Ceramah Multimedia ‘Adab Dengan ALLAH’

Alhamdulillah, pada 15 Disember 2010 (Rabu) yang lepas satu program ceramah multimedia yang bertajuk ‘Adab Dengan ALLAH’ telah berjaya diadakan di Surau Taman Bukit Rimau, Shah Alam. 

Pada asalnya pihak penganjur hanya mensasarkan kehadiran 20 orang remaja dan kanak-kanak dan diadakan secara kecil-kecilan kerana ia merupakan projek perintis surau tersebut dalam mendekati golongan anak muda.  Namun, atas sokongan pihak AJK surau dan ibubapa sekitar taman tersebut, program tersebut telah mendapat sokongan yang memberangsangkan, alhamdulillah.

“Mak ai, grand jugak program malam ni” saya berbisik di dalam hati apabila terlihat persiapan pihak penganjur apabila saya baru sampai di perkarangan surau.  ALLAHU AKBAR!!! 

Program dimulakan selepas solat Isyak secara berjemaah.  Sebelum program utama iaitu ceramah diadakan, ia telah di’warm-up’kan dengan persembahan nyanyian vokalis kumpulan Al-Farabi Band, saudara Nas.  Seronok juga budak-budak ni pekena lagu-lagu saudara Nas ini.  Memang pandai saudara Nas ini menghiburkan anak-anak ini.  Habis 2 lagu, tibalah giliran saya untuk menyampaikan ceramah saya. 

Sebenarnya sebelum tu, puas juga saya memikirkan bagaimana pendekatan yang sesuai untuk digunakan bagi menyampaikan ceramah tersebut.  Ini memandangkan group audiencenya adalah kanak-kanak dan remaja.  Namun, saya katakan pada diri saya:  “Target malam ini adalah supaya mereka lebih kenal siapa ALLAH dan bagaimana untuk beradab denganNYA.  Bukan untuk menghiburkan mereka dengan lawak jenaka.  Aku cuba sampaikan dan ini hanyalah usaha aku.  Biarlah ALLAH tentukan selebihnya”.  Sedikit lega apabila matlamat di dalam diri jelas dan dijelaskan!  

Bukan setakat kanak-kanak dan remaja sahaja yang hadir, malah terdapat ramai ibubapa dan penjaga yang turut serta dalam program tersebut.  Dicongak-congak, seramai lebih kurang 70 remaja dan kanak-kanak hadir, dan 40 ibubapa termasuk AJK surau.  Ramai juga.  Maklumlah programnya percuma sahaja.

Pada malam itu saya telah menggunakan Powerpoint presentation diselangselikan dengan gambar-gambar dan klip video.  Alhamdulillah, nampak mereka semua teruja dan memberikan perhatian sepenuhnya.  Cuma, apabila di hujung ceramah (lebih kurang 1 jam 15 minit) beberapa kanak-kanak yang berumur 6-7 tahun sudah tidak dapat memberikan fokus.  Mereka mula bercakap-cakap sesama mereka.  Biasalah budak-budak… 😉

Tepat jam 10.30 saya menamatkan ceramah saya.  Mudah2an apa yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh mereka semua dan ibubapa mereka juga.  Terima kasih buat AJK surau, terutamanya Ir Abdul Rahim yang memainkan peranan utama dalam menjayakan program ini.  Mudah2an ia dikira sebagai hasanah di sisiNYA, amin…

www.muzir.wordpress.com

 

 


One response to “Ceramah Multimedia ‘Adab Dengan ALLAH’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: