Please….kuncilah pintu kereta tuu…

Saya terbaca petikan akhbar seperti berikut:

2 beradik perempuan dilarikan lelaki ditemui selamat

2010/07/27

KUALA KANGSAR: Dua beradik perempuan berusia enam dan 16 tahun yang dilarikan tiga lelaki bersama kereta ditinggalkan ibu bapa mereka dalam keadaan enjin dihidupkan di sini jam 9.20 malam tadi, ditemui di tepi jalan setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata dua beradik itu yang ditinggalkan ibu bapa mereka yang memasuki sebuah kedai, ditemui dalam keadaan selamat berdekatan Kati, kira-kira 25 kilometer dari tempat mereka dilarikan.

SUMBER

Aduh…tak serik-serik lagikah?!  Sudah banyak berita kita dengar tentang penculikan.  Mujur, alhamdulillah dalam berita di atas, anak-anaknya dijumpai semula.  Jika tidak dijumpai semula, bagaimana?  Jika diapa-apakan, bagaimana?

Tolonglah…please…kuncilah pintu kenderaan anda.  Walau mungkin hanya nak beli suratkhabar di gerai, walau hanya nak bayar duit di kaunter stesen minyak, walau hanya nak bayar parking di mesin, walau…walau…walau… tolonglah kunci pintu kenderaan tu.  Kejadian buruk boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja, beberapa saat sahaja, tanpa terkecuali.  Apatah lagi jika kelalaian tidak kunci pintu kenderaan, lagilah mudah mengundang bahaya!

Sedangkan kenderaan yang berhenti sebentar di traffic light merah, dan ada pemandu yang sedang memegang stereng pun pernah kita dengar dibuka pintunya, dan diambil beg tangan, handphone… inikan pula jika kenderaan itu sedang berhenti, orang dewasa tiada, ditinggalkan anak2 di dalam kenderaan…lagilah.

Saya sudah ajar anak-anak & isteri saya tentang hal ni sudah lama dulu.  Alhamdulillah, mereka faham dan alert.  malah sudah menjadi tabiat kami sekeluarga kunci pintu tatkala kenderaan bergerak atau berhenti seketika.  Saya selalu nasihatkan saudara mara saya juga.  Namun, dalam kita ingat tu juga, kadang-kadang kita boleh juga terlupa dan teralpa seketika.  Dan tatkala itu jugalah, bahaya boleh datang dgn tiba-tiba, naudzubillahi min dzalik, amin. 

Kuncilah pintu…kuncilah pintu…walau hanya sementara.  Kerana malang tidak berbau!

Mudah-mudahan ALLAH ‘Azza wa Jalla memelihara kita semua dari semua kejahatan makhluqNYA, amin…

Shahmuzir Nordzahir

www.muzir.wordpress.com

 


2 responses to “Please….kuncilah pintu kereta tuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: