VIDEO- Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenan Fakta & Pembohongan Sejarah

Seminar ini telah diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur pada 20 September 2003.

Objektif seminar ini ialah untuk mempertahankan ajaran ALLAH dan RasulNya di samping memelihara lidah Mukmin daripada mengulas perselisihan antara para sahabat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam tanpa berpegang kepada Aqidah dan fakta yang sebenar.

Seminar ini insyaALLAH dapat mengeluarkan kaum Muslimin daripada kancah kekeliruan tentang pertelingkahan sesama para sahabat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Mudah-mudahan ia juga dapat menyelamatkan mereka yang tersesat jalan sehingga menghina sebahagian para sahabat Nabi yang mulia yang terlibat di dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.

Seminar ini telah mengulas tentang kedudukan para sahabat berdasarkan disiplin Al-Quran, Al-Sunnah dan analisis ilmiah terhadap riwayat sejarah.

Pada akhir majlis pembentangan ini, Dr Johari Mat telah menyatakan:

“Ini adalah hasil usaha kumpulan analisa sebuah tesis ilmiah yang diterima di peringkat universiti.  Tesis itu bukan dibuat dalam masa yang singkat, tetapi ia mengambil masa yang cukup untuk menghasilkannya.  Ertinya, hari ini tuan-tuan dihidangkan dengan satu kajian, berbeza dengan ceramah biasa, dihidangkan dengan satu kajian yang mendalam, diselia oleh pakar dan diperiksa oleh pakar…”

Mengetahui bahawa ini adalah suatu kajian ilmiah di peringkat universiti yang telah melalui pemeriksaan yang teliti, maka wajarlah kita dengar dengan teliti dan sabar sampai habis, dan ambillah manfaat sebanyak-banyaknya dari pembentangan ini… Tonton sampai habis video di bawah:

(1)  Pembukaan oleh Dr. Johari Mat

(2)  Pembentangan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

(3)  Soal Jawab dengan Dr Johari Mat & Dr Mohd Asri Zainul Abidin 

Tuan/puan boleh mendapatkan kajian ini secara bertulis di sini:  http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789832239437

Semoga ALLAH memberikan ganjaran buat saudara yang telah mengupload video ini ke youtube untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.  Dan semoga kita semua dipelihara ALLAH dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

www.muzir.wordpress.com


2 responses to “VIDEO- Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenan Fakta & Pembohongan Sejarah

  • nurin

    assalamualaikum…

    mksudnya da ada la yer orang buat tesis tentang beliau.

    boleh saya tahu apa tajuk tesis tu?dan mcam mana nak dapatkan tesis tu?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Seminar di atas telah diadakan berasaskan kepada tesis yang dihasilkan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin, iaitu pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Ukhti Nurin boleh mendapatkannya dengan menghubungi pihak yang berkaitan, insyaALLAH.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: