Wawancara TV

Pagi tadi, tepat jam 11.30 pagi, saya sampai ke Amani Business Solutions seperti yang dijanjikan.  Namun saya terpaksa tunggu lagi setengah jam kerana AmilinTV baru sahaja selesai mewawancara Dr Asyraf Wajdi dari International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Sedang menunggu, terserempak pula Dr Mohd Daud Bakar.  Beliau adalah seorang tokoh besar dalam sistem kewangan Islami dan banyak memberi sumbangan antarabangsa dan dalam negara dalam membangunkan sistem kewangan Islami.  Belum sempat hendak menegur beliau, beliau sudah menegur saya.  Alhamdulillah, nampak merendah diri orangnya.

Wawancara dilakukan di dalam sebuah bilik mesyuarat.  Sebelum dilakukan wawancara, Encik Syaiful, CEO AmilinTV memperkenalkan bahawa AmilinTV adalah satu pihak media yang memfokuskan kepada isu-isu kewangan Islami secara global.  Sebelum saya menemui mereka, saya sebenarnya telah pun pergi ke laman web mereka untuk mengenali pendekatan dan kehendak mereka.

Menurut beliau, wawancara yang bakal diadakan pada hari ini akan dihantar kepada TV al-Hijrah sebagai bahan untuk rancangan kewangan Islami dan turut akan dipaparkan di AmilinTV sendiri.  Ah, saya tidak kisah itu semua.  “Pandai-pandai koranglah” bisik hati saya.  Kerana sejak saya menerima tawaran diwawancara ini, saya bersyukur kepada ALLAH dan mengharapkan agar apa yang telah saya perjuangkan, usahakan selama beberapa tahun kebelakangan ini dalam hal mengajak ummat agar memilih sistem kewangan Islami semakin tersebar mesejnya kepada orang ramai.  Dengan melalui medialah, mesej murni bisa disampaikan dengan berkesan.  Selama ini saya hanya menggunakan medium email, yahoogroups, blog, Facebook dan forum di internet untuk membawa mesej tersebut.  Mudah-mudahan ia lebih tersebar dan lebih berkesan, amin…amin…

Wawancara tersebut berkisar tentang Asas & Konsep Takaful, Perbezaan Takaful & Insurans dan Kepentingan Takaful Kepada Masyarakat.  Disebabkan ini adalah kali pertama diwawancara sebegitu rupa, maka saya sedar tentu banyak kelemahan dan kesilapan.  Samada wawancara itu diterima untuk dipaparkan ke media atau tidak, tugas saya sudah selesai.  Selebihnya saya serahkan pada ALLAH yang Maha Menentukan Segalanya.

Setelah selesai wawancara, saya berbual sebentar dengan En Syaiful.  Ternyata niat beliau sangat mulia dan seiring dengan saya.  Malah menurut beliau, penubuhan AmilinTV yang memuatkan berita-berita dan perkembangan terkini serta isu-isu kewangan Islami adalah untuk menyemarakkan sistem kewangan Islami.  Dan ia bagi memberi kesedaran tentang kepentingan dan perkembangan sistem kewangan Islami di seluruh dunia.

Kami sama-sama sedar bahawa Riba adalah dosa besar dan masih terlalu ramai yang belum sedar akan bahaya dosa besar riba ini.  Baca sini:

Bukan sahaja orang awam, malah ramai juga yang berkelulusan syariah masih terlibat dengan sistem kewangan berasaskan Riba.  Saya katakan kepada beliau:

“Saya dan En Syaiful sedar tentang bahaya Riba ini kerana maklumat yang kita terima.  Mungkin orang lain tidak terima maklumat yang kita terima.  Mereka mungkin terdedah dengan maklumat lain…”

“Tindakan kita banyak dipengaruhi dek maklumat yang kita terima.  Justeru saya rasa bersyukur dengan adanya AmilinTV dan TV Al-Hijrah, mudah-mudahan banyak maklumat yang benar dapat disampaikan kepada masyarakat umum.  Supaya mereka dapat memprosesnya dan seterusnya melahirkan tindakan yang benar, insyaALLAH.  Dalam hal Riba ini, mudah-mudahan masyarakat kita lebih sedar tentangnya, dan segera tinggalkan sistem kewangan yang berasaskan Riba kepada sistem kewangan yang Islami”

Mudah-mudahan ALLAH Ta’ala menerima setiap amalan baik hamba-hambaNYA dan diberikan ganjaran dari sisiNYA yang Maha Tinggi, amin…

www.muzir.wordpress.com

 


One response to “Wawancara TV

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: