Monthly Archives: July 2010

Please….kuncilah pintu kereta tuu…

Saya terbaca petikan akhbar seperti berikut:

2 beradik perempuan dilarikan lelaki ditemui selamat

2010/07/27

KUALA KANGSAR: Dua beradik perempuan berusia enam dan 16 tahun yang dilarikan tiga lelaki bersama kereta ditinggalkan ibu bapa mereka dalam keadaan enjin dihidupkan di sini jam 9.20 malam tadi, ditemui di tepi jalan setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata dua beradik itu yang ditinggalkan ibu bapa mereka yang memasuki sebuah kedai, ditemui dalam keadaan selamat berdekatan Kati, kira-kira 25 kilometer dari tempat mereka dilarikan. Continue reading

Advertisements

Takaful Ikhlas Rangkul Produk Takaful Terbaik

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — Takaful Ikhlas Sdn Bhd merangkul anugerah Produk Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2010 yang diadakan baru-baru ini bersempena Persidangan Takaful Antarabangsa Keempat 2010 di Jumeirah Carlton Tower, London.

Anugerah itu disampaikan kepada Takaful Ikhlas Sdn Bhd oleh ahli House of Lords Mohd Shiekh yang juga Ketua Forum Konservatif Muslim. Continue reading


“Muzir, Aku Rasa Ajalku Hampir Sampai”

Jam 10.30 malam, tiba-tiba handphoneku berbunyi.  Ah, siapa pula telefon aku malam-malam begini.  Rupa-rupanya rakanku yang menelefon.  Aku kenalinya sejak di tingkatan 5 dulu.  Dalam hatiku aku merasakan mesti dia mempunyai hajat yang besar.

“Muzir, kalau aku beritahu kau, kau jangan terkejut ya.  Aku rasa ajalku sudah hampir sampai.  Aku rasa semacam sahaja malam ni”  dia membuka perbualan.

Aku dapat mengecam suaranya yang agak gementar dan tidak ceria.  Tersangkut-sangkut suaranya.

“Eh, kenapa ni?  Engkau ni cakap yang bukan-bukan sahaja”  Aku merespon. Continue reading


Arah Qiblat di Impiana, Alam Budiman

Saya baru sahaja berpindah ke Alam Budiman, Shah Alam.  Sudah hampir sebulan saya di tempat baru ini.  Masih belum ramai orang di fasa yang saya tinggal ini.

Antara perkara pertama yang datang ke fikiran saya ialah arah qiblat, iaitu ke arah mana hendak dihadapkan wajah & tubuh ini tatkala solat.  Sebelum berpindah, saya telah rujuk ke peta Alam Budiman dan secara kasarnya tahulah ke mana arahnya.

Antara kaedah-kaedah lain yang saya gunakan ialah: Continue reading


Pengajaran Dari Israk & Mi’raj

Jumaat lepas, saya telah berkongsi info tentang Israk & Mi’raj dengan hampir 300 pelajar sekolah menengah agama di Klang.  Walaupun jemputan dilakukan agak last minute, namun saya telah cuba gagahkan diri untuk menerima jemputan tersebut, supaya ia menjadi tambahan kepada amalan soleh saya yang selama ini sangat kurang berbanding orang lain.

Saya telah merujuk beberapa kitab di rumah saya.  Saya belek Tafsir Ibnu Kathir, Sahih Bukhari, Zadul Ma’ad, ArrahiqulMakhtum dan buku kisah ghaib berdasarkan hadith2 yang sohih.  Alhamdulillah, berbekalkan maklumat yang terdapat di dalam buku2 tersebut, dapatlah ia menjadi sandaran buat saya untuk berkongsi tentang Israk & Mi’raj.

Sebelum ini saya selalu mendengar beberapa gambaran yang Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam hadapi ketika peristiwa israk dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa.  Namun, saya gagal menemui hadith2 yang menceritakan hal itu di dalam kitab2 yang saya belek.  Nas yang saya temui adalah:  Continue reading


%d bloggers like this: