Monthly Archives: September 2010

Pasca Ramadhan: Agar Diri Terus Di Atas AgamaNYA

Pagi semalam saya telah dijemput oleh sebuah sekolah menengah agama di Klang untuk menyampaikan tadzkirah sempena sambutan Eidulfitri peringkat sekolah.  Rasa kerdil diri ini apabila bercakap di hadapan para ustadz dan ustadzah yang sememangnya mempunyai ilmu yang jauh lebih tinggi dari diri saya.

Saya menerima jemputan itu atas dasar firman ALLAH ‘fastabiqul khairaat’ yang bermaksud, “berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan”.  Menyedari diri ini selalu ketinggalan dalam hal berbuat kebaikan berbanding orang lain, maka saya terima jemputan tersebut.  Mudah-mudahan ada manfaatnya buat para pelajar dan semua warga sekolah tersebut.  Dan menjadi bekal buat saya sendiri, insyaALLAH.

Saya cuba mengajak para hadirin agar merenung kembali kebaikan Ramadhan yang telah pun dilalui dan bersyukur kepada ALLAH Ta’ala yang telah memanjang umur dan memberikan peluang kepada kita, bukan sahaja sempat menjalani Ramadhan, malah dapat pula merasai Eidulfitri. Continue reading

Advertisements

Peta Lokasi Taman Alam Budiman, Shah Alam.

Sempena mood Eidulfitri ini, saya menjemput rakan-rakan yang mengenali diri saya untuk ke rumah terbuka saya di Alam Budiman, Shah Alam.  Peta untuk ke sana adalah seperti berikut:

Peta Lokasi Alam Budiman, Shah Alam

Untuk berinteraksi (zoom in & out) dan melihat peta dengan lebih jelas sila klik sini >> Taman Alam Budiman

Rumah saya ni kalau dari Stadium Shah Alam, lebih kurang 15km jaraknya.  Dari stadium tu (seksyen 13), ikut jalan menghala ke Kg Melayu Subang, dan masuk ke jalan menghala ke Puncak Alam.  Straight je…

Kalau dari Pekan Meru pula, jaraknya lebih kurang 7km ikut Jalan Paip.

Bila?  Bila-bila sahaja.  Saje sebut ‘rumah terbuka’ sebab kalau tak sebut ‘rumah terbuka’ orang tak mahu datang.  Rumah saya terbuka untuk kalian ziarahi.  Jemputlah ye…

Kalau nak datang, call dulu ye 🙂

Shahmuzir Nordzahir, 019-3826408


Selamat Bergembira di Eidulfitri :)

Beberapa amalan sunnah ketika Eidulfitri secara ringkasnya ialah:

  1. Bertakbir.
  2. Mengucapkan sesama muslim dengan ucapan yang baik.  Contohnya: “Semoga ALLAH Ta’ala menerima amalan kami dan amalanmu”.
  3. Mandi pada waktu pagi.
  4. Memakai pakaian yang cantik dan baik.
  5. Memakai wangi-wangian bagi lelaki.
  6. Memakan sedikit juadah sebelum bertolak ke masjid.  Jika ada tamar, makanlah ia dalam bilangan yang ganjil.
  7. Berjalan kaki ke masjid.
  8. Balik dari masjid ikut jalan lain.
  9. Mengerjakan solat sunnat Eidulfitri di masjid atau kawasan lapang seperti yang dipersetujui oleh masyarakat.
  10. Menzahirkan kegembiraan.

Itulah secara ringkasnya antara perbuatan-perbuatan yang wajar dilakukan dengan niat ingin berittiba’ dengan sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam kita menyambut hari gembira Eidulfitri ini…

www.muzir.wordpress.com

 


%d bloggers like this: