Monthly Archives: November 2010

Forum “Mendekati Surah Yasin”

Masyarakat kita memang sudah sebati dengan surah YaSin.  Sebut apa pun majlis, mesti akan diadakan bacaan YaSin.  Setiap malam Jumaat dibaca YaSin, hendak masuk rumah baru dibaca YaSin, hendak hantar anak masuk universiti dibaca YaSin, kalau ada hajat dibacanya YaSin, ada kenduri dibaca YaSin dan bermacam-macam lagi.  Betapa dekatnya surah YaSin pada hati masyarakat Melayu kita.  Alhamdulillah, moga-moga ia diterima sebagai amal ibadah di sisi ALLAH ‘Azza wa Jalla, amin.

Apa istimewanya surah YaSin berbanding surah lain?  Kenapa masyarakat kita begitu lazim dengan surah YaSin?  Mungkin anda yang tertanya-tanya, atau mungkin juga ada yang hanya ikut sahaja tradisi masyarakat kita tanpa memikirinya.  Sami’na wa ato’na katanya…

InsyaALLAH, mungkin inilah peluang kita untuk sama-sama merungkai persoalan ini.  Bermula dengan seminar yang telah berjaya diadakan di IIS (Islamic Information & Services) beberapa minggu yang lalu dan sebagaimana dijanji akan disebarluaskan manfaatnya, kini ia bakal diadakan berdekatan dengan kejiranan saya, iaitu di Masjid Asy-Shariff, Meru Klang pada 25 November 2010.  Berikut iklannya yang saya perolehi dari AAN:

Semua dijemput hadir 🙂

www.muzir.wordpress.com


Terima Kasih Nabilah & Husna

Anak-anak Abah; Nabilah & Husna,

Hari ini Abah ingin menulis tentang betapa rasa gembiranya Abah apabila melihat Nabilah dan Husna cemerlang dalam peperiksaan yang lalu.  Sebenarnya Abah tidak langsung menjangkakan kalian akan beroleh kecemerlangan sebegitu rupa.  Abah rasa terharu…

Apabila Husna memberitahu Abah bahawa Husna akan menyampaikan syarahan agama sempena Konvokesyen Taski 2010, Abah rasa sangat teruja.  Abah belek teks syarahan yang disediakan oleh Ustadzah Mala dan Abah minta Husna sampaikan di hadapan Abah.  Buat pertama kali Abah melihat anak Abah menyampaikan syarahan di hadapan Abah, hati Abah rasa berbunga ceria.  Abah dan Umi saling memandang dan tersenyum tawa, tanda kami bahagia.  Abah usap kepala Husna dan tepuk belakang Husna selepas selesai menyampaikannya, tanda Abah sangat menghargainya.

Pada hari Konvokesyen, Abah dan Umi tersenyum lebar dan sangat gembira apabila rupa-rupanya Husna dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Seluruh Shah Alam.  Oh, Abah dan Umi betul-betul tidak tahu tentang berita ini.  Berita ini cuma kami tahu melalui buku program yang diedarkan kepada setiap ibubapa.  Tertulis di situ Nurul Nadhirah Husna binti Shahmuzir di tempat pertama diikuti 2 nama lain dari Taski lain.  Sungguh, berita yang tidak dijangkakan ini begitu mengujakan Abah dan Umi.  Terkejut bercampur gembira. Continue reading


Ingatan Ringkas Sempena Eidul-Adha

Assalamu’alaikum…

Hari ini, 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H.  Alhamdulillah, segala pujian untuk ALLAH yang telah memberikan kita peluang pada hari ini untuk meraikan hari kebesaran Islam iaitu Eidul-Adha.

Sebelum datangnya hari ini, kita semua telah ditawarkan dengan banyak peluang untuk berbuat ibadah dan merebut ganjaran.  Antaranya ialah amalan kebaikan pada 10 awal Zulhijjah yang merupakan seutama-utama amalan dan puasa sunnat Hari Arafah yang mana diberikan keampunan setahun lalu dan setahun akan datang.  Buat insan-insan terpilih yang mengerjakan haji, pahala yang sangat besar menanti mereka semua.  Mudah-mudahan amalan kita semua diterima ALLAH dan dikurniakan Haji yang Mabrur buat saudara-saudara kita yang mengerjakan ibadah haji, amin. Continue reading


Kehidupan Ini Ibarat Secawan Kopi

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka.  Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini.  Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan minuman kopi untuk tetamu-tetamunya. Continue reading


Ibadat Haji: Bayangan Perjalanan Menuju Kematian – Oleh TGNA

Perutusan Bulan Haji

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi peluang kepada kita semua bertemu kali ini, di bulan Zulhijjah merupakan musim umat Islam menyempurnakan ibadat Haji, rukun Islam kelima. Pertemuan di bulan ini dirasai amat istimewa, lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang dapat hadir ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menyempurnakan lambaian ibadat Haji.

Ciptaan Allah ada regu dan pasangan

Setiap ciptaan Ilahi yang melingkungi kehidupan kita di dunia ini mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang, dan siang regunya malam. Continue reading


Larangan Bagi Lelaki & Wanita Berkaitan Tempat Mandi Umum

Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi tanpa mengenakan sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia membawa masuk isterinya ke tempat mandi umum. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia duduk di meja hidangan yang disuguhnya khamr di atasnya. [Hadits hasan, riwayat at-Tirmidzi (2801) dari jalur Laits bin Abi Sulaim, dari Thawus, dari Jabir r.a.]

Di dalam hadith di atas, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki mendedahkan aurat ketika mandi di tempat umum.  Walaupun ia satu pengetahuan yang umum diketahui oleh seorang muslim, namun masih ramai yang melanggarnya.  Sangat menyedihkan.

Turut juga disentuh di dalam hadith itu ialah larangan bagi wanita untuk tidak memasuki tempat mandi umum kerana walaupun mungkin wanita tidak mandi di sana, tetapi kelibat lelaki yang bermandi-manda di sana boleh dilihat.  Hal ini saya rasa ramai terlupa, termasuklah diri saya.  Ya mungkin kita yang lelaki muslim ini menutup aurat ketika memandi-manda di kolam renang, sungai atau pantai, tetapi rupa-rupanya ada larangan untuk wanita muslimah dari masuk ke tempat sebegitu. Continue reading


%d bloggers like this: