Bawa Manusia Kepada ALLAH Walau Wadah Berbeza

Sudah-sudahlah sentuh pasal ‘tarik tangan pemimpin’.  Di mana-mana pun saya singgah di laman siber sentuh hal itu.  Di blog, di FB dan di forum-forum tak habis-habis pasal itu.  Selalunya dalam nada sindir.  Kesian pula rasanya.

Tetapi memang itulah sepak terajang politik kepartian.  Parti A tidak akan cuba melihat kebaikan yang ada pada parti B.  Dan parti B pula akan sentiasa mencari cacat parti A untuk dijaja.  Melihat senario ini, saya teringat akan satu hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, “Muslim adalah muslim lainnya selamat dari lidah dan tangannya.”  Ternyata, banyak sudah sebahagian kita yang muslim ini mencederakan hati dan perasaan muslim yang lain, hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Saya sangat jarang membicarakan hal politik bersama rakan-rakan.  Apatah lagi menulis di ruang blog ini.  Saya tidak mahu blog ini menjadi saksi kepada jahatnya tangan dan lidah saya terhadap saudara muslim saya.  Sebab itulah, saya sentiasa mengelak untuk menulis dan memberi komen, walaupun sebenarnya berapi-api juga semangat di dalam hati.

Menyentuh isu beberapa ustadz yang masuk UMNO, ya hati saya terluka.  Bukan baru-baru ini sahaja, malah sebelum ini pun sudah ada beberapa tokoh yang saya hormati masuk UMNO.  Saya tak nampak apa lebihnya pada UMNO.  Dan apa kurangnya PAS, kenapa mereka tidak masuk PAS.  Namun, saya percaya mereka mempunyai sebab tersendiri yang mungkin tidak mampu saya faham dan disimpan kemas-kemas di dalam hati mereka.  Ya, saya akui jika masuk UMNO habuan dunia tersedia menanti di hadapan.  Namun, saya cuba bersangka baik, bukan itulah tujuan mereka.  Mereka berprinsip, mereka berjatidiri.

Peristiwa silam telah menunjukkan sudah ramai tokoh agama yang tumbang satu per satu apabila mereka masuk UMNO.  Mereka ‘dimasukkan ke dalam peti ais’ dan senyap seribu bahasa.  Ketokohan mereka merudum.  Suara mereka sayup, malah tidak kedengaran.  Cahaya bergemerlapan ketika di luar UMNO menjadi malap, ditutupi bayang hitam manusia rakus di dalam UMNO.  Ah, apa yang boleh saya harapkan dengan ustadz-ustadz muda yang masuk UMNO baru-baru ini.  Tidak banyak yang saya harapkan…

Namun, untuk saya menyindir mereka dan mengejek mereka, wajarkah saya?  Saya fikir sangat tidak wajar.  Tangan dan lidah kita bakal ditanya esok.  Saya tak sanggup melukakan hati mereka.  Apatah lagi kerana saya pernah mengambil manfaat ilmu dari mereka.  Saya hormatkan mereka.  Tidaklah tiba-tiba mereka menjadi jijik kerana mereka masuk UMNO.  Ini pendirian saya.

Tatkala ustadz-ustadz muda ini memilih untuk masuk UMNO, walau saya dalam geram dan kecewa, namun terselit juga baik sangka bahawa barangkali ustadz-ustadz ini mempunyai misi tersendiri.  Mahu perbaiki manusia-manusia yang kotor di dalam UMNO agar tidak lebih kotor.  Melihat realiti politik Malaysia hari ini, kita tidak boleh benarkan manusia di dalam UMNO terus di dalam kancah kemungkaran.  Jika tidak, masa depan generasi dan negara dalam bahaya.  Mesti ada ejen penegur.  Tidak adakah ejen penegur sebelum ini?  Hah, itu saya dah sebut di atas.  Masuk GOL!

Dalam doa, sebahagian kita ada yang berdoa agar para pemimpin kita diberikan hidayah dan taufiq.  Agar remaja kita ditunjuki jalan yang benar.  Agar masyarakat kita dipelihara bahaya.  Itulah yang kita hendak.  Kerana itu semua akan melahirkan suasana yang sejahtera.

Ustadz-ustadz muda ini tegurlah pemimpin sebagaimana yang mereka telah azamkan.  Agar banyak benda mengarut dalam UMNO tidak semakin mengarut.  Kita pula hendaklah jadi pemantau dan menegur ustadz-ustadz muda ini agar mereka tegas dengan prinsip agama dan tidak hanyut dalam arus sungai najis UMNO…Walaupun pilihan mereka sendiri untuk berenang di dalamnya, namun atas sebab kasihan sesama muslim, kita mesti hulurkan tali bantuan apabila arusnya terlalu laju dan tidak mampu lagi direnangi, kita tarik mereka keluar.  Basuh, cuci dan pimpin mereka bersama kita.

PAS adalah parti berteraskan ISLAM yang mesti kita sokong dan dokong.  Bersama-sama dengan lain-lain NGO lain, mesej Islami mesti kita bawa seiring.  Yang ustadz-ustadz muda ini jika sudah memilih UMNO, bawalah islah di dalam UMNO.  Jangan ditujah pula PAS dengan rejaman yang menyakitkan.  Jangan diserang PAS dan lain-lain NGO Islami buat kerja.  Awak tumpu pada usaha islah.  Agar ahli UMNO menjadi muslim yang lebih baik dari sekarang.

Kita bukan nak bawa manusia ke parti masing-masing.  Kita nak bawa manusia kepada ALLAH!  Apabila ini terjadi, kebaikannya akan menyeluruh buat manusia hari ini dan akan datang!

Jadi, ayuh mainkan peranan masing-masing.  Islahnya UMNO, kuatnya PAS akan menguntungkan ummat ISLAM, terutama buat generasi yang akan datang.  Niat di hati memang mahu semuanya bersatu.  Bersatu di bawah kalimah yang benar dan agama yang benar.  Namun, tidak semudah itu perjalanannya.  Perjalanan yang tidak mudah itu bermula dengan langkah yang satu. 

Walau berbeza wadah, berbeza kenderaan.  Tetapi matlamat dan destinasi kita tetap mahu menuju Yang Maha Satu.  Bertolong-tolonglah dalam hal kebaikan dan Taqwa.  Dan janganlah tolong-menolong dalam hal keburukan dan perlanggaran.

Ukhwah fillah…

Shahmuzir Nordzahir
29 Oktober 2010
www.muzir.wordpress.com


5 responses to “Bawa Manusia Kepada ALLAH Walau Wadah Berbeza

  • IbnuSayyid

    Walaupun ana tak setuju 100%. Tapi ada banyak benda yg ana dapat bagi membuka minda. Tq

    Like

  • dexs

    minta maaf. .sejak join pr kalau saudara tgk berapa banyak benda mengarut. Pas buat. ..kalau saudara kerja government di sngor tengok telatah mereka kadang2 kelakar tgk telatah yg kononnya tebal agama. .minta maaflah sebab itu pengalaman saya. .. Tgk sendiri debat fathul bari yg saudara hina sbb join umno dgn ustaz nassrudin. .last2 sapa yg menipu. .. Dulu saya sokong pas tapi sekarang minta maaflah. ..dasar pun boleh ubah2. .sebab kuasa lebih utama. .betul kata ustaz kazim elias. .mcm kita nk buat rumah. .plan mesti jelas. .baru jadi rumah. .bukan buat rumah baru buat plan. ..sekolah agama kat lenggong pun puak2 lebai boleh bantah ikut Geng2 dap mereka. .itu nk kata perjuang islam…belum lg isu kalimah allah. .murtad..last2 saya percaya pas hanya jadi kuda tunggangan dap dan pkr saja. .kesian. .minta maaflah

    Like

  • dexs

    Agaknya bila udtaz2 muda itu menegur pemimpin2. .adakah perlu mereka beritahu pada satu dunia… Bagaimana ustaz2 pas berani tegur akhlak puak2 dap dan pkr atau puak mereka sendiri…dulu masa isu cina guna ayat quran dgn bacaan yg salh dan surah yg salah x pun ditegur malah disokong lg. .malah bila harussani tegur digelar pula haramsani. ..

    Like

  • dexs

    Agaknya kalau pr menang…siapa yg jadi pm. ..org tu kan. .cuba saudara kaji org tu. .di us dgn sapa dia rapat. .masa keluar penjara dia pergi buat rawatan di alpha klinik sapa yg datang melawat. ..lepas tu dia jadi pensyara univ. George washington dan univ john hopskin atas rekomen. Sapa…kemudian dia jadi pengarah foundation for the future atas pengsruh sapa juga…kalau rajin google boleh jumpa dgn bukti sekali. .itu lah yahudi yg bunuh berjuta umat islam. .perancang perang us di iraq dan afghanistan .mungkin sbb itu allah sayang malaysia tak bagi puak2 tu menang. .itu lah yg pas sokong dan nak angkat jadi. .minta maaflah sebab kami mengkaji baik buruknya

    Like

  • Shahmuzir

    Wahai saudara Dexs yang ammarah,
    Bawalah manusia kepada ALLAH walau wadah berbeza. Itulah mesej tulisan saya di atas. Sekian 🙂

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: