Belalah Nasib Anak Yatim, Jangan Biarkan Mereka

Bismillah walhamdulillah…

Sudah bertahun saya dan tuan/puan menempuhi kehidupan berkeluarga.  Mempunyai pekerjaan, rumah, kereta, simpanan di bank, harta dan kasih sayang dari insan tersayang samada dari isteri, suami, anak-anak ataupun ibubapa.  Segala pujian bagi ALLAH atas segala nikmat itu.

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan tuan/puan sekalian agar merenung akan nasib anak-anak yatim yang sudah kematian insan yang sepatutnya menjaga mereka.  Mereka telah hilang kasih sayang ibu dan bapa.  Insan yang sepatutnya menjadi tempat untuk mereka berteduh atau bergantung nasib telah pergi buat selama-lamanya.  Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang penuh kasih sayang dan perhatian seperti anak-anak kita.

Bukan sahaja kehausan kasih dan sayang, malah nasib dan masa depan mereka seakan gelap tanpa masyarakat mahu membantu mereka.  Mereka tinggal di rumah anak-anak yatim beramai-ramai.  Ditinggalkan di sana.  Mereka menangis di sudut-sudut bilik.  Mereka tertanya-tanya adakah masih ada cahaya untuk mereka pada esok hari?  Namun, tiada siapa yang peduli.  Sesiapa yang pernah menjadi anak yatim, dia tahulah apa rasanya… sukar untuk disusun dalam ayat dan kata-kata.

Kedudukan Anak Yatim Di Dalam ISLAM

Di dalam al-Quran banyak dianjurkan agar anak-anak yatim dibela nasibnya.  Perbuatan membantu dan memberi makan anak-anak yatim merupakan perbuatan yang mulia, malah ia di antara keutamaan amalan soleh yang wajar diberi perhatian oleh setiap mukmin.

ALLAH melarang manusia berbuat zalim terhadap mereka.  Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama.  ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ

Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?

فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

Itulah orang yang mengherdik anak yatim

وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ

dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

Tidakkah di hati kita berasa gerun dan gementar serta didatangi perasaan serba tidak kena apabila membaca ayat di atas?

Walaupun mungkin kita tidak mengherdik anak yatim, dan barangkali tidak terlibat bermuamalah dan berurusan dengan anak yatim, namun janganlah pula kita mengabaikan nasib dan hak mereka untuk terus hidup di muka bumi ini.

Anak-anak yatim ini bukan sahaja hilang tempat bergantung kasih sayang, malah turut juga dihimpit kemiskinan dan kesusahan dalam meneruskan survival kehidupan yang amat mencabar.

Namun, di tengah-tengah manusia yang alpa dan lalai dari tanggungjawab ini, ada juga sebahagian ahli masyarakat yang telah mengorbankan jiwa, harta, tenaga dan masa bagi membela nasib anak-anak yatim.  Sebahagian mereka turut juga mempunyai keluarga, anak-anak, pekerjaan, tanggungan dan lain-lain urusan yang menyibukkan mereka.  Namun, mereka masih dapat berkhidmat kepada anak-anak yatim ini.

Betapa sucinya hati mereka.  Saya dan barangkali anda juga tidak mempunyai kehebatan jiwa seperti mereka.  Dalam kesusahan dan kesempitan wang, mereka masih terus istiqamah membela nasib anak-anak yatim.  Barangkali hati mereka telah disinari iman yang terang dengan galakan-galakan dari ALLAH subhanahu wata’ala dan juga dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Kelebihan Membela Anak-anak Yatim

Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Cukup dengan hadith berikut sebagai pembakar semangat:

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR At-Tabhrani)

SubhanALLAH, sungguh mulia bagi yang menjadi pembela anak-anak yatim.  Mereka akan mendampingi Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pada hari akhirat nanti dengan dampingan yang sangat rapat.  Bukankah ini menjadi harapan kita?

Apa Yang Boleh Kita Bantu?

Ayuh, saya mengajak diri saya yang selalu lupa ini dan anda semua agar bertindak sekarang.  Sekarang!!!  Jika mempunyai kemampuan, ziarahlah ke rumah anak-anak yatim yang berdekatan dan tanyalah apa yang boleh kalian sumbangkan.  Kalau boleh ambil seorang anak yatim sebagai anak angkat lagi bagus.  Kalau tak mampu, paling kurang dermalah.

Sebahagian orang sibuk dengan mengumpul harta.  Dah dapat harta, habis disalurkan harta itu kepada perut sendiri sahaja.  Ada juga yang membeli aksesori kenderaan, membuat pengubahsuaian rumah, membeli set-set TV/audio dan sebagainya.  Walaupun tidak 100% salah, namun janganlah sampai lupa akan tanggungjawab kita terhadap anak-anak yatim.  Tawaran dari ALLAH dan Rasul sangat besar untuk kita lepaskan begitu sahaja…bukan?

Bagi memudahkan tuan/puan untuk mengesan rumah anak-anak yatim di seluruh Malaysia, ada satu laman web yang telah menyenaraikan rumah-rumah anak yatim.  SubhanALLAH, semoga ALLAH memberkati usaha individu tersebut.  Berikut laman webnya:

http://rumahanakyatim.com/

Selagi masih nyawa dikandung badan, marilah kita cari sebanyak peluang dan ruang agar kita tatkala bertemu dengan ALLAH subhanahu wata’ala di akhirat nanti, pulang dalam keadaan beruntung.  Sudah mati, tidak ada guna lagi penyesalan.  Duit di dalam bank dan harta yang dikumpul tidak banyak dapat membantu kita.  Justeru, ayuh muslimin dan muslimat sekalian…belalah anak-anak yatim!

Semoga hidup kita diberkati ALLAH, dan pulang nanti diredhoi ALLAH, amin…

www.muzir.wordpress.com

 


4 responses to “Belalah Nasib Anak Yatim, Jangan Biarkan Mereka

  • Ainaq

    Perjalanan Taqdir:
    Bouazizi Mohamed di lahirkan 3 tahun sebelum Ben Ali menjadi Ketua Negara Tunisia.Pada tahun Ben Ali memegang tahta Bouazizi menjadi anak yatim dengan kematian bapanya saorang buruh di Libya.
    Sebagai saorang anak yatim dia tidak dapat sebarang pembelaan pekerjaan walaupun dia mempunyai ijazah komputer.
    Dia meniaga sayuran dan buahan dengan kereta tolak untuk menyara ibu dan 6 adik adik nya. Polis merampas barangan jualan nya dan di tempeleng oleh saorang Polis wanita.
    Dia memprotes dengan membakar dirinya……kematian nya mencetus Revolusi di Tunisia dan akhir nya tersingkir nya Ben Ali yang bermewahan ketika rakyat nya dalam kesusahan. Revolusi itu merebak keseluruh dunia Arab.
    Bagitu besar kesannya kesan penginayaan anak yatim.

    Like

  • Rumah Amal Nur El Amin

    Rumah Amal Nur El Amin
    NO. 5 & 7, JALAN DESA 2/8, B COUNTRY HOMES, 48000 RAWANG, SELANGOR
    (Dihadapan Masjid Cahaya Iman)
    Putra (0132782714), Siti Zinnirah ( 0174864441 ), Johari Morad (0196226313)
    Akaun
    MAYBANK : 562012005075 atas nama; PUSAT JAGAAN NUR EL AMIN

    Like

  • achmad abdollah

    Salam tuan,

    Boleh bantu saya dengan menyenaraikan rumah anak yatim mana yang paling memerlukan bantuan terutamanya dari segi masalah kewangan mereka. Tolong respon tuan. Terima kasih atas kerjasama.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam.

      Maaf tuan, saya tiada maklumat mengenai rumah anak yatim mana yang paling memerlukan bantuan. Mengenai senarai rumah2 anak yatim di Malaysia, tuan boleh rujuk di sini, in sha’ ALLAH:

      http://rumahanakyatim.com/

      Mungkin tuan boleh selidik dengan menghubungi sebahagian dari mereka.

      Semoga ALLAH Ta`ala membalasi niat dan usaha murni tuan, amin…

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: