yang tidak baik padanya.  Beliau berasa mengantuk selepas menerima sekeping business card dari seorang yang tidak dikenali.  Rupa-rupanya kad tersebut sudah diletakkan bauan yang boleh membuatkan seseorang mengantuk.  Beliau diekori oleh lelaki tersebut, namun niat jahat lelaki itu tidak berjaya kerana wanita tersebut telah menekan hon berkali-kali meminta tolong.  Lelaki jahat tersebut lari.  Wanita itu menerima kad tersebut di stesen minyak.

  2. Pelanggan Takaful saya pecah cermin belakangnya.  Beg tangannya dicuri dan beliau telah kerugian ribuan ringgit.  Kejadian berlaku di stesen minyak.

  3. Suatu ketika dulu, saya pernah terbaca kejadian kereta yang dibawa lari oleh beberapa orang lelaki.  Malangnya, anak-anak pemilik kereta tersebut masih ada di dalam kereta dan dibawa lari sama.  Kejadian berlaku di stesen minyak ketika pemilik kereta berhenti sebentar untuk membeli sesuatu.  Beliau tak kunci keretanya.

  4. Terkini pagi tadi, saya menerima satu email tentang pekeliling dari Petronas tentang wujudnya satu sindiket yang memberikan hadiah-hadiah kecil sebagai free gift di stesen minyakContinue reading


Usaha Lindungi Diri Dari Fitnah Dajjal

Keluarnya al-Masih ad-Dajjal adalah antara tanda  besar bahawa Hari Kiamat semakin hampir berlaku.  Dajjal pasti akan keluar menjelang hari kiamat bagi memesongkan ummat manusia agar sesat dari landasan yang sebenar.

Hal tersebut telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam melalui hadith-hadith Baginda.

Justeru, kita yang berada  pada akhir usia dunia ini   sangat wajar berhati-hati agar tidak ditipu dan didustai dengan fitnah dan tipu daya si Dajjal itu.  Malah sekalian Nabi hingga Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu mengingatkan ummatnya agar berhati-hati terhadap fitnah Dajjal.

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk melindungi diri dari terpedaya dengan fitnah Dajjal ialah:

  • Memantapkan aqidah supaya dapat mengenali siapa ALLAH dan sifat-sifatNYA.  Kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan banyak tipu helah akan dilakukan bagi memesongkan iman dan aqidah   manusia.
  • Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.
  • Mengenali sifat-sifat Dajjal melalui banyak hadith yang menerangkan nya.  Tujuannya supaya kita jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri dari terjebak mengikuti dan   mempercayainya.
  • Berdo’a kepada ALLAH agar kita dilindungi dari fitnah  Dajjal.  Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:

اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ

مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.”

(Muttafaqun `alaih)

  • Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahfi.

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal   surah al-kahfi, pasti terlindung  daripada Dajjal.”

(HR Muslim 809)

  • Mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.

“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara   hingga lapan hari, daripada segala   fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

  • Menjauhkan diri dari berjumpa dengan Dajjal jika mengetahui Dajjal sudah keluar.  Atau tinggal di Makkah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.

“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi ALLAH ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.”

(HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal  kecuali Makkah & Madinah.” 

(HR Bukhari)

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin…

– muzir.wordpress.com


Buku Sirah Rasulullah saw: Ar-Rahiq al-Makhtum

Pagi tadi saya menerima SMS dari seseorang yang bertanyakan tentang buku sirah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang bagus untuk dibaca.  Saya rasa elok juga saya catitkan di sini beberapa catitan berkenaan sebuah buku sirah yang telah mendapat banyak recommendation dari golongan cerdik pandai agama.

Nama buku:  Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah saw

Pengarang:  Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri

Penterjemah:  Muhammad Ramzi Omar

Penerbit:  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Beberapa tahun lepas saya telah membeli buku dengan tajuk yang sama, tetapi terbitan syarikat lain.  Disebabkan oleh tidak dapat menangkap banyak maksud kerana dipersembahkan dalam bahasa Indonesia, maka saya terpaksa mencari terbitan YADIM, kerana bahasanya bahasa Melayu yang mudah dibaca rakyat Malaysia.

Kenapa buku ini mendapat rekomendasi yang luas dari orang ramai?

Saya mengenali buku ini hasil membaca satu perbincangan forum di Al-Ahkam.net.  Di sana telah disenaraikan beberapa buku yang wajar dibaca oleh sekalian muslim.  Dan dalam bab sirah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, disarankan buku ini:  Ar-Rahiq al-Makhtum. Continue reading


Aku Umpama Layang-layang

photo credit to bodrox

Aku umpama layang-layang.  Terbang bebas di udara, tetapi masih di dalam radius tali keimanan.  Kuharap tali itu kuat, supaya aku tidak terlepas melayang tak ketentuan, tidak sesat untuk mencari jalan pulang.  Terbang bebas gembira, tapi masih dalam batasan…

Namun kawan, sekali sekala kau tarik & rentaplah tali itu, supaya aku tidak terlalu seronok lalai dalam bebas terbang. Agar bukan sahaja dipegang tali iman, malah berjaga dalam ketaqwaan… Continue reading


Jangan Tak… & Jangan… di Facebook

Saya tak ingat sudah berapa lama saya menggunakan Facebook.  Walaupun pada mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama di sana, maka saya pun membuka akaun Facebook.

Memang canggih sungguh Facebook ni.  Jika dimanfaatkan betul-betul, memang agak pasti boleh memberikan kebaikan buat diri sendiri dan rakan-rakan yang berada di dalam rangkaian Facebook itu.  Maksud saya dalam hal:

  • ta’awwanu ‘ala al-birri wa at-taqwa (tolong menolong dalam hal kebaikan & taqwa)
  • amru bil-ma’ruf wa nahyu ‘anil-munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran).
  • tawasau bil-haq wa tawasau bis-sobr (nasihat menasihat dengan kebenaran dan kesabaran)

Platform sudah tersedia, tinggal mahu digunakan sahaja.  Adakah bakal memberi kebaikan atau sia-sia begitu sahaja.  Sayang sekali jika platform tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan untuk menambah amal kebaikan.

Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa perkara yang digalakkan kita melakukan dan juga perkara yang tidak wajar dilakukan:

Continue reading


%d bloggers like this: