“Ustadz, apa hukum ‘BERCOUPLE’?”

Banyak betul soalan ni saya terima dari remaja.  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka mengambil berat tentang hukum dan pandangan agama dalam sesuatu hal.  Tidaklah mereka sembrono berbuat sesuatu tanpa memikirkan apa pandangan agama.

Kali ni, saya nak tukar cara menulis pulak.  Nak cuba cara cerita pulak.  Saya harap inti dan maksud dapat difahami dengan mudah bagi sesiapa yang membaca, terutama remaja, insyaALLAH:

=======================================

Nabilah dan Husna baru sahaja habis kelas dan merancang untuk berjumpa Ustadz Faisal untuk bertanya sesuatu yang bersarang di kepala mereka dan rakan-rakan mereka.

“Assalamu’alaikum, ustadz” tegur Nabilah & Husna kepada Ustadz Faisal yang sedang khusyuk membaca sesuatu di dalam komputernya.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah.  Oh, kamu Nabilah, Husna.  Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya Ustadz Faisal sambil melemparkan senyuman.

“Ustadz sibuk ke?” tanya Husna.

“Eh, takdelah.  Biasa-biasa saje.  Hah, ada apa-apa yang awak nak tanya ke Husna, Nabilah?” Ustadz meneka agaknya mungkin ada soalan yang mahu ditanya oleh mereka berdua.

Nabilah dan Husna adalah pelajar yang suka bertanya.  Ustadz Faisal sudah mengagak mesti ada soalan yang hendak ditanya mereka.  Ustadz Faisal memang suka pelajar-pelajarnya datang dan bertanya.  Dengan cara begini, Ustadz Faisal tahu apa yang berlegar di dalam fikiran anak-anak muridnya dan beliau mengharapkan dengan memberikan jawapan-jawapan itu dapat membantu memberikan kefahaman tentang bagaimana sesuatu isu atau perkara itu dapat diselesaikan dengan pendekatan agama.

“Engkaulah tanya…” bisik Nabilah kepada Husna.  Husna pula membalas balik, “Eh Nabilah, engkaulah tanya…” Mereka masing-masing tolak-menolak.

“Eh kamu berdua ni.  Kalau kamu tak nak tanya, biar saya jelah yang tanya.” Gurau Ustadz Faisal sambil membulatkan matanya yang kecil itu.

Nabilah dan Husna tertawa tersipu-sipu.

“Begini ustadz…” Nabilah menolak Husna dengan bahunya.  Husna membalas kembali tolakan itu.

“Hmm…tergedik-gedik, tergedik-gedik diorang ni” bisik hati ustadz Faisal.

“Kami nak tanya pasal couple ni ustadz…” Nabilah memulakan bicara.

“Apa benda couple tu?” tanya ustadz pula sambil mengerutkan keningnya.  Sengaja buat tak tahu.  “Jenama ais krim ke?” sambung Ustadz Faisal bergurau.

“Alaa, ustadz ni…takkan itu pun tak tahu…hehe” Nabilah dan Husna tertawa.

“OK, cuba awak terangkan pada saya apa yang awak faham tentang couple?” Ustadz Faisal menanyakan mereka berdua untuk menguji.

“Yang saya faham, couple ni macam bercintalah ustadz.” Terang Husna.

“Tak boleh ke bercinta?  Habis tu saya sekarang ni cintakan isteri saya, tak boleh ke?” uji ustadz Faisal lagi.

Ustadz Faisal memang macam tu caranya.  Dia biasanya akan bertanya itu dan ini kepada pelajar-pelajarnya jika pelajar-pelajarnya bertanya tentang sesuatu perkara.  Tujuannya ialah supaya mengajak pelajar-pelajar itu sama-sama mencari jawapan dengan berfikir.  Sebab kadang-kadang, jawapan kepada persoalan yang ditanya sudah mereka tahu tanpa mereka sedari.  Cuma masih belum kemas barangkali kefahamannya.

“Bukan macam tu ustadz.  Macam kami nilah, remaja bercinta.  Belum kahwin.  Masing-masing ada pasangan masing-masing.  Boyfriendlah, girlfriendlah.  Macam tulah… Boleh tak ustadz?” Nabilah memberikan penerangan disusuli soalan.

“Begini…saya nak tanya awak balik.  Apa yang selalu diperbuat oleh pasangan-pasangan yang bercinta ini, yang awak panggil couple ini?” Sengaja Ustadz Faisal bertanya lanjut bagi membuka minda Nabilah dan Husna.

“Tentulah mereka berjumpa, berdating ustadz.” Jawab Husna dengan penuh yakin.

“Lagi?” Ustadz Faisal mengajak Nabilah dan Husna memikirkan apa yang diperbuatkan oleh pasangan yang bercinta atau bercouple ini.

“Mereka tukar-tukar hadiah, mereka keluar sama-sama, belajar sama-sama.” Terang Nabilah pula.

“Lagi?” Ustadz Faisal bertanya lagi.

“Hmm… itu jelah yang kami tahu, ustadz.” Husna menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil melihat ke siling untuk mencari jawapan.

“Hah, awak tengok apa tu Husna?  Ada jawapan ke kat siling tu?” sergah Ustadz Faisal sambil tersenyum.  “Kalau macam tu, saya nak tengok jugaklah.” Ustadz Faisal melawak.

“Ish ustadz nih” Nabilah dan Husna tertawa melihat gelagat Ustadz Faisal.

“OK, awak kata orang yang bercouple akan berjumpa, dating, itu dan ini.  Dalam ISLAM boleh ke lelaki dan perempuan berjumpa?” Ustadz Faisal meminta jawapan dari Nabilah dan Husna.

“Bolehlah ustadz.  Kalau tak boleh macam mana nak beli barang, nak belajar dan sebagainya.” Nabilah memberikan jawapannya dengan penuh yakin.

“Ha, begitulah.  Lelaki dan perempuan kalau mempunyai urusan atau hajat tertentu memang boleh berinteraksi dan bermuamalah seperti berjual-beli, belajar, bermesyuarat dan bekerja.  ISLAM membenarkan.  Tetapi, jika tiada sebab yang penting, ISLAM melarang lelaki dan perempuan bergaul bebas dan berjumpa.” Ustadz Faisal memberikan penerangan.

“Dalam al-Quran, ALLAH menyuruh lelaki dan perempuan yang muslim agar menundukkan pandangan.  Malah ada saranan untuk berinteraksi di sebalik tabir di antara lelaki dan perempuan bagi menjaga kesucian hati kedua-dua pihak.  Betapa ISLAM telah menggariskan hukumnya.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah………..” Tiba-tiba Ustadz Faisal diam dan tunduk.  Beliau menajamkan pendengaran beliau seperti ingin mendengar sesuatu.

“Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam……….” Beliau mengulang dan diam lagi.

Nabilah dan Husna tiba-tiba teringat dan serentak mengucapkan “sallAllahu ‘alaihi wasallam…”. Mereka tersipu-sipu.

Ustadz Faisal tersenyum lalu menyambung semula “Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah suatu ketika di dalam majlis ilmu, seorang perempuan datang bertanya sesuatu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah menolak muka seorang lelaki yang merupakan sepupu Baginda yang ada di dalam majlis tersebut.  Apabila ditanya kenapa dibuat demikian,  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa lelaki dan perempuan tidak aman dari dipengaruhi Syaitan.” Ustadz Faisal memberikan penjelasan.

“Dalam ketika yang lain, seorang buta pernah datang berjumpa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan menyuruh Aishah agar duduk di belakang tabir.  Aishah radhiAllahu ‘anha bertanya, “bukankah dia buta, mana dia nampak saya.”  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, dia buta dan tak nampak engkau.  Tapi engkau boleh melihat dia.”  Nah, ISLAM telah meletakkan peraturan bahawa antara lelaki dan perempuan mesti ditundukkan pandangan dan tidak bebas bergaul di antara keduanya.  Sedangkan pandang sahaja pun ISLAM sudah mengawal, inikan pula lebih dari itu.” Sambung Ustadz Faisal lagi.

“Awak faham tak apa yang cuba saya sampaikan.” tanya Ustadz Faisal kepada Nabilah dan Husna untuk mendapatkan respon mereka berdua.

“Faham ustadz.” Serentak Nabilah dan Husna menjawab.

“Jadi, saya rasa awak dapat jawapannya kepada persoalan awak pasal couple ini.  Awak lihatlah orang-orang yang bercouple, apa mereka buat?  Mereka berjumpa, berbual-bual, bermesra, keluar sama-sama; sedangkan ISLAM tidak merestui hubungan lelaki dan perempuan yang belum bernikah berbuat itu semua.  Pendek kata, ia hanya akan meletakkan diri seorang muslim dalam keadaan berdosa dan kemurkaan ALLAH.  Malah boleh menjerumuskan diri ke dalam perzinaan.” Terang Ustadz Faisal.

“Oh ya ustadz, saya teringat ayat al-Quran kata, “la taqrabuzzina!”…”  Husna mencelah.

“Betul tu Husna, bagus.  ALLAH Subhanahu wata’ala kata jangan dekati zina.  Perbuatan-perbuatan seperti berdating, berjumpa, keluar sama-sama, itu semua adalah perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kita semakin hampir dengan zina, na’udzu billahi min dzalik!” Ustadz Faisal mengiyakan apa yang diutarakan oleh Husna.

“Awak ingat tak hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang sebut pasal lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan?  Saya pernah jelaskan dalam usrah umum sekolah kita” tanya Ustadz Faisal.

“Yang mana satu ek?” Husna memandang Nabilah.  Dan sekali lagi dia memandang siling mencari jawapannya.

Tiba-tiba Ustadz Faisal pandang siling, diikuti Nabilah.  Husna perasan gelagat beliau ditiru Ustadz Faisal dan Nabilah.  Husna senyum tersipu-sipu.

“Confirm takde jawapan kat siling tuh…hehe” Ustadz Faisal mencelah, bergurau.

Mereka bertiga tertawa.

“Oh saya ingat, ye…hadith pasal lelaki dan perempuan yang bersendirian akan ditemani oleh ‘orang’ ketiga, iaitu Syaitan.  Yang tu kan ustadz?” Nabilah bersuara meminta pengesahan jawapannya daripada ustadz Faisal.

“Bagus Nabilah.  2 markah untuk awak.” Ustadz Faisal tersenyum bangga sambil menyambung, “Syaitan ni takde kerja lain.  Kerjanya untuk menyesatkan manusia.  Jangan awak sangka Syaitan duduk di antara lelaki dan perempuan yang bersendirian tu tengok aje, senyum-senyum aje.  Tak!!!!  Dia akan mainkan peranannya supaya lelaki dan perempuan itu akan terjebak dengan zina, iaitu dosa besar yang dimurkai ALLAH.” Jelas Ustadz Faisal.

“Mungkin mula-mula ringan-ringan.  Pandang-pandang, sentuh-sentuh.  Kemudian pegang-pegang.  Apabila dah biasa, mulalah berzina.  Syaitan ni pandai, genius.  Dia dah ada pengalaman jutaan tahun.  Bagi dia kacang je nak bagi manusia ni terjebak dengan bunga-bunga zina dan zina itu sendiri.  Sejarah dah membuktikan.  Malah sekarang ni pun macam-macam gejala sosial berlaku.  Bohsia, bohjan, buang bayi, pelacuran.  Ini semua akibat kita pandang ringan hukum ALLAH.  Astaghfirullah…” sambung Ustadz Faisal lagi.

Nabilah dan Husna mendengar dengan khusyuk penjelasan Ustadz Faisal.

“Sebab itu kita disuruh jaga pandangan mata kita dan seluruh pancaindera kita.  Awak kalau nampak ayam goreng, awak rasa nak makan tak ayam goreng?” Tanya ustadz Faisal.

“Tentulah ustadz.  Bukan sahaja nampak, bau aje pun dah teringin.” Jawab Husna.

“Ha’ahlah.  Hish, ustadz ni sebut pasal ayam goreng, terasa pulak nak makan ayam goreng.” Sambung Nabilah pula.

“Hehe…tulah manusia.  Manusia ni kalau tak jaga pandangan dan pancaindera kita, kita tentu berkeinginan untuk memiliki sesuatu.  Kalau awak pandang lelaki, tentu awak rasa nak memiliki perhatian lelaki itu.  Macam lelaki, kalau dia nampak perempuan cantik, tentu dia nak jadikan dia sebagai awek.  Tapi, kalau dia tak nampak dan tak tengok, tentu dia tak teringin pun.  Fikiran kita pun jangan disibukkan dengan hal-hal couple ni.  Jangan asyik berbual pasal couple dengan kawan-kawan, gossip si anu dengan si anu, baca buku cinta…ini semua dapat membuatkan kita mempunyai keinginan untuk bercouple.” Ustadz Faisal memberikan penerangan.

Nabilah dan Husna mengangguk tanda setuju.

“SubhanALLAH, ALLAH tahu fitrah kita.  DIA yang ciptakan kita.  Dia suruh kita menundukkan pandangan ada sebabnya.  InsyaALLAH, jika awak ikut apa yang ALLAH suruh, awak akan selamat dari bahaya bercouple ini dan lain-lain bahaya…” jelas Ustadz Faisal.

“Malah, jika kita jauhi amalan couple ini, insyaALLAH gejala sosial seperti zina dan buang bayi akan menjadi sifar.  Masyarakat akan lebih sejahtera.  Nampak tak betapa besarnya implikasi couple ni.  Mungkin sebahagian masyarakat nampak kecil dan biasa-biasa sahaja, sedangkan ia boleh menatijahkan sesuatu yang buruk kepada masyarakat.” Sambung Ustadz Faisal dengan wajah yang serius.

“Ustadz, alhamdulillah saya rasa saya dah faham apa hukum bercouple ni.  InsyaALLAH ustadz, saya dan Husna akan cuba ingat nasihat ustadz ni.” Nabilah seakan dapat menyimpulkan perbincangan pada petang itu.

“Doakan kami ye ustadz supaya kami dapat jaga diri kami ye…” sambung Husna pula.

“InsyaALLAH Nabilah, Husna…saya doakan agar kalian dipelihara ALLAH.  Sebaik-baiknya kamu berdua kongsikanlah apa yang kita bincangkan ini dengan kawan-kawan yang lain.  Mudah-mudahan mereka semua akan faham apakah kedudukan bercouple ini di sisi ISLAM.” Ustadz Faisal merespon.

“Tapi ustadz, macam mana ye kalau kami remaja ni jatuh cinta?” Tiba-tiba nabilah bertanya lanjutan dari perbualan itu.

Belum sempat Ustadz Faisal membuka mulut, tiba-tiba Jannah datang memanggil Nabilah dan Husna dengan penuh tergesa-gesa.

“Bas datang, bas datang!  Cepat, cepat…!” jerit Jannah sambil memegang daun pintu, termengah-mengah.

“Ah ustadz, kami minta maaf!  Kami terpaksa minta diri dulu.  Nanti kami datang lagi jumpa ustadz tanya.  Terima kasih ustadz” Nabilah dan Husna tergesa-gesa memohon diri.

“Sama-sama.  Hah, cepat..nanti bas tinggal, susah pulak.  Takpe, esok kalau awak nak tanya lagi, datang je jumpa saya di bilik guru ni” Balas Ustadz Faisal.

“Assalamu’alaikum ustadz” Ucap Nabilah dan Husna.

“Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.” Jawab ustadz Faisal.

Shahmuzir Nordzahir
16 Oktober 2010
www.muzir.wordpress.com


115 responses to ““Ustadz, apa hukum ‘BERCOUPLE’?”

  • wana93

    salam ustaz..
    saya suke post nie..
    bermakna dan ada lawaknye..
    siap guna nama anak2 ustaz lg..hehe..
    saya setuju dgn ayat ni..
    “Hehe…tulah manusia. Manusia ni kalau tak jaga pandangan dan pancaindera kita, kita tentu berkeinginan untuk memiliki sesuatu. Kalau awak pandang lelaki, tentu awak rasa nak memiliki perhatian lelaki itu. Macam lelaki, kalau dia nampak perempuan cantik, tentu dia nak jadikan dia sebagai awek. Tapi, kalau dia tak nampak dan tak tengok, tentu dia tak teringin pun. Fikiran kita pun jangan disibukkan dengan hal-hal couple ni. Jangan asyik berbual pasal couple dengan kawan-kawan, gossip si anu dengan si anu, baca buku cinta…ini semua dapat membuatkan kita mempunyai keinginan untuk bercouple.”
    memang betul!
    remaja dan cinta memang dah x asing lagi..
    macam2 dah berlaku..
    thnx ye ustaz ats bahan tzkirah nie..
    agak lama la gak x dgr tzkirah dr ustaz..
    dpt baca ni pun, alhamdulillah.. :)

    Like

  • hafizuddin

    short story yg penoh dgn info2 teekini yg harus diberi perhatian terutamanya golongan remaja … (:

    Like

  • ishaqke1taat

    yes..yes..nie la yang saya carik…kalau “mereka tak dengar cakap saya” saya guna cakap ustaz plak…yang bestnya husna nabilah ngan faizal tu..anak-anak ustazkan…saya suke

    Like

  • fatin salim

    walaupun ceritanya pendek tapi memang padat.saya rasa ustaz boleh teruskan cara ni.memang best baca tadi..:)

    Like

  • syafiah

    salam
    ustaz, watak nabila dan husna ni, bile bace seolah2 sye yg sedang bertanye kt ustaz plak,huhu i think mcm nie more better sbb pembce dpt menyelami watak pelajar yg bertanye,n then dapat memahami ap yg disampaikan.
    insyaallah.bg sye mcmnilah :)

    Like

  • shahmuzir

    wa’alaikumussalam warahmatullah…
    Tkasih semua :)

    Like

  • maria

    salam… err… sy nak nyampuk boleh tak?… kalau pandangan lelaki dan wanita pun dah cuba untuk dihalang bagi menjaga kesucian hati, apatah lagi berjabat tangan kan…., tapi saya selalu ditempelak oleh rkn sekerja kerana tidak menyambut salam rkn lelaki… sy tak tahu cara mana yg terbaik supaya boleh mengelak dari bersalam dengan mereka… memang terpaksa mengasingkan diri supaya tak perlu terserempak dengan golongan yg suke bersalam nie… tapi masalahnya, kalo tak bersalam ngan depa… alamatla susah juge nak bagi naik dalam kerjaya…. begitulah ujiannyer, terasa asing dibumi dan negara yang mengaku islam ini… ps.. message kat fb yer jawapannya.

    Like

  • Syazwani

    assalammulaikum…
    kwn2….dn tdk lupe jge kpd ustz….
    sye sronok ble bce crita ini….
    lg2 cre ustz bcrite mhupun mnulis….
    hehehe
    dn y pting skli…at least sye dpt mngtahui dgn lbih tprinci lg tntg ”HUKUM BERCOUPLE DLM ISLAM”….
    trima ksih dan assalammualaikum…

    Like

  • ayril

    im new..
    thz ustz.. info2 nie sgt bgs.

    Like

  • nuRhAnNa ,

    i’am new here , i’am like it for you info thanks ustaz

    Like

  • nuRhAnNa ,

    ”HUKUM COUPLE DLM ISLAM ” ?? ustaz bley sy tnye mcmmane kalo seseorwg itu tiada perasaan untuk b’couple ?? adakah itu bgus atau tdak ??

    Like

    • shahmuzir

      Bagus atau tidak bagus bergantung kepada keadaan.

      Jika seseorang masih muda remaja, bagus utk tidak memikirkan lagi tentang pasangan kerana belum bersedia dan tidak mungkin dia akan menikah dalam masa terdekat.

      Tetapi, jika seseorang itu sudah umurnya 20an, mungkin dia wajar utk mempunyai perasaan itu supaya dia berusaha untuk bersedia untuk masuk ke alam perkahwinan.

      Perasaan ingin berpasangan/couple adalah fitrah. Kawal diri dgn agama supaya tidak terjerumus ke dalam fitnah!

      Like

  • abid

    assalamualaikum ustaz, ana ada soalan..ana punya kenalan yg sudah menyatakan hasrat untuk mengambil ana sbg isteri…persoalannya, kami masih lg belajar dan perlu menghabiskan pengajian dahulu sblm mendirikan rumahtangga…sementara menanti saat diijabkabul, kami berhubung melalui sms dan phone call, menyedari ini bkn lah sesuatu yg halal, ana cuba mengurangkan sms dan phone call..(skali skala ada bertemu di rumah ana dgn diperhatikan parents ana)…untuk mnghentikan terus perhubungan adalah sukar krn kami berkenalan sejak dari ana tingkatan 3 lg dan sudah 7 tahun perkenalan kami, jd, sy cuba usahakan bermula dgn mengurangkan perhubungan…jd, persoalan ana di sini, adakah ana berdosa meneruskan perhubungan ana dgn muslimin tersebut?

    soalan kedua ana, apakah hukum bg si isteri yg membuat simpanan rahsia tanpa pengetahuan suami dgn niat untuk secure sekiranya ada apa2 berlaku,maksud ana mungkin kematian suami, penceraian, suami mengabaikan isteri…
    rasionalnya soalan ana adalah kerana ana pernah dimarahi sahabat kerana katanya itu adalah haram..seolah olah mendoakan perkara tersebut..katanya lg, sepertilah haramnya insuran nyawa, minta juga ustaz terangkan adakah insuran nyawa itu haram?
    harap ustaz dapat respon pd soalan ana

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah…

      1. Saya anggar umur ukhti adalah 22 tahun. Ia sudah memasuki umur untuk ukhti bersedia mendirikan rumahtangga. Perhubungan lelaki dan perempuan sebelum nikah mesti dielakkan, tetapi memandangkan kalian sudah menjalinkan hubungan selama 7 tahun dan berjanji untuk mendirikan rumahtangga, maka beristighfar dengan kesalahan yang lalu.

      Untuk yang akan datang ini, kawallah betul-betul akan perhubungan kalian. Kurangkan bersms dan berbual atau berjumpa. Banyakkan membaca dan mendengar kuliah agama. Hadiahkan si dia dengan kaset2 atau buku2 agama supaya kalian lebih bersedia mental dan ilmu sebelum menginjak masuk ke alam rumahtangga.

      Perbanyakkan doa dan lain2 ibadah sunnat. Usahakan untuk jadi manusia yang lebih baik di sisi ALLAH. Semoga kalian berdua menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa, amin.

      2. Tidak mengapa berbuat begitu. Malah jika ukhti bekerja, pendapatan ukhti adalah hak ukhti. Apabila kita membuat perancangan yang baik supaya tidak mengalami kesusahan apabila ditimpa musibah, itu bukan berdoa. Itu sebenarnya adalah Tawakkal. Maksud Tawakkal ialah menyerahkan semua urusan kepada ALLAH setelah dibuatkan usaha dan perancangan. Itulah maksud Tawakkal.

      Tentang Insurans, ya memang Insurans HARAM. Jumhur ulama kata ia HARAM kerana ada unsur riba, maisir dan gharar. Hari ini, kita ummat ISLAM mempunyai pilihan untuk keluar dari Insurans yang Haram ini. Iaitu kita mempunyai Takaful. Sila ke laman web ini jika mahu tahu lebih lanjut tentang Takaful:

      http://www.takafulonline.net

      WAllahu A’lam…

      Like

  • nur

    assalamualaikum ustaz .
    kebetulan saya cari blog tentang couple .
    saya terjumpa blog ustaz .
    sejak kebelakangan ni hati saya tak tenang memikirkan tentang couple nie . seperti yang kita semua tahu . terdapat byk jenis zina yg berlaku . zina mata, tangan , even kita teringatkn pasangan kita pun ianya merupakan zina kn ? kalau hati da teringatkan pasangan kita , apa hati kita ni akan teringatkn Allah ? itu yg saya takut . saya baru berumur 18 tahun . skrg saya medical sc student . saya kenal dia masa form 5 . merupakan ketua kelas saya . kami bermula couple nie sejak habis spm . dia sangat baik . caring . Islam mengharamkan kita berdua-duaan .kalau nk keluar pun msti bawa muhrim . tapi kami tak pernah membawa sesiapa . kadang2 saya takut . takut ada bunga2 zina disitu . walaupun tidak membuat apa2 , tp bila dikenangkn saya menangis . sebab bagi saya dosa besar . tambah lagi parents tak tahu ke mane kami pergi . saya tak tahu nak mengadu kt sape2 . saya takut ustaz . saya fikir pasal nie smpai saya tak boleh nak focus study . saya takut . walaupun saya haapy , tapi hati saya tak tenteram . saya mahu menamatkan hubungan ni . tapi saya tak smpai hati . saya tak tahu nk mulakan mcm mane .saya mahu menamatkan hubungan ni dgn cara yg baik . Islam mengharamkan gaduh . saya tak nak saya n dia gaduh . saya nak mengakhiri semua ni dengan baik . kalau jodoh saya n dia kuat ,satu hari nnti Allah akan temukn kami kn ? saya masih muda . masih belum puas meneroka ilmu yg Allah menyuruh umatnya cari . apa pandangan ustaz ? tolong ustza . saya mengharapkan sangat pertolongan ustaz . terima kasih . wassalam .

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah…
      Nur masih lagi bersekolah dan punyai amanah yang besar oleh ibubapa. Jadi, bagi saya Nur tumpukanlah betul2 pada pelajaran. Dan timbalah ilmu sebanyak mungkin supaya Nur menjadi insan yang bertaqwa di sisi ALLAH.

      Tentang pasangan Nur itu, Nur tangguhkanlah dulu berfikir tentangnya. Nur pun tahu bahawa jodoh adalah ketentuan ALLAH. Dan Nur sendiri tahu apa yang Nur buat itu tidak bertepatan dengan syariat Islam. Jadi, apa lagi yang Nur tangguh2. Tolaklah hal cinta2 ini ketepi…

      Beritahulah pada si dia tentang hasrat suci Nur utk agama. Jika dia faham dan redha utk putuskan, ini bermakna dia orang yg faham agama. Jika ada jodoh, takkan ke mana. Tetapi jika si dia tak dapat menerima hasrat Nur utk memutuskan hubungan terlarang ini, maka dia bukanlah seorang yg faham agama, justeru semakin jelaslah hubungan itu wajar diputuskan.

      Berdoalah kepada ALLAH agar Nur ditetapkan di atas jalan agama. Carilah cinta ALLAH, sebelum cari cinta makhluq. Jagalah hukum ALLAH, nanti ALLAH akan jaga Nur…di dunia dan di akhirat. Wassalam.

      Like

  • manusia normal

    salam..
    ingin saya bertanya.
    bagaimana pula dengan seseorang yang buat istikharah dan melihat seorang lelaki dalam mimpinya. perempuan itu masih belajar. apakah mereka diharuskan kapel??

    Like

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam… bercinta sebelum nikah di dalam Islam boleh menjurus kepada perkara2 yg Haram. Justeru, jauhkanlah.

      Jika awak masih di bangku sekolah atau di awal tahun kolej/universiti, usahlah libatkan diri dgn couple. Tetapi, jika awak sudah di tahun akhir atau hampir menamatkan pengajian, mungkin boleh dibincangkan lagi keperluan dlm hal untuk mencari pasangan.

      Istikharah tidak semestinya datang alamatnya melalui mimpi, boleh dlm banyak cara. Dan mimpi tak semestinya benar, mungkin ada campur tangan syaitan.

      Secara umumnya, jauhilah couple! Tapi, utk nasihat yg lebih tepat, jumpalah orang `alim di kawasan awak. Mungkin dari mengenali peribadi awak, nasihat boleh diberikan dgn lebih tepat.

      WAllahu Ta`ala A`lam.

      Like

  • nurfarahuda

    Assalamualaikum ustaz. saya pembaca artikel ustaz, saya agak tertanya-tanya dgn satu soalan ni. saya harap ustaz ade jawapan nye. ade kemusykilan tentang hukum bercouple
    macam mane kalau dah couple, pastu hati memang dah syg..
    then dah terbace artikel pasal couple ini, pastu terus nak mntak putus.
    bukankah itu membuatkan hati psgn teluka?
    macam mane pulak kaalu kite melukakn hati sesama insan?
    bukankah memutuskan hubungan silaturrahim sesame umat islam itu berdosa?
    even kalau kite couple bukan kerana nafsu
    tapi sering berdakwah, igt mengigati sesame pasangan…
    adakah couple itu dikira HARAM jugak?

    Like

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Terima kasih krn bertanya. Perhubungan lelaki-perempuan tanpa hubungan yg sah di sisi ISLAM adalah dilarang.
      Melanggar perintah ALLAH bermakna membuat ALLAH marah.

      Dalam ISLAM, kita disuruh untuk patuh kepada ibu dan bapa serta pemerintah kita. Namun, kita tidak boleh mematuhi perintah ibubapa atau pemerintah sekiranya bertentangan dengan perintah ALLAH. Apatah lagi jika sekadar nak jaga hati seorang lelaki, yang mana lelaki itu pun bukan suami anda. Jika dia suami anda pun, sekiranya dia suruh buat benda tak elok, anda tidak boleh buat sekiranya ia bertentangan dengan hukum ALLAH. Jadi, sangat2 tak patut anda nak jaga hati lelaki itu sedangkan dia belum masuk senarai orang yang penting dalam kehidupan awak dari sudut syara’. Apatah lagi perbuatan anda itu akan membuatkan ALLAH marah.

      Malah, kalau anda terpaksa membuatkan seseorang marah kerana anda bertegas mahu ikut agama, itulah sebaik2nya. Inilah perjuangan anda. Janganlah mengejar redha manusia dengan menempah kemurkaan ALLAH!!!

      Mengenai soalan ke2, pasal couple tak ikut nafsu, tapi selalu ingat-mengingati sesama anda, saya dah tuliskan tajuk khas berkenaannya. Baca di sini:

      Apakah Hukum ‘Couple’ Kerana ALLAH?

      WAllahu A`lam.

      Like

  • rashidah

    a’kum ustadz

    adakah dosa jika suami/isteri berjumpa seseorang yg bukan muhrim tanpa pengetahuan suami/isteri… berjumpa, kerana ada sebab…

    Like

  • sweet

    Assalamualaikum ustaz,
    bile bce crite td.. trsentuh hati ini..
    nk tnye ckit pndpt ustaz…

    klu seorg perempuan nie x couple, tp perempuan ni suke kat sorg lelaki tuh..
    then lelaki tu pon x tau yg perempuan nie ske die…
    mcm2 perempuan nie buat utk hilngkan rse rndu kpd lelaki tu seperti mengambil gambar lelaki tuh di fb..
    tp, die mmg xbrniat langsung utk beritahu kpd lelaki tersebut..
    apakah hukumnyer ustaz, skdr mnyukai dlm diam..

    terima kasih..

    Like

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Suka atau cenderung kepada seseorang ni adalah sifat fitrah manusia. Memang tak dapat lari dari didatangi perasaan ini, apatah lagi dalam komuniti yang bercampur lelaki dan perempuan. Selagi tidak melanggar batasan syara` seperti berjumpa atau berkhayal tentangnya, insyaALLAH ia masih lagi ok.

      Saya nasihatkan agar cik Sweet perbanyakkan ingat kepada ALLAH. Sebut nama ALLAH banyak2. Tahmid, tasbih dan sebagainya. Dan lagi satu janganlah disimpan gambar si lelaki itu, kerana perbuatan itu akan membuatkan perasaan cik Sweet makin kuat kepada si dia.

      Salurkan rasa rindu dan cinta saudari kepada ALLAH. Baca ni:
      http://www.muzir.wordpress.com/2009/11/24/muhasabah-cinta/

      WAllahu A`lam…

      Like

  • anak murid ust

    terbaek la ust :)

    Like

  • pyank94

    assalamu’alaikum…….

    sejak k’belakangan ini bnyk isi BERCINTA nie HARAM btul ker ustaz??
    apabila isu ini terjadi tersentuh hati saya…..
    mcm ini ustaz kisah saya,saya dpt knl dgn si dia msa form3 sekelas dgn saya dan masa 2 lah kami menjadi best friend….lepas 2 b’tukar m’jadi cinta,masa itu hubungan kami xmesra…naik jer form4 n form5 hubungan makin mesra…….adakah salah kalau saya stduy group dgn si dia n kwannya???
    dan kami b’janji akan m’drikan rumahtagga adakah salah perancangan kami ustaz??

    terima kasih ustaz…..

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Niat tu dah bagus iaitu perhubungan tu mahu diikatkan dengan pernikahan, tetapi jalan yang ditempuh oleh saudari sangat merbahaya dari sudut Islam. Perkenalan rapat saudari dan si lelaki sejak bangku sekolah tidak menjamin saudari akan terjebak dengan dosa ketika bercinta. Percintaan selalu menjerumus seseorang kepada kemaksiatan. Mula-mula mungkin tidak ada apa-apa, tetapi selepas beberapa tempoh, mulalah bibit-bibit dosa seperi berpegangan tangan dan sebagainya. Ini sudah banyak berlaku. Boleh saya katakan 90% berlaku. Sebaik-baiknya tangguhkanlah dahulu perhubungan istimewa antara kalian. Tangguhkan sehingga umur yang kalian rasa sesuai untuk berumahtangga. Katakan pada si dia, “jika ada jodoh, takkan ke mana…”

      Like

  • pyank94

    assalamulaikum ustaz……
    walaupun kami bercinta hubungan kami rapat tetapi kami tidak duduk rapat..malah kalau kami nk berjumpa@ pun kami nk study kami akan ajak kawan kami agar x membawa fitnah…salah ker kami wt mce 2 ustaz???……dalam perhubungan kami saya xpernah pegang tangan si dia,….ustaz si dia banyak mengajar saya dle agama….wanita yang saya kenal itu adalah pakaian labuh n warok….dia banyak memberi dorogan dalam pelajaran…salah ker ustaz mce nie?

    terima kasih ustaz….

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Selagi tidak melanggar hukum ALLAH, masih dibenarkan untuk lelaki berurusan dengan perempuan. Jika saudara Pyank94 mempunyai perasaan istimewa dengan si dia, perkara ini mestilah lebih waspada. Kerana dikhuatiri lama-kelamaan perasaan malu mula hilang, perasaan sayang makin membara lalu terjadilah perbuatan2 dosa seperti yg berlaku kpd orang lain. Memandang wanita dengan syahwat adalah termasuk dalam dosa. Usah cakap berpegangan tangan, rapat2 dan zina. Itu confirm dosa, semua orang tahu…
      Ingat, Syaitan tidak pernah berputus asa. Hati2lah!

      Like

  • Puteri Buluh Perindu

    assalamualaikum ustaz, sy juga suka post ustaz nie..
    sy nak ambik kesempatan disini nak bertanya satu soalan..
    sy akaui couple bnyk mendatangkan maksiat.. jd ustaz, sy ingin menjauhkan couple yg mendatangkan maksiat dan ingin berkahwin dalam usia yg masih muda.. malangnya, memandangkan sy masih lg belajar di sebuah ipt, keluarga kedua-dua pihak tidak merestui hajat kami… soalan sy, 1. sekiranya sy berkahwin juga, bagaimana tentang nafkah krn kami masih lg belajar dan tidak mempunyai pendapatan sendiri..
    2. berdosakan sekiranya kami berkahwin juga tp tidak mendapat restu keluarga..( niat kami untuk mengelak dr maksiat)
    3. apakah cara terbaik untuk kami??

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      1. Nafkah adalah soal yang wajib mesti diberi oleh si lelaki kepada isterinya. Melainkan jika ada tolak ansur di antara suami isteri, maka bolehlah mengikut apa yang dipersetujui antara suami da isteri itu.
      2. Untuk berkahwin mesti ada wali. Haram kahwin tanpa wali. Malah perkahwinan tidak sah.
      3. Nasihat saya ialah agar saudara/i pujuk ibubapa di kedua2 belah keluarga agar merestui perhubungan kalian dan menyatukan kalian dengan ikatan pernikahan. Jika mereka tidak setuju, sabarlah untuk menunggu beberapa tahun lagi sampai habis belajar. Jadikan tempoh menunggu itu sebagai tempoh tarbiyyah utk kalian sama2 mempelajari hukum hakam Islam dan tips2 kekeluargaan. Saya sarankan kalian saling menghadiahkan buku2 agama atau kaset2 agama utk memantapkan ilmu dan iman. Kurangkan/jauhkan dari bertemu dalam tempoh tarbiyah ini. Semoga ALLAH pelihara kalian, amin…

      Like

  • azmideron

    ustaz…
    haram k bercaple

    Like

  • asifa

    salam.sy tertnya2 apkh mksd zina mata,hati dan tlinga?adkh smua jnis zina ini termsk dalm knsep hkum cple jgk?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam…
      Melakukan zina adalah dosa besar. Zina mata, hati, telinga, lidah dan bercouple bukanlah termasuk dalam dosa besar zina yang dimaksudkan, selagi tidak berzina kemaluan.

      Mohonlah kepada ALLAH agar kita semua terhindar dari semua dosa, samada dosa2 kecil, lagi2lah dosa besar, amin…

      Like

  • lia

    saya nk crite sesuatu ni.i saya plik knape ada kwan saya dia ske pasang skandal rmai2
    bleh plak ble berjmpe pegang2 tngan, ckap mesra2 dlm nphone
    x fham saya. sudah thu dosa dia wat lgi..pdahal perckpn lelaki n perempuan hnye la atas urusan pnting shje..
    dia jugak ckp saya terlalu pemalu smpaikn jrang ckp ngn lelaki.
    dia jugak ckap saya kolot sbb xada boyfriend lagi..
    ske dia je la
    memg sya akui saya jrang ckp ngn lelaki bkan malu tpi saya jge batasan dalm islam. saya hnye ckp ngn mereka atas urusan pnting shje…
    saya nk tnye btol kah tindakn saya ni? dan apkh betul tindakan kawan saya ni?

    Like

    • Shahmuzir

      Membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah disuruh agama. Kita dibenarkan berurusan antara lelaki dan perempuan pada perkara2 penting dan berhajat shj.

      Apa yg diperbuat saudari insyaAllah betul. Malu adalah sebahagian dari ajaran Islam. Malu sentiasa membawa kebaikan. Hal ini ada disebut dalam hadith Nabi. Biarlah apa yang org lain nak kata.

      Semoga ALLAH memelihara saudari dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

      Like

  • Anonymous

    assalamualaikum ustaz, sye nak tye boleh..? kalau kite couple ..conth lah sye tinggal kat kl..awek sye tinggal kat kelantan…tu pun haram ke..? sedangkan sye tak pernah tgk gambar die atau die tengok gmbar sye…ustaz boleh terangkan..?

    Like

    • Shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah. Yang diharamkan Islam ialah perbuatan berzina, bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang belum bernikah, bersendirian antara lelaki-wanita bukan mahram yang belum nikah dan seumpama dengannya.

      Jika hubungan antara lelaki-wanita tiada unsur2 itu maka ia tak jatuh haram. Sebagai langkah pencegahan elok dijauhi perbuatan couple, kerana terlalu banyak couple yang pada mulanya mereka dapat mengawal diri dengan tidak berjumpa, tetapi akhirnya setelah bbrp lama selepas itu mereka jatuh juga dalam hal2 yg haram akibat godaan nafsu dan syaitan.

      Like

  • Anonymity

    Assalamualaikum ustaz .
    Saya nak tanya apa pula hukum perhubungan jarak jauh ?
    Memandangkan masing-masing adalah jauh, dan risiko untuk melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya adalah amat tipis .
    Adakah ini dikategorikan sebagai berdosa ? Kerana bercouple itu adalah haram sedangkan kami jarang bertemu dan jika bertemu tidak akan berdua-duaan sebaliknya ada pihak ketiga dan kami juga jarang bersms tetapi kami akan kerap membuat panggilan telefon untuk memberitahu aktiviti harian . Memandangkan kami masih belajar dan masih menuntut di universiti, bukankah itu masa yang sesuai untuk mencari pasangan dan merancang untuk berkahwin ? Adakah berdosa tindakan kami ini dan perlu memutuskan hubungan ?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Tidak berdosa jika tidak terlibat dengan aktiviti dosa seperti berdua-duaan, bersentuhan, bermesraan dan seumpamanya. Nasihat para ilmuan agar jangan bercouple adalah untuk tutup pintu keburukan kerana couple selalu melibatkan dosa.

      Jika kalian merancang untuk berumahtangga dalam masa terdekat ini, tak perlulah diputuskan hubungan itu. Kawal lah dan galakkan masing-masing agar dalami ilmu agama sebagai persediaan ke alam yang lebih mencabar. Jauhi pertemuan dan jagalah adab2 sebagai Muslim. Kamu jaga syariat ALLAH, nanti ALLAH jaga kehidupan kamu.

      Allahu A`lam.

      Like

  • Sufiahsabpira

    Assalamualaikum ustaz.
    Saya hendak bertanya apa pula hukum seorang perempuan mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki tetapi tidak berkeingini hendak bercouple.Adakah berdosa ustaz?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Minat kepada seseorang tidak salah. Ia fitrah manusia. Selagi ia berlegar dalam hati dan belum terlibat dengan perbuatan dosa masih tidak mengapa. Cuma jika bersangatan maka tak bagus. Kerana hati akan lalai dan leka. Allahu A`lam.

      Like

  • MUHAMMAD IQDHAM

    SAYE SYG USTAZ

    Like

  • MUHAMMAD IQDHAM

    TP SAYE LEBIH SAYANG ALLAH <3

    Like

  • Al

    Assalamualaikum Ustaz, saya hanya ingin mendapat pandangan dari Ustaz,

    Andai kata ada pasangan couple yang menyatakan atau berpendapat walaupun mereka bercouple, mereka tidak akan melakukan perkara yang dilarang atau seperti yg dinyatakan oleh ustaz diatas. Perkara perkara yang menjurus kepada zina itu sendiri. Malah mereka akan saling ingat mengingati tentang solat seharian, cara berpakaian dan cara pergaulan dengan orang keliling. Mereka seolah olah menjaga antara satu sama lain.

    Soalan saya, dengan cara couple yang bergini, adakah ianya boleh atau dibenarkan ?

    Lagi satu ustaz, seperti yang diketahui umum, perka bercouple ini sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat keliling terutama remaja, jadi ustaz, saya minta pendapat ustaz macam mana caranya untuk kita tahan diri kita dari terikut sama ataupun dalam bahasa inggerisnya, how to go against the flow? Minta bantuan dan pandangan ustaz.

    Wasalam,

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      1. Nasihat supaya dijauhi ‘couple’ adalah supaya pintu kemaksiatan tertutup. Ia adalah pintu kepada perkara-perkara haram seperti bersentuhan, bermanjaan, berpelukan dan zina. Jadi, jauhilah couple kerana ia sangat mendorong kepada itu. Jika tidak terlibat dengan perkara-perkara haram, maka tidak haram. Tetapi berapa orang sudah selamat dari perkara haram dengan bercouple? Jadi, sebaik-baiknya elakkan ia. Anda mungkin boleh jaga diri 5 bulan atau setahun. Selepas itu, apabila perasaan sudah semakin mendalam, mulalah datang berbagai-bagai ragam yang boleh menjurus kepada perkara haram.

      2. Bagaimana nak tahan diri? Itu soalan yang bagus dan jawapannya mungkin saya tak dapat beri kerana saya sendiri sedang melatih diri untuk menahan diri dari dosa. Mungkin nasihat ini boleh diamalkan:

      Yang pertama: Ilmu dengan mengetahui bahawa ‘couple’ itu mempunyai mudharat yang boleh membuatkan awak berdosa.

      Kedua: Hati ingat ALLAH dan alihkan perasaan yang baik-baik seperti cinta dan rindu hanya kepada ALLAH.

      Ketiga: Pandangan mata dan pendengaran telinga janganlah terlalu didedahkan dengan wanita atau apa2 yang berkaitan dengan mereka.

      Keempat: Persekitaran yang Islamik seperti kawan yang Islamik, perumahan yang Islamik dapat membantu menjauhi dorongan untuk bercouple kerana kawan2 yang faham agama tidak akan melibatkan diri dengan couple.

      Kelima: Sibukkan diri dengan sesuatu yang lebih bermanfaat seperti hadiri majlis ilmu, baca buku, baca perbincangan agama di internet dan sebagainya.

      Keenam: Doa kepada ALLAH agar DIA tetapkan hati awak di atas agamaNYA dan dipelihara diri awak dengan hidayah dan taufiqNYA.

      Allahu A`lam.

      Like

      • Al

        Salam ustaz, terima kasih atas bantuan dan nasihat yang diberikan. Berdasarkan comment ustaz, saya ada teringat di satu web yg pernah saya baca tentang bercouple ini. Secara konklusinya, ustaz menyarankan yang hubungan bercouple itu dielakkan, kerana mungkin pada mulanya masing masing berpendapat masing masing boleh menjaga dan mengawal diri, tapi syaitan tak pernah kenal erti letih dan selalu menghasut sehingga salah satu tertewas. Kan? :) Terima kasih ustaz.

        Oh dan cara cara tersebut, in shaa Allah saya cuba. Terima kasih Ustaz. Doakan sama sama kita dapat menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah,

        wasalam.

        Like

  • tiraaaa...

    assalamualaikum, ustaz..
    sya nk tanya skit…
    apa hukumnya bercouple pda usia yg sgt muda seperti 13 tahun????
    sya confuse ttg hkum ini…
    bgaimna klu seorg bdak perempuan n seorg bdak llaki yg sma2 berumur 13 thun bercouple ttapi x pernah berjumpa????
    diorg dduk d skolah n tempat tinggal yg berasingan…
    diorg knal mlalui sepupu perempuan itu….
    ttapi diorg ska msj lbih krg 4 kali sminggu…kdg2 x msj lgsung slama 2 mggu…jrglah call…yg bnyaknya chat kt fb.
    yg gadis 2 ada simpan gambar si bdak lelaki 2….
    dia x pasti hukum couple…. byak sumber yg memberi kenyataan yg berbeza,… dia pernah berhajat utk ptus krana rsa diri terlalu muda, n krana confuse hkum sbenar couple… tp dia x sggup n kesian kt si bdak lelaki 2… sepupunya kta bdak lelaki 2 jd semakin baik krana kemunculan gadis 2 yg selalu pesan kt dia bnda yg baik2…. slepas bca post ustaz nie, sya fham lah jgak hkum couple tp soalan sya di sini,,, apa ptut gadis 2 bt n apa hukum bercouple mcm yg sya cerita nie????.. terima ksih
    assalamualaikum….

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Sebaik-baiknya awak tidak bercouple. Mengenai hal yang diutarakan awak itu, seorang ulama besar pernah memberikan nasihat yang awak boleh baca di sini:
      –>https://muzir.wordpress.com/2011/02/27/apakah-hukum-couple-kerana-allah/

      Awak boleh menyampaikan kebaikan dan nasihat melalui berbagai-bagai cara kepada seseorang contohnya melalui Facebook, mesej, blog dan sebagainya. Awak cuma beri nasihat umum sahaja dalam bentuk 1 hala. Tak perlulah berchatting dan BERBALAS mesej. Kerana ia boleh menjurus kepada perkara yang lebih buruk dalam tempoh yang lama.

      Dalam usia yang sangat muda ini, tumpukanlah kepada memahami ilmu agama yang mendekatkan diri awak kepada ALLAH, cinta awak kepada ALLAH. Kelak itu akan memberikan kebaikan kepada awak di dunia dan akhirat.

      Allahu A`lam.

      Like

  • tiraaaa...

    bolehke pggil syg kpada llaki yg bkan mahram???

    Like

  • ijah

    sykrn ustz ats perkongsian…
    Allah yubarik…

    Like

  • tiraaa

    terima kasih, ustaz.. :)

    Like

  • Marissa

    Assalamualaikum ustaz.Sebagaimana kita tahu couple itu untuk jauhkan diri dari zina.Apa hukumnya jika kita bercouple namun jarang bertemu dan hanya saling berbubung melalui SMS ataupun menelefon. Selain itu,pasangan yang kita ‘couple’ telah mendorong kita ke jalan Allah.Dan dia juga telah mengubah diri kita dari yang tidak baik kepada baik.Jadi apakah hukumnya di situ? Adakah patut berkawan seperti biasa ataupun teruskan hubungan ‘cinta’ itu?

    Like

  • mia natrah

    Assalam. Ustaz..
    Saya seorang remaja yg masih bersekolah.. Saya pernah bercouple tapi telah ptus kerana saya masih keliru tentang hukum bercouple.. Berdasarkan apa yg saya baca diatas. Saya masih belum dpat fahami ape hukum sebenar bercouple.. Harap ustaz dpat jelaskn dengan lebih tepat dan jelas.:)

    Like

    • Shahmuzir

      wa `alaikumussalam.

      Tahniah buat Mia Natrah kerana meninggalkan sesuatu yang dianggap kabur hukumnya oleh awak. Moga2 ada ganjaran pahala yang besar di sisi ALLAH buat Mia. Memang itulah sifat mukmin. Mereka mengambil sesuatu yang jelas halal. Dan meninggalkan sesuatu yang jelas haram. Serta meninggalkan sesuatu yang kekaburan.

      Hukum bercouple adalah haram jika padanya ada unsur haram seperti bersendirian antara lelaki dan perempuan, bersentuhan dan melakukan sesuatu yang boleh menjurus kepada zina. Zina adalah dosa yang lebih besar.

      Jika couple tiada unsur haram seperti disebutkan di atas, lama-kelamaan akan berlaku juga unsur haram itu apabila hati semakin kuat rasa cinta, sayang dan rindu. Sebab itu para ulama menasihati agar menjauhi couple kerana ia pintu kepada banyak perkara haram lain. Harap Mia faham.

      Like

  • fatin masyitah

    assalamualaikum ustaz…,maaf kalau soalan ini tak patut kalau ditanya..ustaz ada seorang mamat nie nak sangat bercouple dengan fatin tetapi fatin dah tolak bebanyak kali pon die tak boleh terima,dia nak juga bcouplr dengan fatin. padahal fatin dah tolak cara baik pun kasar pun sudah fatin dah tak tahu nak buat apa lagi kecuali berdoa kpda tuhan..sampai sekarang ni dia masih nakkan fatin

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Jika benar lelaki itu sukakan Fatin dan mahu jadikan Fatin sebagai teman hidup, suruhlah dia berjumpa dengan ibubapa Fatin untuk melamar. Jika dia lelaki yang soleh dan ibubapa terima, silakan berumahtangga.

      Jika itu tidak dapat dilakukan, maka tinggalkanlah perkara couple ini.

      Jika seseorang meminta Fatin meminum arak bersamanya, adakah Fatin akan minum? Jika dia asyik mendesak agar Fatin minum arak dengannya, adakah Fatin akan minum? Fatin tak mahu minum, Fatin tahu ia berdosa. Jadi Fatin akan kuatkan hati dan iman untuk tidak terpenagruh dengan ajakan tersebut walaupun bermacam pujukan dan ajakan telah dibuat. Begitulah juga contohnya dengan couple, walaupun lelaki itu memujuk dan mengajak, tinggalkan dan abaikan ajakan itu kerana ia hanya akan menjurus kepada dosa. Macam saya cakap di atas, jika lelaki itu serius, suruh dia melamar Fatin daripada ibubapa. Itulah cara terbaik dan diredhai ALLAH Ta`ala.

      Allahu A`lam.

      Like

  • Nura

    assalamualaikum ustaz ..
    jika kita perlu tundukkan pandangan dan x boleh bercouple, bagaimanakah kita hendak mencari pasangan hidup ?seperti suami dan isteri. kerana ade sesetengah remaja bercouple sebab hendak mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Yang menyuruh para lelaki dan wanita agar menundukkan pandangan adalah ALLAH Ta`ala. Tujuannya adalah untuk menjaga hati agar sejahtera.

      Tundukkan pandangan bukan bermakna tidak tengok langsung keadaan sekeliling atau tidak boleh tengok langsung jantina yang berlainan.

      Telah ramai orang-orang yang beriman berjaya mendapat pasangan hidup yang soleh walaupun mereka menundukkan pandangan dan tidak bercouple.

      Dalam Islam, apabila kita mahu menjadikan seseorang itu sebagai pasangan hidup, kita dibenarkan untuk menyelidik, bertanya dan melihat sendiri bakal calon isteri/suami itu. Dan jangan lupa berdoa kepada ALLAH agar DIA permudahkan dan menentukan jodoh yang baik untuk dunia dan akhirat kita. Itulah cara dalam Islam secara ringkas. Kalau nak terangkan, boleh jadi panjang pula…

      Ramai hari ini yang bercouple bagai nak rak, tetapi rumahtangga mereka tak bahagia kemudiannya (ada yang bahagia), ada yang belum sempat pun berumahtangga sudah dikecewakan, sedangkan mereka telah pun bersentuhan, berpegangan. Lebih malang, apabila mereka telah melakukan zina. Wanitalah yang selalu menjadi mangsa dalam keadaan ini. Ditinggalkan setelah madu dinikmati.

      Ini semua adalah akibat kerana tidak jaga syariat ALLAH. Jagalah syariat ALLAH, nanti pasti ALLAH jaga kita di dunia dan di akhirat. Allahu A`lam.

      Like

  • ejat

    ape hukum kalo laki2 pnh melafazakan niat tok tunang ngn kekasih nya..
    adakah hukum nya jatuh?
    semasa 2 juga die cople ngn kekasihnya
    apakah hukum kedua2 nya
    adakah haram?

    Like

    • Shahmuzir

      Pertalian tunang tidak menghalalkan lagi untuk si lelaki dan si perempuan berjumpa tanpa ditemani mahram di perempuan, bersentuhan dan berpegangan. Mereka masih belum bersuami isteri. Jadi, elakkanlah.

      Like

  • hamba allah

    assalamualaikum ustaz..saya nak bertanya juga.macam mana pula jika sahabat saya ni memutuskan hubungan couplenya yg dulu dan memberi alasan couple adalah haram.tetapi dia masih mesej, keluar ber 2 dgn lelaki lain dan alasannya pula janji xcouple,kawan sahaja. macam mana ye kalau mcm 2? betul ke fahaman dy?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Yang berdosa ialah perbuatan itu. Hatta jika si ustadz dan si pelajar perempuan dengan hubungan guru-pelajar (bukan couple) bermesej-mesejan, keluar berdua maka ia boleh jatuh haram.

      Samalah juga dengan kes sahabat awak tu, kalau tak dinamakan couple, tapi bermesej-mesejan, keluar berdua, bermesraan, maka ia boleh jatuh haram juga. Allahu A`lam.

      Like

  • anonymous

    assalamualaikum ustaz, sye main bola, bola itu berdekatam dgn tahi. tp sye x tau tu tahi ape dan sye x tahu bola itu kne tahi itu ke tidak, prlukah saye samak?

    Like

  • nur eleesha kamal azlan

    assalamualaikum warahmatullah..

    Ustaz, sye ingin bertanya,tentang jika seseorang itu bercouple utk berkenalan dgn lebih rapat untuk menjadi teman (suami/isteri) adakah hukumnye haram???

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Dalam tulisan dan komen2 di atas, telah saya sebut bahawa bukanlah couple itu yang haram. Yang haram ialah apa isi couple itu.

      Bercouple/berjanji-setia bukanlah haram selagi tidak melakukan perkara-perkara haram seperti bersendirian dan bersentuhan. Namun hubungan istimewa lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah perkahwinan adalah suatu yang asing dalam Islam dan para ulama menasihati agar mencegahnya. Apatah lagi ada ayat Al-Quran yang melarang dari kita mendekati zina.

      Seseorang dibenarkan untuk menyiasat/menyelidik peribadi seseorang sebelum bersetuju untuk dilakukan perkahwinan. Pertolongan dan pandangan pihak ketiga boleh diperolehi bagi mencapai maksud ini.

      Dalam dunia moden hari ini, kita sudah boleh mengenali secara zahir mengenai seseorang apabila kita belajar di tempat yang sama, bekerja di tempat yang sama, bermuamalah (berurusan) dan malah sekarang sudah ada Facebook dan seumpamanya untuk kita kenal budi seseorang secara zahir.

      Jika awak memaksudkan bercouple untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan cara keluar makan sama2, keluar belajar sama2, berbual mesra dan seumpamanya, maka ini tidak dibenarkan dalam Islam. Walaupun dengan tujuan untuk mengenali seseorang untuk dijadikan teman hidup. Batas lelaki dan perempuan telah digariskan, dan kita tidak boleh melangkau garisan itu.

      Semoga ALLAH pelihara kita semua, amin…

      Like

      • syahirah

        assalamualaikum ustz…..,saya nak bertanya pendapat ustz dulu saya start bercinta ketika berumur 13 tahun sampai berumur 15 tahun dan sekarang saya bakal menduduki peperiksaan pmr yang terakhir.sebenarnya saya tidak tahu macam mana kalau kita hendak putuskan hubungan dengan seseorang itu mengikut cara islam dan tidak membuatnya terasa hati…

        Like

        • Shahmuzir

          wa`alaikumussalam warahmatullah…

          Pada saat2 genting begitu, saya nasihatkan janganlah secara mendadak memutuskan hubungan. PMR tinggal hanya beberapa bulan lagi dikhuatiri mengganggu emosi.

          Saya nasihatkan agar awak kendurkan hubungan. Kata padanya untuk menumpukan pada pada PMR iaitu sesuatu yang sangat penting untuk masa depan pelajaran awak. Dalam masa yang sama, saling menasihatilah untuk kebaikan awak dan si dia.

          Apabila selesai PMR, nyatakanlah keputusan awak sebenarnya. Iaitu awak ingin menjadi muslimah yang solehah tanpa ada hubungan istimewa dengan mana2 lelaki. Umur 15-20 terlalu awal untuk awak bercinta dan menyibukkan diri awak dengan cinta. Melainkan awak sudah dibenarkan untuk mendirikan rumahtangga, jadi tentulah lain keadaannya. Jika belum, jauhilah bercinta di usia terlalu muda. Ia fitnah yang besar buat awak dan semua remaja.

          Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan buat awak, si dia dan semua remaja sekalian, amin…

          Like

  • Anonymous

    Assalamualaikum ustaz .
    Saya nak tanya , ade kawan saya ni . Umur dia baru 13 tahun . Tapi dia nak bercouple dengan sorang perempuan ni . Dia orang berdua sama sama sekolah agama . Tapi sekolah agama yang berbeza tempat . Dia orang tak pernah berjumpa . Saya tanya dia orang kenapa suka antara satu sama lain ? Dia orang cakap atas alasan yang sama . Iaitu kerana hati budi . Adakah couple bawah umur ni haram jugak ?

    Like

  • Miss

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Macam mana pulak kalau bercinta / bercouple tapi tak berjumpa or berdating. Hanya sms/ chat sahaja?

    Like

  • Anonymous

    ustaz .. ape hukum kalau kita dah tahu hukum couple tu tapi kita masih tidak meninggalkannya?… maksud saya.. kita perlukan masa utk memutuskan hbungan tu kerana takutt mengecewakan hati sseorang? mcm mnaa tu??? :)

    Like

  • Ana

    assalamualaikum ustaz.. ini bkn soal couple cuma nk tahu salah atau x cara kami berhubung ni, sya ada seorg kawan lelaki pada mulanya sya betul2 x kenal dia, yg mana satu pun x tahu. apatah lagi perangai dia lagi saya x tahu. sya tgk gmbar di FB muka dia agk ganas. tapi dia ckp dia kenal sya sbb satu sekolah. sya pelajar baru di sekolah sana.

    dia yg tegur sya mula2 di chating, mase itu masuk wktu asar & sya ckp dkt dia “solat dlu boleh?” dia bagi alasan bermacam2.. sya akhirnya ckp dkt dia “x takut dosa ke? dosa tanggung sendiri tau?” sya terus off.

    begitu lah hari2 yg berikut nya..
    sya bru dpt tahu dia mcm mana, beza kami jauh.. dia playboy, banyak kes di sekolah & byk lagi.. sya bertudung labuh & suka bgi nasihat klu dia buat salah, nk terima atau x terpulang dkt dia.

    satu hari, dia buat sya marah & sya ckp dkt dia “tlg jangan lukakan hati & mmprmainkan prmpuan mereka ada perasaan jugak” (prmpuan yg sya mksd kan girlfriend dia) sya x suka bila di perlakukan mcm tu

    lepas je tu sya x brhbung dgn dia..
    dia msj sya dia ckp yg dia x boleh jauh2 dgn sya & dia perlukan nasihat dari sya. sya ckp OK tapi apa bukti dia terima nasihat dari sya?

    wktu ni kmi kenal nak dkt 2 tahun. dia jujur & x suka hipokrit, dia ska jdi diri dia sendiri..

    dia ckp dgn jujur buktinya sebelum dia knl sya, dia selalu tinggal solat & x prnah solat langsung di rumah walaupun sklh agama. skg wktu subuh dia suruh sya call dia sampai bangun walaupun dia tahu suara tu aurat, tapi untuk menyuruh seseorg tu menunaikan kewajipan x apa. sebelum itu dia bagi pesan dekat sya BUAT SUARA LELAKI, saya pun ok je. dulu dia suka game prmpuan tapi skg dah x game & apa2 yg sya nasihat dia dah x buat. cuma satu je dia tak boleh elak iaitu mero*** .. itu saya faham, memang susah untuk berhenti.. tapi dia ckp skg dah kurang la berbanding sebelum ni..

    siap bagi numbor ibu dia suruh tanya mcm mana perangai dia dkt rumah & email pasword FB dia lagi tu ustaz.. terkejut sya di buatnya. kiranya dia nk ckp yg dia x berbohong lah..

    satu perkara saya kagum dgn dia, walaupun dia nakal sejahat2 dia pun mahukan seorg prmpuan yg bertudung labuh & menerima nasihat.. dia pernah ckp yg dia x akan minta couple sbb x kekal (kira ayat nk kekal dgn sya) jadi kami kawan je. dan dia juga pesan dkt sya jaga aurat & diri sya untuk dia.. (tersentuh hati sya) kami x pernah jumpa sama sekali, bila bertembung di sekolah kami mengelak. dia duduk KL sya perak & dia pernah ckp yg dia ada niat nk jumpa ayh sya tapi keadaan tidak mengizin kan.. x de rezeki lagi

    lagi pun kami masih di bangku sekolah & muda sangat.. kami terbuat perjanjian yg kami akan tunggu & setia sama2, kejar kejayaan dulu, kdg2 buku tafsir terjemahan sya x tahu tanye dia.. jeles pon ada sbb dia pndai BI sekali, (huhu) dia juga pesan jgn putus untuk berdoa.. sementara menunggu nie kami tetap dgn bermesej.. mcm mana tu ustaz?? boleh ke? dan apa perlu saya dan dia buat untuk masa ini ??

    Like

  • dhiya hanis amanda

    salam….yaaa…..mgkin ad jln crite yg hmpir sme but i don’t know….sye dan dy b’kwn sjak f.1 lg…n sjak dr tu sye suke dy…pndai,nsem,baik,rajin,atlet skola…..tp sye smpan prsaan ni n x prnh bg tau dy…ble ktew org da f.3 bru dy bg tau yg dy sbnr nye ske kn sye da lme sjak f.1 lg…sye t’kjut dgn ape yg dy bg tau…tu pn da nk pekse..ish3..gangguan btul la…ktew org prnh jmpe b’dua je but hnye 2 kali sbb sye n dy tkot…tkot?ntahla….dy mintak couple tp sy tolak cre baik….alasan…sy tkot dkecewakn n sy sbnr nyer ragu2 tntg hukum couple yg sbnr…n ble da bce text ustaz ni sy rse lega la skit…skrg-krgnyer sye x couple…dy pn tkot jgak nk couple ble sye ckp mcm tu….n ktew org prnh ckp@janji or s’thing yg b’kaitan….sye n dy akn tunggu 4 a few years sbb sye n dy nk focus pd plajaran…n then bru serius psal ni tp i’m not sure…huh…whatever la…sye n dy still mcj..bole ke mcj dgn org yg bkn mahram kite n ckp bnde yg x pnting pn… so…can i?sye nk tau ape zina hati n zina mata????????sye tau skit but klu ad yg bole explain lg dgn jelas….it’s great!!!

    Like

  • Mimi Haziqah Hatta

    assalamualaikum ustaz.
    saya nak tanya. saya ada seorang rakan.
    dia baru terjerumus dalam golongan “couple” ini.
    baru baru ini dia kantoi dengan saya dengan mengambil gambar berpegang tangan dengan si lelaki tersebut. saya risau. dia rakan saya & saya tak nak dia terjerumus ke dalam alam zina. dia anak ustazah. dia perlu menjaga maruah dia. tujuan saya adalah untuk bertanya, ustaz rasa patut ke saya menegur & menasihati dia? saya juga meminta pandangan ibu saya. tetapi ibu saya melaang saya utk menasihatinya. ibu saya kata jangan. itu tanggungjawab ibu bapanya. tetapi bukan ke sebagai seorang rakan kita perlu menegur? itu juga salah satu tanggungjawab saya. ustaz, mcm mana saya hendak menegur? saya sayangkan rakan saya :(

    Like

    • Yasmine Mazlan

      assalamualaikum,saya rasa awk patut menegur rakan awk.saya bimbang di akhirat kelak,dia akan mempersoalkan awk.”Kau sahabat aku.Kenapa kau x tegur aku?Kau mmg sengaja nk aku msuk neraka kan?Kau sengaja nk bahagia msuk syurga sendirian kan?Aku kurang ilmu agama tetapi kau tinggi agama.Mana ajaran agama kau tuh?Kenapa kau tak gune untuk bantu aku?Kau tunggulah di akhirat kelak.Aku akan tarik kau masuk neraka kerana tidak menegur aku.Allahu.SAhabat,beginilah cara saya untuk menegur awak.Dengan post kecil ini,Sekurang-kurangnya bile awk disoal di akhirat nnti tentang apa yg telah awk lakukan kpada rakan awk.Maka awk boleh jawab,”Aku telah menegur dia.”Dengan post kecil ini,dan dgn selemah-lemah iman sy iaitu mendoakn dia dari jauh. :)

      Like

    • humaira81

      saya rasa awak patut tegur dia. dia kawan awak. salah tetap salah. kalau dia tak terima nasihat walaupun dah ditegur, doa kan dia ^^

      Like

  • Anonymous

    Mcm mna pulak klu kita bercouple,tpi tak perna berjumpa??

    Like

  • Nurzana Ghadzali

    Assalamualaikum ustaz. Sy nk tnya ckit. Klau sorang laki ni dia bgi sorang prempuan ni hadiah, bleh ke prempuan ni trima? Tpi laki ni ada niat yg dia sukakn prempuan ni.

    Like

  • Anonymous

    assalamualikum ustaz… nak tanya ni…. klau seseorang itu berCOUPLE..tapi tak berjumpa….tak bercakap…. cume bermesej sahaja…..mereka tidak bersentuhan….cume hntr msej saje….. apa hukumnye???

    Like

  • noraini zaidi

    Jadi,bercouple itu haram la??harap balas. ;)

    Like

  • Yasmine Mazlan

    assalamualaikum,ustaz .adakah orang itu akan berdosa kerana belum memutuskan hubungan percintaan mereka sedangkan mereka tidak lagi bertemu,berbual dan berdua-duaan dan tidak lagi menganggap kekasihnya sebagai ‘boyfriend/girlfriend? tolong jawab ye ustaz.sudah lama saya ingin tahu jawapannya

    Like

  • zatey

    Mcm mna plak klu brkpel secara jauh,ta prnh brjumpa tpi sntiasa meses ?

    Like

  • manaf

    assalamualaikum ustaz .. macam mane pulak kalau bercinta dengan orang jauh ..? jauh daripade zina .. boleh ke ustaz ?

    Like

  • SHIKIN

    assalamualaikum..ustadz..nie nk tnya..kalau seseorng tu dah tau prasaan dia ..tpi..x couple..just msj je..x salahkan ustadz//

    Like

  • Saser Serefina

    assalamualaikum..
    bleh sy brtnya,
    jika kte brcouple tp ada atau tdk brcouple scra halal?? mnx pndgn ustaz siket…

    Like

  • Nurul Amirah

    assalamualaikum…saya seorang remaja berumur 15 tahun & tinggal di asrama…sepanjang saya tnggal d asrama,saya,saya selalu ternmpak 1 amalan yg popular di asrama sy lebih2 lagi time exam penting mcm spm dan pt3 iaitu membaca yasin untuk alat tulis skali.sy pernah tanya seorng ustazah tapi ustazah itu hanya kata x boleh & tidak beritahu hkum lebih lanjut samada bidaah atau syirik dan dalil.
    2.saya beritahu kakak saya jgn lakukn begitu memandangkn dia pon lakukn begitu & sy takut lebih buruk terjadi memandangkan dia ketua aspuri sekolah sy.dn kata dia lakukn semua itu kerana ada seorng guru mengatakan bawaklah alat tulis kot2 dpt berkat.ramai terpedaya(laki sy x tau lah,saya tau pompuan jer) walaupun guru tu main hentam ckp.

    solan saya ialah:
    1.tlg beritahu saya hukumnya dgn lebih lanjut.
    2.guru tersebut brkata seolah2 main kata & usul periksa.apakah hokum serta hukuman dunia &akhirat

    terima kasih ustaz

    Like

  • zamia

    as salam ustaz
    post ni sngt menark bkn sahaja dpt memberi pnggajarn malh juga lwak….

    Like

  • nurul

    assalamualaikum ustaz. saya sekarang ni tngh berkapel, tp saya nk brhenti sbb nk berubah jdi lebih baik. jadi saya bgtau dia saya nk putuskn hubungan ni. tp dia xnk lepas kn saya sbb dia masih syg kn saya. kemudian saya tekad kan diri saya jugak nk putus kn hubungan ni, pstu dia ckp dia tak akan maaf kan saya smpi saya mati sbb buad dia camni. jadi skang ni saya nak tanya, adakah saya akan berdosa sbb dia x maaf kan saya? saya nk putus kn hubungn ni sbb saya nk pilih jln yg trbaik dan nk tumpu kn perhatian pada spm tahun hadapan. (buat masa skarang ni saya masih lgi belum putus dgn dia) saya harap ustaz dpt jawab persoalan saya ini. terima kasih. ;)

    Like

  • nurul

    assalamualaikum ustaz, saya pena berjanji dgn bf saya yg saya akan setia dgn dia, mksud nye kami x akn putus lh. tp saya buad keputusn nk putus sbb ‘syg’ trhadap dia dh xde lgi dn saya nk tumpu kan perhatian pd spm. berdosa ke saya klu saya langgar janji tu?

    Like

  • Zetty

    Assalammualaikum ustaz…ade 3soalan..soalan prtm,slh x klau kte brcouple ats tujuan nk tau lbih mndlm mslh die??sbb die nie ade mslh ngn family die so sy nk kn die maafkn family die..sy jd pnsht die kraye skrg nie..kedua,sy mmpnyai family yg x hrgai pngrbnn yg sy buat..sy rs sdih tp sy x de tmpt nk mngadu,sgla mslh yg sy hdpi sy pndm dlm aty…mcm mn tu ustz..ketiga,klau seorg prmpuan mmpunyai prgai yg sprti llki slh x??i mean cm ksr,ska bnda yg lsak dll..die jd cm2 sbb die x de kwn pmpuan..sbb kwn pmpuan die sume cmburu kt die..sy hrp ustz dpt jwb ketiga-tiga soaln sy..t.q

    Like

  • nur

    Salam ustaz, umur saya 24 tahun, dan saya dah bersedia nak mendirikan rumahtangga.. saya ada perasaan kat seorang lelaki ni,, dan sya juga perasan yg dia juga ada prsaan kat sya. Ktrg pelajar thun akhir perubtn. tpi kitorng tak penah bercouple dan sya dpt thu dia ada prsaan kt sye sbb kwn dia bgthu. kitorang just cakap apbla ada groupwork sja. Dan sya dpt lihat perasaan dia kat sya tme ktrg buat keja as a team dengn diri dia yg nervousnya. Dia tk mcm tu ngn org lain . Dia tk brni nk bgthu sya even dia ada prsaan kt sye. Dia ada kualiti yg bleh mnjdi suami yg mmbimbng sya dngn btul. so apa ptut sya buat ustaz..

    Like

  • Tengku sabrina

    Assalammualaikum ustaz, salam tahun baru walaupun dah masuk bulan mac 2015.
    Saya ada beberapa soalan untuk pencerahan, harap ustaz dapat bantu beri ilmu.
    1) Apakah cara terbaik dalam menghasilkan permulaan Perhubungan/Perkenalan tanpa menjadikan ianya salah/haram dalam pergaulan secara ringkasnya?

    2) Saya mempunyai beberapa akaun ruang sosial, untuk tujuan Kembangkan perkenalan secara sihat, berkongsi gambar aktiviti yang saya rasa sesuai dikongsi, dan Kata2 (Quote) untuk pengkongsian umum, dan dari situ ada juga dikalangan kawan lelaki yang beragama lain mahupun yang berasal dari negara lain yang ingin berkenalan. Saya tidak nafikan saya agak tegas dalam mengenali seseorang dan oleh itu, dengan segera saya akan meminta mereka perkenalkan diri dan bertanyakan direct apa tujuan mereka. Ada sesetengah mereka Kata saya bergitu tegas dalam pergaulan, ada yang cakap sekadar ingin berkawan, ada yang direct ingin cari calon isteri. (saya tidak menafikan saya juga berusaha ingin mencari calon suami yang baik, tetapi saya lebih suka mengenali individu itu sebagai kawan secara berdepan dan melihat cara mereka komunikasi). Adakah salah tujuan saya
    dalam permulaan mengenali?

    3) Sekiranya ada lelaki yang kita kenal melalui laman sosial mengajak untuk berjumpa secara berdepan, adakah lelaki seperti ini baik untuk dijadikan suami? Walauhal tujuannya ingin mengenali terlebih dahulu seperti kawan sebelum berbincang serius ke seterunya?

    4) Saya ada masalah, jika ada kawan Yang Beragama Islam, Muslim yang berasal dari Negara Lain tetapi tinggal di Malaysia, yang cara mereka lebih sikap terbuka .. Dan ada individu yang saya kenal mengatakan saya terlalu tegas dalam beragama dan pergaulan.
    Saya cuba lebih sikap berterus terang kepada mereka menolak, bahawa saya tidak selesa dgn cara mereka ingin memegang tangan saya secara menganggap itu kawan dan cara mereka.
    (Saya juga tahu saya ada juga kelemahan agama, tetapi setiap individu yang cuba mendekati, saya akan pastikan saya tahu batasnya seperti solat 5waktu, berpegangan tangan itu haram, kerana saya mencari calon yang boleh membimbing). Apa yang harus
    saya lakukan ustaz?

    Like

  • hakimi

    Ustaz ?????abistu kite kena putuskan hubungan kitelah ye???tp bukan ke menpermainkan petasaan org itu berdosa..

    Like

  • Anonymous

    assalamulaikum ustadz . saya suka blog niy . saya berasa amat berterima kasih kerana ade juga orang yangbingin yg beri nasihat seperti ini . baru saya tahu ukum bercouple mahupun pandang sesama perempuan dan lelaki .

    Like

  • Nur

    ustaz saya nak tanya kalau seorang gadis itu sudah jatuh cinta terhadap seorang lelaki dan mempunyai keinginan untuk bercouple tapi pada masa yang sama dia cuba untuk mnghindari dirinya dari bercouple kerana menyedari couple itu haram dan boleh mengundang zina..jadi apa yang perlu dilakukan gadis itu untuk mengelak dia terjebak dengan couple ini?

    Like

  • Amir Izzat

    Ustaz,berdosa tak kalau saya nak bercinta(tak pernah bercinta lagi) untuk tolong orang yang saya cinta tu,Tolong buat kerja sekolah,beri dia kejayaan dan graduate,atau ajar dia pasal bendaang dia tak faham,suruh dia solat lima waktu dan suruh dia tutup aurat?

    Like

  • miss i

    alaaa…baru nk tawu kalau kita jatuh cinta mcm mana.??? da bas smpai plak haha

    Like

  • Zara

    Assalammualaikum, ustaz zaman sekarang ni kita banyak kemudahan berinteraksi ni contoh Whatsapp,FB. Soalan saye, adakah dianggap curang jika seorang isteri ber”chatting” di social media bersama lelaki lain?… Jika ya sebagai seorang anak mcm mana saye boleh menghalang ibu/bapa saye? tolong saye ustaz…

    Like

  • Secret

    Assalamualaikum….
    Mcmmane plk dia couple…tpi tk pnah bjumpa..tk penah bdating…n tk pnah buat smua tu…hukum dia still haram ker

    Like

    • Shahmuzir

      Wa`alaikumussalam warahmatullah. Tentulah tidak.

      Hatta kalau berjumpa sekali pun, tidaklah haram jika berjumpa seperti untuk hantar barang, berbincang dengan bertemankan yang mahram dan seumpamanya.

      Keseluruhan artikel ini lebih kepada hendak mencegah. Kerana hampir 100% couple akan melakukan yang haram seperti berdua-duaan, menyentuh kulit, bertabarruj (berhias) dan bercakap/bergurau yang mendorong kepada syahwat. Mula² ketika masih malu, perkara itu tidak berlaku. Tetapi setelah lama dan kurang malu, maka bermulalah yang haram² itu. Sebaik-baiknya jauhilah couple.

      Like

  • minhat bin abu bakare

    Asalammualaikum Ustaz saya nak bertanya Jika didalam rumah tinggal seorang wanita islam dan wanita ini duduk bersama teman lelaki nya dan adik teman lelakinya didalam rumah tersebut termasuk tidur sekali adakah ianya dibenarkan mengikut dari segi hukum islam ustaz minta tolong jelaskan kerana saya ada menegornya tapi katanya dia tidak berkhalawat kerana bertiga apatahlagi salah seorang darinya adi beradik.

    Like

  • no name

    assalamualaikum ustaz,saya nak minta pendapat ustaz.saya ada seorang kawan baik. kami bakal menduduki spm,baru2 ini saya mndapat tahu yang dia bercouple dgn seorang junior yg bkl menduduki pt3.lelaki ini perangainya x elok bahkan ilmu agamanya juga kurang tetapi kawan saya ini masih hendak bercouple dgn dia walaupun dia tahu yang junior itu berperangai x elok malah perangai dia semakin berubah.daripada menutup aurat kepada x menutup aurat.saya hendak menegurnya tapi saya takut dia terasa hati dan menjauhkan diri daripada saya..dan saya takut apabila dia semakin jauh dari saya,saya x blh memantau dia dan dia akan menjadi lbh teruk.

    oleh itu saya ingin meminta pendapat ustaz bagaimana saya hendak menasihatinya tanpa membuat dia terasa hati?

    Like

  • Anonymous

    terima kasih atas maklumat yang diberi…

    Like

  • Hamba Allah

    Aslamualaikum ustaz,ustaz jika pasangan couple ini hanya tunggu sesama sendiri untuk dijadikan pasangan secara halal pada masa akan datang boleh ke ustaz…dalam konteks ini…mereka keluar pun x brduan(ada sahabat² lain yang turut menemani)…dan masing masih melakukan suruhan allah(solat dan sebagainye)…cume perbezaan nye mereka seringkali telifon untuk berbual2 kerana susah hendak berjumpa…apakah hukumnye ustaz?adakah ianya haram juga?

    Like

  • Anonymous

    ASSALAMUALAIKUM Ustaz,saya keliru dengan bentuk salah faham remaja sepertinsaya terhadap isu couple. Boleh ustaz beri satu contoh salah faham remaja terhadap isu ini?

    Like

  • Memelioska

    Ustaz, klu dah suka kat orang and then cuba nak hilangkan rasa tu but masih ade, nak buat ape eh? Andddddddd klu saya dah kerje, insha’Allah, dan saya berdating dengan orang nak cari bakak isteri, boleh ke?

    Like

Leave a comment