Larangan Bagi Lelaki & Wanita Berkaitan Tempat Mandi Umum

Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi tanpa mengenakan sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia membawa masuk isterinya ke tempat mandi umum. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia duduk di meja hidangan yang disuguhnya khamr di atasnya. [Hadits hasan, riwayat at-Tirmidzi (2801) dari jalur Laits bin Abi Sulaim, dari Thawus, dari Jabir r.a.]

Di dalam hadith di atas, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki mendedahkan aurat ketika mandi di tempat umum.  Walaupun ia satu pengetahuan yang umum diketahui oleh seorang muslim, namun masih ramai yang melanggarnya.  Sangat menyedihkan.

Turut juga disentuh di dalam hadith itu ialah larangan bagi wanita untuk tidak memasuki tempat mandi umum kerana walaupun mungkin wanita tidak mandi di sana, tetapi kelibat lelaki yang bermandi-manda di sana boleh dilihat.  Hal ini saya rasa ramai terlupa, termasuklah diri saya.  Ya mungkin kita yang lelaki muslim ini menutup aurat ketika memandi-manda di kolam renang, sungai atau pantai, tetapi rupa-rupanya ada larangan untuk wanita muslimah dari masuk ke tempat sebegitu.

Memang selama ini saya tidak pernah mengizinkan isteri saya mandi-manda di kolam renang, sungai ataupun pantai kerana di sana boleh mewujudkan banyak fitnah agama.  Walau bertudung labuh dan litup, saya takkan mengizinkannya dan isteri saya malah menyetujuinya, alhamdulillah.

Kehormatan isteri dan saudara-saudara perempuan kita bisa rosak akibat mata manusia yang melihatnya.  Sifat cemburu si lelaki Muslim mesti berfungsi dalam memelihara kehormatan isterinya dan saudara-saudara perempuannya.  Jika sifat cemburu ini sudah tidak ada, maka apalagi istilah yang wajar dilontarkan ke muka lelaki itu, melainkan dayus.

Menyentuh soal larangan terhadap wanita dari memasuki tempat mandi umum, saya terbayangkan kolam renang, sungai, pantai dan ‘water world’ yang pernah saya lawati bersama keluarga.  Astaghfirullah, memang dahsyat suasana di sana.  Usah disebut tentang wanita yang tidak menutup aurat atau yang berpakaian seksi atau nipis.  Kaum lelakinya juga ada yang tidak memakai baju dan berseluar dalam sahaja.  Astaghfirullah…!  Insaf!  Insaf!

Saya teringat akan hadith yang mana Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menyuruh Aishah radhiAllahu ‘anha duduk di sebalik tabir walaupun yang bercakap dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam ketika itu adalah seorang yang buta.  Apabila ditanya kenapa disuruh buat begitu, maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Sungguhpun dia tidak nampak engkau kerana dia buta, tetapi engkau dapat melihatnya”.  Lihatlah, betapa ISLAM jaga sungguh hal ini.  Malangnya kita pada zaman mutakhir ini memandangnya sebagai hal yang remeh.

Beberapa dalil berikut membicarakan hal yang sama:

Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshari r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia memuliakan tamunya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia masuk ke tempat pemandian (umum) tanpa sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dari kalangan isteri-isteri kalian, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi (umum).”

Ia berkata: “Aku mengangkat hadits ini kepada ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz pada masa kekhalifahannya. Maka beliau mengeluarkan perintah kepada Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amr bin Hazm agar menanyakannya kepada Muhammad bin Tsabit tentang hadits ini, kerana ia termasuk orang yang dipercayainya. Lalu ia pun bertanya kepada Muhammad bin Tsabit. Kemudiannya ia menulis surat kepada Umar tentang kebenaran hadits tersebut. Maka Umar pun melarang kaum wanita masuk ke tempat mandi (umum). [Hadits sahih, riwayat Ibnu Hibban (5597)]

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

 “Jauhilah tempat yang disebut hammaam (tempat mandi umum)!”

Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, di tempat pemandian itu, kotoran bisa hilang dan penyakit bisa sembuh.” Rasulullah s.a.w. berkata: “Barangsiapa memasukinya, hendaklah menutup auratnya.” [Hadits hasan, riwayat at-Thabrani, al-Hakim, al-Bazzar]

Diriwayatkan dari Ummud Darda’ r.a., ia berkata: Suatu ketika aku keluar dari tempat pemandian, tanpa sengaja aku bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. Baginda bertanya:

‘Dari mana engkau wahai Ummud Darda’?’ ‘Dari tempat mandi.’ Jawabku.

Lalu baginda berkata:

‘Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, siapa saja dari kalangan wanita yang membuka pakaiannya di (tempat) selain rumah ibunya melainkan ia telah merobek tirai antara dirinya dengan ar-Rahmaan.'” [Hadits shahih, riwayat Ahmad (VI/361 dan 362), ad-Dulabi dalam al-Kuna wal Asmaa’]

Hadith tentang kisah Ummu Darda’ ini dapat dipelajari darinya tentang sifat berhati-hati yang mesti ada pada wanita tatkala ingin menyalin pakaian.  Dengan teknologi canggih hari ini, kerisauan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam ini semakin berganda menggunung sepatutnya dirasai oleh muslimin dan muslimat.  Bila-bila sahaja wanita boleh dieksploitasi dengan adanya telefon bimbit berkamera, cctv dan lain-lain peranti yang disalahgunakan oleh manusia-manusia yang jahat dan kotor hatinya.

Justeru, para wanita janganlah dengan sewenang-wenangnya menyalin pakaian mereka di tempat yang bukan mereka kenali seperti di tandas, di tempat menyalin pakaian, di hotel atau di mana-mana pun.  Kerana sifat itu bakal merobek tirai dirinya dengan Tuhan.

Baca juga tentang MALU di sini:  https://muzir.wordpress.com/2009/11/04/milikilah-sifat-malu/

Kesimpulan yang saya dapat buat hasil dari mengambil manfaat dari beberapa hadith di atas berkenaan tajuk ini ialah:

  1. Lelaki mesti tutup aurat tatkala mandi di tempat umum.
  2. Wanita mesti tutup aurat tatkala mandi di tempat mandi yang dikhaskan untuk wanita.
  3. Melihat kepada suasana tempat mandi umum itu, wanita hendaklah mengelak dari memasukinya bagi menjaga kesucian Iman dan pandangan.
  4. Lelaki hendaklah peka dengan maruah dan kehormatan isteri, anak-anak perempuan dan saudara-saudara perempuan mereka dan melindungi mereka.
  5. Wanita hendaklah memelihara sungguh-sungguh sifat malu dan mesti sentiasa berhati-hati di dalam setiap perbuatan, khususnya yang melibatkan aurat dan maruah mereka, contohnya ketika menukar pakaian.

Mudah-mudahan catitan ini bisa memberi manfaat buat diri saya dan anda semua dalam kita menempuh kehidupan ini untuk menjadi muslim yang lebih baik da yang lebih tepat dengan ajaran agama, amin.

www.muzir.wordpress.com

(Hadith-hadith di atas telah saya petik dari nota FB yang dikirimkan oleh Nurul Izzati Ishak.  Disalin dari “Ensiklopedi Larangan” jilid 1 Bab Ghusl (Mandi), di bawah tajuk “Haram Hukumnya Laki-laki Memasuki Tempat Pemandian Umum Tanpa Sarung Penutup Aurat dan Haram Hukumnya Wanita Memasuki Tempat Pemandian Umum Meskipun Memakai Sarung Penutup Aurat”, halaman 315.  Terima kasih buat beliau.)

Advertisements

13 responses to “Larangan Bagi Lelaki & Wanita Berkaitan Tempat Mandi Umum

  • ishaq1taat

    assalamualaikum………………erm..tak jadik saya nak ke sunway lagoon taon nie..

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam.
      Pesanan dalam tulisan di atas boleh dijadikan panduan kalau nak ke Sunway Lagoon. Selain tutup aurat bagi lelaki; jagalah juga pandangan, jangan terlalu suka sampai lupa ALLAH.

      Like

  • norlelawati sukiman

    salam ustaz n keluarga, kalau gitu ustaz kene sediakan kolam tertutup d sebelah rumah untuk kegunaan anak2 n isteri mandi manda. Macam suami sye buatkan kolam untuk anak2.. lebih selesa dan aman :).

    Like

  • iEyjA Jalal

    Assalamualaikum Muzir,

    Terima kasih atas info…. sebelum2 ni aku kalo ada pun mandi laut memang pakai tudung dan baju lengan panjang…. tapi biasa la org kata aku pelik… 🙂

    Tapi nampaknya yang eloknya tak lagi la mandi di tempat sebegitu ekkk…

    Mohon nak share ye…. 🙂

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Ieyja, walaupun mungkin berpakaian sempurna, namun apabila pakaian tu dah basah, macam2 boleh kelihatan…
      Kadang2 terdedah juga bahagian tubuh tu seperti betis, lengan dan kadang2 lebih dari itu.
      Lelaki boleh terbit syahwat dengan melihat benda2 macam tu.
      Sebaik2nya elakkanlah mandi di tempat yang terbuka.
      Semoga wanita muslimah terjaga kehormatan mereka…
      Silakan share 🙂

      Like

  • rufaidah

    i admit that i like to swim in public pool, & of course it involves changing clothes. i’m married. my husband has the same habit. before we read this, we swim together (aurat’s covered, of course), but after reading the article, can i conclude :
    1. i only can swim, wearing muslimah’s swimming suit on woman’s swimming area.(?)
    2.my husband can swim, wearing long swimming trunk on man’s swimming area. (?)
    about, the changing clothes only can be done we bring together extra clothing for protection to avoid the violation of boundary (robekan tirai) between Allah & us?(saya dengar dari ustaz saya, jika ingin menyalin pakaian, alas badan dgn kain extra supaya aurat terjaga)
    sorry, i’m asking these quests as i want to keep on my swimming without violating the pureness of ISLAM 😀

    Like

  • nurul

    assalamualaikum..
    ya..kinda same with rufaidah..
    saya sukan sukan renang sebab tak berpeluh and sejuk jer..
    pernah baca hadith nie..bukan nak ignore, tapi mesti ada kelonggaran/depends on the reason..kan??or maybe not..tak ada ilmu lah tentang hal ini..
    kalau saya nak juga teruskan juga minat saya, (walaupun saya tidak tahu berenang tapi saya sangat suka untuk mahir dalam renang)..bolehkah??
    kat sini kolam renang lelaki dan perempuan lain-lain..dan kalau saya pakai muslimah suit bleh tak?? minta beri pandangan..terima kasih..

    Like

  • shahmuzir

    wa’alaikumussalam warahmatullah…
    Puan Rufaidah dan Nurul,
    Tahniah puan kedua2nya kerana mempunyai hobi yang bagus dan tahniah juga kerana prihatin dalam soal aurat dan maruah diri seorang wanita.
    Jika wanita ingin berenang, carilah tempat yang dikhususkan untuk wanita dan ia tertutup. Walaupun di tempat tertutup begitu, pakailah juga ‘muslimah swimming suit’ jangan terdedah sangat, kerana ia untuk keselamatan maruah puan berdua, apatah lagi sekiranya ada non-muslimah mandi bersama-sama. Perbuatan berhati2 dan sifat malu adalah lebih dekat dengan TAQWA.
    Baca semula hadith-hadith di atas, dan cubalah untuk mengamalkannya sedaya mampu. Mudah2an kalian berdua dan semua Muslimah dipelihara ALLAH, amin…

    Like

  • Leen

    Salam. Mohon share untuk sebarkan pd kawan2. moga bermanfaat>

    Like

  • hidayah

    salam , hujung minggu ni insyallah saya akan pergi bercuti dgan keluarga di sungkai tempat kolam air panas tu , dan ibu saya pun ada masalah sakit pinggang dan sngat sesuai untk dia berendam dlam air panas… before this, saya pernah mengunjungi tempat ini untk release tansion sambil berendam dalam air panas … dan hanya mengenakan bju lengan panjang , sluar longgar , bertudung … bila terjumpa artikel diatas ni … terasa kesedaran pulak dalam hati sbb tmpt tu tmpt umum kan so mandi tertutup camana pun nmpak jugak bila naik dri mandi tu … saya bru ingat nk release tension lepas2 spm sambil berendam dalam air panas hehee … but sokay la saya tngok je la family saya mandi hehee

    Like

  • Anonymous

    Mohon share ye..

    Like

  • Anonymous

    Saya copy article ni and paste kat wall fb saya utk seseorang yg sy sayang…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: