Monthly Archives: August 2010

6 Video Tentang Lailatul-Qadr & I’tikaf

Berikut adalah 6 video kuliah yang disampaikan oleh Maulana Asri dari Darul Kautsar yang saya ambil dari youtube.  Video2 adalah sekitar tajuk Lailatul-Qadr & I’tikaf: Continue reading

Advertisements

Keutamaan Lailatul-Qadr

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr.  Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?  Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” 

(Surah al-Qadr: 1-3)

Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

Sunnah Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir. Continue reading


Utamakanlah Yang Lebih Utama

Alhamdulillah, surau-surau dan masjid-masjid dikunjungi ramai ahli jamaah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.  Apatah lagi pada sebelah malamnya.  Bilangan ahli jamaah pada solat sunnat Tarawih sangat ramai sehingga ada yang terpaksa solat di luar surau pada minggu pertama bulan Ramadhan.

Inilah keberkatan Ramadhan.  Ramai manusia berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk bersolat jamaah dan masing-masing berlumba-lumba untuk membuat kebajikan untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang penuh barakah ini.

Namun, ada sebahagian ahli masyarakat yang salah faham akan keutamaan sesuatu amal/perbuatan atas sesuatu amal/perbuatan yang lain yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu.

Antara salah faham tersebut ialah: Continue reading


RAMADHAN: Perbanyakkan Mohon Keampunan & Kembalilah Kepada ALLAH

Setiap kita mempunyai dosa samada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.  Apatah lagi kita yang hidup pada zaman mutakhir ini yang berhadapan dengan pelbagai godaan yang luar biasa datang dari luar dan dalam diri sendiri. Betapa lemahnya kita dalam menghadapi godaan tersebut sehingga selalu kalah dan melakukan dosa.

Walaupun begitu, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sentiasa tahu kelemahan kita.  DIA tahu kita selalu lupa.  DIA tahu kita sering gagal menghindari dosa.  Dan DIA tahu fitrah manusia yang mahu kembali kepadaNYA.  Betapa baiknya DIA.  Betapa lembutnya DIA dengan kita.  Kita seharusnya berterima kasih dengan sungguh-sungguh kerana DIA sentiasa bersedia memberi keampunan kepada hamba-hambaNYA yang ingin bertaubat.

ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ  إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ  إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIAlah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(Surah az-Zumar 39:53)

 

Malah, ALLAH ‘Azza wa Jalla sangat gembira dengan sikap hamba-hambaNYA yang mahu bertaubat dan kembali kepadaNYA.

Sahabat Nabi iaitu Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اللَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ سَقَطَ عَلَى بَعِيرِهِ، وَقَدْ أَضَلَّهُ فِي أَرْضِ فَلاَةٍ

“ALLAH lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemui kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.”

(HR al-Bukhari & Muslim)

Nah! Lihatlah betapa gembiranya ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat orang yang bertaubat.  Justeru, jangan putus asa dan kecewa.  Walau banyak mana pun dosa kita, insyaALLAH DIA akan terima taubat kita.

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda dalam satu hadith qudsi bahawa ALLAH berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ! إِنَّكَ مَا دَعَوْتنِي وَرَجَوْتنِي غَفَرْتُ لَك عَلَى مَا كَانَ مِنْك وَلَا أُبَالِي

 

يَا ابْنَ آدَمَ! لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُك عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتنِي غَفَرْتُ لَك

 

يَا ابْنَ آدَمَ! إنَّك لَوْ أتَيْتنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُك بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

“Wahai anak Adam!  Sesungguhnya jika engkau berdoa kepadaKU dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan kurniakan keampunan buatmu atas apa yang engkau telah lakukan, dan AKU tidak peduli,

Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu tinggi sampai menyentuh awan di langit, kemudian engkau memohon ampun pada-KU, niscaya AKU akan kurniakan keampunan buatmu,

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik terhadap-KU dengan sesuatu, niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi juga.”

(HR at-Tirmidzi, hasan sahih.)

Perhatilah dengan teliti setiap maksud perkataan hadith di atas.

SubhanALLAH, bisa menitis air mata kita tatkala mengenangkan betapa Pemurahnya DIA, betapa Pengampunnya DIA dan betapa tak kisahnya DIA akan dosa kita yang menggunung.  DIA tetap akan terima kita jika kita berusaha mahu kembali kepadaNYA.  Betapa lembutnya DIA terhadap kita.  Betapa Penyayangnya DIA.  ALLAH…ALLAH…ALLAH!

 

 

Peluang Besar-Besaran Untuk Pengampunan Dosa

Bagi yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan, kita disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan sunguh-sungguh dalam mengharapkan pahala dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala.  Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah sungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.

Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 

(HR Bukhari & Muslim)

Nabi juga bersabda:

مَنْ قَام رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang mendirikan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” 

(HR Bukhari & Muslim)

Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala di dalam bulan yang penuh barakah ini.

 

Rugi Besar Jika Tidak Diampuni ALLAH Pada Bulan Ramadhan

Abu Hurairah radhiAllahu `anhu ada menceritakan perbuatan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam menyebut “amin” sebanyak 3 kali.  Perbuatan Baginda itu mengundang perasaan pelik pada sahabat yang mendengar, lalu Baginda ditanya apakah sebabnya Baginda mengucapkan “amin” sebanyak 3 kali ketika menaiki mimbar?

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdo’a tentang 3 golongan yang akan dijauhkan dari rahmat ALLAH pada Hari Akhirat, iaitu:

  • seseorang yang menemui Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan ALLAH,
  • seseorang yang sempat hidup bersama orang tuanya tetapi mereka berdua tidak membuatkan dia dapat masuk syurga kerana dia telah mengabaikan dari berbuat baik kepada mereka berdua,
  • seseorang yang mendengar nama Nabi Muhammad disebut tetapi tidak mengucapkan solawat ke atas Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.

Nabi telah diminta supaya mengucapkan “amin” oleh Jibril.  Maka sebab itulah Baginda mengucapkan “amin”.

Jelas di sini bahawa Ramadhan adalah suatu medium khas buat manusia untuk mendapat keampunan dari ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.  Yang keluar dari Ramadhan tanpa mendapat keampunan, ternyata dia tergolong dalam kumpulan manusia yang rugi besar.  Bahkan dijauhkan ALLAH dari rahmatNYA.

Pohonlah banyak-banyak akan keampunan ALLAH sepanjang Ramadhan dan lakukan ibadah dengan sungguh-sungguh.

(Matan penuh hadith di atas boleh dibaca di sini: https://muzir.wordpress.com/2015/06/15/3-doa-jibril-yang-nabi-saw-aminkan-ketika-baginda-menaiki-mimbar/)

 

Doa Yang Patut Dibaca Selalu, Khususnya Pada Bulan Ramadhan

Ramadhan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan.  Malah, apabila ditanya oleh `A’ishah radhiAllahu ‘anha tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ertinya:  “Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun, Maha Mulia, ENGKAU suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku”.

(Jami` at-Tirmidzi.  Hasan sohih)

Lihatlah muslimin muslimat sekalian!  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kita agar membaca doa memohon keampunan supaya diampuni dosa-dosa kita yang telah lalu.  Betapa besar nilai dan makna doa ini sehingga Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menyarankannya.

Ini bermakna, berdoa memohon keampunan dari ALLAH mempunyai nilai yang sangat tinggi sehinggakan pada malam al-Qadr yang istimewa itu pun diajar tentang doa khusus untuk mendapat keampunan dari ALLAH.

Justeru, janganlah tinggalkan berdoa memohon ampun kepada ALLAH.  Perbanyakkanlah doa keampunan dari ALLAH disamping lain-lain hajat yang ingin dipohon kepadaNYA.

Perbanyakkanlah memohon ampun di dalam bulan Ramadhan ini.  Pohon dan terus pohon!

 

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat menimbulkan rasa keinsafan buat kita semua dalam berusaha untuk kembali kepada ALLAH.  Mohon ampun daripadaNYA.  Kembali kepada ALLAH dengan makna 100% beriman kepadaNYA melalui hati, lisan dan amal.  Kembali mengamalkan sunnah-sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam kehidupan kita.

Semoga kita semua beroleh Taqwa dan diampuni ALLAH Subhanahu wa Ta’ala.  Dan akhir nanti kembali bertemuNYA dalam keadaan tidak berdosa.  ALLAH redho dengan kita, kita redho dengan ALLAH… amin.

www.muzir.wordpress.com

24 Ogos 2010, 14 Ramadhan 1431H


Beberapa Hadith Nabi Tentang Amalan Sunat Pada Bulan Ramadhan

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah.  Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya.  Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan.   Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq.  Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH. Continue reading


Ketika ALLAH Memilihmu Untukku..

Renungan buat para suami, khasnya buat diri saya sendiri:

Ketika ALLAH Memilihmu Untukku..

Padamu yang ALLAH pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat ALLAH memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah.. Continue reading


Melihat Anak Bulan dan Senarai Tempat Rasmi Melihatnya

Ummat Islam mula berpuasa Ramadhan melalui proses Rukyah iaitu apabila nampaknya anak bulan (hilal) yang menandakan masuknya bulan Ramadhan (1 Ramadhan). 

Melihat anak bulan dilakukan pada tarikh 29 Sya’ban.  Jika anak bulan kelihatan, maka ibadah puasa akan bermula keesokan harinya.  Jika tidak kelihatan anak bulan, bulan Sya’ban akan dicukupkan 30 hari, dan ibadah puasa Ramadhan akan bermula lusanya.

Beberapa dalil tentang melihat anak bulan ialah: Continue reading


Iklan Upah Untuk Tebus Diri & Keluarga Dari Neraka (???)

Saya petik gambar di bawah di al-ahkam.net.  Baca kandungannya dan anda nilaikanlah sendiri…

Written by zain-ys
Thursday, 05 August 2010

Iklan ini saya temui di suatu tempat. Saya snap gambarnya. Iklannya adalah iklan untuk menebus diri daripada api neraka sempena Ramadhan. Senang cerita iklan siapa-siapa nak upah orang untuk menebus dari api neraka untuk dirinya atau warisnya atau sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Continue reading


Sekilas Hukum Tentang Puasa Bulan Ramadhan

HUKUM PUASA RAMADHAN

  1. Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’

SIAPA YANG WAJIB BERPUASA?

  1. Muslim
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Sihat dan mampu untuk berpuasa
  5. Menetap bukan musafir
  6. Suci dari haihd dan nifas bagi wanita

RUKUN PUASA Continue reading


Kadar Penggunaan Petrol

Sekadar merekodkan kadar penggunaan petrol 2 jenis kenderaan untuk rujukan masa depan:
 
V1 (2 wheels 178 cc)
  • Jenis Petrol = RON95
  • Kuantiti Petrol = 8.108 liter
  • Harga seliter = RM1.85
  • Jumlah Harga Petrol = RM15
  • Jumlah jarak = 190km

Kadar Penggunaan Petrol

=>  23.4km/liter ATAU

=>  8 sen/km. (bagi RM1.85 seliter) Continue reading


%d bloggers like this: