Arah Qiblat di Impiana, Alam Budiman

Saya baru sahaja berpindah ke Alam Budiman, Shah Alam.  Sudah hampir sebulan saya di tempat baru ini.  Masih belum ramai orang di fasa yang saya tinggal ini.

Antara perkara pertama yang datang ke fikiran saya ialah arah qiblat, iaitu ke arah mana hendak dihadapkan wajah & tubuh ini tatkala solat.  Sebelum berpindah, saya telah rujuk ke peta Alam Budiman dan secara kasarnya tahulah ke mana arahnya.

Antara kaedah-kaedah lain yang saya gunakan ialah:

CARA 1:Memandangkan surau sudah siap, jadi sudah tentulah surau akan menjadi rujukannya.  Alhamdulillah, sebelum masuk rumah, saya sudah beberapa kali bersolat di surau Alam Budiman.  Saya telah memilih waktu Asar sebagai waktu saya anggarkan arah qiblat di rumah saya.  Selesai solat Asar berjamaah di surau, saya lihat pula bayang yang dihasilkan oleh objek tegak berdiri.  Ya, ia sama dengan garisan arah qiblat di surau.  Kenapa pilih waktu Asar?  Kerana waktu Asar adalah waktu petang, dan waktu petang adalah waktu yang mana ia mewujudkan bayang yang paling panjang, jadi senang nak anggarkan.  Sampai di rumah, saya lihat objek tegak berdiri dan bayang yang dihasilkan.  Dari bayang yang dihasilkan, dapatlah saya anggarkan mana arah qiblat.

CARA 2: Menggunakan kompas.  Ya cara ini agak biasa orang lakukan, dan semua orang tahu caranya.  Arah qiblat ialah 292.57° diukur dari arah Utara.  Jika menggunakan kompas qiblat, ada booklet diberi menyatakan nombor tertentu untuk kawasan tertentu.

Arah Qiblat dari Shah Alam dengan menggunakan kompas.

CARA 3: Menggunakan website.  Website QiblaLocator telah saya kenali beberapa tahun yang lalu, dan saya dapati sangat mudah digunakan bagi menganggarkan arah qiblat.  Laman webnya adalah seperti berikut:

http://www.qiblalocator.com/

Kita hanya perlu masukkan lokasi yang diingini atau ‘drag’nya sahaja.  Satu garisan berwarna merah akan menunjukkan arah qiblat yang betul, insyaALLAH.

Ini adalah gambar rumah di kawasan perumahan saya beserta arah qiblat yang ditunjuki menggunakan kemudahan yang ada di website di atas, alhamdulillah:

Arah kiblat dari kawasan perumahan – Sebagai contoh.

Arah Qiblat Surau Alam Budiman

CARA 4: Menggunakan tarikh 28 MEI dan 16 JULAI untuk menentukan arah qiblat.  Pada tarikh tersebut setiap tahun akan berlaku fenomena Istiwa A’zam yang mana kedudukan matahari betul-betul di atas Ka’bah yang mulia.  Fenomena Istiwa A’zam adalah kaedah yang digunakan oleh ahli falak sejak berzaman bagi menyemak kedudukan arah qiblat.  Kaedah untuk menentukan arah qiblat dengannya telah saya tulis di blog ini.  Klik berikut untuk membacanya:

https://muzir.wordpress.com/2010/05/27/istiwa-azam/

Mudah-mudahan catitan ini bermanfaat buat pengunjung laman blog ini, khususnya buat bakal jiran-jiran saya di Impiana, Alam Budiman, insyaALLAH.

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

2 responses to “Arah Qiblat di Impiana, Alam Budiman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: