VIDEO – Kuliah UZAR Tentang DOSA RIBA dan Isu Kewangan

Masih ramai yang belum tahu tentang ancaman besar dari ALLAH ‘Azza wa Jalla kepada manusia yang terlibat dengan RIBA.  Beberapa ancaman RIBA boleh dibaca di link berikut, insyaALLAH:

https://muzir.wordpress.com/2008/08/09/riba-dan-hukumannya/ 

Malah ramai juga yang jahil dan menentang usaha-usaha para ulama untuk membantu ummah supaya kita semua dapat keluar dari dosa Riba.  Amat menyedihkan…

Untuk membuka minda dan fikiran kita, dan mudah-mudahan seterusnya mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH, tontonlah dan dengarlah dengan teliti akan kuliah ini (MESTI DENGAR & TONTON):

Video ini mempunyai 9 siri semuanya.  Teruskanlah mendengar dan ambil manfaat daripadanya.  Mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH, amin…

Berikut adalah video siri 2 sehingga 9: 

Semoga ALLAH ‘Azza wa Jalla memelihara kita semua dari kemurkaanNYA dan sentiasa diberikan hidayah dan taufiqNYA buat kita, amin…

(Akan bersambung…)

www.muzir.wordpress.com

 


35 responses to “VIDEO – Kuliah UZAR Tentang DOSA RIBA dan Isu Kewangan

  • zubair

    salam..mohon paparkan video penuh..sgt berguna utk semua..time kasih..

    Like

  • shahmuzir

    wa’alaikumussalam. Tkasih akhi Zubair krn sudi memanfaatkannya…dan maaf krn belum mampu utk upload keseluruhan video.

    Keseluruhan audio panjangnya 1jam 30minit. Dalam proses pembikinan video.

    Apabila siap, saya terus upload ke youtube tanpa tunggu keseluruhannya siap. Jadi akhi Zubair jenguk2lah ke sini ye utk tahu perkembangannya ye…

    Like

  • SH

    “Riba (Arabic: ربا, [rɪbæː]) means usury and is forbidden in Islamic economic jurisprudence fiqh.

    There are two types of riba discussed by Islamic jurists: an increase in capital without any services provided, which is prohibited by the Qur’an, and that prohibited in the Sunnah which comprises commodity exchanges in unequal quantities.”

    MAAF.. Saya tak nampak pun yang sistem kewangan bank ini yang dikatakan mengikut Islam.. Unsur paling utama riba masih lagi ada pada pihak bank yang mengatakan mengikut Islam ni…
    “mengmbil keuntungan dari hasil memberi pinjam duit”…
    tak kiralah ada akad nikah ke.. ade ikut istilahj apa apa ke.. tapi last last sama aje….”mengmbil keuntungan dari hasil memberi pinjam duit” (kalau dalam sistem bank saudara ni mungkin dipanggil keuntungan.. tapi kalau sistem bank yang saudara kata riba tu. dipanggil faedah…

    Anyway.. saudara tahu tak kenapa aktiviti membuat keuntungan hari dari pinjam duit ni diharamkan? menindas peminjam? ye.. dan ade lagi petaka yang paling besar lagi selain dari keatas peminjam individu.. saudara tahu ke apa dia? then bank saudara ni boleh ke elakkan petaka ni? tak boleh sebab dia sama aje… so???

    Zaman nabi dulu.. bank tak wujud pun.. skim pinjam2 ni tak wujud pun.. why???? nabis terlupa nak masukkan dalam ajaran dia? hal ekonomi ni.. adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan manusia.. takkan lupa kot? tak mungkin kan?
    So? atau memang bank pinjam2 ni memang tak boleh wujud sebenarnya?

    Like

    • shahmuzir

      Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen…

      1. Definisi yg saudara copy paste tu betul maknanya. Tapi saudara tak faham maksudnya. Lain kali fahami ia dulu. Ni tidak, main copy paste jek…

      2. Ada pepatah “Ilmu itu cahaya, Jahil itu kegelapan”. Saudara tidak nampak kerana saudara tidak mempunyai ilmu tentangnya. Jadi, saya nasihatkan suadara belajar ye…

      3. Buat pengetahuan saudara, Perbankan Islami tidak memberi pinjaman. Mereka menjual. Ternyata Tuan tidak tahu perbezaan di antara Perbankan Ribawi & Perbankan Islami. Macam saya kata di atas, “Ilmu itu cahaya, Jahil itu kegelapan”.

      4. Apalah saudara ni. Kelakar juga saya baca, haha… Zaman Nabi memang takde Bank, apa daaa… Tapi tak bermakna tak boleh ada institusi macam bank ni, asalkan dia OK. Tuan taip ni pakai komputer kan? Zaman Nabi ada komputer ke? Apa daa…Lagi sekali saya nak sebut, “Ilmu itu cahaya, Jahil itu kegelapan”.

      5. Zaman Nabi takde pinjam meminjam??! Aduh, tolonglah jangan buat saya geli perut. Sekali lagi, “Ilmu itu cahaya, Jahil itu kegelapan”.

      6. Sebagai asas, saya nak kongsi dengan saudara. Dalam hal muamalah (urusan harian antara makhluq), hukum asalnya harus melainkan ada nas yang menegahnya. Itu kaedah feqhnya…Jadi hukum muamalah ni sangat flesibel dan ruang untuk ummah berkreatif dan berinovatif dengannya sangat luas, selagi tak langgar prinsip syara’.

      Saya nak marah saudara pun tak boleh juga. Kesian pun ada…

      Kalau saudara tak berkesempatan (atau malas) untuk mengkaji, saya minta saudara dengar semua video di atas ni pun cukuplah. Sekurang2nya dapat buka sedikit pemahaman…

      Semoga ALLAH memberikan saudara kefahaman agama, amin…

      Like

  • RD

    ilmu itu cahaya dan jahil itu kegelapan. keangkuhan adalah tanda kejahilan…

    Like

    • shahmuzir

      Betul tu. Jangan angkuh dengan menganggap kita sahaja yang benar. Perbuatan yang macam tu, boleh merosakkan diri sendiri dan ummat.

      Cerdik, lalu angkuh. Jahil, lalu angkuh. Kedua2nya membinasakan.

      Berlapang dadalah menerima sebarang pendapat. Jangan mudah mengeluarkan pendapat, apatah lagi jika pendapat itu didasarkan dek maklumat atau ilmu yang salah.

      “Ilmu itu cahaya, jahil itu kegelapan”

      Like

  • saque

    katakan sy beli rumah dgn bank islam,bank islam beli rumah itu dan jual kpd kita dgn harga yg x sama dgn harga yg bank islam beli.
    di sini timbul nya keraguan.

    wahai saudara anda suma x kaji ke dr mn dtg nya wang kertas itu?ianya magik yg dilakukan oleh bank dgn tukar kertas kpd wang.
    sy sokong imran hosen.soalan pokok bukan bank islam tapi sistem kewangan antarabansa yg berasaskan penipuan itu dan kita tahu bank islam sebhgn drpd sistem ini,

    sy harap UAZR bule jwb ………..

    Like

    • shahmuzir

      Saudara Saque,

      Saya sarankan saudara dengar video di atas sampai habis. Apa yang meragukan saudara Saque itu ada diperjelaskan oleh UZAR di dalam kuliah beliau di dalam video di atas.

      Ajakan untuk bermuamalah dengan menggunakan matawang emas atau perak sangat dialu-alukan. Saya sokong 100%. Imam Asy-Syafi’i mengatakan ia mata wang yang ideal dan unggul. Malah jika telusuri sejarah, mata wang kertas ini pada asalnya didasarkan dengan emas. Tetapi, apabila wang kertas dicetak berlebihan dan tidak lagi bersandar kepada emas, maka wujudlah apa yang saudara Saque timbulkan ini.

      Namun, syara’ masih memberikan peruntukan kepada ummatnya dalam menggunakan wang kertas ini. Masih boleh. Masih sah. Masih menepati syara’. Pendapat ini telah diterima oleh ribuan ulama sejak dahulu hingga sekarang. Malah, jika saudara Saque mendengar video di atas, UZAR telah sentuh hal ini dengan memberikan beberapa pendapat ulama muktabar beberapa mazhab.

      Nak perjuang dinar emas atau dirham perak, silakan. Kita semua nak yang itu. Tetapi janganlah dengan mudah mengatakan Sistem Perbankan Islami ini TIPU, HARAM, BACK DOOR RIBA dan sebagainya. Ia dibina di atas prinsip2 syara’ yang dibenarkan. Dan menjadi alternatif untuk ummat keluar dari masalah RIBA buat masa ini. Jangan terlalu keras dengan pendapat kalian.

      Dengan rasa rendah hati, dan ukhuwwah saya jemput saudara Saque dan rakan2 dengar video di atas. Video di atas tidak menjawab semua isu, cukuplah ia untuk membuka minda. Seterusnya, kaji dan kajilah lain2 wakalah tentang Perbankan Islami ini.

      WAllahu A’lam…

      Like

  • saque

    pd sy, bkn pinjaman x wujud pd zmn nabi , org x perlu pinjam pun,kita pinjam nk beli keta rumoh belanja kahwin.
    zaman dulu mne ade benda 2 mcm ni.sistem berasaskan materialistik ini menyediakan kemudahan utk mencapai kesnangan hidup dgn jln yg mudah- pinjam duit beli rumah.mmg zaman nabi xde komputer,keta bank,tp nabi dh bg amaran… ttg ari ini dan ianya berlaku spt sabda baginda.sy hrp uzar tonton video ttg international monetary system by imran hosen tu.sy bukan kt ia paling betul drpd saudara tp dlm hal ini kita mesti melihat punca sebenarnya ia berlaku…………

    Like

  • julia

    jika saudara saque tdk yakin dgn ‘tahap kepatuhan syariah’ bank islam, terpulang. saudara berhak mengikut ijtihad yg tdk menghalalkannya. jd bila nak beli kereta rumah, buat savings etc, jgn guna khidmat bank islam. gunakan chanel lain yg saudara yakini

    Like

  • julia

    “pinjaman x wujud zaman nabi”….???
    yakinkah anda? sy pernah baca kisah seorang sahabat yg bermasalah melunaskan pinjaman lalu mengadukannya kpd nabi…..

    “pinjam duit beli rumah”….saque, anda masih x faham sistem yg bank islam amalkan sekarang..

    “sistem kewangan antarabansa yg berasaskan penipuan”…ini ada benarnya.UZAR jg sudah ulas isu ini dan menerangkan bhw sistem kewangan islam sedang sedang diusahakan dan ia bukan sesuatu yg dpt kita putuskan hari ini dan laksanakan hari esok.

    “imran hossein”….sesuatu fatwa bukan semestinya tertegak atas persetujuan SEMUA ahli. fatwa dibuat atas keputusan majoriti

    Like

  • saque

    sebenarnya utk mlaksanakan sistem kewngan islam kita perlu kembali ke sunnah money,dinar dirham.wang kertas yg dicipta berasaskna penipuan itu masalah utama.sy cuma suara kanpemahaman sy.mestilah sy terpaksa bank utk beli rumah.jd bgmn pndpt anda ttg pggunaan wang kertas itu?sbb xde nilai pun kertas yg dijadikan berbanding sunnah money.

    Like

  • saque

    dan yg plg best skali nilai wang kertas bole d manipulasi dmi kpntingan pihak tertentu.itu riba attack.abih gawat economi.

    Like

  • julia

    thats what we’re heading to
    as i mentioned previously it needs time
    isu wang kertas sudah dijawab uzar $ilmuwan lain

    Like

    • shahmuzir

      Julia,
      Tkasih kerana sudi berkongsi nasihat. Ummat memerlukan Julia dan ramai lagi yang faham agama dan berintelektual untuk menerangkan isu yang berat ini.

      Memang agak letih untuk memberitahu orang lain tentang isu ini. Apabila kita terangkan, mereka tak faham. Bagi artikel, tak baca. Bagi video penerangan, tak dengar dan tonton. Susah macam ni.

      Apapun, kita buat kerja kita. Selebihnya ALLAH tentukan pastinya.

      Untuk faham, tak lain dan tak bukan mesti dengan ilmu. Hidayah dan taufiq adalah unsur yang amat penting pastinya…

      Like

  • saque

    tq d atas saranan saudara,sy sudah habis tengok video diatas dan juga video sheikh imran.sy bpndpt dua dua ad hikmah tsembunyi.apbila sheikh imran kritik bank islam maka keluarlah video ini bg mnjawab dakwaan itu.yg mne akn meyakinkn org ttg bnk islam.sheikh imran juga mahu sedarkan umat islam yg kita suma d bwh cengkaman kafir.sy juga ingin mengajak saudara tonton video sheikh imran mengenai dajjal,yakjuj makjuj,al mahdi.jika saudara x bersetuju pndpt sheikh mengenai 3 perkara itu, sy harp saudara bule utarakan pndpt pihak saudara,sy sgt suka benda debat mcm nih.tq

    Like

    • shahmuzir

      Saudara Saque,

      Sebenarnya nama Sheikh Imran Hosein bukan baru pada saya. Video-video beliau telah saya tonton lama dulu. Saya menghormati beliau yang mempunyai idea kritis sebegitu. Teori Konspirasi Al-Masih Ad-Dajjal memang menarik untuk difikirkan. Bukan sahaja isu kewangan moden telah saya ikuti, malah pelbagai idea illuminati dan freemason telah saya terdedah dengannya. Beberapa seminar telah saya hadiri.

      Namun, ia adalah maklumat yang mesti diproses untuk kita semua. Tak semestinya setiap maklumat yang masuk ke dalam telinga dan mata kita perlu diterima 100%. Bukan saya kata idea beliau karut. Tidak! Masakan saya dengan tekun mengikuti kuliah beliau melalui youtube. Maknanya ia boleh dijadikan maklumat yang sangat berguna buat saya dan disimpan untuk digunakan kelak.

      Sebab itu saya tidak menolak idea dan pandangan beliau 100%. Malah video rakaman kuliah beliau di Australia dan Malaysia tentang dinar emas menginsafkan saya betapa kita nakkan matawang emas dan perak ini.

      Namun, dalam hal Sistem Kewangan Islami ini, kita mesti realistik dan munasabah. Realistikkah untuk kita mengharamkan wang kertas? Munasabahkah kita katakan usaha Sistem Perbankan Islami ini sebagai usaha jahat pihak yang berkonspirasi? Saya tak fikir begitu. Ulama apabila memberikan fatwa atau pandangan, mereka akan fikirkan maslahah ummat. Duit kertas adalah mata wang yang diterima seluruh dunia, tiba-tiba nak kata HARAM! Sistem Perbankan Ribawi hari ini berasaskan RIBA, tiba-tiba apabila ada ulama seluruh dunia bermuzakarah dan beriltizam untuk perknalkan Sistem Perbankan Islami nak kata Haram juga! Sedangkan ISLAM sangat berfleksibel dalam hal muamalah. Sedangkan banyak peruntukan syara’ masih membolehkan kita hidup di dalam dunia moden ini dengan bebas RIBA. Apakah kita nak mengtong sampahkan ini semua? Dan kata nak kembali kepada dinar emas & perak esok juga? Esok nak mula! Realistik dan munasabahlah. Cuba saudara duduk dan fikir, tengok sekeliling saudara……….

      Saya sokong pengenalan semula emas dan perak sebagai mata wang, dan saya sokong sistem perbankan Islami. Saya takkan kondem salah satu daripada 2 kumpulan ini. Tetapi, apabila ada orang yang bersuara tanpa fikir dan ilmu, lepas tu dengan keras menentang walhal ia adalah sesuatu yang masih ada ruangnya di dalam syara’, maka saya sangat tidak bersetuju.

      Sekian. WAllahu Ta’ala A’lam…

      Like

  • saque

    sy cuma risau satu perkara,dulu ade bank yg lingkup dn terpaksa dtutup akibat krisis economy.jd adkh spt yg sheikh imran ckp satu hari nnti sistem kewangan dunia akan jatuh merudum.adkh bank islam akn menerima kesan?

    jd saudara sudah tonton sheikh imran ini.saudara ada x video ceramah yg menjawab cerita sheikh imran nih?slain dr atas ni….

    bule x saudara menunjukkn cth ursan bank islam spt beli kereta, beserta doc.sy mau kaji bank islam

    Like

  • julia

    penggunaan matawang emas perak kertas minyak atau apa material sekalipun adilkah disandarkan pada institusi perbankan. bank masih tertakluk pada undang2 serta urf sesuatu tmpat. malah sekarang sudah ada institusi kewangan yg promosi dinar emas. jadi, sama2 la kita beri sokongan

    juga saranan saya, setiap kali bermuamalat dgn bank atau apa2 institusi yg melibatkan duit, simpanan, harta.. BACA dan FAHAMI kontrak

    Like

  • julia

    sy juga x faham kenapa saudara kata “bank islam beli rumah itu dan jual kpd kita dgn harga yg x sama dgn harga yg bank islam beli”…saudara, kita beli biskut di Pasaraya MUkmin adakah haga kita beli biskut tersebut sama dgn harga Pasaraya Mukmin beli drp pkilang?
    untuk pengetahuan, setiap transaksi bank atau apa2 syarikat melibatkan kos. lawyer dealer promoter pemaju pembeli. malah kos upah pegawai yg key in data & juga bil elektrik yg diguna masa key in data juga diambil kira

    Like

  • julia

    berkenaan syeikh imran, sy setuju hidup kita dipengaruhi value yg dicipta kafir. namun sy percaya value yg islam promot akan tetap subur hingga kiamat. tugas kita untuk ikhtiar cari & amal bukan biarkan diri diselubungi bayang2 kafir hingga semua yg baru dikaitkan dgn agenda mrk. kalau begitu tv& internet pun sebahagian planning mrk bg melalaikan umat islam.
    sy sgt hargai pandangan serta kritikan syeikh imran. kritikan sebegitu sgt2 diperlukan spy sentiasa ada penambahbaikan dlm institusi perbankan islam & apa2 institusi sekalipun yg dimilik org islam

    Like

  • abu_aisyah

    Lantak pi lah depa ni. Kata perbankan Islam salah!
    Kata duit kertas haram! Habis tu duit dalam poket depa tu duit apa? Duit emas ka? Bayar duit beli barang pakai emas ka? Cakap tak pakai otak!!!

    Sori aaa… biaqlah depa ni!!!

    jom kita support bank islam. tkasih en shahmuzir. video tu sgt membantu…

    Like

    • zane

      jangan yakin sangat saudari! hujah yang mengatakan bank Islam itu salah sangat kuat. Bank Islam mengatakan mereka bukan memberi pinjam tetapi berniaga! kalau berniaga kenapa namanya bank? Bagilah nama syarikat kereta ke syarikat rumah ker…

      Walau atas nama berjual beli, urusan jual beli itu penuh dengan gharar dan mencabuli prinsip jual beli dalam islam. Antaranya amalan innah yang dikutuk dan dicela oleh nabi SAW. Status barang yang hendak diniagakan itu juga tidak jelas pemiliknya yang berkuasa ke atasnya. Bia tidak jelas, urusniaga itu sudah haram. Contohnya menurut UZAR kalau kita bayar 10% harga rumah kat pemaju, rumah itu hak kitalah! begitukah? kalau hak kita, mengapa pergi jual ke bank pula untuk dapat pembiayaan penuh? Menunjukkan kita tidak berkuasa ke atas barang itu, hakikatnya bukan hak kita dan bukan tujuan kita nak jual kat bank kemudian beli semula!

      Aneh, mengapa masih ramai yang tidak nampak betapa bersungguhnya bank Islam menyamar untuk menampakkan ianya halal sedangkan isunya mudah saja. Riba itu tidaklah payah nak dikenali sebab memang sudah jelas yang haram dengan yang halal. Yang dibuat rumit itu adalah untuk mengaut keuntungah atas nama muamalat Islam sedangkan ianya tidak! Haram tetap haram, riba tetap riba! period!

      Like

  • Helmis

    … the vary mind of people who we are trying to save, but until we do these people are still a part of that system and that makes them our enemy. You have to understand, most of these people are not ready to be unplug and many of them so inert, SO HOPELESSLY DEPENDENT ON THAT SYSTEM AND THEY WILL FIGHT TO PROTECT THEM…. Morpheus said to Neo during training session.

    tetapi saya tidaklah menganggap mereka yang masih terlena ini sebagai “enemy” tetapi sebagai saudara sesama muslim yang perlu dinasihati. Walaupun Allah SW telahpun memberitahu bahawa 999 dari 1000 umat manusia yang akan dicampakkan keneraka, sekurang-kurangnya tugas kami sebagai penyampai sudah selesai.

    “Professor Engineer”

    http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/01/kamu-engineer-belajar-enjin-sudahla.html

    Like

  • zane

    Hakikatnya bank islam itu adalah BANK! Bukan syarikat jual rumah atau jual kereta. Apabila berentitikan sebuah bank, memang ia akan beroperasi sepertimana halnya bank konvensional. baca di sini utk lebih lanjut

    “Islamic Banking defines itself as non-interest banking,it actually charges interest, only with a different name. They call it profit, sometimes dividends, sometimes mark-up through various
    deceptive schemes. But apart from those deceptive methods of hiding interest, the main problem remains that the Islamic Bank IS a bank.

    Islamic Banks, like all banks, practice ‘fractional reserve banking’. Fractional reserve banking is the essence of fiat money. Through this method they use and create fiat money and consequently they endorse the current system of paper money. Firstly, in Islam, the person (in our case, the banker) who receives a
    deposit (wadi’a) from another is not entitled to trade with it. This is considered a transgression of the contract. In the past Muslims dealt with payments directly on their own or through a complex network of
    wakils, who did not create credit, they only executed the orders of their customers, i.e. to make a payment or receive a payment. Money and credit were not mixed. And the wakils did not use the money in deposit for their own trading. Secondly, in Islam you cannot use debts as money. In the case of paper money which is not backed by specie (it is no longer a debt, although it used to be), the banker is trading with receipts whose value is due to the legal compulsion of the State. The present paper money is in fact a tax. There is no way of allowing this in Islam. Not only do the Islamic Bankers trade with paper money, they contribute
    to the creation of more paper money through the creation of deposits. It must be noticed that a bank deposit functions just like money.”

    Fatwa on Banking | The Use of Interest Received on Bank Deposits,Umar Ibrahim Vadillo 35

    jangan ingat apa-apa saja yang bernama Islam itu islam. ingat dunia akhir zaman penuh dengan penipuan!

    Like

  • ed

    Salam, perjuangkan anda hari ini akan membinasakan anak cucu keturunan anda dan mereka akan kembali dijajah secara nyata serta mengkeji perubatan anda apabila terpaksa menjadi hamba dan menjual diri… Kenapa? Kerana kemajuan yang anda lihat hari ini hanyalah hutang yang dicipta oleh bank pujaan anda. Mereka mencipta $100k (pinjaman) dan menuntut $300k (keuntungan/faedah) yang tidak pernah dicipta dalam ekonomi… Kesannya manusia terpaksa berebut mencari wang tersangat sedikit di dalam aliran ekonomi dan tidak mengendahkan langsung dosa dan larangan agama, seperti juga yang kita lihat hari ini. Jika anda telah merasa susah untuk mencari rezeki pada hari ini, maka bayangkanlah keturunan anda nanti… mungkin juga satu hari nanti mereka terpaksa menggadaikan negara atau menjual diri untuk hidup….

    Like

  • hangkebun

    salam,

    pada part terakhir UZAR ada sentuh psl yakin..
    kena faham 2 2 pihak..
    cuba study skit modern money mechanic/fractional reserve

    dari pemahaman saya,loan islamic yg ada skrg ikut lawnya harus walau ada unsur penindasan,tp ada satu persoalan, adakah bank islam juga turut akan “create money dari thin air” bila ada permintaan pada loan islamic ni?harap ada sapa2 boleh komen part ni

    sedangkan nabi kata ada 70 jenis riba yg bukan semua ada penjelasan yg detail
    kalau just loan kita dgn bank saja yg betul,tp bank akan create money on system based pada loan islamic kita ni…dah jadi mcm mana pula tu..kena fikirkan juga..sbb jika ya kita dah kira bersengkongkol dgn bank bagi kita yg tahu..

    Like

    • Helmis

      Rujuk kepada Dr Aziuddin dari KUIS yang pernah menerajui Bank Muamalat, ya… Sebab itu beliau menggelarkan perbankan Islam “triple” riba’ semasa bercakap di persidangan riba’ di PWTC Nov lepas.

      Dalam buku Real Money oleh Prof Ahamad Kameel Mydin Meera, dekan fakulti kewangan dan perbankan UIA, ya… Perbankan Islam do create Money out of thin air.

      Like

  • ed

    UZAR nie masih tak faham fakta dan beriya-iaya membuat fatwa berdasarkan kepercayaan “bank islam meminjamkan wang pendeposit”. Berfatwa, berceramah dan menyebar buku serta artikelnya tanpa ilmu. Sememangnya ilmu ini disembunyikan Yahudi, tetapi siapakah yang berilmu bagi perkara money creation? Bank negara! Mereka pihak yang paling layak menceritakan sistem ini dan mari kita lihat apa pernyataan mereka:

    “…Of course, they (bank) DO NOT REALLY PAY OUT LOANS FROM THE MONEY THEY RECEIVE AS DEPOSITS. IF THE DID THIS, NO ADDITIONAL MONEY WOULD BE CREATED…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).

    Oleh itu bank tidak pernah meminjamkan wang pendeposit. Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bagaimana pula bank islam, adakah mereka menggunakan kaedah yang sama? Sudah tentu kerana mereka juga tertakluk kepada Bank Negara. Tidak munasabah bank islam mempunyai duit yang begitu banyak untuk memberi pinjaman bagi membeli berjuta-juta hartanah dan kenderaan.

    Like

  • armadrafar

    SISTEM EKONOMI YANG SENTIASA MENGAMALKAN RIBA…

    walaupun terasa diri miskin bandar…
    cuba elakan dari berhutang…

    MENGEJAR KEKAYAAN ITU ADALAH BISIKAN SYAITAN…
    DAN SYAITAN ITU GEMAR JIKA KITA SAYANGKAN DUNIA…

    Like

  • armadrafar

    Fahami dan Hayati video ini….

    Like

  • jai

    manusia akan mati2an pertahankan yg padanya ada keuntungan. apa berbaloi ke keuntungan didunia itu jika dibanding kan dgn azab riba yg di masukkan ke dalam neraka dan KEKAL didalamnya SELAMA2NYA….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: