Berhati-hati Apabila di Stesen Minyak (dan di mana2 juga)

  1. 2 bulan lalu, saya ada menerima berita tentang seorang wanita yang hampir-hampir dilakukan sesuatu yang tidak baik padanya.  Beliau berasa mengantuk selepas menerima sekeping business card dari seorang yang tidak dikenali.  Rupa-rupanya kad tersebut sudah diletakkan bauan yang boleh membuatkan seseorang mengantuk.  Beliau diekori oleh lelaki tersebut, namun niat jahat lelaki itu tidak berjaya kerana wanita tersebut telah menekan hon berkali-kali meminta tolong.  Lelaki jahat tersebut lari.  Wanita itu menerima kad tersebut di stesen minyak.

  2. Pelanggan Takaful saya pecah cermin belakangnya.  Beg tangannya dicuri dan beliau telah kerugian ribuan ringgit.  Kejadian berlaku di stesen minyak.

  3. Suatu ketika dulu, saya pernah terbaca kejadian kereta yang dibawa lari oleh beberapa orang lelaki.  Malangnya, anak-anak pemilik kereta tersebut masih ada di dalam kereta dan dibawa lari sama.  Kejadian berlaku di stesen minyak ketika pemilik kereta berhenti sebentar untuk membeli sesuatu.  Beliau tak kunci keretanya.

  4. Terkini pagi tadi, saya menerima satu email tentang pekeliling dari Petronas tentang wujudnya satu sindiket yang memberikan hadiah-hadiah kecil sebagai free gift di stesen minyakFree gift ini sebenarnya sudah dipasang dengan alat pengesan.  Kumpulan sindiket ini akan mengesan pergerakan dan lokasi bakal mangsa melalui pancaran yang dipancarkan oleh free gift tersebut.

>> Baca Surat Pekeliling Petronas (sila klik)

Astaghfirullah, macam-macam kaedah dan strategi yang dilakukan oleh orang yang berniat jahat ini.  Sebenarnya banyak lagi kisah seumpama ini yang kerap berlaku di stesen minyak.  Kenapa di stesen minyak?  Jawapannya banyak.  Pokoknya, jenayah boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa.  Andai diri lalai terleka, siaplah…!

Menyedari hal ini, kita sebagai ahli masyarakat hendaklah selalu peka dan berhati-hati.  Jangan ambil mudah dan pandang enteng tentang hal keselamatan ini.  Ia boleh berlaku sekelip mata.  Jika orang yang berhati-hati pun tidak terlepas dari bahaya ini, apatah lagi jika kita tidak berhati-hati.

Malang tidak berbau!  Berhati-hatilah setiap waktu!


2 responses to “Berhati-hati Apabila di Stesen Minyak (dan di mana2 juga)

  • Hati2

    Hati2…!!!

    Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!

    Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

    Like

    • Shahmuzir

      Astaghfirullah…! Na`udzu billahi min dzalik, amin…

      Makin menjadi2 kes2 di stesen minyak nih! Terima kasih kerana memaklumkan. Walaupun berita ini saya belum periksa tentang kesahihannya, namun sebagai usaha berhati2, saya akan kongsikan hal ini dengan rakan2 dan isteri saya supaya mereka alert!!!

      *Boleh tahu dari mana sumber berita ni?

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: