Siapakah Mujaddid?

Alhamdulillah, jawapan berikut telah saya ambil dari Al-Ahkam.net yang telah dijawab oleh Hj Kamin yang merupakan salah seorang panel laman web tersebut.  Perhatikan nama-nama antara tokoh Mujaddid yang tersenarai dan cubalah cari riwayat hidup dan sumbangan mereka, insyaALLAH.

Siapakah Mujaddid?  Apakah Kriterianya?  Contoh Tokoh Mujaddid?

Mujaddid merujuk kepada individu yg dikatakan muncul pada setiap abad didalam kalender Islam dan tugasnya membangkit Islam, membersihkan Islam dari dinodai oleh unsur-unsur bid’ah, kurafat dan sebagainya. Kemungkinan mujaddid ini seorang Khalifah, Raja, Wali, Ulama’, atau sesiapa sahaja yang mempunyai kriteria-kriterianya. Didalam hadith riwayat Abu Hurairah ra, sabda Nabi :saw :-

ان الله تعالى يبعث لهذه الامة على رأس كلّ مائة سنة من يجدد لها دينها

“Sesungguhnya Allah akan menghantar setiap permulaan 100 tahun seseorang kepada Ummah yang akan (Tajdid) mengembali kegemilangan Agama mereka” [Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Hakim didalam Mustadrak dan al-Baihaqi didalam al-Ma’rifah].

Beberapa kualiti Mujaddid yang boleh diringkaskan :- 

– Mujaddid tidak semestinya Mujtahid
– Mujaddid hendaklah dari kalangan Ahli Sunnah wal Jama’ah
– Mujaddid mestilah seorang Alim didalam Agama
– Mujaddid hendaklah seorang ulama’ yang terkemuka pada zamannya
– Mujaddid ialah seseorang yang berkhidmat untuk agama; Allah dan Rasul keutamaanya.
– Mujaddid tidak gentar dengan tentangan penentang dan pemerintah
– Mujaddid tidak takut bercakap benar didalam semua situasi
– Mujaddid hendaklah seorang yang warak

Berikut adalah senarai kemungkinan nama ulama’ yang di kata Mujaddid, dari kurun pertama sehingga lima :

Abad pertama :

– Umar bin Abdul Aziz (682 – 720)
– Abu Hanifa al-Nu’man (699 – 720)
– Ibn Sirin (abad ke 8)

Abad kedua :

– Muhammad ibn Idris al-Shafi`i (767 – 820)
– Hasan al-Basri (642 – 728 atau 737)
– Malik ibn Anas (715 – 796)
– Muhammad bin Hassan Shaibani

Abad ketiga :

– Ahmad ibn Hanbal (780 – 855)
– Abu al-Hasan al-Ash’ari.

Abad keempat :

– al-Baihaqi
– Tahtaawi
– Abu Haatim Raazi

Abad kelima :

– Abdul-Qadir Gilani
– Al-Ghazali (1058–1111)

Sekian, wassalam


3 responses to “Siapakah Mujaddid?

  • wana93

    owwhh..
    alhamdulillah..
    dpt pengetahuan baru..
    syukran 4 sharing..

    Like

  • ahmad00

    Hanya Allah yang tahu siapa mujadid yang sebenar. Banyak orang anggap hanya Imam2 sahaja, macam mana dengan: Salehuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh? Mereka ni pemimpin Islam yang digeruni. Malah nabi sendiri telah bersabda tentang Sultan Muhammad Al-Fateh tentang penaklukan kota konstantinopel.

    Like

  • norsam

    htt://otam67.blogspot.com…..KH Maimun Zubier, Sarang telah meneulis kitab Tokoh Mujadid dan Tahjid pada tahun 2007 ….mengenai tokoh pada kurun 14

    Like

Leave a comment