Monthly Archives: December 2010

VIDEO – Kuliah UZAR Tentang DOSA RIBA dan Isu Kewangan

Masih ramai yang belum tahu tentang ancaman besar dari ALLAH ‘Azza wa Jalla kepada manusia yang terlibat dengan RIBA.  Beberapa ancaman RIBA boleh dibaca di link berikut, insyaALLAH:

https://muzir.wordpress.com/2008/08/09/riba-dan-hukumannya/ 

Malah ramai juga yang jahil dan menentang usaha-usaha para ulama untuk membantu ummah supaya kita semua dapat keluar dari dosa Riba.  Amat menyedihkan…

Untuk membuka minda dan fikiran kita, dan mudah-mudahan seterusnya mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH, tontonlah dan dengarlah dengan teliti akan kuliah ini (MESTI DENGAR & TONTON):

Video ini mempunyai 9 siri semuanya.  Teruskanlah mendengar dan ambil manfaat daripadanya.  Mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH, amin…

Berikut adalah video siri 2 sehingga 9: Continue reading


Jadual Kuliah Ust Zaharuddin di Lembah Klang

Ustadz Zaharuddin akan berada di Malaysia dari 25/12/2010 hingga 3/1/2011, insyaALLAH.

Berikut adalah jadual majlis ilmu sekitar Lembah Klang yang akan melibatkan beliau, insyaALLAH:

No

Tarikh

Aktiviti

Tempat

1

29 Disember 2010 (Rabu) Kuliah Maghrib Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang, Selangor.  [peta

2

31 Disember 2010 (Jumaat) Forum lepas Isya’ bertajuk “Meraih Keberkatan Di Tahun Baru” Masjid Asy-Syariff, Meru, Klang, Selangor.  [peta]

3

1 Januari 2011 (Sabtu) Kuliah Maghrib Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.  [peta]

Berikut pula adalah beberapa program TV yang akan melibatkan beliau, insyaALLAH: Continue reading


Facebook Oh Facebook!

Facebook oh Facebook...

Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru, Continue reading


Wawancara TV

Pagi tadi, tepat jam 11.30 pagi, saya sampai ke Amani Business Solutions seperti yang dijanjikan.  Namun saya terpaksa tunggu lagi setengah jam kerana AmilinTV baru sahaja selesai mewawancara Dr Asyraf Wajdi dari International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Sedang menunggu, terserempak pula Dr Mohd Daud Bakar.  Beliau adalah seorang tokoh besar dalam sistem kewangan Islami dan banyak memberi sumbangan antarabangsa dan dalam negara dalam membangunkan sistem kewangan Islami.  Belum sempat hendak menegur beliau, beliau sudah menegur saya.  Alhamdulillah, nampak merendah diri orangnya.

Wawancara dilakukan di dalam sebuah bilik mesyuarat.  Continue reading


Ceramah Multimedia ‘Adab Dengan ALLAH’

Alhamdulillah, pada 15 Disember 2010 (Rabu) yang lepas satu program ceramah multimedia yang bertajuk ‘Adab Dengan ALLAH’ telah berjaya diadakan di Surau Taman Bukit Rimau, Shah Alam. 

Pada asalnya pihak penganjur hanya mensasarkan kehadiran 20 orang remaja dan kanak-kanak dan diadakan secara kecil-kecilan kerana ia merupakan projek perintis surau tersebut dalam mendekati golongan anak muda.  Namun, atas sokongan pihak AJK surau dan ibubapa sekitar taman tersebut, program tersebut telah mendapat sokongan yang memberangsangkan, alhamdulillah.

“Mak ai, grand jugak program malam ni” saya berbisik di dalam hati apabila terlihat persiapan pihak penganjur apabila saya baru sampai di perkarangan surau.  ALLAHU AKBAR!!!  Continue reading


Beberapa Pautan Tentang Kesesatan SYIAH

Inikah ajaran Islam?!

Terdahulu, blog ini ada berkongsikan tentang Artikel Khas JAKIM tentang kefahaman Syiah dan video Mudzakarah Ulama Tentang Kesesatan Syiah serta video pembongkaran Dato’ Harun Taib.

Berikut pautannya: Continue reading


Catitan & Gambar di Cameron Highland

Kali terakhir saya ke Cameron Highland (CH) ialah pada tahun 1992.  Ketika itu saya di tingkatan 3 menyertai rombongan sekolah dengan menaiki bas.  Sudah banyak kali saya berhasrat untuk ke CH bersama isteri dan anak-anak, tetapi banyak kali telah tertangguh.  Jadi, kali ini mesti jadi! (InsyaALLAH).

Perjalanan

Kami sekeluarga bertolak dari Shah Alam pada jam 9.30 pagi.  Dengan memandu purata 125 km/j di Lebuhraya Utara-Selatan, kami sampai di persimpangan keluar Simpang Pulai lebih kurang pada pukul 11.15 pagi.  Saya membuat keputusan untuk mengisi petrol sampai penuh, kerana khuatir tiada stesen petrol di CH sana.  Tetapi rupa-rupanya ada dua stesen minyak di CH sana, iaitu Shell dan Petronas yang kedua-duanya terletak di pekan Brinchang.

Perjalanan dari persimpangan Simpang Pulai ke Tanah Rata mengambil masa selama 2 jam perjalanan.  Sebenarnya boleh juga ke CH menggunakan jalan di persimpangan keluar Tapah.  Tetapi disebabkan ramai yang menyarankan ikut Simpang Pulai, maka saya pilih Simpang Pulai.  Ramai yang kata menggunakan jalan ikut Simpang Pulai lebih selesa dan baik jalannya.  Dan itulah yang saya alami sepanjang mengikuti laluan ini.  Jika ikut laluan Tapah, jalannya berbengkang-bengkok dan laluannya sempit.  Dan agak berisiko.  Saya juga risau anak-anak saya muntah jika ikut exit Tapah.  Jika itu berlaku, pasti ia akan mengganggu keseronokan. Continue reading


%d bloggers like this: