Utamakanlah Yang Lebih Utama

Alhamdulillah, surau-surau dan masjid-masjid dikunjungi ramai ahli jamaah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.  Apatah lagi pada sebelah malamnya.  Bilangan ahli jamaah pada solat sunnat Tarawih sangat ramai sehingga ada yang terpaksa solat di luar surau pada minggu pertama bulan Ramadhan.

Inilah keberkatan Ramadhan.  Ramai manusia berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk bersolat jamaah dan masing-masing berlumba-lumba untuk membuat kebajikan untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang penuh barakah ini.

Namun, ada sebahagian ahli masyarakat yang salah faham akan keutamaan sesuatu amal/perbuatan atas sesuatu amal/perbuatan yang lain yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu.

Antara salah faham tersebut ialah:

  1. Mengutamakan solat sunat Tarawih secara berjamaah, tetapi meninggalkan solat fardhu Isyak secara berjamaah.  Sedangkan solat fardhu Isyak berjemaah itulah yang lebih utama.

  2. Mengutamakan cepatnya untuk khatam al-Quran, tetapi meninggalkan usaha untuk tadabbur al-Quran.  Sedangkan tadabbur al-Quran yakni memahami dan menghayati serta merenung maksud dan inti al-Quran itulah lebih utama.

  3. Mengutamakan dan berpegang kuat kepada pendapat fiqh tertentu, tetapi melupakan adab ikhtilaf dan akhlaq sesama muslim sehingga terguris ukhuwwah Islamiyyah.  Sedangkan berlapang dada dalam soal khilafiah dan furu` (cabang) fiqh adalah lebih baik dan lebih utama dari bertengkar sesama ummat Islam sehingga memutuskan hubungan dan perpaduan masyarakat muslim.

  4. Melambatkan solat fardhu Maghrib disebabkan oleh berbuka.  Sedangkan seseorang sepatutnya menyegerakan solat fardhu Maghrib selepas berbuka puasa secara ringkas.  Jika mahu sambung makan selepas solat fardhu Maghrib, silakan.

  5. Mengutamakan sunnah berpakaian yang tidak disyariatkan ketika ke masjid seperti berjubah/berserban (bagi lelaki) dan bertelekung putih (bagi wanita), tetapi meninggalkan sunnah berpakaian yang disyariatkan seperti menutup aurat, tidak sombong dan bermegah dalam berpakaian, membazir, keterlaluan dan bertasyabbuh (meniru) kaum lain ketika berpakaian seharian.  Sedangkan berpakaian dengan pakaian sederhana tapi menepati syariat Islam itulah yang lebih utama sebenarnya.

  6. Wanita mengutamakan untuk turut serta solat berjamaah di masjid, tetapi melupakan adab dan akhlaq ketika keluar rumah.  Wanita boleh bersolat di masjid, tetapi jika boleh menimbulkan fitnah lebih elok dia solat di rumah sahaja.

  7. Mengutamakan solat sunat pada waktu sepertiga malam, tetapi meninggalkan solat Subuh secara berjamaah.  Ini biasa terjadi pada seseorang akibat mengantuk.  Sedangkan solat fardhu Subuh secara berjamaah di masjid adalah lebih utama.

  8. Mengutamakan ibadah sunat di surau atau masjid ketika waktu kerja, tetapi meninggalkan dan mengabaikan tanggungjawab dan amanah majikan di tempat kerja.  Sedangkan menunaikan amanah adalah kemestian kepada setiap muslim.  Jika mahu lakukan ibadah sunat di masjid seperti iktikaf, solat sunat atau baca al-Quran; jangan sampai mengambil masa pejabat kerana perbuatan tersebut boleh mendatangkan fitnah.

  9. Dan lain-lain lagi.

Di atas adalah senarai beberapa salah faham yang telah saya kenalpasti dan ingat buat masa ini.  Tentu rakan-rakan yang membaca tulisan ini dapat menambah lagi bilangan senarainya.

Mudah-mudahan ummat ISLAM semakin bijak dalam beramal ibadah dan bermuamalah dengan bertambahnya ilmu setiap hari.  Hadirilah majlis ilmu samada di masjid, di surau, di tempat kerja, di seminar-seminar, melalui TV dan radio atau pun melalui maklumat-maklumat di internet.

Semoga ALLAH memelihara kita semua dan menjadikan kita semua hamba-hambaNYA yang berTAQWA, amin…

Wa Allahu Ta’ala A’lam.

www.muzir.wordpress.com

25 Ogos 2010, 15 Ramadhan 1431 H.

Advertisements

2 responses to “Utamakanlah Yang Lebih Utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: