Monthly Archives: October 2010

Bawa Manusia Kepada ALLAH Walau Wadah Berbeza

Sudah-sudahlah sentuh pasal ‘tarik tangan pemimpin’.  Di mana-mana pun saya singgah di laman siber sentuh hal itu.  Di blog, di FB dan di forum-forum tak habis-habis pasal itu.  Selalunya dalam nada sindir.  Kesian pula rasanya.

Tetapi memang itulah sepak terajang politik kepartian.  Parti A tidak akan cuba melihat kebaikan yang ada pada parti B.  Dan parti B pula akan sentiasa mencari cacat parti A untuk dijaja.  Melihat senario ini, saya teringat akan satu hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, “Muslim adalah muslim lainnya selamat dari lidah dan tangannya.”  Ternyata, banyak sudah sebahagian kita yang muslim ini mencederakan hati dan perasaan muslim yang lain, hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Saya sangat jarang membicarakan hal politik bersama rakan-rakan.  Apatah lagi menulis di ruang blog ini.  Saya tidak mahu blog ini menjadi saksi kepada jahatnya tangan dan lidah saya terhadap saudara muslim saya.  Sebab itulah, saya sentiasa mengelak untuk menulis dan memberi komen, walaupun sebenarnya berapi-api juga semangat di dalam hati. Continue reading

Advertisements

“Alamak, Telekung Tiada! Bagaimana Hendak Solat?”

Nadhirah adalah seorang Pengawas dan juga ahli BADAR sekolahnya.  Beliau akhir-akhir ini berasa rungsing dengan keadaan para pelajar muslimah yang bising di dalam surau.  Keadaan bising itu mengganggu kekhusyukan dan ketenangan pelajar-pelajar muslimah lain yang sedang bersolat. 

Mengikut peraturan sekolah, para pelajar dikehendaki untuk bersolat fardhu Zuhur secara berjemaah sebelum dibenarkan pulang.  Kebisingan bukan berpunca dari pelajar-pelajar yang uzur, tidak boleh solat.  Kerana mereka yang uzur telah ditempatkan ke kelas khas untuk sesi tadzkirah sementara menunggu pelajar-pelajar yang bersolat jemaah fardhu Zuhur selesai.  Masalah bising di surau adalah berpunca dari kekurangan telekung.  Nadhirah telah mengadu hal ini kepada beberapa orang ustadzah, tetapi belum ada tindakan yang dilakukan.

Nadhirah membuat keputusan untuk mengadukan hal ini kepada Ketua Guru Penasihat BADAR, iaitu Ustadz Faisal.  Beliau mengajak Husna dan Hidayah menemaninya.  Mereka bertiga telah membuat temujanji dengan Ustadz Faisal selepas waktu persekolahan untuk membincangkan hal itu.

“Assalamu’alaikum Ustadz” sapa Nadhirah, Husna dan Hidayah kepada Ustadz Faisal.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah” jawab Ustadz Faisal.

“Ustadz, kami pelajar-pelajar muslimah ada masalah.”  Nadhirah memulakan bicara.

“Masalah apa tu?  Besar ke? Kecil?”  Tanya Ustadz Faisal.

“Tak tahulah ustadz samada ia masalah besar atau kecil.  Tapi mungkin pada ustadz masalah ni kecillah kot…”  respon Nadhirah.

“OK, takpe.  Awak ceritakan pada saya.  Saya dengar…”  balas Ustadz Faisal sambil membetulkan posisi duduknya di atas kerusi dan menumpukan perhatian pada apa yang bakal dikatakan oleh anak muridnya. Continue reading


Kedai-kedai Buku Di Kompleks PKNS Shah Alam

Sejak kebelakangan ini, Kompleks PKNS Shah Alam begitu menyejukkan mata dan hati saya.  Bukan kerana kemudahannya dan bukan juga interior designnya.  Tetapi kerana Kompleks PKNS Shah Alam kini ditumbuhi dengan kedai-kedai buku yang menyediakan banyak pilihan buku Islami.

Ia merupakan nikmat buat peminat buku-buku agama dan penuntut ilmu.  Apa tidaknya, kalau dulu tidak banyak buku-buku Islami dijual oleh kedai-kedai buku di kompleks ini.  Buku-buku agama hanya dijual di beberapa kedai, atau hanya di beberapa sudut kecil kedai buku.  Tidak banyak pilihan.  Dan kadang-kala apabila ada ekspo jualan, ketika itulah kelihatan banyak buku-buku agama dijual.

Kini, peminat buku-buku agama mempunyai banyak pilihan.  Bukan sahaja bilangan kedai buku agama semakin bertambah, malah kualiti buku-buku juga semakin meningkat dengan adanya kitab-kitab besar tulisan ulama tersohor samada di dalam bahasa Arab ataupun yang diterjemahkan.  Jika dulu buku-buku yang dibawa dari Indonesia dari syarikat-syarikat terbitan yang berwibawa jarang dapat ditemui, tetapi kini ia mudah dicari, alhamdulillah.

1.  Contohnya kedai ini, Continue reading


“Ustadz, apa hukum ‘BERCOUPLE’?”

Banyak betul soalan ni saya terima dari remaja.  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka mengambil berat tentang hukum dan pandangan agama dalam sesuatu hal.  Tidaklah mereka sembrono berbuat sesuatu tanpa memikirkan apa pandangan agama.

Kali ni, saya nak tukar cara menulis pulak.  Nak cuba cara cerita pulak.  Saya harap inti dan maksud dapat difahami dengan mudah bagi sesiapa yang membaca, terutama remaja, insyaALLAH:

=======================================

Nabilah dan Husna baru sahaja habis kelas dan merancang untuk berjumpa Ustadz Faisal untuk bertanya sesuatu yang bersarang di kepala mereka dan rakan-rakan mereka.

“Assalamu’alaikum, ustadz” tegur Nabilah & Husna kepada Ustadz Faisal yang sedang khusyuk membaca sesuatu di dalam komputernya.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah.  Oh, kamu Nabilah, Husna.  Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya Ustadz Faisal sambil melemparkan senyuman.

“Ustadz sibuk ke?” tanya Husna.

“Eh, takdelah.  Biasa-biasa saje.  Hah, ada apa-apa yang awak nak tanya ke Husna, Nabilah?” Ustadz meneka agaknya mungkin ada soalan yang mahu ditanya oleh mereka berdua.

Nabilah dan Husna adalah pelajar yang suka bertanya.  Ustadz Faisal sudah mengagak mesti ada soalan yang hendak ditanya mereka.  Ustadz Faisal memang suka pelajar-pelajarnya datang dan bertanya.  Dengan cara begini, Ustadz Faisal tahu apa yang berlegar di dalam fikiran anak-anak muridnya dan beliau mengharapkan dengan memberikan jawapan-jawapan itu dapat membantu memberikan kefahaman tentang bagaimana sesuatu isu atau perkara itu dapat diselesaikan dengan pendekatan agama.

“Engkaulah tanya…” bisik Nabilah kepada Husna.  Husna pula membalas balik, “Eh Nabilah, engkaulah tanya…” Mereka masing-masing tolak-menolak.

“Eh kamu berdua ni.  Kalau kamu tak nak tanya, biar saya jelah yang tanya.” Gurau Ustadz Faisal sambil membulatkan matanya yang kecil itu.

Nabilah dan Husna tertawa tersipu-sipu.

“Begini ustadz…” Nabilah menolak Husna dengan bahunya.  Husna membalas kembali tolakan itu.

“Hmm…tergedik-gedik, tergedik-gedik diorang ni” bisik hati ustadz Faisal.

“Kami nak tanya pasal couple ni ustadz…” Nabilah memulakan bicara. Continue reading


Bersabarlah Wahai Saudaraku…

Hidup yang beberapa tempoh lamanya ini tidak terlepas dari kita akan beberapa situasi yang menyukarkan kita.  Tatkala ia berlaku, bermacam-macam perasaan datang menyerbu ke dalam qalbu kecil kita, yang kadang-kadang hingga boleh merosakkan diri dan iman kita.

Bersabarlah wahai saudaraku, renung dan perhatikanlah beberapa ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai hakikat kesusahan yang menimpa insan.  Ia bisa memperbaiki cara kita pandang dan fikir terhadap setiap masalah yang menimpa diri kita.  Persepsi kita terhadap kesusahan, kemalangan, kegagalan, musibah dan yang seumpama dengannya akan berubah setelah menghayati apa kata ALLAH dan apa kata RasulNYA sallAllahu `alaihi wa sallam.

Ayuh kita hayati ayat-ayat ALLAH berikut bagi menerapkan kefahaman dan hakikat mengenai kepentingan bersabar dengan setiap kesusahan yang menimpa.  Mudah-mudahan kalam Maha Mulia lagi Maha Benar berikut bisa menenangkan jiwa kita.  Lalu semakin bertambah kekuatan sabar dan sifat redho di dalam diri kita semua tatkala berhadapan dengan kesusahan, in shaa’ ALLAH. Continue reading


%d bloggers like this: