Borak-borak Dengan Remaja Tentang Adab Pergaulan & Isu Couple

Selepas solat Isyak secara berjamaah, terus dimulakan program yang menyentuh soal pergaulan lelaki&perempuan serta isu couple yang memang tak lari dari hidup golongan remaja.

Saya mulakan dengan membaca beberapa fatwa dan soal-jawab yang telah dijawab oleh para ulama tentang isu pergaulan lelaki dan perempuan.  Ini bertujuan supaya mereka faham di manakah duduknya persoalan ini.  Beberapa nas al-Quran dan as-Sunnah yang terdapat di dalam fatwa-fatwa tersebut telah ditekankan supaya mereka dengar betul-betul apa kata ALLAH subhanahu wata’ala dan apa kata Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Sungguh, bagi orang beriman apabila mendengarkan kalam ALLAH & Rasul, pastinya akan tunduk insaf dan patuh.  Dan itulah tujuan ia disampaikan.

Selepas membacakan beberapa fatwa yang berkaitan dan diselang-selikan dengan huraian dan contoh yang saya berikan, saya buka sesi soal-jawab.

Banyak persoalan yang dilontarkan oleh mereka sekitar isu pergaulan lelaki dan perempuan, dan paling banyak adalah tentang isu couple.  Macam-macam soalan diajukan dalam bentuk tulisan.  Saya baca dan jawab setiapnya berdasarkan sedikit ilmu yang ada.  Mudah-mudahan perkongsian itu memberi manfaat kepada mereka dalam memberi kefahaman kepada mereka apakah pandangan Islam terhadap hal pergaulan lelaki & perempuan, khususnya dalam hal percintaan atau mereka selalu sebut sebagai couple.  Bukan itu sahaja, malah mereka diajak berfikir secara rasional tentang perbuatan mereka menjebakkan diri ke dalam kancah percintaan monyet ini.

Remaja seperti mereka memerlukan kita sebagai orang dewasa yang pernah melalui banyak pengalaman kehidupan untuk memberi panduan kepada mereka.  Mereka buat silap bukan mereka sengaja, tetapi sebab mereka tidak tahu dan keliru.  Media songsang dan masyarakat yang jauh dari penghayatan agama telah mengaburkan fikiran para remaja kita.  Maka kitalah yang dewasa ini, yang mungkin diberikan sedikit kesedaran agama ini perlu bertindak memasukkan ke dalam fikiran remaja kita tentang apa yang agama ajar.

Remaja yang belajar di sekolah agama yang dididik dengan tarbiyyah agama menjadi harapan kita pada esok hari.  Supaya negara dan bangsa kelak dikemudi oleh pemimpin yang lahir dari tarbiyyah agama.

Kita sayang mereka kerana ALLAH 🙂

Sebelum balik, sempat saya berbual-bual dengan pelajar-pelajar senior.  Dan alhamdulillah, sebahagian mereka mempunyai fikrah Islami tetapi masih keliru dalam banyak hal.  InsyaALLAH, dengan tarbiyyah yang berterusan dari para guru, mereka bakal menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Dan yang kita harapkan adalah agar perkongsian itu, bakal memberikan manfaat buat diri kita tatkala kita bersendirian di dalam alam kubur nanti.  Kita mengharapkan ilmu yang bermanfaat yang kita sampaikan kepada mereka bakal mengalir kebaikannya buat kita nanti, amin…

Shahmuzir Nordzahir

www.muzir.wordpress.com

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

11 responses to “Borak-borak Dengan Remaja Tentang Adab Pergaulan & Isu Couple

  • muslimahzarqa93

    btul 2…..kte kena pandai jga adab pergaulan antara llaki dan perempuan….

    Like

  • shahmuzir

    Gambar2 muslimah saya edit, kecilkan, contrastkan dan gelapkan. Sorry aaa…tak dpt tengok dgn jelas. Sengaja saya buat gituu 🙂

    Like

  • IQ Di.C.Ni

    assalamualaikum ustaz….sebagai pelajar….kene jaga mata…jangan jadik macam saya…teruk akibatnya…..sebab salah jaga mata..bermatax2 orang benci…….ok tu jer…assalamualaikum dan selamat berpuasa p/s masa kat surau atau masjid solat terawih penuh bagi yang muda..jangan sampai dikalahkan oleh golongan berumur..wat malau tau!

    Like

  • Zulaiha

    Baru dapat satu ilmu baru…kalau melihat seseorang yang bukan mahram dgn nafsu,dgn 1 mata,dh dapat byk dosa belum lagi kira kelipan mata,belum lagi kira bulu mata,berapa banyak dosa yang dilakukan….Astaghfirullahalazim

    Like

    • shahmuzir

      Zulaiha, saya tak tahu bagaimana dosa dibalas sehingga banyak bulu mata akibat dari memandang maksiat, wAllahu A’lam. Yang pasti, ia berdosa.

      Apabila berdosa, kita disuruh beristighfar & bertaubat. ALLAH akan ampunkan dosa2 kita sekiranya kita bertaubat krn ALLAH suka org yg bertaubat dan ALLAH Maha Menerima Taubat 🙂

      Like

  • su_hanania said

    pgram yang bermanfaat begini amat sukar dicari.. mungkin keadaan universiti yg xmemberi fokus kpd bidang agama. Pengisian rohani bg pelajar spt saya kosong.. Smoga peringatan demi peringatan akan membantu diri ana dr kelalaian..

    Like

    • shahmuzir

      su haninia,
      Jgn hrpkan pihak universiti anjurkan program sebegini.
      Panggil je mana2 ustadz atau ustadzah atau sesiapa yg dipercayai ilmu
      & pengalamannya utk beri tadzkirah atau buat je simple program.

      Di kalangan student buat kumpulan atau usrah utk saling ingat
      mengingati sesama kalian 🙂

      Mudah2an ALLAH ‘Azza wa Jalla memelihara kalian, amin…

      Like

  • ISHAQKE1TAAT

    manusia yang kenal erti cinta ialah manusia yang mencari kesahihan cinta..bukan tujuan bercintya

    Like

  • Anonymous

    senior SAMTEN ke?gmbr pn mcm kt surau aspuri SAMTEN

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: